Tuesday, July 31, 2012

Kembarku demam, tak jadi shopping

Hafiy start demam hari jumaat malam. Panas sgt, sampai cecah 39. Setiap masa aku sponging dia..sampai aku tak dapat tidur lena. Setiap kali sponging dia nangis..Masuk hari kedua, kawan aku suggest guna asam jawa. Aku ada asam jawa yg instant aje dlm peti..taram aje laaa..lepas aje tuam dgn asam jawa, terus kurang panas dia. Tapi lepas 3 jam panas balik.
Hari Sabtu tu kitaorang memang plan nak kuar shopping baju budak2 nih. Plan nak g OU aje. Tapi memang rasa tak sedap hati sebab si Hafiy nih siang memang dia ok, tapi asal lewat petang aje mula la badan start panas.
Since dah plan, kiteorang pun teruskan jugak la ke OU lepas asar. Jejalan kejap pastu ingat nak berbuka kat Pizza Hut aje, tapi pukul 6.45pm baru terhegeh2 nak cari g sana, memang dah fully booked la. Tak merasa la nak makan pizza hut. Even cari restoran yang biasa kiteorang makan pun semua dah penuh.
Sampai satu restoran tuh, Lokman tengok banyak lagi kerusi meja kosong. Redah aje la..Nama restoran tuh Petite Millie. France Restaurant rasanya.
Main pakai order aje, based on recommendation waiter dia.
Sementara menunggu makanan, si Hafiy bantai muntah pulakkkkk!! Habis tudung, baju & jeans aku..adehhh..nasib baik aku tak mengelabah, aku biar aje la dia muntah kat aku..ye la, dah la kat restoran ko..org cina meja sebelah tengah makan tu..huhuhu..lepas dia muntah, terus aku g toilet. cuci baju seluar dia dan aku punyer. Waktu tu orang dah berbuka puasa tuh..
Hafiy dah lembik sgt..memang panas sesangat badan dia. Nasib la aku ada bawak napkin dia dengan tuala kecik. kat situ jugak aku tuam dia. Nak balik terus lepas dia muntah tuh tak boleh jugak..makanan dah order. Lepas makan la kiteorang terus balik. Takdo dah nak menyinggah mana2..memula ada gak nak beli selai dua, tapi rasa tak selesa pulak nak shopping lepas baju suar aku bau muntah susu,..hahah..confirm semua orang lari dari aku.
Balik tu nak singgah klinik panel aku biasa pegi tuh, tapi tutup..ye la, doktor pun nak g Terawih..terus la balik umah.
3 malam la aku tak dapat tido. First time anak aku demam lebih dari 2 hari. risau aku. aku bajet if masuk hari ke 4, aku nak bawak g hospital aje. Aku amik EL semalam..tengok2 dai dah ok. sikit2 dia aktif balik. sampai petang tengok2 ok..Alhamdulillah..malam tadi dia tak demam dah. tapi batuk2 skit sampai muntah susu jugak..huhuhu..takper la, as long tak demam panas dah..
Jadinyer Sabtu nih la kuar shopping..hehe..harap2 anak2 Ummi semua sihat2 yer..xmo dah sakit2, tak tidur malam dibuatnyer..

Hari ketiga. dah kurang skit, dah leh main2 dgn kembarnyer
masa kat OU, menepek aje la..ni before muntah. sempatla aku mengambil gambar..huhu
main2 lagi even demam2
Hari pertama.
Si Aariz buli dia, suka benar rampas puting Hafiy..melalak budak demam nih..huhu..

Thursday, July 26, 2012

Puasa & korek hidung!

Dulu aku selalu ragu2 pasal benda ni.
Tapi since semalam aku dah tak ragu-ragu lagi..
Terima kasih imam muda Asyraf! Harap2 anak2 bujang saya akan jadi macam awak..hehe..

