Wednesday, November 24, 2010

Raya Haji 2010 ~part two

Raya Haji dah seminggu abis, aku baru terhenggeh2 nak update ek..semalam aku emo pasal saman parking terus takder mood nak update benda lain..cesssss...
so masa Raya Haji kiteorang balik umah abah, then lepas solat raya ada acara sembelih lembu la, abah suruh kiteorang semua pegi. yang lelaki kena tolong2 potong2 lembu, yang perempuan tlg la potong2 bawang ke, ape ke..tapi aku nih dengan bawak Tia, idakla dapat tolong ape2, tolong tengok aje la..hehehe..lepas zohor ada la jamuan makan tengahri daging korban tu..tapi aku tak stay sampai zohor, coz tak selesa dengan budak2..panas sungguh cuaca hari itu..lokman tapau kan aje sup tulang, makan kat umah aje la.
Malam Raya Haji buat BBQ. aku buat dessert puding jagung & koktail dan puding cokelat. first trial..agak jadi jugak la, sekejap aje licin! banggaaaa aku..hehe..baru aku tau senang giler rupanyer buat puding nih..kehekeh..aku berjaya buat 2 jenis puding. Nanti nak try lagi buat puding berbagai jenis..
First layer - jagung krimer
Dah siap bekukan, lupa nak snap pix, tak sabar nak makan..hehehe..jadi la separuh aje, bukti aku buatt sendiri tau! poyo gilerr! :p
ok, kasik layan gambar aje la, malas nak tulis deret2.. cite dah basi..hehe
Surau kat area Kemuning -kebanyakkan jemaahnyer warga asing..keh keh..adik aku cakap macam beraya kat Indonesia aje..hahahaha :P (kota kemuning byk lagi construction area, itu pasal byk warga asingg..huhuhu)
Diaorang nih pun pandai, potong2 lembu then bahagian batang pinang yg sedapa tu diaorg cepat2 amik utk diaorang..perangai btul!

oh gambar Ummi & Tia wajib ada nih!..hehe..Tia angkut sekali bantal peluk bucukk dia ke surau..haha..

Sessi meratah daging lembu..adik2 laki aku, abg ipar & Lokman

tempat membahagi2 kan daging korban

Kasih Ummi kat Tia..kasik minum susu!!!! :P

Semangat giler!si lokman tu first time join potong daging korban..heeee

oh Ini tok ketua aka Abah aku..kasih arahan terbaik punyerrr!dah biasa jadi pengarah, sampai kat mane2 aje dia nak mengarahh..haihh!

Sempat bergambar bersama adik beradik di surau..keh keh keh..buat macam rumah sendiri plak
haa tu dia Tia menguap besauuu, apa lagii, cabut balik!!
****

Mini BBQ - adik laki aku tertinggal set bbq kat Kerteh, so terpaksa g Mydin beli mini set BBQ nih, RM19 aje..jadi la, sebab kakak dah prepare bahan2 BBQ..hehehe

Acara wajib..lepas makan kenyang2, Scrabble timeeeeee..!
oh, tuan pengarah/abah kalah dengan kakak aku & Lokman..kihkih..muka sangat tak puas hati sebab kalah dengan anak2..hooreeyyy!

SEKIAN

Tuesday, November 23, 2010

Doa Restu Ibu Bapa {doa khas untuk anak2}

Restu Ibubapa

by Nur Haniza on Monday, 22 November 2010 at 14:15 (my sister - from her FB)
 
"Ya Tuhan,jadikan aku seorang ibubapa yang lebih baik.

Biarlah aku benar-benar memahami anak-anakku, mendengar dengan tenang dan sabar apa yang mereka hendak katakan kepada ku, dan menjawab semua soalan mereka dengan jujur dan benar tidak berselindung di sebalik kejahilan.

Jauhkan aku dari mengganggu mereka atau membangkang sesuatu yang akan mengganggu pertumbuhan sihat rohani dan jasmani mereka. Biarlah aku menjadi contoh bersopan santun kepada mereka seperti apa yang aku inginkan mereka bersopan santun terhadap ku.

