Thursday, January 5, 2012

Katil yang sesuai untuk anak

Si kembar sekarang nih tidur satu tempat dalam baby cot. baby cot tu dulu Tia yang punyer. hehe, recycle aje barang kakak. Itupun dapat dari Atok dorang.
Masa dorang 1-3 bulan, muat2 aje dorang dua dalam baby cot nih.
haaa, comel kan dua2 aku sumbat dalam cot nih haa..heeee

tidur senget2 pun still ok
sampai si kakak pun leh masuk join sekali..
ni gambar weekend lepas..dah lasak dah dorang dua nih..
nampak tak kaki dorang dah terkeluarrr dari cot?? hahaha

sekarang nih kembar dah membesar..panjang dah 62cm. Dah tak muat dah dalam baby cot dorang..kaki tu memanjang asyik tersepak palang. kesian..mesti biler dorang tertendang palang tuh bila tengah mengeliat. Baby kan suka mengeliat. sampai kekadang aku pun terkejut bila dorang tertendang palang kayu cot tu..adehhhh!

bila malam, salah sorang aku mesti angkat tidur sebelah aku. so sorang lagi dalam cot. baru dorang macam selesa. kekadang Lokman pun amik sorang boh sebelah dia..tapi sejam dua aku angkat balik kembar yang sebelah lokman, masuk dalam cot.. sebab aku takut lokman terhempap..bapak dorang tuh tidur mati..haha..bahayaa ooo..
tapi if tidur sebelah aku InsyaAllah selamat. sampai ke subuh si kembar tidur nyenyak. hehe..
Si Tia macam biasa masih tidur kat tengah2. Tapi makcik kecik tuh pun lasak bukan main. tak aman tidur aku dengan dia. haha. kejap2 melintang, pastu tertonggeng, then ubah lagi..naik rimas aku.

Aku ada cakap kat Lokman nak kena beli katil untuk Tia atau untuk kembar. Nak cari katil single yang ada palang tepi. Rasa selamat ada palang, takla aku takut dorang jatuh katil. Si tia dulu banyak kali jugakla jatuh katil.huhu..tapi..bilik aku dah la sempit..kalau letak katil single, baby cot tuh dah takleh pakai arr..bilik pun leh jadi macam tin sardin.

Usha gak katil2 kat Ikea. Sebab katil single ikea kan jenis kecik2 aje..comel gak. ada yang jenis palang sebelah aje. tengok harga ok la..tapi sebelum beli katil kena ukur dulu kelebaran..bagi match dengan kawasan bilik.

Aku bukan takmo ajar dorang tidur sendiri..tapi belum masa lagi kot. sebab dorang nih jenis bangun setiap 3-4 jam utk menyusu. bilik2 lain pulak jauh kebelakang..tak rajin pulak aku nak berlari2 ke sana untuk jenguk2 dorang bila tengah mamai2 tu..hehe..

korang macamane ek? yang ada anak kecik rapat2 macam aku nih? ada idea tak nak buat camne? heheh..

Lifebook 2012

Health:

1.    Drink plenty of water
2.    Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner
 like a beggar
3.    Eat more foods that grow on trees and plants, and eat less food that is    manufactured in plants
4.    Live with the 3 E's -- Energy,  Enthusiasm, and Empathy
5.    Make time
 
for prayer
6.    Play more games
7.    Read more books than you did in 2011
8.    Sit in silence for at least 10 minutes each day
9.    Sleep for 7 hours
10.  Take a 10-30 minutes walk every day ---- and while you walk,
  
smile

Personality:


11.  Don't compare your life to others'. You have no idea what
  their journey is all about.
12.  Don't have negative thoughts or things you cannot control.  Instead invest your energy in the positive present moment.
13.  Don't over do ; keep your limits
14.  Don't take yourself so seriously ; no one else does
15.  Don't waste your precious energy on gossip
16.  Dream more while you are awake
17.  Envy is a waste of time.  You already have all you need..
18.  Forget issues of the past. Don't remind your partner with
  his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
19.  Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate
  others.
20.  Make peace with your past so it won't spoil the present
21.  No one is in charge of your happiness except you
22.  Realize that life is a school and you are here to learn.
  Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
23.  Smile and laugh more
24.  You don't have to win every argument. Agree to disagree.