Psst psst : nak korek hidung tu walaupun dibenarkan masa puasa ni, tapi cover2 la skit yek. Jgn buat depan khayalak ramai! Kekeke :p

Bubyeee..selamat berbuka berpuasa nanti. Ada lg 2 jam setengah.. ;)

Wednesday, July 25, 2012

Kembar 11 bulan

Hari ini genap hero hero aku 11 bulan 2 minggu. lagi beberapa minggu nak setahun dah. Waaaaaa....kejap aje kan..tapi aku tetap rasa tak sabar nak bagi dorang besar dan paham bahasa! ekekek..
Stage umur sekarang nih memang lagi menguji kesabaran. Dorang dah kenal orang, dah tau nak demand dan manja2 dan dah tau nak ikut kemana aje mak pak dia pergi. Part nih lagi aku serabut!
Dorang dah pandai bergeng. Selalu ketua memang si abang la @ Aariz ataupun si kakak Tia. Hafiy kaki mengikut aje..hehe..

Aariz sangat la lasak. Suka memanjat, mengutip benda masuk mulut, kuat menyusu tapi memilih makan. Ada mood baru dia makan, if not aku sua makanan dia leh pulak mengelat, siap tutup mulut rapat then buat slumber aje bila aku panggil. Then bila dia nak susu, lambat aje bagi akan menjerit melalak bersungguh2..berdenggung telinga aku! sebabkan dia tak suka makan, badan dia memang slim. Obviously macam budak tak cukup zat. huhu. Kalau next month pegi klinik untuk amik suntikan, confirm doc marah sebab berat tak ideal dengan umur. jenuh la aku nak menjawap nanti. Aariz nampak sikit pendiam, ada mood aje dia bersuara. Tapi bab menyelongkar dia memang handal. Semua benda pun nak selongkar...letih aku mengemas!

Hafiy Zafran pulak manja plus bulat..hhehee..Dia suka mengikut apa si Aariz buat. Tapi dalam masa yang sama dia suka buli Aariz. Suka betul merampas apa saja benda yang Aariz tengah pegang. Dia memang tak boleh tgk Aariz pegang benda..aku tengok pun angin..haha..ada masa Aariz balas balik..haaa jenuh la korang main rampas merampas..bila tak dapat menjerit2 la dorang nih. Sampai Aariz yang menangis..kekeke..ada masa dia beralah la jugak. Nak bagi adil, aku amik simpan,so dua2 tak dapat. Tidak kang sampai sudah la dorang bergaduh. Aku yang letih! Part best pada Hafiy, dia suka makan. Semua benda kite makan semua dia nak jugak. If tak bagi dia akan panjat badan kite. If mkn kt meja mkn, bertenggek la dia kat kerusi tu minta suap sama, sampai aku tak tersuap mknan aku. Confirm leh kurus ummi ko ni Hafiy... Bila time tidur nak kite sebelah dia, peluk and dodoi dia sampai lena. Alahaiiii bulattt! Mengadaaaa..

Next month dah setahun, masa tuh kite still berpuasa, So aku takderla plan pasal birthday party ke apa..hehe, mungkin mood berpuasa & beraya yang lebih aku pikir. kesian kembar..macam Tia dulu pun lambat beberapa bulan baru buat birthday party dia. hehe..For kembar tak sure lagi..mungkin ada rezeki lebih leh ar buat openhouse Raya dengan birthday dorang nih. InsyaAllah..nanti aku pikir :)

Apapun, sekarang ni kena make sure kembar sihat. Dorang tengah selsema & batuk. teruk sangat! meleleh aje hingus dorang..aku dah bawak g klinik, tapi macam tak cukup aje ubat. If rasa dalam 2 minggu nih tak baik2 aku kena bawak g pakar. Mungkin kena neb. Adehhh...kesian betul budak2 nih. Tia pun sama. Dah kes berjangkit2 dah. Mata pun kena jangkitan. Penuh taik mata aje..doc cakap panas dalam. Aku kena bagi dorang minum air masak banyak. Takleh bergantung pada susu aje.

Ummi doakan korang semua sihat sentiasa. Bila sihat ceria, takla meragam. Ummi pun tak sawan..huhuhuhu..
Semoga panjang umur korang. Ummi luv u banyak2!!! :)
nampak tu..kes berebut la tu..adehhh..
bawak Hafiy & Tia g klinik
lepak2..
si Hafiy teringin makan epal. Dia tengok Tia makan epal, dia pun nak try
siap rampas epal dari Tia..haha
tapi harus la tak termakan, dah takde gigi..kekeke..

kes bergaduh lagi nih..hahaha..


Monday, July 23, 2012

Cabaran berpuasa bersama askar2 kecik!

Dah 3 hari kite berpuasa ek. Alhamdulillah semua berjalan lancar. First day bersahur di rumah sendiri, mak mertua dah masakkan ayam rendang. hehe, aku bangun time makan aje..leh gitu? dah aku bangun setiap 2 jam buat susu budak2, bila dah pukul 4 pagi tu, masa tu la baru nak lena...sah la memang tak dapat nak bangun tolong MIL siapkan makanan. huhuhu..rasa agak tak bagus la kan..huhu..hopefully this week aku leh bangun pukul 4.30 pagi tolong2 kat dapur. hehe, InsyaAllah..pagi tadi dalam sejarah pukul 4.40 pagi Lokman dah kejutkan aku bangun sahur. Giler awal! baru nak melena (pukul 3 pg bangun buat susu kembar plus tukar diapers dorang bertiga)..terkulat2 aku bangun sahur. sampai 5.30 pagi la aku makan aiskrim pulak..hahaha..betul mencekik! lepas tuh takleh tidur dah, aku lipat kain baju 2 bakul penuh, mandi, solat..then pukul 7pg tidur la sekejap. pukul 8pg terjaga..alamakkk, lambat la masuk keje jawapnyer..kekeke

Solat Terawih? haaa, memang la tak sempat nak buat. Pukul 9.30 mlm budak2 dah masuk tidur..dengan aku2 pun tidur gak. Camnoo nak buat terawih? Isyak pun terbabas sampai ke dekat2 subuh..huhu..parah parah!
Lokman aje pergi ke masjid buat terawih, aku kena jaga budak2. takperla, umur panjang nanti lagi 3 tahun leh pegi kot..heheh..

First day berbuka di rumah ayahanda aku kat Kota Kemuning. Dua malam berbuka kat sana.

Tula cerita hari pertama & kedua aku berpuasa wajib setelah 2 tahun tak berpuasa..hehehe..Hari pertama tuh masuk aje tengahari perut dah kriokk kriokk kelaparan. Pukul 2 petang kepala dah pening2..agak emo jugak bila jaga askar2 nih dalam keadaan pening dan lapar. Kesian budak2 ada masa aku melenting dengan dorang. Nanti aku buat entry lain pulak cite pasal kerenah terbaru dorang nih. (T_T)

Moral of story: agak mencabar berpuasa sambil jaga anak2 kecik nih. Fizikal & mental memang kena kuat. Lagi2 kesabaran..yang pasti aku bukan la seorang penyabar tahap maximum. Separuh aje aku rasa kot. Banyak lagi kena muhasabah diri..huhu..Harap2 Ramadhan nih mengajar aku satu benda terpenting..iaitu KESABARAN. InsyaAllah...

Apa dah aku merepek nih? ok la bubyaaaa...sambung buat keje yo! :)
budak kecik kelaparan.
ceyyyy..macam puasa lak dia..makan kain! :P
kebosanan takder keje la nih..
heheheh..
kat umah abah aku. main tangga 3 tiga nih
penat aku jadi tarzan..stresss makkkk!!!

Friday, July 20, 2012

Azam Berpuasa

Alhamdulillah..esok dah Ramadhan.
Dan esok bermula episod aku nak berpuasa wajib, dah 2 tahun aku tak puasa pada bulan Ramadhan..heheeh..kes kes..anak berderet2 selama 2 tahun..so tahun ni aku free, jangan la mengandung yekkk! hihi..kasik la rehat 3-4 tahun..
Apapun, harapan aku Ramadhan kali nih agar aku dapat berpuasa penuh dan yang penting dapat membuat solat Terawih. Mungkin bersolat terawih bersendirian..ye la, mana la nak dapat pergi ke Masjid macam zaman bujang dulu-dulu. Dulu takder anak, sekarang nih anak2 tengah kecil lagi..takleh nak tinggal. nak bawak ke masjid pulak harus la nanti menganggu orang lain nak solat kan..so baik la aku solat kat rumah aje. Itupun kena tunggu anak2 tidur dulu baru boleh aku solat..Harap2 terbuka la pintu hati ini nak bersolat terawih..InsyaAllah..
Dan dapat membaca Al-Quran sekurang2nyer 1 muka surat sehari. heheeh..Takleh kot buat satu juzuk sehari...mau anak melalak2 sama..
hurmm...takbaikkan aku bagi alasan anak aje kan..padahal sendiri yang rasa susah nak buat ibadah banyak..MasyaAllah! huhu T_T
Okeylaaa, kasik positif skit..akan aku cuba buat ibadah sebanyak mungkin di bulan Ramadhan ini.hehe. Ganjaran yg Allah swt janjikan adalah berlipat kali ganda. Jadi, jgn lepaskan peluang!! Mari kite beramalll..oh ye, dan aku mau minta maaf jika selama entry aku tulis ada buat korang tersentap ke..maaf kan mak yekk.. :)

Wasalam.

Wednesday, July 18, 2012

Jumble Sales + Blood Donation + Anniversary

Aku kebusyan ada event company back to back. Start hari Jumaat lepas ada Jumble Sales, aku one of the Event Committee, so segala persiapan kena buat..keje2 opis memang tolak ke tepi. xde mood nak fikir. hehe..Kat Jumble Sales berjaya beli kasut flat. hihi, kira kasut jejalan bersama kembar. Takder dah nak terkehel2 masa dukung budak2 nih nanti. hehe..Aku jual baju2 Tia yang masih elok2 lagi. Suku dari hasil jualan pergi ke charity. Alhamdulillah. Hasil Jualan staff2 sini pun sebahagian pergi ke Rumah Anak Yatim terpilih.
Semalam pulak aku ada Blood Donation Campaign. Panggil orang Pusat Darah Negara datang. Tahun nih sambutan kurang la pulak, kes bertindih dengan Training..ramai staff2 pegi training, pastu ramai jugak yang cuti. Biasala, hari Isnin ramai monday blues. Nasib baik dapat la jugak achieved minimum donor 40 orang. Actually ramai jugak datang mendaftar. more than 60 staffs, but tak lepas ujian saringan (ujian darah). termasuk la aku..hehehe..hemoglobin rendah. 12.3 daripada target lepas 12.5. cissss!!! nurse tu pulak very the strict one, tak cukup syarat aje takleh menderma. Ada kawan aku, berat 44.5kg, pun takleh menderma terus. Berat minimum 45kg. Berat aku 46kg..hehe..tapi dah hb rendah..kecewa pulak tak dapat menderma. huhu..last time aku menderma masa zaman belajar UiTM dulu..ada la 10 tahun lepas. lama gilerrr!! bila ada peluang camni, aku pulak tuh yg organized tak dapat pulak. Last year sebab aku tengah pregnant. Memang sah2 la tak boleh menderma. Tahun ini pun tak dapat. Harap2 tahun depan boleh arrr. Kena ambil iron tablet la camni. Ingatkan lepas bersalin nih HB aku naik..rupanyer sama jugak. Masa pregnantkan kembar lagi la rendah, tahap 10 aje. huhuhu..Nampak sangat tahap kesihatan aku masih tak stabil. adehhh..kena amik supplement ker ek??
Jamu aku beli harituh pun tak makan2 lagi..kekekeke..asyik terlupa aje. parahh!
Apapun, nak menderma darah ni bukan senang rupanyer. Banyak sgt syarat2 nyer. Aku sangat2 berterima kasih pada sapa yang menderma darah semalam. Berjaya jugak achieved target walaupun tak seramai tahun lepas. Harap2 darah yang di derma dapat menbantu orang2 yang memerlukan.
Hari nih pulak ada Anniversary company ke 40 tahun. Buat celebration kecil2an aje..aku tolong skit2 aje la..hehe, penat semalam pun tak abis lagi. So harinih aku nak enjoy aje the event. Jap lagi kena distribute cupcakes kat semua staffs. Tadi tengahari sempat singgah Starbuck kat Giant, beli gift cards untuk contest dress up terbaik. Dalam penat2 tuh sempat lagi lari ke Giant beli gifts..huhu..
ok la, sorryyy harini aku membebel syok sendiri. hehe..
Esok aku update pasal anak2 yer. Dorang dah bertambah bulan..kembar dah 11 bulan, Tia dah 28 bulan :)

Bubyyyyeee! :)
Anniversary CGC ke 40..dan ada Red Theme Day..so kebanyakkan staff pakai baju warna merah mak ngah!
Sgt supportive staff...suka aku..hehe...berbaloi arr penat lelah g beli voucher etc..
Blood Donation Day
Aku pun takder card Starbuck nih..bestnyerrr kalau org bagi free...huhu
Finally dapat la dua tong darah dari staff CGC..
Orang2 kuat sepanjang event 3 hari berlangsung
mini poster aku create sendiri..hehe
aku kat sini sgt multi-tasking...kekeke..
back to back events
Dapat la kurma Yusuf Taiyoob sekotak dari GM aku..
Alhamdulillah..sempena nak Ramadhan nih.. :D
Setiap staff dapat la cupcakes nih sempena CGC Anniversary

Thursday, July 12, 2012

Bergaya tak dukung anak dengan tumit tinggi?

Masa anak dara, jiwa remaja galak bukan main lagi bergaya dengan kasut tumit tinggi setinggi 3-4 inci. Sakan ko!! siap berbagai warna lagi..oren, kuning, merah...ikut tema baju lagi..hehe..
Tapi sekarang dah ada askar2 kecik nih kena pikir 10 kali nak pakai ke idak. Hati memang teringin nak pakai tapi....
Nak jadikan crite..aku nak g keje pagi nih, pakai la kasut ala2 2 inci setengah, wedges gitu..confident nih sambil kena dukung Hafiy. heheeh, sekali nak sampai ke kereta boleh pulak aku terkehel. adehhhh!!! nasib baik anak tak jatuh..seriau btul! ingatkan pakai kasut tinggi jenis wedges nih selamat..tapi tak jugakkk..keeee, sebab aku jalan tak betul?? hahaha..sebab nak cepat g keje, jalan macam ribut! bukan sekali ok aku terkehel, dua kali..depan rumah babysitter pun terkehel lagi skali. huhuhu..
tetiba rasa insaf pulak..gamaknyer kasut Raya tahun nih beli yang flat aje la..huhu..
Last week aku dah buang semua kasut2 tinggi aku yang dah buruk2. bertahun2 simpan..ada yang zaman sebelum kawin lagi kasut tuh..bajet simpan dalam kotak selamat, tapi yer la, bertahun2 ko..dah terkopek2 dah..asal pakai aje, ada la nanti tertanggal sini sana..kasut simpan dalam kotak tak guna pun tak boleh tahan jugak. sebenarnyer kasut nih tak boleh simpan aje, kena gak pakai sekali sekala.
tapi dah aku nih dua tahun berturut2 mengandung, terus la aku simpan high heels aku semua..aku avoid masa pregnant pakai heels. Sebab ada rasa tak confident bergaya sakan masa pregnant. Plus takut ada effect sakit2 pinggang & kaki.
Aku tengok AM aku kat opis nih, tengah pregnant 5 bulan slumber lagi pakai heels 2 inci setgh. laju pulak tuh dia jalan! seriyess aku yang tengok pun rasa seriauu..tapi tengok orang la kot..ada org tak kisah..asal bergaya..hehe..korang masa pregnant pakai heels tak?
Sales Raya dah start nih, korang dah shopping ker? Charles & Keith pun dah sales..hehe, harus la aku usha2. tak dapat 3 inci heels pun takper la, aku beli yang 2 inci punyer..hehehe..nak jugak rasa tinggi masa beraya nanti. hihihihi..tapi kena berhati2 semasa mendukung anak. Jangan sebabkan nak bergaya sakan memudaratkan anak dan diri sendiri..cari nahas namanyerr..
ok babes, take care..sayangila kaki kite..hehe :)
antara kasut2 yang aku dah buang..sayang je nak buang, tapi if repair pun sekarang kos repair leh beli kasut baru yg 50% diskaun..btul tak? hehe
kasut pakai pagi ini..terkehel jugakk..
huhuh..sakit kaki sudahh..

