Last 2 weeks ajak Lokman naik Bukit Tinggi. Dah bertahun aku teringin nak g sana..tengok macam best tempat tuh..tu yg agak excited nak bawak anak2 berjalan. Orang cakap pegi balik hari aje, tak payah nak stay sana, takde byk benda pun leh tgk..so ok la..takder la plan nak tidur mana2..
Gerak tengahari, lewat petang boleh balik dah. Ajak sekali MIL, SILs & anak dia. Pegi ramai2 baru rasa meriah gitu...kebetulan leh pinjam kereta Exora abah aku..so memang sumbat ramai2 arr..
Sampai sana, kena bayar RM12 seorang. Kanak2 bawah 4 tahun free.
Terus g ke Japan Village. Nak g sana, makk aihhh tinggi giler bukit kena daki. Dengan Lokman tolak stroller kembar lagi..sampai atas seriyess semputttt! haha, MIL & SILs dah give up dah xmo naik lagi..g melawat rumah jepun tuh..tapi ada sepasang lakibini dgn anak kecik dia suruh kiteorang naik gak. Dia cakap dah alang2 sampai atas, terus aje la naik skit lagi. Ada rumah jepun, ikan2 besar..so kiteorang pun naik la jugak..sampai atas dapatla tengok suasana rumah jepun..Tia & Balqis excited tengok ikan2 besar dalam kolam. Seronok tengok keletah dorang je..Si kembar bukan tau apa pun..kekeke..
Lepak dalam 15 minit, pastu turun balik.
Terus pegi ke kawasan France. Bangunan ala2 konsep france rasanyer..aku pun tak sure..ke Itali..hahaha..
Takder apa la sangat.jejalan gitu aje. Cuma sebelum balik tuh kiteorang lepak minum, hi tea dengan roti2 france..makan roti2 aje dengan jus dah RM50++. Restoran situ mahal2 gak..actually harga standard makan kat Italiannies/Chilis/Dome camtuh aje la..tapi sebabkan takut nak cuba..iyer la kang bayar mahal2 pastu tak sedap mane..baik tak payah..so makan roti2 aje la buat alas perut. Tengah2 makan tuh tetiba ada dance performance. Seksi2 awek2 minah salleh nih..layan la jugak..ala2 rasa la kat oversea pulakkk..dorang menari samba..cuci mata tengok minah salleh goyang punggung! haha..
Agak2 dah bosan, kiteorang pun gerak balik. Sampai rumah pun sebelum senja kot..Berhenti dinner kat perhentian mana ntah..pastu balik si kembar pun dah pengsan..Half day trip pun agak penat jugak...tapi kira puas hati dah aku nih dapat g sana.
Actually ada lagi aktiviti kat sana, macam sape suka outdoor activities macma flying fox, jungle tracking, panjat wall tuh, etc..ada la satu kawasan yang provide aktiviti2 tuh. Sebabkan kiteorang nih dah beanak pinak dah tak berminat pulak nak cuba benda2 tuh. huhu..
So lepas nih takder dahla nak mengidam pegi sana dah. Cukup la sekali tu..kekeke. Kalau g Genting Highland/Fraser Hill/Cameron Highland boleh repeat lagi.. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 idea?!:
Post a Comment