Community:


25.  Call your family often
26.  Each day give something good to others
27.  Forgive everyone for everything
28.  Spend time with people over the age of 70 &
 under the  age of 6
29.  Try to make at least three people smile each day
30.  What other people think of you is none of your business
31.  Your job won't take care of you when you are sick. Your
 family and friends will. Stay in touch.

Life:


32.  Do the right things
33.  Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful
34.  GOD heals everything
35.  However good or bad a situation is, it will change
36.  No matter how you feel, get up, dress up and show up
37.  The best is yet to come
38.  When you awake alive in the morning, thank GOD for it
39.  Your Inner most is always happy. So, be happy.

Last but not the least :

40.  Do forward this to everyone you care about.

Tia needs extra vaccine...perlu kah?

Korang pernah dengar pasal extra vaccine for kids tak?

contoh:

Pneumococcal Vaccine

Rotavirus Vaccine

Hepatatis A & B

aku dah lama tau pasal vaksin2 nih, cuma tak tergerak hati nak ambil utk Tia masa dia kecik2 dulu. Sebab utk Pneumococcal nih byk sgt dos nak kena amik. Ada dalam 4 dos kena amik. Aku rasa kesian pulak nak tengok dorang kena cucuk banyak kali, lagi penat kat aku gak kot nak kena bawak Tia g KJMC tuh ulang alik. Dah la masa tuh aku pregnantkan kembar..memang la aku tak rajin..hehe..

Dulu aku penah buat entry pasal Vaksin2 ni. masa tuh Tia dalam 5 bulan usianya. Aku decide nak hold dulu, sambil tuh berdoala agar dia dijauhi penyakit2 berbahaya. Alhamdulillah so far Tia sihat. Just biasala, demam, selsema & batuk.

Minggu lepaskan aku bawak Tia pergi ambil injection untuk setahun setengah. Lepas aje dah cucuk tuh, terus doctor tuh tanyer nak buat tak injection for pneumococcal & hepatatis A. Terus aku terpikir nak buat la jugak. Since tia dah nak masuk 2 tahun, so injection nyer hanya la 1 dos.
Terus aku set appointment untuk vaksin nih bila Tia genap 2 tahun bulan March nanti. hehehe..cost injection adalah RM235 (tak tau la termasuk consultation ke idak)..aku cuma mintak GL aje kat HR. tu yg aku laju aje set appointment..

Aku pun decide nak bawak kembar datang check up bulanan kat KJMC (kelana jaya medical centre) aje. Aku dah malas nak g Klinik Kesihatan. Kesian kat dorang aje, sebab kena tunggu berjam2 untuk jumpa doktor & dapatkan injection. KK kat sini takder pun bagi keutamaan kat kembar, kot kot la dapat jumpa doktor awal ke..aku ada baca blogger kembar lain, masa dorang g injection, nurse kat klinik kasik dorang jumpa doktor awal..tak payah tunggu berjam2..iyela, susah jugak tau nak handle 2 babies in one time..nak pulak dengan condition klinik yg crowded & panas. kesian dorang. kesian jugak kat parents macam aku & Lokman nih haa..ada satu masa tuh kiteorang sampai kena berdiri la setengah jam, kes kerusi tak cukup. aku siap kena dukung tia lagi sambil berdiri..huhuhu..harukan? kerusi2 klinik penuh dengan ibu2 mengandung dan ibu & bayi mereka. Takkan la dorang nak bangun kasik kat kiteorang duduk? dorang pun tak larat.

