Thursday, April 18, 2013

Feeling retis la sangat! hahaha..we are in Pa&Ma!!

Hi korang!
Lama aku tak bersiaran kan? hehe..rindu aku tak? ke korang rindu nak tengok keletah anak2 aku? hehehe..

Latest news..

Aku dan si kembar mengedikkan diri dalam majalah Pa&Ma keluaran Mei 2013. haha..

Kisahnya....

aku kan join kelab kembar malaysia (KKM) dalam facebook, dimana semua ibu & bapa yang mempunyai anak2 kembar akan share2 cerita pasal kembar masing dalam tuh...aku suka sangat dengan group KKM nih cos dorang semua ramah tamah & suka share petua macam2...sangat berguna bagi aku yang setahun jagung membesarkan anak kembar. Nak jadikan cerita, ada ahli nih bagitau kat semua yang Karangkraf tengah cari bahan cerita untuk ruangan kembar. Dia siap bagi email add staff karangkraf, dan sesiapa yang berminat nak kongsi cerita kembar boleh la email details si kembar kat Karangkraf. Maka aku dengan confidentnya email la sertakan sekali 3 keping gambar kembar & serba sedikit mengenai kembar.

Lepas beberapa bulan aku dapat call dari Cik Fatin dari Karangkraf. Dia berminat nak interview & buat photoshoot si kembar. Aku pun terus setuju. hehehehe..gedik sungguh!! :p

Bulan lepas dorang datang rumah, photoshoot kat rumah aje...aku siap minta cuti sehari..hahaha..padahal interview tu tak sampai sejam pun. Ambil gambar kembar dalam 15 kali..sebab si kembar meragam. Hafiy la paling mengada..langsung takmo berenggang dengan aku. Dia jadi malu bila orang tak dikenali datang rumah..pulak tuh tetiba datang terus nak ambil gambar dia..memang takla dia layan..haha. nasibla Aariz ok. Siap leh senyum2 lagi..sebabkan dorang takleh berpisah dengan aku, so dengan muka aku sekali masuk majalah..hahaha..Ummi tumpang glamer anak2..kekeke..Abahnya dengan Tia tak dapat join, photographer takmo amik gambar satu family la pulakkk..huhu..tu yg kami bertiga aje bergambar sama.

ALhamdulillah semua berjalan lancar. Dan dah selamat keluar kat majalah. Muka Hafiy yang cembeng..pastu siap selsema meleleh lagi..hahahahaha..time tu kembar tengah selsema batuk. Almost nak cancel aje photoshoot tu sebab kembar tak berapa sihat. Tapi sebab dah janji, teruskan aje..tu yg tak dapat nak control hingus anak meleleh..haha..sebab aku serabut Hafiy buat perangai. Pengalaman yang lucu la bagi aku..apapun si kembar nih kecik2 dah masuk majalah kan? Over tau!! :)

Meh tengok aksi kami....




cover majalah - edisi May 2013


full story 2 pages... ummi senyum melebar dari anak2..


terpaksa pancing kembar dgn bola golf abah dan torchlight mini,
so that photographer leh ambil gambar dorang berdua aje..huhu


ni gambar latest..sebln after interview session
si kembar dua2 dah botakkkkk!! hehe

Wednesday, March 20, 2013

March entry...

Lama ek aku tak berblog. Bz dekat opis. Permintaan aku nak tukar department telah diluluskan pihak pengurusan. yeayy, Alhamdulillah. Tapi part tak bestnya bos aku hold aku transfer 3 bulan, kononnya nak cari replacement aku dulu dan untuk handover task. tapi sekarang ni nak penghujung march dah, replacement tak nampak bayang, keje pun takder  nak suruh handover lagi kat staff lain, lagi ditambah2 keje aku adala..kesabaran sungguh! Aku layankan aje la kerenah dorang nih, nanti bila masanya aku nak pindah department, aku cabut aje..pepandai korang la nak bahagikan kerja2 aku sekarang nih kat orang lain. tak sabar tunggu bulan 5..haihh..

Bulan nih memacam perkara terjadi. kawan baik aku selamat melahirkan baby twins girl. yeayyy..kembar aku nanti ada geng kembar gak..hehe. excited bila dapat tau dia dah selamat bersalin & ibu & twin sihat.

Tapi lepas beberapa hari dapat berita gembira, ada kawan baik kiteorang pulak maknya meninggal dunia kat JB. Aku kenal rapat gak dengan arwah maknya, sebab dulu masa zaman belajar uitm, maknya rajin datang tidur rumah sewa dia dan masak untuk kiteorang. Lepak2 borak2 dengan maknya dan masa aku kawen pun maknya pun datang sekali. sedih gak bila tau arwah dah takder & aku tak sempat jumpa arwah. last jumpa pun masa aku kawen tu la. Arwah pun ada jahitkan baju kurung untuk aku beberapa helai. Al fatihah untuk arwah mak. Semoga Allah lindunginya di alam sana. Aminn..

Nak jadikan cerita, arwah meninggal dunia pada hari jadi Tia ke 3.

Sayu kan? selalu kiteorang wassap tetiap hari share cerita macam2..tapi harituh aku tak dapat nak share kegembiraan aku celebrate besday Tia sebab hormatkan perasaan sedih kawan aku tuh. Allahuakbar! Allah Maha Berkuasa..

Cite pasal birthday Tia, nanti aku share lain entry ek. :)

Aku tengah struggle nak siapkan SOP project baru company nih & next week kena organize lunch talk program. Keserabutan! Wish me luck k! Cya!!

Aku share gambar2 latest anak2 aku...kot2 korang rindu nak tengok aksi si kembar & kakak yaya..ahaks! :)


peace in the lift :)


lepak kat tangga. Apa kes la korang nih? haha


main sticker2




kat rumah kakak aku.. menakal aje la tuh..kakak aku wassap gmbar nih last week :P

Monday, March 11, 2013

Trivia Anak: Tia Zahraa 3 tahun!

14 Mac 2013 nanti anak sulung aku genap berusia 3 tahun. Ikut kalendar islam dia lahir pada 28 Rabiulawal 1431 jam 12.05 tengahari. Sempena birthday dia yang ke 3 tahun ini. minggu nih aku nak cerita pasal dia aje.hehehe..dah lama tak update cerita anak2..lagi si Tia. Asyik cite pasal kembar aje. So aku panggil minggu ini entry Trivia Tia. hehe..

1) Masa nak lahirkan Tia nasib baik haritu jatuh hari Ahad, pagi2 dah rasa contraction. terus ajak lokman g hospital..lepas 2 jam setengah selamat lahirkan dia secara normal. Bersalin pukul 12 tengahari, pukul 2 petang waktu melawat penuh dengan family aku & family lokman datang tengok Tia. esoknya terus leh keluar wad. Demam kuning seminggu, Alhamdulillah takder sampai kena tahan wad.
2) Nama Tia abah dia yang bagi. Zahraa tuh aku yang bagi.
3) Dari kecik Tia dijaga oleh family kiteorang. Awal 3 bulan mak mertua tolong jaga. Sanggup kiteorang ulang alik dari KJ ke Seri Kembangan setiap hari demi hantar ambil Tia. Lepas 3 bulan adik perempuan Lokman baru abis belajar tolong jaga pulak. Dia duduk dengan kiteorang. Tia umur 9 bulan rasanya kakak aku pulak tolong jaga sampai la sekarang. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan membesarkan dia. Tia dikelilingi dengan orang-orang yang rapat dan menyayangi dia sepenuhnya.
4) Tia mula merangkak seawal 6 bulan dan mula bertatih masa cecah 11 bulan.
5) Masalah Tia cuma berat badan tak naik2. haih. sampai sekarang berat badan dia tak lebih 10kg.
6) Dari kecik Tia cerewet bab susu. Aku putus susu badan masa umur dia 3 bulan lebih. Sebab dia refused minum susu yang dalam freezer. Semua stok susu kena buang. Dia cerewet gak dengan susu formula. Memacam brand kiteorang tukar. Akhirnya dia memilih susu enfaA+. Bila masuk umur 2 tahun baru la tukar susu lain yang lebih murah sebab Tia dah dapat adik2.
7) Tia mula dapat gelaran kakak Tia bila umur dia cecah setahun 5 bulan. Aku mengandungkan kembar bila Tia berusia 8 bulan. hehe.
8) Tia bahasakan diri dia "yaya".
9) Sekarang nih Tia petah bercakap, walaupun pelat tapi aku still leh paham bahasa dia.
10) Feveret kaler Tia ialah pink. Makanan kegemaran adalah ayam, udang & ikan.
Tia baru beberapa jam dilahirkan

face painting..tak ingat berapa umur nih

celebrate birthday pertama dia kat rumah

dah jadi kakak yang penyayang ;)

masa ini tengah ajar dia minum guna botol. lagi seminggu nak masuk keje balik. aduhaii..
tugas mencabar masa nih..

sarat pregnantkan kembar boleh lagi bawak si Tia g Genting

Tia with her Abah


Friday, March 8, 2013

Kawan baik aku selamat diijabkabul :)

Hi korang!
Lama aku tak berblog..keadaan tak stabil..hehe..aku kurang sihat lately.. :)

Last weekend kawan baik aku selamat nikah dengan jejaka pilihan sendiri. Kawan aku since sekolah rendah u olls. Kawan satu sekolah rendah & menengah, kawan satu taman perumahan, kawan susah senang..Alhamdulillah.

Masa aku nak kawen dulu dia teman aku sampai ke Jakarta/Bandung beli barang2 kawen. Tapi masa dia nak kawen nih aku tak dapat nak tolong pape..Sorry yek hud. Komitment aku dengan family sangat tak cukup masa nak tolong ko buat preparation. Cuma 2 hari sebelum dia nikah aku & kawan ada la pergi rumah dia tolong packing kan doorgift kawen. hehehe..tinggalkan anak2 dengan lokman sekejap then lari ke umah dia. Nasib baik la rumah kiteorang still dekat, tak sampai 10 minit dah sampai.

