Monday, November 29, 2010

NATRAH musim 2

First time dating berdua dengan Lokman sabtu lepas, g tengok teater Natrah kat Istana Budaya. Tia aku tinggalkan kat kakak aku..hehe, nasib dia tak nangis2, dia berkawan dengan anak2 buah aku tak teringat langsung kat mak pak dia..so lepas nih leh arr dating berdua dengan Lokman lagi..hehe..

haaa, cite pasal teater nih, overall aku rasa ok la, ada moment yang touching2 tu biler Natrah (Maya Karin) ni manja giler dengan Mak Aminah (mak angkat nyer, oleh Umi Aida), jadi biler dia dipaksa balik ke pangkuan ibu ayah dia di Belanda memang sedih. Dia kena tinggalkan jugak husband dia. Bayangkan kalu kite tetiba dipaksa berpisah dengan orang yang kita sayang, mau nyer tak jadi giler! kan? kan?Part dia dengan husband dia (remy Ishak) tuh agak comels & romantik. Siap ada menari2 & menyanyi..cute ajek. Maya Karin memang terror la menari2 semua, tapi remy tu nampak la kekok sikit..hehehe..apepun tetap bestt! Sofea Jane lakonkan watak Natrah masa umur 70 tahun. Keluhan perasaan dia sepanjang usia dia, si mangsa keadaan. Memang sedih, berjaya si sofia jane bawak watak tu. Pelakon terkenal yang lain Liyana JAsmay, Nabila, Aaron Aziz, Sharifah Sofea.

Kesimpulan dari kisah hidup Natrah nih memang kesian. Dia dah mengucap masuk Islam setelah dia akil baligh. Mak Aminah yang ajar dia tentang Islam semua. 9 tahun dia duduk dengan Mak Aminah. Dia memang taknak langsung balik kat parents kandung dia. Di paksa habis2an. Bapak aku cite masa dia dibawa pulang ke Belanda, dia telah dibaptiskan semula oleh parents dia dan maknyer memaksa dia makan ba*b*i. Kemudian dia dipaksa kahwin dengan orang seagama dengan parents dia. Walaupun dia kahwin jugak dia tidak dapat menerima agama itu semula dan pada masa sama tidak dapat mengamalkan cara hidup Islam maka dia menjadi seorang free thinker. Tidak percayakan ape2. lagipun dia penah mengalami tekanan jiwa sejak balik ke Belanda kan. 

Biler aku hayati kisah hidup dia, mengeluh panjang jugak la..rasa ralat pun ada, sebab takder orang yang boleh tolong dia. Kuasa penjajah amat kuat masa itu. Parents kandung dia bermati2an nak amik dia balik sebab keegoan penjajah yang tidak mau bangsa dia masuk Islam & hidup seangkatan dengan orang Melayu. hurmmmm, dia jadi murtad bukan atas kehendak dia sendiri..hurmmmm...

Ending - snap jugak walaupun tak nampak clear..hehe, curil2 amik gambar.

Pakai tudung tu Erma Fatima, pakai dress merah tuh Maya Karin

Us.wink wink*

budak kecik kena tinggal..hehe

nota kaki: biler tanyer Lokman pengalaman pertama tengok teater, dia kata oklaaa.. (maksudnyer lepas nih leh layan lagi..hehe..) :D

2 idea?!:

Oimira said...

tidakkah kau tercair tengok remy ishak? :e

lokmanfirajunior said...

weyyy mira, bukan setakat cair, rasa nak turun stage la menari gediks2 dengan dia..hahaha :P

 
Blog Template by Delicious Design Studio