Tuesday, July 10, 2012

Bowling with Company

Sabtu lepas aku join bowling tournament under my company. Opismate aku ajak partner dengan dia..so macam ok ajela since aku dah lama gak tak main bowling. Dah lama tak bersosial gituu..
Inform Lokman awal2, so that bleh mintak tolong dia jaga askar2 untuk 3-4 jam.
Sehari sebelum bowling, aku ingatkan start pagi, rupanyer2 bowling start pukul 3 ptg. aiseyyy...aku dah agak confirm budak2 takder orang nak jaga. Lokman pulak tetiba tak confident nak jaga kembar sesorang dia. MIL kena g wedding pulakkk..kekeke..
Sudahnyer angkut la skali dorang nih g Sunway Pyramid. Aku pun main sesaja, idak lerr nak aim for trofi ke..hehe..tapi partner aku tuh terrer sehh, tetiap tahun dia dapat trofi..rasa serba salah gak if aku tak dapat tolong dia score kan..huhu. Partner lama dia dah resign..since dulu aku penah main bowling gak, tu yg dia ajak aku main. haha..kesian dia dapat partner Ratu Longkang macam aku nih...kekeke..
Sampai sana pukul 3 ptg, organizer kata games terpaksa delay cos ada company lain tgh ada tournament gak, pastu dorang lambat habis. Tunggu punyer tunggu, pukul 6ptg baru kiteorang dapat main. hampeh sungguhhhh..mood hilang terus. Si kembar dah boring duduk dalam stroller. Asal dorang meragam aje, Lokman terpaksa bawak jejalan. Ntah brape kali tawaf la tuh sementara tunggu aku abis main. huhuhu..sampai 2 kali tidur kot dorang tu. Nasib baik si Tia tak meragam sama. Dia yang excited tengok aku main. Berlari2 dia layan diri sendiri, sambil aku main tuh. Main 3 games kooo..seriyess penat..hacus gak la aku main..ada second round tuh kembar meragam..siap berak lagi si Hafiy.
Pukul 8 mlm baru habis main, terus balik rumah. Malas nak tunggu sampai event habis, sah2 la dah tak menang..kekek..Singgah tapau makanan..sampai aje rumah semua dah keletihan. Kembar terus mandi then aku tidurkan. Tia pun sama. Letih dapat berjalan hari ni :)
Terima kasih bebanyak pada hubby Lokman kerana menemankan saya & melayan kerenah anak2 dengan penuh kesabaran..hihihi :p muah muah!

Result baru send thru email to all. Aku & Partner dapat no 10 daripada 15 Mix team.kekeke..ok la ek, aku la spoiler. Partner aku dapat no 10 utk ranking lelaki daripada 59 org. Aku pulak no 40 dari 45 player wanita. hahahahahahha..parah!!! nasib baik bukan last la kan..hihihi :P LOL
sebelum main makan kat Burger King
budak gedik nih sibuk nak duduk dalam stroller pulak
my partner aka my super senior kat CGC
nak ada sejam setengah kena tunggu, bawak tia main kat playground situ..seronok dia..
si Ratu Kecik Bowling. nanti dah besar leh main sama2 k :)
angkat bola pun tak larat, main sepak aje dia..
my great supporter. siap clapping hand lagi bila aku dah baling bola. so sweetttt la cayang!
and my heroes...thanks babyyyyy :)

Friday, July 6, 2012

Jaga anak-anak sampai tergeliat urat

Jumaat lepas aku ambil MC.