Malam nikah, jumaat lepas isyak, aku berjaya lagi pergi tengok diaorang bernikah tanpa bawak suami & anak2..hehhehe..mak kamu mengular jap yekk, malas nak bawak dorang, kang buat bising kat masjid aje. Sekali lafaz selamat dah kawan aku bergelar isteri. Alhamdulillah kawan..welcome to the club! heeheh..

Wedding esoknya kat Dewan Felda, Kelana Jaya. Kat sana jumpa dengan parents aku & kakak aku sefamily. haha, dah kata kawan setaman, so parents aku memang dijemput. Dulu2 kiteorang each other tumpang naik kereta ke sekolah. So abah aku kenal dengan huda, parents dia pun aku kenal. Dulu2 suka lepak rumah huda tengok dvd korea..kekeke. Kawan2 aku pun kebanyakkan kawan dengan kakak aku jugak. ;) Part best bila jumpa kawan2 sekolah kiteorang. Ada yang dari sekolah rendah, ada yang dari sekolah menengah. Even cikgu2 pun ada yang datang. tak sempat gosip lama sebab anak2 aku buat perangai. huhu. time tu la si kembar nak tidur. stroller pulak tak bawak. aiseyy..sempat bergambar dengan pengantin kat meja beradap aje...tak leh nak menunggu sampai pengantin potong kek & bergambar di pelamin. Aku terpaksa balik dulu. Tak sanggup dukung si kembar lama2.

Congrats huda!! Happy for you. Semoga menjadi isteri yang solehah yek..heheh. luv u! xoxo



berdebar tunggu saat lelaki di akad ;)


dah selesai..seisi sarung menyarung cincin. luv this moment..hehe


                   haaa, macam artis ko..kerumun orang nak amik gambar..hehe

                                                               aku dengan emanuall wakil kawan2 lain

parents aku. si kembar memang susah nak dengan abah aku..hahah


sempat ambil gambar pengantin kat pelamin.
sumthing different here, pengantin perempuan menunggu pengantin lelaki datang
cos nanti pengantin lelaki kena bg tol kat family perempuan untuk sampai ke pelamin. so cute!!


anak dara aku dengan marshmallownya
keje ulang alik candy booth aje..sendiri tarik abahnya ke sana..hhuhu

Thursday, February 28, 2013

Kereta yang hilang bertemu kembali!

Tahun lepas, bulan 10 kereta Lokman hilang dekat LRT Kelana Jaya. Selama 4 bulan kiteorang bergerak bersama2..pergi balik opis sama2, eh tapi xde la hantar Lokman sampai opis dia, aku hantar & ambil kat lrt aje..hehe..memula rasa susah jugak la..tapi Alhamdulillah, lama2 dah jadi biasa. Kereta yang hilang tuh kiteorang dah redha aje la kehilangannya. Cuma tunggu masa nak polis nak declare close case aje so leh proceed dengan insurance bagai.
Tiba-tiba minggu lepas, dapat call dari polis kata kereta tuh jumpa semula, dekat area Taylor Kolej, PJ. Beberapa km aje dari rumah kiteorang. huhu..Orang2 area sana buat komplen kat polis sebab dah lama tersadai kat sana. Polis jumpa kereta tuh dengan dipasang plat no. lain.

Condition kereta tuh?

Memang tak dapatla yang cantik berkilat. huhu..Agak teruk jugak kata Lokman. Aku tak teman dia tengok kereta kat balai. Lokman just send gambar kereta thru wassap. Tayar tinggal 2 bijik. itupun yang 2 bijik tuh bukan tayar asal kereta tuh. cermin belakang habis pecah. meter board, dashboard, radio, speaker, gear box semua takder..lopong! tapi barang2 dalam bonet semua ada lagi. Banyakkan barang2 anak2 aku..baby carrier, tilam & bantal budak2, cover stroller kembar etc.
Nasib la yang lain ok..kerusi semua ada, enjin pun ada.
Masih boleh direpair katanya..dalam RM4-5k kos baik pulih. Polis dah bagi release kereta tuh..kasik tunda sampai ke bengkel untuk proses pemulihan.

Alhamdulillah..walaupun keadaan kereta tak berapa elok, senang cite parah gak arr, tapi dapat kembali harta yang hilang setelah beberapa bulan. Tak jadi la angan2ku nak pakai kereta baru..hahaha..buat masa sekarang kiteorang nak kasik habis loan2 kereta..tinggal dalam 2 tahun aje lagi pinjaman kereta masing2 habis bayar, InsyaAllah, tu yang rasa sayang nak jual..bersabar la wahai hati, lagi beberapa tahun aje la..dugaan Allah bagi sudah pasti ada hikmahnya..InsyaAllah..

Nota kaki: Pimp My Ride takder ker kat Malaysia? kalau la ada, rerasa dorang terima tak kereta Lokman tu??hahahah..   *verangan nak transform kereta wira jadi wolksagen gitewwww ;p


rongak sudahhh..


barang2 yang ada lagi dalam bonet..
bantal busyyukkk aku since dari sekolah ada lagi tu..hahaha..


kereta idaman..tunggu yekkk..lagi 2 tahun saya beli awak..InsyaAllah.. :)

 
Blog Template by Delicious Design Studio