Tuesday, November 23, 2010

INFO TERBARU: SITA & BLACKLIST KENDERAAN OLEH PBT&JPJ!!

aku baru baca harian metro online...
hati sangat sakittttt...bencikkkk!!
Masa aku pregnant kan Tia, aku selalu parking keta tepi jalan aje, tapi takla sampai kacau lalu lintas..dekat tanah tau..sebab aku sangatla tak larat nak jalan jauh2..parking berbayar oleh M*BP*J jauh gak la. berjalan kaki dlm 5-7 min. Dan selalu jugak la pegawai M*BP*J buat rondaan kat situ..huhu
Akibatnyer aku ada dalam 40 helai kot surat saman...wuarrrggghhhhh!!!dan aku tak bayar2 lagi..
Biler aku baca artikel nih, aku jadi menyampah gilerrr!!! diaorang nih tau nak duit dari rakyat aje, semua benda nak charge..ape ingat tanah nih korang punyer ker.ni Allah swt punyer tau! *emosi tahap kritikal!*
Dan saman diaorg nih dah naik harga tau..dulu masa B*N pegang saman masih min rm30, biler si P*KR tu pegang, abis dia naikkan nilai saman ke RM100. giler ape..ingat semua rakyat nih gaji tinggi ker? sengal! kekonon ayat nak pengajar rakyat undang2..podahhh! cakap aje la ko nak cekup duit rakyat..

Oh, ntah biler la aku leh bayar saman2 tu, sampai keta aku kena sita & blacklist kottt...huhuhu..mintak simpanggg la yerr..jadi korang, sila pastikan anda TIDAK di saman macam aku yerrr..hehehe..

Sita kenderaan tak jelas denda


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
SUBANG JAYA: Semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor kini dibenarkan menyita kenderaan yang mempunyai jumlah tunggakan kompaun tinggi termasuk bagi kesalahan meletakkan kereta di kawasan larangan, berkuat kuasa serta-merta.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Adnan Md Ikhsan, berkata persetujuan yang dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan negeri itu untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya yang memandang remeh terhadap kompaun PBT.

“Bagi MPSJ, kenderaan yang boleh disita adalah kenderaan yang mempunyai lebih daripada 10 tunggakan atau pengguna yang berdegil melakukan kesalahan sama di kawasan sama, meskipun sudah dikompaun beberapa kali,” (aku la tu) katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPSJ di sini, semalam.
Katanya, keputusan berkenaan dibuat untuk menanam sifat tanggungjawab di kalangan pengguna jalan raya yang berterusan melakukan kesalahan sama setiap hari khususnya kesalahan meletakkan kenderaan di kawasan yang tidak sepatutnya.

Menurutnya, pengguna hanya boleh mendapatkan semula kenderaan yang ditunda sekiranya semua bayaran kompaun dibuat.

Selain itu, beliau mengumumkan kompaun minimum bagi kesalahan tempat letak kereta di Subang Jaya dinaikkan RM10 menjadikannya RM50 berbanding RM40 sebelum ini.
“Melalui tindakan tegas PBT, saya berharap pengguna jalan raya akan lebih patuh kepada undang-undang,” katanya semalam. (poyo la ko!)

Sementara itu, Adnan berkata, cadangan supaya PBT diberi kuasa menyenaraihitamkan kenderaan yang mempunyai tunggakan kompaun sudah dikemukakan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan kini dalam proses perbincangan akhir sebelum diwartakan sebagai undang-undang.


Nota kaki: dah la JPJ/polis pun dah keluarkan undang2 baru, kasik renew 6 bulan aje sampai saman2 trafik settle, tu blum hutang dengan tuan polis lagi..tahun depan bulan 3 aku kena renew road tax plak..Aduhhh, baru settle hutang credit card, tambah beban plak dengan hutang saman...haihhh, Malaysia...oh malaysiaaaa..

0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio