Thursday, July 5, 2012

Ragam anak-anak di luar rumah..

Sejak si kembar dah pandai merangkak, memanjat, duduk dengan sendiri dan lain2 lagi (perkembangan yang sgt memberangsangkan pada tahap umur mereka), aku dengan Lokman dah tak rajin nak keluar jejalan selama sehari suntuk. Kalau dulu masa ada Tia seorang, gigih dan gagah berjalan dari tengahari sampai ke malam...tapi sekarang TIDAK LAGIiiiii..hahaha

Sebenarnyer aku suka bawak budak2 nih berjalan. Dorang pun bila keluar memang excited. tapi sebelum keluar tu aku kena make sure dorang cukup tidur dan cukup kenyang. Dua ni memang penting, kalau salah satu tak cukup maka rosakla mood berjalan2..
Diaorang akan meragam aje..sampai kite naik rimas. tu yang cepat2 nak balik, baru 2-3 jam kat luar dah rasa nak balik. sangat tak best okkkk!

Si kembar & Tia akan tidur lepas breakfast & mandi. Dalam pukul 11 pg ke 12 tghari memang kena bagi dorang tidur. So keluar time tu memang tak sesuai sgt. Tapi kalau keluar time 10 pg cmtuh kira ok lagi, so masa kat luar dorang boleh tidur dalam stroller dan lagi senang utk kiteorang berjalan2 cari barang ke, makan ker..So bila dorang dah terjaga, masa tuh dah ok.. Kalau nak keluar petang pulak, lepas pukul 5.30 petang. Dorang akan tidur balik pukul 3.30 ke 4.30 petang macam tuh. Kesimpulannyer nak keluar berjalan pun kena tengok time tidur anak2. Tak boleh dah main belasah aje macam zaman bercintan cintun dulu..kekeke..Salah timing tak dapat la nak berjalan kemana2 dan tak dapat la beli2 barang..dapat penat aje la..kuikuikui..

Bila dah keluar tuh, tengok tempat pulak. Haaa kalau pergi ke kenduri kawen ke, kenduri Aqiqah ke..duduk bawak khemah dalam panas terik...haaa, memang tak lama la tuh. 2 jam dah kira terbaikk..atau aku memang kena masuk rumah tuan kenduri dan cari kipas & carpet, supaya kembar & tia boleh santai2. Lokman dengan aku memang tak boleh dah makan sesama. huhu..Gilir2 jaga anak. Paling bersyukur bila ada orang volunteer nak tolong pegang kembar. Nasib baik si kembar nih jenis nak la jugak setengah2 orang..macam Tia dulu langsung taknak kat orang lain. Kembar nih kira ok lagi. Ada masa nak jugak. Yang aku pasti, dorang nih tak boleh lama2 kat tempat panas. ye la, kite yang dewasa pun tak tahan, inikan budak kecik ek. So masa bersosial dengan sedara mara & kawan2 terbatas la bila kiteorang kena balik awal..jarang2 akan stay sampai majlis selesai..huhuhu.

Jadinyer aku dengan Lokman amalkan sistem bergilir2 nak bersosial dengan kawan2 dan adik beradik. Macam Sabtu aku keluar dengan kakak or jumpa kawan2 dalam 3-4 jam, pastu Ahad pulak Lokman g main golf dengan kawan2 dia selama setengah hari. Kira ada la masa untuk diri sendiri without anak2 kan. Tapi macam aku, Tia memang aku angkut ke mana2. minah kecik tuh dah pandai nak mengikut. Mana dah nak tinggal2. So Lokman or MIL akan cuma jaga si kembar aje. Sebulan sekali arr..lain2 weekend sama ada duduk rumah aje layan tv dari pagi sampai malam atau pegi rumah parents aku. Atok nak main dengan cucu2 pulakk..Alhamdulillah MIL & SIL ada duduk bersama, ada masa memang perlukan bantuan dorang jaga kembar while aku & Lokman keluar nak beli barang dapur. Sekarang nih babysitter aka kakak aku dah sarat mengandung, dah tak bleh sangat jaga askar2 aku tuh. MIL la yang tolong jaga. Terpaksa pisahkan kembar..kakak aku jaga sorang, lagi 2 kat MIL. MIL & kakak tak termampu nak handle tiga2..hehe..Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan menjaga anak2 dengan bantuan orang2 sekeliling. Pergi mana ada mesti ada orang tolong. Semoga Allah permudahkan urusan kiteorang membesarkan mereka..Aminnn.. :)

Jadinyer, kenala tunggu sampai kembar dah setahun lebih baru senang kot nak bawak dorang berjalan2. Aku teringin bawak dorang main kat Kids Sport Area (Gym Sport, Kidzania etc)..main bola2 kecik tuh..dan ke Water Theme Park (Sunway Lagoon, Morib Theme Park etc).Tunggu kembar boleh berlari baru aku bawak dorang explore tempat2 macam tuh. Sekarang nak bawak pun penat aje nak handle dorang..Setakat bawak Tia ok lagi. Tapi kesian pulak si kembar kena tinggal. Aku suka tengok dorang main sesama.

Semoga masa berjalan dengan cepat dan anak2 membesar dengan sihat & ceria2..aminnnnn...

Si Tia dah pandai main2 dengan adik
my outing day with frens
see, si Tia tetap ada , peneman setia..
Aksi budak2 dalam kereta. Tiga2 nak duduk dengan aku..haaa, camnoo??
car seat pun taknak duduk dalam tu..huhu
At Majlis Aqiqah kawan Lokman
Kawan baik dia tolong pegangkan kembar..hehehe
Si Aariz takmo duduk dalam stroller.
Terjerit2 nak suruh aku dukung..huhu..
Kembar dalam kereta lagi..
Lantak kome laaa nak buat apa..dah takleh handle dah nih..
Si Tia. Paw buku..
Masa nih bawak dia sorang aje..kembar tinggal dgn MIL.
g Tesco beli barang dapur..

0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio