Showing posts with label Puasa semasa mengandung. Show all posts
Showing posts with label Puasa semasa mengandung. Show all posts

Thursday, July 11, 2013

Mengandung & Berpuasa # Part 2

Hari ini masuk hari ke 2 kite berpuasa. Alhamdulillah, semalam aku selamat berpuasa sampai ke azan maghrib..yahuuu!! hehehe..+bangga dengan diri sendiri+ sebab berjaya jugak aku menahan lapar dahaga dengan baby dok asyik tendang2..marah la tuu aku tak bagi makan..hahaha..

Si Lokman dua tiga kali tanya aku puasa ker? elehhh, tak percaya la tuh aku berjaya berpuasa...mentang2 aku tak pernah berpuasa setiap kali mengandung..kekeke..Alhamdulillah, tahun nih aku nak cuba berpuasa penuh..tapi tak berani nak jamin, sebab nanti aku nak kena buat check up kat PPUM dah, confirm2 kena minum air gula nanti..dengan kena amik darah. huhu..

Cite pasal check up, aku tak pergi lagi check up monthly baby ke 6 bulan. Patut last Saturday aku check up dekat KJMC, tapi kena balik kampung Lokman, ada urusan keluarga yang wajib balik..sampai aku terlupa nak re-schedule appointment. Rerasa dah malas nak pergi sana, sebab rasa nak terus pergi PPUM. Tapi ini dah puasa nih, aduhaiii...kemalasan arr nak pergi sana gak..haha, kena amik half day tuh. Maybe next week rasanya..+ mentang2 la nak beranak banyak kali (2kali je pun baru), buat main2 je check up eh? + sesuka ati nak pergi hospital bila..kena sound sebijik dengan nurse2 PPUM tuh baru padan muka aku nanti..kekeke..sengih2 aje la aku nanti..

Cite balik pasal puasa & mengandung nih, macam mana aku boleh bertahan sampai petang?? tips nya..makan nasi macam biasa time sahur, pastu aku minum se-jag teh o ais panas, air masak segelas kecik aje..heheh..pastu multivitamin/obimin & fish oil memang kena makan. Tak la rasa letih sangat kat opis..rasa lapar tuh aku leh tahan lagi, haus aje laa, bibir dah kering2..huhu..tapi bila lepas berbuka pukul 9.30 malam aku dengan anak2 dah masuk tidur. Kepala tetiba jadi pening...tidur awal then pukul 4.30 pagi bangun siapkan makanan untuk sahur.

Sekarang dah pukul 11 pagi, so far so good. cuma tekak rasa kering pulak..harap2 dapat bertahan sampai petang..InsyaAllah..


Ini lauk pauk untuk first bersahur..

ini makan kat Burger King, si abah nya teringin makan burger sehari sebelum berpuasa. Pergi Paradigm Mall direct lepas ambik aku & anak lepas kerja

Feveret anak2 - fries cecah sos tomato :)

Dapat hadiah dari Hamba Allah kepada staff2 department aku
Quran Digital tuuuu!.Alhamdulillah...
moga2 mendapat rahmat orang yang mensedekahkan Al-Quran & kurma ni...aminnn..

Wednesday, July 10, 2013

Mengandung dan Berpuasa

Ini kali ketiga aku mengandung, dan setiap kali Ramadhan aku memang tiada keyakinan untuk berpuasa. Masa first mengandungkan Tia, aku dalam first trimester. Tengah stage alahan yang teruk..walaupun taklah dapat makan bersungguh2, tapi sebabkan asal makan muntah, so memang tak dapat la nak berpuasa. Kali kedua pregnant, mengandungkan si kembar Aariz-Hafiy, pun tak boleh nak puasa, hb aku rendah..pastu perut memanjang rasa lapar..aku lahirkan kembar 2 minggu sebelum Raya, cuti nuzul Quran masa tuh..
Jujur aku kata aku memang tak habis menggantikan semua hutang2 puasa aku tuh.. masih banyak la tertunggak. tak sempat nak ganti dah mengandung balik..kekeke..rezeki anak tak putus2 la pulak ;p
InsyaAllah..next year aku akan habiskan hutang2 aku tuh...semoga umur aku panjang dan dikurniakan kesihatan yang baik untuk aku settlekan segala hutang piutang ku..huhu..serius rasa tak tenang hati selagi tak dapat settlekan hutang2 nih. hutang duit tu satu hal la..ini hutang dengan Allah lagi la penting..takleh nak buat tak paham aje..wajib diganti!

Tahun ini aku nak try berpuasa time pregnant..aku dah masuk 6 bulan, baby pun dah kuat, aku pun dah takder alahan, cuma kekadang2 aje bila bangun pagi..tapi harap2 sepanjang Ramadhan ni aku sihat dan boleh berpuasa. Aku baca2 statement ibu2 mengandung berjaya berpuasa buatkan aku nak cuba berpuasa gak. Pagi tadi aku terjaga pukul 4.30 pagi, si Hafiy merengek nak susu..terus bangun panaskan lauk2 untuk sahur. Semalam lepas balik kerja aku dengan Lokman bekerjasama main masak2 kat dapur prepare lauk dinner sekali dengan bersahur. Lokman masak sambal telur & sup ayam utk anak2. Aku cuma prepare bahan masakan dengan masak kangkung belacan..hihihi...lauk utama harusla Lokman yang buat..masterchef aku tu...haha..

Alhamdulillah..sahur dah berjaya..pukul 8 pagi dah masuk opis. Harap2 aku dapat berpuasa harini..masa sahur dah bgtau baby yang harini jgn meragam mintak makanan tau..kekeke..tendang2 dia lepas sahur tadi..sekarang dah pukul 8.49 pagi, perut dah ada tanda2 nak berbunyi..hahahaha..cepat betul dah lapauu..adehhh..semoga hati ku kuat!

ok, nanti petang aku update la..
 
Blog Template by Delicious Design Studio