Friday, October 22, 2010

Meniaga, berniaga...lalala~

Tetiba aku rasa nak berniaga kecik2..online shopping (idak lerr ketuk2 pintu orang..hehe)

Modal ada tapi ciputtt ajelaaa..heheh..tapi nak jugak buat rolling duit..seronok giler tengok orang berniaga sana sini..untung berniaga ni amat berbaloi, plus sangat puas hati kan?? Leh settle hutang piutang lepas tuh..

Sekarang tengah cari benda/barang yang high demand in market...hurmmm, barang ape ek?? since ada anak, tengok blog orang jual2 baju bayi & kanak2 aje..best gilerrr!!kalau boleh semua benda nak beli untuk Tia...just click2, send email then terus dapat barang. mudah kan online shopping nih!! Jadinya aku cenderung nak jual barangan anak-anak..hurmmmm..

Sebelum nak buat business, aku kena google2 sana sini, cari info, cari pemborong etc. Contoh aku g SINI  dan SINI.

Sekarang nih tengah semangat la, jangan la dah lama2 nanti aku malas plak..haihhhhh..buat bisness ni ada risiko jugak. Takut gak kalau rugi. mau nangis 48 jam non-stop! haruuu..

Aku mintak tolong Lokman la jadi penasihat cum tukang promoter nanti..hehehe..bagi komisyen la sesen dua :P

Sape ada idea/pendapat/komen?? Leh share??

Nota kaki: Untuk buat serius online shopping, kita kena register nama company kat SSM, nanti idakkk ler kena kejar dek LHDN. Thanks to Redmummy cos share info. :)

Thursday, October 21, 2010

Meh join Giveaway! ~Baby in Style~

haaaaa, ada contest lagi aku nak join nih...hehehe..deadline until 31 October 2010..mari mari mariii!! join sekakiiii..ehehe..

masa masih ada..

contest anjuran wonder-wife (puan fadeadsy)

Hadiah Utama dapat Handbag Classic Hobo LesportSac yerr.. :)

Tajuk giveaway "Baby In Style"
jadinyer kena la letak gambar baby Tia Zahraa tengah bergaya kan..
+
+
+
+
Tia Zahraa binti Lokman
7 bulan 
Tia says 'elllooooooo everyone, I love giveawayyyyy!!'


Nota kaki: Gambar2 Tia banyakkan dalam baby carrier aje..hehe, sebab Tia baru belajar duduk.. :) harap diterima nyer penganjur! 

Wednesday, October 20, 2010

my lil KIDS

Bila time baik, sangat la sweetttt..
Biler time gaduh..haaaa tengok gambar bawah nih..Aqishhhh buli Tiaaaaa...hekhek..muka nak nangis si Tia kena hempuk dek Aqish..hahah :P

Ni pun Aqish buli Tia lagi..dia nak piatttt telinga si Tia..hepppppp!!!

Both of them are my angels.
Tengok perkembangan mereka membesar depan mata sangat la seronok!
Diaorang nih sebaya (Tia keluar awal 3 minggu). Tak sabar tengok diaorang membesar & main sama2.
ntah kan rapat, ntah kan tak ngam..hehehe..sure ada gaduh2, main masak2 sama, main sorok2 sama..hehehe..so cuteee!!and for sure la mak bapak nih la yang pening layan kerenah korang nanti.
Ada masa diaorang duduk sekali, Nenek diaorang sure melayan dengan pakaikan baju sama, or cari yang sama kaler, makan share sama2..ape Tia makan, Aqish mesti join skali. Pinjam toys, bouncer, jumbo seat dll.
Even dalam angan-angan Lokman pun mesti selitkan sekali si Aqish nih. Ibarat dah macam kembar Tia..hehe..

Doa Ummi : Semoga korang membesar dengan sihat & ceria dan menjadi anak yang solehah.Dengar cakap orang tua and hormat-menghormati sesama korang..InsyaAllah..Aminnn..

Tuesday, October 19, 2010

Mark your calendar! Baby expo is cominggg!!

<><><><><>
1st Malaysia Baby, Children & Parents Expo 2010

What : 1st Malaysia Baby, Children & Parents Expo 2010

When : 26th November 2010 - 28th November 2010

Where : Atrium, Hall 1 & Hall 2, Mid Valley Exhibition Centre

Time : 10am - 9pm

Admission : FREE

Aku teringin giler gi expo baby macam nih, yang expo lepas aku tak dapat pergi..ada je halangan..this time try ajak Lokman gak pegi..macam besttt aje..lagipun dah lama sangat tak gi Midvalley..huhuhu..since dapat Tia kot..hahaham, parah gak aku nih!!

