Sunday, December 1, 2013

Warehousesales aje

Biasa la asal hujung tahun aje penuh dengan warehousesales. Semua nak clearance stock. Sakit jiwa tengok!!
Aku dgn lokman sempat terjah Levi's warehouse kat ttdi jumaat lps. Giler tgk jeans harga rm49-rm99. Berbaloi sangat beli jeans kat sana. Tshirt pun jadi rm29 aje..cuma barangan for kids xde langsung. 

Then harini pergi DKSH warehouse, Lokman aim kasut kerja Scholl & dapat gk beli thermo pot Morgan. Thermo pot rumah ni dah berbulan2 rosak, dok masak air cara lama, guna cerek masak atas dapur..hehehe. Lama2 letih nak tunggu air dijerang & simpan air panas dlm flusk. 
Lepastu terus g Pureen warehouse. Kalini aku aim botol susu budak2 ni & skit je stock up toiletrries. Baju bajan still banyak, dapat baju untuk the boys sepasang rm12 aje. Sorang 2-3 pasang. Alhamdulillah. Bergilir2 dengan lokman jaga budak2 dalam kereta.hujan renyai2 pagi ni.settle la weekend dengan meranapkan duit..huhu. 
Apapun ai dah merdeka dari berpantang. Hoooo yeahhhh!!!









Marathon jumpa doktor

Hi bloggers!
Sejak hari rabu lepas aku dah keluar rumah. Pantang tak complete 44 hari lagi masa tu. Hari rabu ada appointment dgn ppum untuk injection Harraz ke sebulan. Yang lawaknyer si bapak nyer ingat appointment kat klinik kesihatan. Confident bawak aku, tia & harraz ke KK. Sampai simpang nak masuk KK kelana jaya ni aku jadi pelik apsal g KK?then aku bgtaula appointment utk Harraz ni aku ingat nak buat kat ppum, rasa lagi selesa kot follow up dia kat ppum. Tapi bapaknya malas pulak nak ke sana, so slumber ajela walk in ke KK.nasib baik nurse bagi jer amik nombor giliran. Suruh amik 3 no. lagi utk check aku sekali & utk consultation perancangan keluarga & untuk check Harraz. Since ni first time aku g klinik lepas bersalin so ibunya pun kena check. Ok, cite pasal check up ni aku cite entry lain. Tajuk entry ni pasal marathon aktiviti kiteorg dari rabu sampai ahad (hari ini).
Susulan check up kat KK, entry lepas aku ada cite aku g ppum kan utk check pusat & bebird harraz tu on thursday. Since xdpt jumpa doktor kat ppum, malam tu bebird dia dah sampai darah melecet, so kiteorg terus pergi KJMC esok pagi (jumaat). Jumpa Dr. Syed, doktor yg penah rawat Tia & si kembar. Aku call buat appointment pagi tu jgk. Doc cakap melecet sebab bebird dia bergesel dgn diaper.kulit dia agak sensitif dgn diaper. Perkara biasa bg sesetgh baby. Dia bg krim sapu, antibiotik untuk seminggu. Pusat dia xde masalah apa. Lain2 pun ok, doktor check gak part2 badan Harraz yang lain. Total rawatan & consultation RM92. Settle. Lagi seminggu follow up dgn Dr. Syed balik. 
Tiga hari berturut2 pergi mendapatkan rawatan untuk anak. Harraz ooo Harraz, sayang sungguh ibu bapa kamu kat kamu tau! Get well soon my dear ;)



Thursday, November 28, 2013

No appointment, no doctor!

Morning!
Sekarang aku kat PPUM. Datang sini sebab nak check kesihatan Harraz. semalam dia kena inject sebulan kat klinik kesihatan KJ.then doc sana tgk pusat & bebird dia ada bengkak merah, terus doc tulis surat rujukan refer pakar kanak2 ppum. Dia kata mungkin infection. Berderau darah bila dengar infection..huhu..takut effect kat lain if x cure cepat2.
Sampai2 hosp, tunjuk nurse surat, then dia bawak surat tu ke doc paed..jawapan aku dapat, sila datang minggu depan, kite set appointment dulu yek. 
Cehhh!
Penat2 datang hosp. tapi tak dapat jumpa doc. Alasannyer xde appointment. Then aku ckp la ingat ada surat rujukan boleh direct jumpa doc, coz it consider serious case. But nurse tu bagitau as doc refer to the letter that bengkak tak serius. Ok fine. Harap2 memang tak serius, coz aku tengok pun bengkak kat pusat dah surut sikit, yg kat bebird dia her still merah2, macam melecet..mungkin nappy rash..wallahuallam. Harraz x meragam, kencing berak macam biasa, susu pun mcm biasa, tido ok. Hope dalam 2 3 hari ni dah ok. 
Set gak appointment next week. Then terus balik. Buang karan sungguh pagi nih! 
Tolong doakan kesihatan Harraz yek korang. Thanks! 


Monday, November 18, 2013

Happy 1-month old!

Semalam genap Harraz umur sebulan. 
Alhamdulillah..
Harraz makin berisi, sampai dah mula rasa lenguh2 tangan dan sakit belakang bila menyusukan dia..hukhukhuk..tapi suka aku tengok dia membesar dgn jayanya. Rasa2 akula byk2 anak la kan, dia yg paling besar saiznyer dalam usia baru sebulan..kekeke. Next week nak pergi bawa ppum utk injection & check up. Tak sabar nak timbang budak bulat nih..hehe
Rutin hariannya masih sama, minumsusu-tidur-minumsusu. Main2 pun kejap aje..bila lama skit bgn dah mengelisah..
Still dalam proses adjust timing tidur dia.ada masa malam2 dia berjaga. Ada masa elok aje tidur, setiap 2 jam bangun menyusu. 
Aku pun still adjust diri sendiri. Takder displin lagi nak pump susu buat stok. Sehari sebotol aje sempat buat. Lain2 masa sibuk aje nak buat2 kerja rumah. Macam orang sihat jek.hukhuk. Tapi start esok kena tanam azam nak buat stok at least 3 botol sehari. So lg sebulan nk masuk kerja dah standby semua susu utk dia..insyaAllah. Kena rajin fira. Caiyokkk!! 
Ok gud nite..

Tuesday, November 5, 2013

Berpantang koboi?!

Salam semua...
Hari ni hari ke 33 aku berpantang. Lagi beberapa hari nak merdeka..tapi...rasa macam dah tak pantang sangat jek..hanya sebab aku tak keluar rumah je lagi buat aku rasa aku dalam pantang bersalin..kekeke.
Macam mana aku berpantang kali ni? 

For info, ini kali ke 3 aku berpantang. 

Berpantang di rumah sendiri, makan minum kebanyakkan suami yang sediakan. Awal2 minggu aritu mil datang tolong2 mana yang boleh. Bila suami pergi kerja aku buat semua sendiri. Percaya tak percaya hari ke 11 aku masak lauk pantang sendiri..terpaksa. no choice. if tak masak tak makan la aku..takkan nak makan biskut & roti je dari pagi sampai ke petang. Alaa, masak seringkas yang boleh. Dalam 15 minit dah settle. Lauk ikan bilis goreng dgn bawang putih, halia & lada hitam. Lauk kegemaran aku masa berpantang. Pastu bendi rebus. Dah settle makan, baru ku tahu tak boleh makan bendi..hukhuk..org cakap sayur menjalar tak elok makan masa pantang. sejuk katanya. ok noted. So ganti dengan sup sawi & bayam masak air.

Tia temankan aku berpantang. Actually dia tak mahu pergi rumah kakak sebab dia tau aku ada kat rumah. Yerla, minah kecik tuh dah pernah tengok aku berpantangkan..asal dapat baby dia tau maknya akan duduk memerap kat rumah, tak pergi keje. So dia ambik peluang arr nak mengendeng dengan aku. Stress gak bila dia ada sama. aku kena handle dia dengan baby. Serabut rasa bila dia sepahkan satu rumah dengan toys, pastu minta macam2..nak tengok tv la, nak makan mee la, nak berak kena cebok la..aku dah la takleh nak mencangkung lagi..dah pakai bengkung & stokin, pergerakkan terbatas..tapi at the same time kena uruskan semua..seriusssss mood berpantang jadi kelaut..elok2 aku nak berpantang secara berdisplin, terus jadi pantang koboi. Nasib si kembar nak pergi rumah kakak. Weekend aje aku 24 jam dengan dorang semua. 

Tapi Alhamdulillah..Allah Maha Mengetahui & Maha Mengasihani.
Luka jahitan aku cepat sembuh, tak rasa bengkak macam masa kembar dulu. kekadang aje rasa sakit sebab benang dia lambat tanggal. Bila luka dah sembuh mudahkan aku nak bergerak & buat keje rumah sikit2. Baby pun aku handle sendiri, tanggal aje tali pusat aku dah mampu mandikan dia. 

Cuma seminggu pertama aje aku tak sihat. Aku demam mengigil 2 hari. mungkin bentan sebab aku banyak bergerak. Atau mungkin sebab breast aku membengkak. Susu tak dapat nak lancar keluar sebab tersumbat. Lepas panggil mak bidan baru ok. Mak bidan urut breast sampai lancar. Part aku rasa sangat berbaloi panggil mak bidan ni even bayaran agak mahal. Sebelum2 nih mak bidan lain tak pernah urut breast. Plus aku first time bertanggas. Sebelum nih aku takder idea langsung camne bertanggas, mak bidan (kak intan) sediakan pakej..dia mengurut, bertanggas & bertungku plus bg herba mandian utk seminggu.  nanti aku cite pasal dia eh, aku bg contact no. dia skali. 

Aku demam 2 hari, aku terpaksa makan ubat tahan sakit, PPUM yang bagi sepeket. Lepas makan tu baru ok demam. Paracetamol aku tak makan. Aku ingat if masuk hari ke 3 aku demam gak, aku nak pergi hospital aje. takut ada side effect kat luka jahitan or sebab breast problem. Alhamdulillah..lepas 2 malam aku ok. Lepas mengurut & bertanggas, lagi rasa ok. Pesan mak bidan aku kena berbengkung hari2..sebab dengan berbengkung boleh elak kena bentan. lagi2 aku berpantang sendiri, aku banyak bergerak..memang betul, bila aku berbengkung tak rasa sakit tang rahim/perut. Bidan cakap nak angkat anak2 pun boleh bila berbengkung. tapi part tu idak lerr aku nak angkat si kembar. Angkat baby aku berani..hehe. 

Lauk berpantang selain ikan bilis goreng, lokman masak ikan tengiri goreng dengan halia & bawang putih blend & lada hitam. Memang sedap bila makan dengan nasi panas. Mil aku pulak masakkan ikan tengiri berkuah halia & kunyit hidup & lada hitam. sayur bayam masak air. If lokman tak menyempat nak masak, beli aje daging masak lada hitam kat kedai..hehehe..tu namanya pantang koboi! lauk pun bole beli segera..janji takde cili api. 

Bagi aku pantang paling penting pada 2-3 minggu pertama. Makan paling kena jaga sebab selain breastfeeding baby, dalaman badan pun kena jaga mostly rahim kite. Yang lain2 tu ikut kehendak masing..ada kawan aku dia suka berparam pilis selama 44 hari pantang. Aku mmg xpernah berparam pilis. Penah try masa lahirkan Tia dulu, tp sehari jek tahan..aku jadi lg pening dengan baunya..huhu. 

Ok, xsabar nak keluar rumah!! Semoga aku selamat menahan sabar berpantang sampai 44 hari..hehe. Caiyokk!




Tuesday, October 29, 2013

Introducing my little junior

Hari ni dah masuk 12 hari. 
Alhamdulillah
Baby sihat. Dapat detect ada jaundice, so hari ke 9 bawak ke klinik kesihatan kj, amik darah kata tumit kaki dia, bacaan kuning tak tinggi kata doktor, tapi suruh datang lg esok harinya. Tapi sebabkan malam tu aku diserang demam menggigil, bentan plus breast bengkak..huhu..minggu kedua berpantang memang penuh dugaan. Nanti aku cerita bab pantang ye. Sekarang nak kenalkan korang anak ke 4 aku..hehe..
Aku dengan lokman sepakat namakan dia.......
Harraz Mishari Zayyan bin Lokman

Harraz bermaksud Yang Amat Warak
Mishari adalah nama ulama terkenal serta tahfiz Al Quran dari Kuwait, Sheikh Misari Rashid. Lokman suka dengar ulama ni mengaji, sedap suaranya. Bapaknya bercita-cita nak jadikan anaknya tahfiz Al quran..InsyaAllah..dapat jadi Imam muda pun dh besar rahmat..doakan yg terbaik untuk anak2 yer..
Zayyan bermaksud Hiasanku

Anak ke 4 ni namanya terpanjang. Dah abahnya nak jugak boh nama Mishari, aku relakan aje la. Dah ayahanda aku pun suruh letak nama anak sempena nama nabi/ulama sipaya katanya menjadi idola dan inspirasi anak tu bila kite letak nama yang elok2 & terbaik maksudnya. Terusla aku setuju..kekeke..memula agak kental gak aku bangkang letak 3 nama..haha..kesian kat anak nanti pergi sekolah kena tulis nama pjg2 kat buku & form/ kertas exam bagai..huhu..tapi takperla..harap2 anak ku paham nanti hajat abahnya..haha

Alhamdulillah dah register petang semalam. Aku panggil dia Harraz. 
Hari ke 7 tali pusat dia tanggal. Hari ke 10 si botakkan oleh abah nyer sendiri. Tak dapat buat hari ke 7 sebab condition aku x sihat dengan nak handle askar2 lain. Tak pernah, janji sunnah Rasullah tu dpt dibuat sedikit demi sedikit. Usaha satu satu mana yang mampu, InsyaAllah.






Monday, October 28, 2013

My newborn baby

Assalam bloggers...
Alhamdulillah, syukur..aku dah selamat melahirkan seorang putera pada 17 Oktober 2013, 2 hari selepas Hari Raya AidilAdha..
Dan 2 hari sebelum EDD..actually on that day aku attend bi-weekly check up kt PPUM. Sampai2 hosp. terus kena g buat CTG..nak tgk pergerakkan jantung baby..naik tingkat 4, ada bilik khas utk CTG check up..dlm 20 minit nurse2 monitor. Masa buat CTG tu aku dah ada rasa mild contraction dlm 2 kali..bila nurse tgk result then panggil doc check..dorang ckp result ctg not really good..and dpt detect the contractions. Terus dorang refer ke doc klinik bawah..
Kat bilik doc bawah, jumpa balik dgn dr syahizi tu..and dia terus minta nk seluk check if ada bukaan. Nak tak nak redha aje la..dia kata dah 1cm, then terus dia suggest nk buat force bukaan ke 3cm..aku ingatkan nk induce dgn injection ker, tapi rupanyer dia nk seluk lg dlm & buat bukaan dgn jari dia..arrrrrrrrrgghh, seriyessss sakitttttt nokkk!! Hilang nafas aku tahan sakitt..memang nasib x kena sepak aje doc tu..hahaha..tetiba leh pulak dia bg suggestion tak sempat aku nk fikir dia nk buat keputusan tuk aku. since EDD aku pun lg 2 hari so katanyer baik terus bersalin haritu..dah alang2 kat hospital dah & the contraction dh ada gak. 
Aku berserah. Dah jangka sebelum pergi hospital, ckp kat lokman ntah2 bersalin hari check up gak. Lokman pun srh beranak cepat, jenuh menunggu hari2 sampai x pergi kerja..haha. Tu yg aku pasrah aje bila doc nak paksa beranak. 
Dah buat bukaan 3cm dr syahizi terus call wad atas utk terima aku. Masuk wad waiting for labor room.then continue dgn CTG monitoring. Lepak kat wad tu x sampai sejam tgk dh 4cm, terus nurse arah aku utk masuk LR. Kiteorg dahla x bawak beg pakaian..selai sepinggang dtg hospital. Ooohh lokman & tia terus balik lps aku kena masuk wad menunggu. So masa aku kena masuk LR lokman baru sampai rumah..tia hantar ke rumah mama dia. Menangis2 dia xmo dok sana bagitau lokman. Aku sempat whatsapp semua family, family aku & lokman yg aku dh masuk LR. Mohon doa semua. Masa tu rasa cepat aje, tak menyempat2 nk inform yg lain2. Dengan line phone kat ppum tu x clear..pastu masa kt wad menunggu disrh aku off hp sbb xnk ganggu CTG reading. Kelam kabut aku. Pagi tu je masa menunggu turn aku sempat upload kat fb gambar dgn tia..kikkiki..gmbar kenangan sebelum beranak la kiranya..haha. Gediks kan? 
Masuk LR pukul 1 petang. 1.15ptg air ketuban dipecahkan. Pastu masa menunggu bukaan demi bukaan..MasyaAllah..satu pengalaman yang baru bg aku banding lahirkan tia & kembar. Aku rasa masa lambat sgt berlalu. Depan mata memang jam dinding, so memang menghitung masa. Dari sejam ke sejam..takder org teman..nurse & MO keluar masuk gitu..check2 ctg pastu kuar. Oh aku x sempat mkn apa2 pun since pagi. Masa tunggu turn aje lokman sempat belikan air milo kotak utk aku. Tu je yg ada dlm perut sampai beranak. Aku minta air masak gk kat nurse. Dapatla minum 2 sedut. Masa kat wad menunggu ada arr dorang served nasi lauk, tapi time tu la tetiba dorang srh g LR. Sengal betul..lapar aku tau! Tapi hilang lapar sebab nerves nak push..huhuhu.
Sampai pukul 6 petang contraction makin kerap. Aku dah rasa nak meneran dah, tapi sorang pun xde kat situ. Aku menjerit2 panggil nurse & doc. 3 kali okkkk!! Terus menangis aku sebab takut aku xdapat nak tahan dari meneran & takder org sambut baby. Sangat2 cuak & takut!! Sampai midwife masuk dia dah get ready aje nak sambut baby aku in case doc tak sempat dtg. Dia siap leh explain kat aku ada 3 patients lg nk bersalin serentak. As usual ppum ni short of doc. & nurses. Explained time aku tgh sakit nk bersalin mmg mengundang marah aje laaa..masalah aku ke korang x cukup staff? Sekarang ni aku ni nak beranak, tanggungjwb korang arr sediakan org..aduhaiiii! Tghari tadi bukan main ramai doc & budak2 MO kuar masuk bilik aku, sampai naik rimas aku..siap aku nk rehat tido boleh bantai borak2 dgn kuatnyer sambil tangan dok gegar2 katil aku..bila abis jer waktu kerja hilang dah hilang semua budak2 tu? Aiseyy..wrong timing gak baby ni nak keluar punnn..huhu
Pukul 6.21 petang selamat la aku keluarkan baby boy ni..dengan 3 ke 4 kali push..hahaha..nasib baik ada lagi tenaga. 
Baby berat 3.1kg. Paling berat antar tia & kembar dan paling lama dalam LR. 5 jam. Erkkkk..campur lepas beranak kena dok lagi dalam LR until 10 mlm. Kesian lokman tunggu kat luar sorang2. Dorang lak style tak inform husband kite. Apapun syukur semua selamat. Nanti aku sambung eh...nak tido ni..gud niteeee

Friday, October 4, 2013

Check up @PPUM lagi.. (37weeks 5 days)

Semalam check up lagi kat PPUM. Kali nih Lokman & Tia join teman sekali. Sebab semalam ada scan sekali. Dah 2 bulan tak scan..dok berdoa agar baby ok aje sepanjang tak dapat tengok dia..heheh..

Sampai sana, terus suruh check urine & timbang berat. Berat aku naik 600g aje..total ngam2 55kg. total dari awal mengandung sampai ke 37 minggu 5 hari meningkat 8kg sahaja..
lepas tuh terus pergi tingkat 1 untuk scan. Tunggu tak sampai 10 minit dah dapat giliran. Rinduuuuu nak tengok baby!! tapi tak dapat dah tengok muka dia..baby dah sangat besar..cuma nampak kepala dia aje..pastu nurse/doc tuh dia amik ukuran kepala, tangan etc. mana yang boleh aje..overall katanya semua ok. Kepala baby kat bawah, uri kat atas, air ketuban cukup, jantung & buah pinggang pun nampak ok..Alhamdulillah..syukurrr!! so tunggu masa aje untuk di push keluar ini budak..ngeeee~~

Lepas scan, dapat result terus naik balik tunggu turn jumpa doc. Time nih memang lama gilerrrr!!nasib la ada peneman2..layan kerenah si Tia aje la..naik sangap dia..dah la playground kat luar  tengah di-renovate. Bajet bawak dia tuh supaya boleh arr dia main kat playground..Kesian dia. Sampai pukul 1.30 baru dipanggil.

Jumpa dengan doktor yang sambut si kembar. Yang terkejutnya dia ingat kes aku lahirkan si kembar..excited betul dia. Dia kata rare kes orang bersalin kembar, normally kat PPUM dorang akan suggest c-sec aje..tapi kes aku dapat bersalin normal pastu cepat aje..kekeke..doc tuh siap belek2 balik rekod lama aku sebab nak confirmkan betul ke aku orangnya. Siap tanya doc. sapa yang in-charged dulu..tengok2 betul la nama dia pun ada dalam rekod aku. Doc Syahizi. yesss, aku ingat muka doktor nih..dia agak bising bila aku tak kasik disentuh kat perut nak kecutkan rahim..hahaha..mungkin sebab tuh dia ingat kot kes aku nih, patient yang degil! haha..

Apapun terima kasih jugak kat Dr Syahizi nih..aku siap cakap this time doc la gak sambut baby saya..hehe, gelak aje dia. Pastu dia check perut aku. Dia kata kepala baby dah masuk saluran..so tunggu masa aje la nih baby nak keluar..huhu, terus nervess!! Bagusnya doc & nurse bagi kata2 semangat, siap doa kan yang terbaik untuk aku. doakan aku mudah bersalin macam aku bersalinkan kembar dulu..InsyaAllah..
Before aku keluar bilik doc, sempat doc tuh nasihat agar lepas nih jarak kan anak2..hahahahaha..tak terkata pulak aku...haihlaaa doktorrrr..bukan nak jarakkan, nak tutup kilang terus la doktorrrr!! kekeke..gerenti lepas nih saya guna protection..haha..insaf dah nak rancang2 sendiri nih.. ;p

ok, next appointment lagi 2 minggu. ntah sempat ntah idak untuk next appointment..hehe..apapun still cuak gak nih.

oh dan semalam gak first time aku kena serangan kaki kejang. Cramp attack!! 2 kali pulak tuh..sebab sejuk kot cuaca. Malam tadi aku sapu minyak panas merah satu kaki then pakai stokin tebal. Lena tido aku...takder dah cramp attack..huhuhu..pinggang pun dah tak berapa sakit lepas sapu minyak panas.

Korang tolong doakan untuk aku & baby eh! terima kasihhh.. :)

Wednesday, October 2, 2013

Wordless Wednesday

Still waiting the D-day to come.. :) 



Tuesday, October 1, 2013

Kilang Teh Boh & Galeria TIme Tunnel, Cameron Highland #Part 3

Last entry cite pasal CH. Promise..heheh..

Aku nak cite gak pasal ini first time aku pergi dua2 tempat nih. Bagi aku dua2 tempat ni menarik & tempat yang perlu korang singgah bila korang kat CH. Berbaloi arrr..

Kiteorang singgah sebelum balik KL. Check out dalam pukul 12, terus singgah ke Galeria Time Tunnel. Aku tak berapa sure kat area mana, yang pasti galeria nih kat tengah2 deretan kedai2..

Dalam galeria nih banyakkan barangan lama2, zaman tok kadok kite sebut. Ada cite serba sedikit sejarah CH. Pastu banyakkan barang2 lama,zaman muda mak ayah kite..then dorang pamerkan barangan zaman kite kecik2 dulu..teruja gak tengok barang2 lama..sampaikan packaging susu Dumex zaman 80-an pun ada..Kira masuk sana dapat mengimbau kenangan zaman kecik2 arr..kecik aje tempatnya, tapi ok la..masuk kena byr RM5 rasanya. dalam setengah jam dah settle melawat.

Lepas tuh terus kiteorang ke Kilang Boh. Jauh skit perjalanan ke sana. Dah memang ke arah KL..kena naik bukit tinggi. Mencabar gak arr perjalanan ke sana..jalan sempit aje. Sebab kilang dia pun dekat dengan ladang teh..so memang memanjat arr..aku suka tengok permandangan ladang teh..sampai kilang tuh, dapat tengok proses teh dibuat..cuma kat sana takder pulak guard/orang kilang nak guide kite..pepandai sendiri arrr tengok proses teh dibuat..kira open kilang gitu..lepas tengok2 kilang, boleh minum/makan kat cafe dia..sebelah cafe ada kedai jual pelbagai perisa teh. harga takla murah pun..bagi aku biasa aje laa..huhu..beli teh kat Kea Farm lagi murah rasanya. Lepak minum2 dengan cuaca segar memang cool. Lepas tuh baru kiteorang terus turun ke KL.

Oh yer, sebelum tuh ada gak kiteorang singgah ke Bharat Tea. Salah satu pengeluar teh jugak..tapi kat situ takder kilang. Just leh lepak minum kat cafe sambil layan view ladang teh & shopping teh.

On the balik KL, kiteorang ikut jalan Tapah. MasyaAllah..seriyusssss pening ikut jalan tuh..berbengkang bengkok!! tobat takmo dah ikut jalan tuh lagi..huhu..si Aariz siap muntah susu lagi..tak budak2 tuh tak reti duduk diam dalam kereta..haaa, lalok arr dibuatnyaa. kiteorang berhenti tepi bersihkan semua. recycle aje la baju dia..hohoho..nasib la mak yong tak muntah sama..kakak2 aku singgah Air Terjun Lata Iskandar, dorang bawak anak2 mandi kat sana dulu baru balik rumah. Aku & family terus balik KL, dah penat tahap gaban. singgah tepi jalan beli Madu Tualang dengan orang Asli. Dapat la sebotol RM20. murah sesangat if compare harga kat atas CH. Beli gak sayur2 dengan strawberi untuk buah tangan. Tak dapat singgah strawberi farm kat atas..huhu..so beli aje la yang sedia packing. Tia suka makan strawberi..satu bekas tu dia settle kan sorang..

