Tuesday, November 23, 2010

Doa Restu Ibu Bapa {doa khas untuk anak2}

Restu Ibubapa

by Nur Haniza on Monday, 22 November 2010 at 14:15 (my sister - from her FB)
 
"Ya Tuhan,jadikan aku seorang ibubapa yang lebih baik.

Biarlah aku benar-benar memahami anak-anakku, mendengar dengan tenang dan sabar apa yang mereka hendak katakan kepada ku, dan menjawab semua soalan mereka dengan jujur dan benar tidak berselindung di sebalik kejahilan.

Jauhkan aku dari mengganggu mereka atau membangkang sesuatu yang akan mengganggu pertumbuhan sihat rohani dan jasmani mereka. Biarlah aku menjadi contoh bersopan santun kepada mereka seperti apa yang aku inginkan mereka bersopan santun terhadap ku.

Janganlah hendaknya aku mentertawakan kesilapan mereka, memalukan atau membodoh-bodohkan mereka bila mereka berbuat sesuatu yang menyakiti hatiku. Jauhilah aku dari menghukum mereka untuk memuaskan hawa nafsuku atau untuk menunjukkan kekuasaanku.

Janganlah hendaknya aku tersilap mengajar anakku bercakap bohong atau mencuri. Tunjukkanlah jalan pada ku setiap saat hingga dapat membuktikan apa yang ku perlakukan adalah untuk kebajikan, dan kejujuran hati yang ikhlas itu akan menghasilkan kegembiraan.

Kurangkanlah Ya Tuhan kekejaman dalam diriku dan bila aku berfikiran kusut tolonglah beri petunjuk kepada ku Ya Tuhan. Ingatkan aku sentiasa Ya Tuhan supaya tidak menghamburkan kata-kata yang tidak mendatangkan manfaat.

Biarlah aku ingat sentiasa bahawa anakku itu adalah kanak-kanak dan jauhilah aku dari menimbang mereka dengan hukuman-hukuman dewasa.

Janganlah hendaknya Ya Tuhan aku merampas dari mereka peluang untuk mereka menolong diri sendiri dan merampas peluang mereka membuat keputusan sendiri.

Redhailah aku berfikiran luas Ya Tuhan supaya aku dapat memberi kepada mereka kemudahan yang berpatutan yang mereka minta dari ku, dan biarlah aku bertegas untuk menolak permohonan mereka jika permohonan itu membahayakan diri mereka.

Jadikanlah aku dari golongan yang adil, baik hati tetapi tegas. Dan layakkan aku Ya Tuhan untuk mendapatkan hormat dari anak-anakku, boleh dicontohi dan boleh dapat mereka mengikut jejak langkahku.

Perkenankanlah restuku ini Ya Tuhan.

Amin, Amin Ya Rabbal 'Alamin

0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio