Friday, May 4, 2012

Twins @ 8 mo

Kembarku dah 8 bulan.

Semalam aku & Lokman bawak dorang ke Klinik Kesihatan, setelah 2 bulan menangguh injection dorang nih gara2 sakit berpanjangan. Since dah masuk 8 bulan aku tak berani lagi nak menangguh, terus buat appointment and apply cuti. Dah lama jugak aku tak cuti, lately nih mood buat keje opis sgt down, so dari aku buang masa duduk opis dengan mood ala2 mama bosan, baikla aku menguruskan budak2 nih.
Masa timbang kembar nih aku berharap sgt berat badan dorang naik..sekali naik penimbang aje jarum tuh tetap lagi di angka 6. aiseyyyy...6.3kg jugakkkk..tepuk dahi dibuatnyerrr. parahhh! Apa kes tak naik2 berat dorang nih..makan dah macam2, susu dah tukar..tapi tetap macam tuh..korang nih sebijikla macam kakak Tia. selim melimm aje. Bila masuk jumpa nurse dia concern gak la tentang berat kembar nih. Sebab dah 8 bulan kan..patut dah cecah 8kilo atau lebih..kira graf tiada peningkatan la..huhuhu..so dia suggest jumpa doktor, since dorang check up kat KK nih, tak penah lagi jumpa doktor. ye la, sampai KK pun dah lambat, asal tengahari aje doktor dah abis shift. Lagi pulak si Hafiy punyer BCG tak kelihatan langsung atau mungkin tak penah dicucuk langsung (kes terlepas pandang) sebab Hafiy kena tahan ICU selama 2 hari lepas kuar dari rahim aku, dia disarankan dicucuk semula. Aariz punyer BCG ada tapi kempis aje dan kat bhgn bawah. Nurse siap tanyer aku beranak kembar kat mane. Bila aku cakap kat PPUM, terus dia buat statement, "haa, bayar mahal2 kat sana, tapi BCG buat macamni?" ..hurmmm, aku speechless kejap..kekeke, xde la mahal mane cik nurse, tapi memang tak patut la jugak anak2 aku dapat BCG macam tuh kan..dah tak pasal2 kena repeat balik..kes kes...
Sudahnyer next Friday kena g KK balik, jumpa doctor dan cucuk BCG (Hafiy). Jenuh aku mintak time off aje la nanti. tak kuasa nak cuti lagi. lepas 3 jam baru sampai rumah. ok dah, tutup bab KK.
Budak botak dua orang nih dah berani explore satu rumah. Bukan rumah aku aje, kat rumah babysitter pun cmtuh gak. Sampai nak masuk dapur pun ada. Bila kiteorang tengah makan, dorang datang ke meja makan. Si aariz siap masuk bawah meja lagi..kekeke..

Kiteorang dah letak dorang dalam walker. Walker Tia dulu, ada satu jer..so gilir2 la pakai. lagipun dorang tak reti lagi duduk dalam tuh. Si hafiy lagi la, siap angkat kaki lagi, langsung takmo guna kaki dia untuk tolak walker tuh..si Tia la rajin menolak dia bawak jejalan..kekeke..memacam pesyennn.. :P




Kembar dah pandai berebut barang. Mostly Hafiy la suka bt perangai merampas barang kat tangan Aariz/Tia. Sampai menangis Aariz bila tengah syok2 dia main, tetiba kena rampas. Tergelak2 aku tengok dorang ni. Haaa, skrg gelak2 arr, nanti dah besar skit dorang ni aku yg sawan sebab aku kena jerit2 jugak..Huhu

Ni la contoh biler kes berebut toys..si Hafiy memang buat slumber aje biler Aariz menangis

ni semalam..Hafiy menjerit kejap biler kena cucuk, pastu pujuk2 terus ok. good boy!

haaaa, rebut rebut!


si Aariz nak pandai merangkak dah..si Hafiy buat slumber ajee..apa kess gigit mat tuh..ntah apa2 budak2 nih..

Aariz mengada2 takmo duduk dalam stroller..haiyaa..semalam kat KK


2 idea?!:

NanAFarhanA said...

kembar kalau potong rambut botak bertambah2 comey laa...pls maintain their hair like this..hehehehhe (bunyi cam aku plak mama depa..)

FiraHamzah said...

haaa kan,
ramai pulak yang cakap macamtuh..so lepas nih lokman arr jadi pengunting rambut tegar dorang..kekeke..

 
Blog Template by Delicious Design Studio