Alhamdulillah sampai rumah dengan selamat. Moh layan gambarrrrr...
















Monday, September 30, 2013

Not yetttt in Labor Room...

Lama aku tak online..
bukan sebab aku dah beranak..
bukan sebab takder mood nak berblog..

tapi..out of sudden website blog do block kat opis. langsung apa pun takleh buka..baca blog orang lain pun tak boleh.huhu..mommie tak dapat nak bergosip tauuu! stressssssss!hahaha..

aku nak taip blog guna ipon aku sgt tak rajin..fikiran aku lately ke-laut skit..sebenarnya agak nerves menunggu contraction tak kunjung tiba.

minggu nih dah nak masuk 38 minggu. minggu lepas 2 hari aku mc. gara2 sakit pinggang teramat dan berangan ingatkan bersalin last week..kekeke..aku sebenarnya tak ready lagi nak push push..tak tau kenapa kali nih aku rasa takut.

aku takut nak handle baby balik. huhu..pastu nanti ada baby dan ada askar2 kecik sama nak kena tengok2. aku takut aku tak dapat nak handle semua sekali dan akan stress sokmo sepanjang dalam pantang..huhu..semoga Allah permudahkan urusan aku kelak. aminn..

last time check up macam biasa. doctor cakap baby aku kecik as baby2 yang lain. takper, asalkan degupan jantung dengar ok, baby aktif dan sihat. ujian darah semua nampak ok, cuma hb aku rendah la jugak. 8.4 aje. doktor bising2 gak sebab aku tak makan obimin. huhu..jangan kan ubat, selera makan pun dah merundum. makan sikit2 aje..mengidam apa pun dah takder..makan bila betul2 lapar..

hari ni aku masuk opis balik. nerves gak masuk opis..takut tetiba rasa contraction time opis hour..huhu..kawan2 opis yang seangkatan mengandung macam aku, yang due date kiteorang dekat2 banyakkan dah selamat bersalin. Buatkan aku lagi nerbes tahap gaban..adehhh..mak cuakkk!!

doakan aku yek.
anyway, banyak hutang entry aku nak story mory..petang nanti aku sambung..cite Cameron Highland pun dah basi nokkk..lagi 1 entry lagi. aku buat summary aje la nanti yekk..huhu..

ok start kojerrrr..monday bluesssss la sgt skrg nih setelah 4 hari tak masuk opis..c ya!!


dah settle basuh2 baju2 baby. banyakkan recycle aje baju bajan si kembar. termasuk barut, kain bedung, mitten booties semua recycle aje..takdo lerr nak beli baru..ngeh ngehn geh
baju2 aje adalah aku beli 5-6 pasang yang baru untuk dia..kesian jugak if semua nak recycle abng2 dia punyer..

minggu lepas kena masuk ceramah penyusuan PPUM selama sejam
kali nih dah upgrade..dah guna projector ko..kekeke
dulu pakai card board aje..
dan presenter kali nih bagus sgt..
ada info2 yang baru2 gak aku refresh..hehe

siap bagi patung baby & breast tiruan ni utk semua yang masuk ceramah
dorang demo & ajar cara nak breast feeding cara yang betul & utk bapak2 jugak dorang suruh try dukung anak cara yang betul. good one!

last2 week..me at 37 weeks
outing dengan anak2 ke OU
bakal kakak & abang2 :D

Wednesday, September 11, 2013

Cameron Highland Trip - Day 2

Sambungan entry CH Trip..

Day 2 - 15 Ogos 2013 (Khamis)

Pagi2 subuh memang sejuk yang teramat2! Aku sampai tak boleh nak tidur sebab kesejukkkan. Pagi2 tuh pulak si Tia buat ragam..menangis2 nak apa ntah..sampai satu apartment tak boleh tidur dengar dia merengek2..hahaha..consider macam alarm clock la tuh..so semua orang kena arr bangun pagi gak..hehe..

Abah & Lokman nak pergi main golf. Dorang nih taik golf..orang lain plan nak jejalan lawat kawasan, yang dorang plan nak ukur padang golf. huhu..Padang golf dengan apartment memang dekat..cross the road gitu. So aktiviti jalan2 harituh aku kena handle anak2 tanpa abah dorang. Minta bantuan kakak2 & adik2 aku lerrr..