Aku ada tengok cost2 injection bulanan kt KJMC untuk kembar. Satu injection pun paling murah dalam RM80++, kalau dah 2 orang, kenala double kan? takut gak kalau2 terlebih guna medical cost aku..takut nanti ada emergency ke kena jumpa paed dorang..so aku nak mintak salinan cost injection budak2 ni dulu, nak buat calculation..then baru leh decide. Mungkin kembar dah 6 bulan baru aku bawak dorang g sana. InsyaAllah..

ni gambar kt KJMC, tengah tunggu turn.
nasib baik tak nangis langsung masa cucuk tuh..dah big girl dah dia..
siap bergaduh dengan anak orang lain lagi, kes berebut nak main toys..parahh!
si kembar di klinik kesihatan..amik suntikan untuk 3 bulan
muka seposen sungguh
si hafiy buat peace ke ape tu? haha
Abah pegang si Hafiy
nangis sekejap aje masa cucuk tu..
Alhamdulillah dorang tak demam lepas di cucuk

Wednesday, January 4, 2012

Rambut Gugur selepas Bersalin

Bersepah-sepah rambut aku sekarang nih kat rumah. Penat dah aku kena vacuum dan Lokman tolong sapu. hehe..
Perkara biasa selepas bersalin...kebiasaannyer 2-3 bulan selepas bersalin, mula la rambut tu akan gugur, makin hari makin banyak. Lagi2 kalau mandi basahkan rambut..haaaa, segenggam ko!! seriyess menakutkan..
Masa time aku mengandungkan Tia, sebelum bersalin aku dah siap2 potong rambut pendek. pendek sgt! sebab aku dah biasa dgn rambut pendek. Rasa senang btul jaga rambut pendek lepas bersalin tuh. Tapi, orang2 tua kan tak kasik potong rambut masa mengandung, takut nanti masa berpantang mudah sakit pening2..kes rambut tak dpt nak ikat kuat2, kasik angin kepala keluar..kan?..tapi aku lagi rasa pening biler rambut kena ikat kuat2..sakit ooo kulit kepala. Tu yg aku decide nak berambut pendek semasa dalam pantang.
Masa sarat mengandungkan kembar, aku jadi malas nak pikir pasal rambut. Rambut dah panjang balik. dah melepasi paras bahu dah. Sudahnyer, sekarang nih aku mengalami masalah keguguran yang agak teruk. dah jadi nipis sgtt..risau gak kalau leh botak, walaupun orang cakap normal la rambut gugur lepas bersalin, nanti lepas beberapa bulan jadi ok balik, tapi aku tetap risau. Aku nak g salun nak potong pendek..tapi takut nanti orang salun tuh basuh rambut aku sambil urut2, haaa makin tercabutla semua rambut2 aku.. terkejut sakan org salun tuh nanti..tak mau aku! Lagi cari nahas. So sementara menunggu penyakit gugur nih stabil,  aku kena cari jalan untuk menjaga rambut nih elok2.
Aku baca kat SINI pasal keguguran rambut.
Rambut akan kurang gugur selepas 6 bulan ke setahun. haaaa, giler ko?! by time, aku dah botak kotttt!
sekarang nih harus la aku amik langkah preventive from being Mrs Botak. hehe
dari info yang aku baca, untuk mendapatkan rambut yang sihat : 

1) kena jaga pemakanan. Kena ambil vitamin B complex, vitamin A, C & E, Zinc etc.

2) menggunakan shampoo & conditioner yang mengandungi biotin & silica. haaa, jenuh la nanti aku nak g Giant nak kena belek satu2 shampoo punyer ingredient kan? hahah..oklaa, rambut punye pasal..buat aje lah!

3) Makan buah2 dan sayuran dengan banyaknyerr!