Janganlah hendaknya aku mentertawakan kesilapan mereka, memalukan atau membodoh-bodohkan mereka bila mereka berbuat sesuatu yang menyakiti hatiku. Jauhilah aku dari menghukum mereka untuk memuaskan hawa nafsuku atau untuk menunjukkan kekuasaanku.

Janganlah hendaknya aku tersilap mengajar anakku bercakap bohong atau mencuri. Tunjukkanlah jalan pada ku setiap saat hingga dapat membuktikan apa yang ku perlakukan adalah untuk kebajikan, dan kejujuran hati yang ikhlas itu akan menghasilkan kegembiraan.

Kurangkanlah Ya Tuhan kekejaman dalam diriku dan bila aku berfikiran kusut tolonglah beri petunjuk kepada ku Ya Tuhan. Ingatkan aku sentiasa Ya Tuhan supaya tidak menghamburkan kata-kata yang tidak mendatangkan manfaat.

Biarlah aku ingat sentiasa bahawa anakku itu adalah kanak-kanak dan jauhilah aku dari menimbang mereka dengan hukuman-hukuman dewasa.

Janganlah hendaknya Ya Tuhan aku merampas dari mereka peluang untuk mereka menolong diri sendiri dan merampas peluang mereka membuat keputusan sendiri.

Redhailah aku berfikiran luas Ya Tuhan supaya aku dapat memberi kepada mereka kemudahan yang berpatutan yang mereka minta dari ku, dan biarlah aku bertegas untuk menolak permohonan mereka jika permohonan itu membahayakan diri mereka.

Jadikanlah aku dari golongan yang adil, baik hati tetapi tegas. Dan layakkan aku Ya Tuhan untuk mendapatkan hormat dari anak-anakku, boleh dicontohi dan boleh dapat mereka mengikut jejak langkahku.

Perkenankanlah restuku ini Ya Tuhan.

Amin, Amin Ya Rabbal 'Alamin

Check Saman Online

Aku baru aje check saman online..huhuhu, sangat mendukacitakan...aduhh, terus darah tinggi naikk tahap nak meletupsss koooo!!

total besar nak cecah RM3k koooooo...wahhh, leh beli laptop plus blackberry nih..hahahaha..

sape nak check online refer sini :

MBP*J

PD*RM

* sebelum check, sila makan ubat penenang yerr..hehehe..


nota kaki: tunggu aku dapat bonus ek, baru leh bayar hutangggg pakcikkk penguatkuasa! huh! terbantut hajat nak cuti2 malaysia tahun depan..wuargghhhhh!!

oh ye, aku baru gak daftar nama kat MYeG , nanti sonang nak check segala saman lagiiii, saya kan queen of summon..hohoho!:P

INFO TERBARU: SITA & BLACKLIST KENDERAAN OLEH PBT&JPJ!!

aku baru baca harian metro online...
hati sangat sakittttt...bencikkkk!!
Masa aku pregnant kan Tia, aku selalu parking keta tepi jalan aje, tapi takla sampai kacau lalu lintas..dekat tanah tau..sebab aku sangatla tak larat nak jalan jauh2..parking berbayar oleh M*BP*J jauh gak la. berjalan kaki dlm 5-7 min. Dan selalu jugak la pegawai M*BP*J buat rondaan kat situ..huhu
Akibatnyer aku ada dalam 40 helai kot surat saman...wuarrrggghhhhh!!!dan aku tak bayar2 lagi..
Biler aku baca artikel nih, aku jadi menyampah gilerrr!!! diaorang nih tau nak duit dari rakyat aje, semua benda nak charge..ape ingat tanah nih korang punyer ker.ni Allah swt punyer tau! *emosi tahap kritikal!*
Dan saman diaorg nih dah naik harga tau..dulu masa B*N pegang saman masih min rm30, biler si P*KR tu pegang, abis dia naikkan nilai saman ke RM100. giler ape..ingat semua rakyat nih gaji tinggi ker? sengal! kekonon ayat nak pengajar rakyat undang2..podahhh! cakap aje la ko nak cekup duit rakyat..

