Wednesday, April 4, 2012

Tia = Yaya

Sejak si minah kecik nih pandai bercakap, aku suka btul borak2 dengan dia. Aku akan cuba sebut satu perkataan tuh jelas dan terang dengan dia. Orang yang penah berborak dengan aku akan cakap yang aku nih bercakap macam speed boat. laju kemain! haha, even my BFF panggil aku "Twister" ..haha. orang yang takleh catch up apa aku cakap memang tak suka la..dorang akan suruh aku slow down skit bila bercakap. susah bagi aku nak cakap satu2.

tapi bila dah bercakap dengan budak dua tahun yang tak- sangat-paham bahasa nih, WAJIB la aku belajar cakap perlahan2. Jadinya, teknik untuk belajar cakap perlahan dan jelas ada dengan kanak-kanak. Terbaikkk!!

Cite pasal cakap-cakap nih, si Tia dah tau roles dia sebagai kakak kepada kembar, dan acting as a friend to her cousins & kawan2 yang sebaya dia. Aku suka tengok dia berkawan dengan budak2 sebaya dia. Sedikit demi sedikit dia belajar untuk bergaul dengan orang lain.

Tapi ada satu gak masalah budak nih..dia susah skit nak share barang2 dengan orang lain. Kalau dia "assume" barang itu dia punyer, so dia taknak orang lain ambil/share dengan dia.

Contoh nyer, macam last week aku bawak dia ke playgrund bawah rumah. Masa tuh hanya dia saje kat sana. So semua permainan kat sana dia naik laa. Then after that ada la budak2 lain datang. Nak main benda yang dia main tadi. Suddenly dia marah, dia cakap " ni yaya punyer"..ulang2 dia cakap kat budak tuh, budak tuh macam blur2 aje la..mesti dalam hati budak tuh cakap "apa kes la minah ni"..hahaha

Aku perhati aje la dari jauh. Aku nak tengok sejauh mane perangai takmau share dia tuh. End up bila budak tuh tak layan plus mak budak tuh ada kat situ gak, dia diam aje..terus main benda lain.
Ada kes, kalau dia tengah mood tak baik dai akan terus tolak budak yang amik barang dia sampai jatuh. Ni aku dah nampak banyak kali..mostly kat rumah kakak aku. Dia suka betul bergaduh/berebut barang dengan budak lain. Yang champion dia la..ganas gak budak kecik nih.

Bila dah jadi macam tuh, kena la aku berulang kali tegur perangai dia. And aku tekankan perkataan "SHARE". main "SAMA-SAMA" dengan kawan. "JANGAN GADUH" etc.
Orang cakap otak budak macam span, dia akan serap segala words yang kita cakap and segala nasihat kite. So aku harap Tia boleh paham benda2 yang aku tegur dia. InsyaAllah...semoga lembut hati mu wahai anak :D

oh cite pasal tuh, aku cuma nak cakap yang Tia dah pandai bahasakan diri dia sebagai "YAYA"!
Aku tergelak aje bila dengar..so cute! Penat aku panggil dia Tia hari2..end up dia panggil diri dia YAYA.haiyaaaa la sayanggg...tak kisah la janji dia tau dah nama dia apa..heheeh..

nota kaki: aku pun bahasakan diri aku kat family sebagai "EYA = FIRA" kehekehekeh.. :P anak mak sama aje kan? heeee..

2 idea?!:

m U n ! r A h said...

Sama la! saya pon kecik2 bahasakan diri "yah". smpai skrg org2 johor ada yng panggil yah. pelat susah nk sebut huruf r kot nooo.. hihi.

FiraHamzah said...

yeerrr btul muni, dulu kite pelat huruf R..tu la fira jadi eya aje..hehe..siap asyik kena bahan dengan adik beradik aje sebab takleh sebut R..bencikkkk btul! :P

haah, masa majlis tunang awak kite ada terdengar org panggil awak "yah"..kekekke, dalam hati taneyr jgk, apsal jadi "yah" ek?? hihihi :P

 
Blog Template by Delicious Design Studio