haaaaa kooo, pepagi lagi aku dah kasik petua terbaikkk nih! hehehe..petua di hari Jumaat, semoga mendapat berkat untuk semua para Isteri yerrr..
aku baru dapat dari opismate aku, aku pun belum lagi amalkan..hehehe, mari la kite sama-sama mengamalkannya..InsyaAllah..
PETUA DARI
Dr. Fatimah Az-Zahra
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.
Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.
Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan .
(mane yang susah nak hafal ayat jawinya nih, bleh aje doa guna tafsiran diatas terus, janji niat kite sampai, tak gitu?? :) )
nota kaki: harusla aku print out doa nih then tampal kat dinding bilik, sonang lepas solat isya aku toleh2 aje kat kertas nya sampai laaa aku leh hafal sendiri..keh keh keh..almaklumla lepas beranak nih urat-urat banyak terputus, termasukla urat daya mengingat nih..heeeeee..parah! :P
# Sesape nak copy paste article ni untuk di-separate-kan kat kawan2 lain, sila la..tak salah menyebarkan ilmu yang bermanfaat pada semua kaum Hawa. InsyaAllah..berkat bersama2.. :)
Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain
(Hadis riwayat Al-Qudhi)
(Hadis riwayat Al-Qudhi)
1 idea?!:
yes,..sgt suka petua ni. thanks for sharing ya!!:)
Post a Comment