Banyak gak aktiviti kat expo nih nanti..macam besttt aje..yang best if dapat goodies bag..hehehe..kan kan?? :P ... untuk Tia gakkk..hehe..



Dear Lokman,
Sila mark calendar dalam hanphone you yerr..kita bawak Tia g tengok expo baby ni ekk..hehehe..lehhhh arrr..lagipun dah lama tak shopping kat Midvalleyyy tu.. :P


Perkara biasa atau jarang berlaku? ..bila anak jatuh katil

Perkara yang paling menakutkan para ibu bapa adalah apabila anak mereka JATUH. tak kisah la jatuh tanggan ke, jatuh ketika berlari ker atau jatuh katil...huhuhu..sure la mak pak akan rasa bersalah sesangat sebab kecuaian sendiri tak jaga anak2 tuh betul2. Anak kecil bergantung pada kita 100 peratus keselamatannya..jadi kalau diaorang cedera, salah siapa??? Ummi & Abah nyaaa jugakkkk!!

Semalam Tia ditidurkan oleh Abah dia..awal, pukul 8.30 malam dah masuk dalam bilik, sebab Tia macam meragam..kalau duduk dengan aku dia bantai main lagi, memanjang kepala katil ,bantal, badan aku, sampai berjam2 baru nak lena, jadinya abah la dia la kena tidurkan, dengan Lokman dia senang nak tidur (sebab abah dia akan paksa dia tidur bagai nak rakkk!). tak kasik chance langsung Tia nak main..hehe..

Lepas dia dah lena, aku dok la main FB bagai. Lokman tengok tv. Tetiba aku dengar si kecik melalak..aku masuk bilik tengok dia takder atas katil. aahhhhhh sudahhhh!, dengar suara kat bawah katilll, tengok2 dia dalam posisi meniarap, melalak bagai nak rakk..

aduhhhh, jatuh katil jugakkk ko nyerrr..lasak sangat tidur!! Lokman dah letak dia kat tengah2 katil dah, tapi tak pulak dia letak bantal keliling..huhuhu, budak kecik nih tidur dasyaatttt! bergolek2, sedar-sedar dah bawah katilll..haiyooo, benjol dahi jendul ko tuh Tiaaa..

Aku punyer la risau, sampai aku sapu air zam-zam serata kepala dia, then memacam surah aku baca..berdoa kat Allah swt supaya tak jadi ape2 yang teruk lepas nih. Aku terus teringat kes budak kecik yang meninggal dunia minggu lepas kes pendarahan dalam akibat jatuh di nursery dia. huhuhuhuhu...mintak di jauhkan laaaa semua ini..aminnn..

Lepas 15 minit, Tia tidur semula (aku & lokman silih berganti dukung dia)..aku sapu minyak kat benjol Tia tuh, dah nampak kesan lebam skit..uhuhu, aku urut2 kepala dia..terus takder mood nak layan FB dah, amik novel baca sebelah dia...huhuhu..

Pagi nih kul 7 pagi dia dah celik mata..terus dengan aktiviti memanjat sambil membebel dia...Alhamdulillah, dia kembali ceria..dah lupa la tuh dia terjatuh katil semalam..tengok benjol dia dah kurang, tapi still ada lebam. InsyaAllah, harap2 tiada kesan sampingan.

Lepas nih kena letak double pillow keliling katil. Atau tekad la kot nak tidurkan dalam crib dia..try arr malam nih.

Dear Tia,
Sorry sayang sebab Ummi & Abah tak jaga tia baik2 semalam..lepas nih kitaorang akan jaga Tia sebaik mungkin yerrr..Tia pun jangan la tidur lasak2 sangat, guling sikit2 dah la, yang bantai tidur 360 darjah tu watper??mimpi nyanyi lagu hindustan sambil guling2 ke tetiap malam??? haihhhhh...

nota kaki: Abah Tia pun dah dijangkiti selsema & batuk dari Ummi & Tia..hehehe..cian abah..sudahnya share la ubat2 Ummi tu nyerrr.. :D Semoga cepat sembuh yerrr Abah Tia! :)

 
Blog Template by Delicious Design Studio