Apa kes? sebab sakit2 badan selama 2 hari, berlanjutan hari ke3 aku tak tahan, terus la minta cuti.
Urat belikat kat belakang badan tergeliat..doktor cakap muscle strain/pain. Aku kena masa mendukung si kembar..huhu..
Since kembar takleh duduk diam, memang keja kiteorang mendukung dorang nih bergilir2..kekadang si Tia pun nak berdukung..memang tak cukup tangan la..So bila dah kelam kabut urat pun terkejut kooo! haaa, hambikkk...2 malam aku tak lena tidur..bila mendukung budak2 memang lerrr sakit..tapi ku tahan kan aje..doktor pesan jgn buat keje keras2..tapi dok rumah tak buat apa pun bosan gak..sempat lagi aku cuci peti ais..ekekek..
Doktor kasik ubat sakit urat & relaks otot. Tak penah2 aku makan ubat macam nih, sebabkan tak tahan aku telankan jugak. Alhamdulillah..berkesan..lama2 hilang sakit2 nih..plus Adik ipar memang terrer mengurut, mintak tolong dia urut2 aku..seriyessss banyak angin dalam badan..urat aku memang dah bengkak katanyer..huhuhu..last aku mengurut masa dalam pantang laaa..huhuh, sungguh la aku nih tak jaga badan..baru nak masuk umur 30 badan dah lemau2..huhu..
Lepas nih kena berhati2 menguruskan anak2..kena sayangi badan sendiri jugak. Semalam ubat jamu sampai rumah..aku beli jamu buang angin badan & jamu sakit urat/pinggang kat kawan baik aku. Dia tengah berpantang sekarang nih, makcik dia buat sendiri jamu tuh..so aku tumpang sekaki mengorder..hehehe..Harap2 jamu-jamu tuh memberikan aku kesihatan yang baik..tawakal kerana Allah swt..InsyaAllah.. :)

dua jenis ubat doktor kasik termasuk ubat akar kayu, utk mengurut..ekekek, first time g klinik dapat ubat urut tradisional. sorry xde dlm gambor
si kembar berebut nak kat aku semalam, masa mengambil dorang kat umah babysitter..haaa, camno la tak tergeliat kan..asyik kena serbu aje!
ni tia masa mengada2 takmo berjalan..nak berdukung pulak sepjg kenduri..adehhh!
Jamu yang akan dicuba..harap2 lepas nih aku sihat & cergas! hehe..
budak kembar yg manja.. :)

Thursday, July 5, 2012

Ragam anak-anak di luar rumah..

Sejak si kembar dah pandai merangkak, memanjat, duduk dengan sendiri dan lain2 lagi (perkembangan yang sgt memberangsangkan pada tahap umur mereka), aku dengan Lokman dah tak rajin nak keluar jejalan selama sehari suntuk. Kalau dulu masa ada Tia seorang, gigih dan gagah berjalan dari tengahari sampai ke malam...tapi sekarang TIDAK LAGIiiiii..hahaha

Sebenarnyer aku suka bawak budak2 nih berjalan. Dorang pun bila keluar memang excited. tapi sebelum keluar tu aku kena make sure dorang cukup tidur dan cukup kenyang. Dua ni memang penting, kalau salah satu tak cukup maka rosakla mood berjalan2..
Diaorang akan meragam aje..sampai kite naik rimas. tu yang cepat2 nak balik, baru 2-3 jam kat luar dah rasa nak balik. sangat tak best okkkk!

Si kembar & Tia akan tidur lepas breakfast & mandi. Dalam pukul 11 pg ke 12 tghari memang kena bagi dorang tidur. So keluar time tu memang tak sesuai sgt. Tapi kalau keluar time 10 pg cmtuh kira ok lagi, so masa kat luar dorang boleh tidur dalam stroller dan lagi senang utk kiteorang berjalan2 cari barang ke, makan ker..So bila dorang dah terjaga, masa tuh dah ok.. Kalau nak keluar petang pulak, lepas pukul 5.30 petang. Dorang akan tidur balik pukul 3.30 ke 4.30 petang macam tuh. Kesimpulannyer nak keluar berjalan pun kena tengok time tidur anak2. Tak boleh dah main belasah aje macam zaman bercintan cintun dulu..kekeke..Salah timing tak dapat la nak berjalan kemana2 dan tak dapat la beli2 barang..dapat penat aje la..kuikuikui..