Oh, ntah biler la aku leh bayar saman2 tu, sampai keta aku kena sita & blacklist kottt...huhuhu..mintak simpanggg la yerr..jadi korang, sila pastikan anda TIDAK di saman macam aku yerrr..hehehe..

Sita kenderaan tak jelas denda


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SUBANG JAYA: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor kini dibenarkan menyita kenderaan yang mempunyai jumlah tunggakan kompaun tinggi termasuk bagi kesalahan meletakkan kereta di kawasan larangan, berkuat kuasa serta-merta.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Adnan Md Ikhsan, berkata persetujuan yang dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan negeri itu untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya yang memandang remeh terhadap kompaun PBT.

“Bagi MPSJ, kenderaan yang boleh disita adalah kenderaan yang mempunyai lebih daripada 10 tunggakan atau pengguna yang berdegil melakukan kesalahan sama di kawasan sama, meskipun sudah dikompaun beberapa kali,” (aku la tu) katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPSJ di sini, semalam.
Katanya, keputusan berkenaan dibuat untuk menanam sifat tanggungjawab di kalangan pengguna jalan raya yang berterusan melakukan kesalahan sama setiap hari khususnya kesalahan meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak sepatutnya.

Menurutnya, pengguna hanya boleh mendapatkan semula kenderaan yang ditunda sekiranya semua bayaran kompaun dibuat.

Selain itu, beliau mengumumkan kompaun minimum bagi kesalahan tempat letak kereta di Subang Jaya dinaikkan RM10 menjadikannya RM50 berbanding RM40 sebelum ini.
“Melalui tindakan tegas PBT, saya berharap pengguna jalan raya akan lebih patuh kepada undang-undang,” katanya semalam. (poyo la ko!)

Sementara itu, Adnan berkata, cadangan supaya PBT diberi kuasa menyenaraihitamkan kenderaan yang mempunyai tunggakan kompaun sudah dikemukakan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kini dalam proses perbincangan akhir sebelum diwartakan sebagai undang-undang.


Nota kaki: dah la JPJ/polis pun dah keluarkan undang2 baru, kasik renew 6 bulan aje sampai saman2 trafik settle, tu blum hutang dengan tuan polis lagi..tahun depan bulan 3 aku kena renew road tax plak..Aduhhh, baru settle hutang credit card, tambah beban plak dengan hutang saman...haihhh, Malaysia...oh malaysiaaaa..

Monday, November 22, 2010

I'm back!

owhhh, sudah dekat seminggu tarak update blog. Blog menyepi sendiri akibat tuannya cuti..hehe..plus Lokman punyer lappy dah hancuss kena short circuit bateri laptop tu. Abis tangkap electric socket kat dining hall & small room aka iron room rumah..huhuhu, sudahnyer aku terpaksa angkut iron board ke depan pintu rumah, ada satu plug tak kena, nasib baikkk..nak repair tu kena beli "kotak elektrik" yang baru (aku tak tau benda alah tu nak panggil ape..hehehe..duit lagiiii, ni gaji tak keluar lagi, tunggu la yerrr..

oh cite pasal takdo lappy, tak dapat la kitaorang berinternet dengan dunia luar..huhu, adik ipar plak balik kampung hangkut sekali lappy dia..huhuhu. Ni yang buat aku terpikir nak beli laptop nih! tiba2 teringin ek, wehhh selama aku hidup 28 tahun nih, aku tak pernah memiliki sebarang gadgets bernamakan desktop, laptop, ipad, ipod, haaaa, segala tok nenek moyang top pod nih laaa..kecuali handphone nokia ni aje la yang aku bangga ada tau! hhahaha..syahdu tak?? nasib baik la aku tak buta IT, still pandai buat blog bagai..kihkihkih..

banyak nak cite sepanjang cuti aku 6 hari nih antaranyer cite aku g career fair semalam, cite pasal Tia plus update cite Raya Haji...nanti la yer.. keje kat opis berlambak plak..dah kena kejar dengan bos..Aku leh update blog kat opis aje nih. huhuhu..Nanti petang2 skit aku update. till then!

c ya! bubyeee..
 
Blog Template by Delicious Design Studio