4) Menggunakan krim yang bersesuai dgn rambut..untuk menggelakkan rambut cepat reput & beruban. Haaa yang ini aku pakai minyak zaitun & baby oil aje..boleh ker?? Penah dulu aku g salun, cina tuh bagitau kalau pakai baby oil or olive oil, pakai dekat hujung2 rambut aje..jangan sampai pakai kat kulit kepala..sebab nanti senang dpt kelumumur. If nak jugak pakai satu kepala..kes rambut mengembang macam tarzan, boleh la jugak, tapi make sure masa nak shampoo tuh kena shampoo 2 kali. Sekali bagi menghilangkan kesan2 minyak. sekali lagi bagi membersihkan rambut dan mengwangikan rambut anda. haaa, ada paham?? hehe

5) kena minum air suam yang banyak sehari.

tu aje, tips aku dapat dari menggoogle & dari blogger2

langkah aku nak amik skrg nih, aku lebih percaya pada pemakanan. aku kena cari vitamin yang sesuai la utk ibu2 lepas bersalin nih. kena stabilkan balik hormon2 nih..Aku ada refer kat agent Shaklee..macam berminat nak try produk dia..harga pun boleh tahan arr..tapi utk kecantikkan dalaman punye pasal, kena la ikhtiar..untuk diri sendiri jugak. kan?

Korang ada idea tak cmne nak mengatasi masalah keguguran rambut nih? Boleh share?


aku nak potong rambut pendek cmni..best giler! senang nak pakai tudung..hehe

ni pun comel gak kan?  :P sesuai untuk muka bulat macam aku nih..

Tuesday, January 3, 2012

Birthday Man...62 years

Penutup tahun 2011 adalah dengan meraikan ulang tahun abah aku yang ke 62. Alhamdulillah...ayahanda aku masih dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang boleh dikatakan baik dan masih kuat untuk makan & berjalan.
30hb Disember, kiteorang celebrate birthday dia kat Hartz Chicken Buffet, Sunway Pyramid. Beli online voucher dengan harga RM18 sorang. Harga sebenar aku tak ingat..dalam Rm30++ kot.
Tapi bagi aku makanan kat sana berbaloi dengan harga RM18 tu aje..nama aje buffet, tapi tak byk pilihan yang menarik. If orang byr dengan harga sebenar..aku rasa sgt tak berbaloi..huhu
Dulu Hartz Chicken nih lagi best..siap ada roasted & steam chicken..tapi malam tuh cuma ada ayam goreng aje. Pastu ada pulak yang masin la, terlebih masak la..adehhhhh..Makanan yang dah habis lambat pulak dorang top up. dessert memang tak best langsung! kek apa ntah, keras aje aku tengok..ais krim pun takder ..tapi bekas aiskrim ada kat situ..apa kes??
Nasi campur ada la, tapi lauk2 nyer semua jenis sayur2..tak lalu nengok nyerr..aku cuma makan ayam goreng seketul, mash potato, salads & tembikai seketul dua, mushroom soup, pasta carbonara, air peach. kenyang la jugakk...hehe..
Lepak situ sampai kedai hampir tutup. Terus balik rumah abah kat Kota Kemuning sebab nak buat acara pemotongan kek & meeting family, kes adik aku nak kawen bulan 6 nanti.. Abah aku nih memang pesen nak meeting aje..tapi nanti dah bincang2..kang diam2 dia ubah sini, dia order sana..sesuka ati nak buat apa..hahaha..orang berkuasa la konon..my dad is always my superduper hero!! i luv u dad! semoga Allah panjangkan usianya dan diberikan kesihatan yang baik. Aminnnn....

sorry babe, gambar2 kat bawah sgt teraburr..aku upload thru ifon lorrrr..hihihi



kat luar restoran, ada lak satu tiang nih ada ukuran ketinggian, kiteorang semua gatal la mengukur ketinggian masing2..hahah..
seperti biasa aku la yg paling ketot dalam keluarga..tak sampai 5 kaki pun..hahaha
abah & adik laki aku paling tinggi, cecah 6 kaki kotttt..

before balik aku kasik hadiah speselll..lokman yang beli, aku tumpang glemer ajeee..hehehe

kat luar pyramid..mau pulanggg..
\
acara memotong kek di rumah
kek coklat tetap menjadi pilihan our family
i luv u abah!! 
the kids. swet btul budak2 nih! gerammmm!
atokkk with Hafiyy
picture together2 end of 2011 
May Allah always bless my familyyy..aminnn
Si tia takder keje...pakai "helmet" bekas gelas..hahha
half of my dinner
 
Blog Template by Delicious Design Studio