Friday, April 6, 2012

Trip to Cameron Highlands #2 - Night Market, Brinchang

Lepas makan "tengahari" pada pukul 5.30 petang, kiteorang terus menuju ke Pasar Brinchang yang terkenal tuh. Bila aku google pasal CH, wajib ada destinasi ke Pasar ini. Tapi jalan nak ke sana, MashaAllah, sesak sangat! dah la jalan kecik, pastu sepanjang2 jalan ke sana orang parking tepi. Kiteorang siap round 2 kali area situ nak cari parking. Ada parking berbayar per entry RM3, tapi penuh memanjang. menyampah btul! Alternatifnyer, masuk simpang jalan ke mana ntah, yang kiri kanan penuh semak samun...nak tak nak terpaksa parking situ and kena menapak sejauh 1km kot.
Aku dengan dukung Aariz. Lokman dukung Hafiy. yang adik ipar terpaksa dukung Tia. Si Tia mengada takmo jalan sendiri. Mungkin sebab ramai orang dengan tempat tak biasakan.

Jejalan kat Pasar tuh memang best. Sampai aje pasar, kiteorang yang perempuan terus singgah kedai souvenir, jual fridge magnet RM1 satu..kekekeke..harus la teruja! MIL aku pulak memang hobi kumpul magnet, penuh peti ais kat kampung tu dengan magnet2..comel kan? so apalagi, dah nampak RM1 aje..harus la dia borong sakan. kat KL tak dapat arr hrga macam nih. kan? aku tumpang sekaki jugak. sebabkan aku dukung itu kembar, takder la nak belek2 lama2..pakat amik2 camtuh, bagi MIL duit, then terus jalan.

Nak katakan kebanyakkan gerai2 jual barang yang sama aje. harga pun lebih kurang aje..bukan lebih kurang, kebanyakkan memang sama la, harga standard aje..so penat jalan2 jauh2 benda sama..cessss...

Buah strawberi dengan rata2 harga RM15 dua bungkus. pastu sayur2 segar RM10, pilih2 sayur apa, cactus, pokok2 dalam pasu kecik, madu asli, buah2, teh uncang RM10 for 2 boxes, souvenirs..

Aku memang takder nak aim apa2 sgt. Bapak aku kirim black tea kat Lokman. Aku ada ajak Lokman gi Tea Plantation, so hold dulu beli teh uncang kat pasar. nak beli strawberi pulak plan nak g tempat yg leh petik2 strawberi sendiri tu. ok then tuh pun hold. cuma SIL teringin strawberi salut coklat, merasa la jugak - RM5 utk 3 cucuk. kat kl mau RM4.50 sebatang. Kiteorang banyak beli makanan ringan2. Ada mushroom goreng, udang salut tepung. Sebekas polistren tuh RM5-RM10 aje. aku teringin cuba Asparagus goreng. haaa, kat KL takder nokkkk! hehe..sedapp gak! nasib baik xde strawberi goreng...kalau tak tu pun aku nak beli..hihih.Lokman beli jambu epal, 3 bijik RM10.

tu aje la..yang betul2 shopping adalah MIL ku..kekekeke. seronok btul dia.

Lepas tuh dah penat..sebab kes sakit2 pinggang & lenguh2 tangan dukung si kembar. Dorang pun macam letih & kesejukkan. Dah masuk malam, sejuk makin menjadi2. terus kiteorang balik apartment. Singgah pasarraya, beli susu kembar..back up takut yang aku bawak tuh habis. dengan beli meggi cup, in case budak2 nih lapar tengah2 malam ke..maklumla sejuk dingin..hehe.

ok done! setengah hari di CH...

1 idea?!:

m U n ! r A h said...

Strawberry saya dah dapat! terima kasihhhhh....... if mkn atas sana sure lagi best kan. lagi masyuk ahhh... hihi. tq tq! :D

 
Blog Template by Delicious Design Studio