First tempat pergi ke Butterfly Farm. First time gak aku singgah. Ok gak tengok memacam jenis rama-rama. plus dalam tuh bukan saja ada rama-rama tapi ada gak haiwan lain macam arnab, harmster, ular, kura-kura, peacock, burung merak dll. Bagi orang dewasa nih biasa aje la..tapi untuk budak2 memang dorang agak teruja la jugak..hehe. Masuk kena bayar RM10. Anak-anak aku free. 

Lepas tuh terus ke Cactus Point. Aku takde plan nak beli kaktus..tak berminat nak menjaganya..hehe..layan anak2 buah aje. tapi dalam cactus point tuh ada pulak kedai cendarahati..tetiba ada pulak terselit barang mainan. haaa, laju aje la si Tia terjah. Terus paw aku mainan..kesian gak sebab dari semalam kat Pasar Brinchang dia nak toys..aku suruh aje la dia pilih. Dia nak mainan muzik. Ada gitar, trompet dll. RM12 aje. Pastu si kembar aku beli Ultraman & Raksasa kecik2 tuh..hehe..dorang dah kenal sape itu Ultraman..so okla...excited la bila aku buka mainan tuh bagi dorang main kat Apartment petang tuh.

Dah settle, terus ambik Abah & Lokman kat Kelab Golf, then pergi lunch di restoran mamak. Tak ingat aku nama apa, tapi nak ke restoran tuh kena ke arah Tanah Rata. Sebelah restoran tuh ada Starbuck. Ramai pelancong2 mat salih lepak situ. Family aku makan nasi atas daun pisang. Aku tetiba teringin makan roti Naan cheese dengan ayam tandoori. tapi tak rasa sungguh cheese nya..huhu..Kakak yang sulung belanja makan. hehe..

Lepas makan terus balik, tidurrrr..dalam pukul 4.30 ptg adik beradik aku yang lain keluar nak cari air terjun. Aku, Lokman & askar2 malas nak ikut..anak2 aku kan tak suka main air..so tak payahla nak susahkan diri nak panjat air terjun tu..dorang main toys aje la sepanjang petang tuh. Abah aku pun malas nak join. Penat main golf ler tuuu.

Lepas Maghrib keluar dinner kat Steamboat Restoran. Tak tau nama apa..haha..aku keje mengikut aje, sebab naik kereta dengan abah aku. Per pax RM28 rasanya. Okla, kenyang..Anak2 aku pun bersungguh makan. Dah la masa tuh hujan, layan steamboat memang terbaik. Just aku rasa a bit pricey la. harga per pax tak masuk air. Pastu bagi ngam2 je bahan2 steamboat tuh..bukan buffet. Nak apa2 tambahan macam dessert ke, duit pun tambah lerr. Dinner pulak di taja oleh adik ipar..hoyeahh! makan free satu hari. konyanggg mak buyung!

Balik apartment, dorang main lagi scrabble ntah berapa round tuh. Sambil tuh kiteorang buat acara potong kek sempena harijadi aku & kakak termasuk si kembar & anak buah lagi sorang. nih la dia hadiah harijadi, birthday getaway..hehehe..tapi masa nak potong kek si kembar dah terbongkang tidur. Tia la wakilnya potong kek dgn aku..hahaha..

Happy Birthday to us!! Alhamdulillah...

settle la aktiviti hari kedua. :) moh layan gambarrrrrr....

si rama-rama terbang tak berapa bebas..

askar2 aku row depan
askar2 kakak aku di belakang
heheh..
askar2 belakang tu tukang jaga askar2 kecik aku..

semua tempat kat cameron nih jenis tangga banyak2
semput kooo!!
nak turun ok lagi, nak naik balik yang tak cukup nafas mak yong..huhuh

Hafiy first time pegang rama2..
seriau aku tengok..mau terpatah pulak kepak dia...huhu

tengok ular pulak

oh lepas dari Butterfly farm, ada singgah tempat petik strawberi
tempatnya tka best mcm aku pergi last time
dah masuk kena bayar Rm35, kira deposit arr..
pastu if dapat amik 1kg strawberi consider deposit tu burn..
pastu kawasan petik tertutup, mat bangla dok jaga pintu
ntah apa2..
tia je leh masuk ikut kakak2 dia
kakak aku bawak budak2, aku dengan yang lain layan eskrem strawberri.

ni la makan atas daun pisang nyaa..

steamboat timeee


penaja steamboat
hehehe.. terima kasih adik2 ku sayang ;p


birthday celebration

si kembar dah terbongkang kepenatan..
 
Blog Template by Delicious Design Studio