Bila dah keluar tuh, tengok tempat pulak. Haaa kalau pergi ke kenduri kawen ke, kenduri Aqiqah ke..duduk bawak khemah dalam panas terik...haaa, memang tak lama la tuh. 2 jam dah kira terbaikk..atau aku memang kena masuk rumah tuan kenduri dan cari kipas & carpet, supaya kembar & tia boleh santai2. Lokman dengan aku memang tak boleh dah makan sesama. huhu..Gilir2 jaga anak. Paling bersyukur bila ada orang volunteer nak tolong pegang kembar. Nasib baik si kembar nih jenis nak la jugak setengah2 orang..macam Tia dulu langsung taknak kat orang lain. Kembar nih kira ok lagi. Ada masa nak jugak. Yang aku pasti, dorang nih tak boleh lama2 kat tempat panas. ye la, kite yang dewasa pun tak tahan, inikan budak kecik ek. So masa bersosial dengan sedara mara & kawan2 terbatas la bila kiteorang kena balik awal..jarang2 akan stay sampai majlis selesai..huhuhu.

Jadinyer aku dengan Lokman amalkan sistem bergilir2 nak bersosial dengan kawan2 dan adik beradik. Macam Sabtu aku keluar dengan kakak or jumpa kawan2 dalam 3-4 jam, pastu Ahad pulak Lokman g main golf dengan kawan2 dia selama setengah hari. Kira ada la masa untuk diri sendiri without anak2 kan. Tapi macam aku, Tia memang aku angkut ke mana2. minah kecik tuh dah pandai nak mengikut. Mana dah nak tinggal2. So Lokman or MIL akan cuma jaga si kembar aje. Sebulan sekali arr..lain2 weekend sama ada duduk rumah aje layan tv dari pagi sampai malam atau pegi rumah parents aku. Atok nak main dengan cucu2 pulakk..Alhamdulillah MIL & SIL ada duduk bersama, ada masa memang perlukan bantuan dorang jaga kembar while aku & Lokman keluar nak beli barang dapur. Sekarang nih babysitter aka kakak aku dah sarat mengandung, dah tak bleh sangat jaga askar2 aku tuh. MIL la yang tolong jaga. Terpaksa pisahkan kembar..kakak aku jaga sorang, lagi 2 kat MIL. MIL & kakak tak termampu nak handle tiga2..hehe..Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan menjaga anak2 dengan bantuan orang2 sekeliling. Pergi mana ada mesti ada orang tolong. Semoga Allah permudahkan urusan kiteorang membesarkan mereka..Aminnn.. :)

Jadinyer, kenala tunggu sampai kembar dah setahun lebih baru senang kot nak bawak dorang berjalan2. Aku teringin bawak dorang main kat Kids Sport Area (Gym Sport, Kidzania etc)..main bola2 kecik tuh..dan ke Water Theme Park (Sunway Lagoon, Morib Theme Park etc).Tunggu kembar boleh berlari baru aku bawak dorang explore tempat2 macam tuh. Sekarang nak bawak pun penat aje nak handle dorang..Setakat bawak Tia ok lagi. Tapi kesian pulak si kembar kena tinggal. Aku suka tengok dorang main sesama.

Semoga masa berjalan dengan cepat dan anak2 membesar dengan sihat & ceria2..aminnnnn...

Si Tia dah pandai main2 dengan adik
my outing day with frens
see, si Tia tetap ada , peneman setia..
Aksi budak2 dalam kereta. Tiga2 nak duduk dengan aku..haaa, camnoo??
car seat pun taknak duduk dalam tu..huhu
At Majlis Aqiqah kawan Lokman
Kawan baik dia tolong pegangkan kembar..hehehe
Si Aariz takmo duduk dalam stroller.
Terjerit2 nak suruh aku dukung..huhu..
Kembar dalam kereta lagi..
Lantak kome laaa nak buat apa..dah takleh handle dah nih..
Si Tia. Paw buku..
Masa nih bawak dia sorang aje..kembar tinggal dgn MIL.
g Tesco beli barang dapur..
 
Blog Template by Delicious Design Studio