Monday, January 17, 2011

Aku mengembang atau seluar mengecik??

Korang pernah dengar istilah seluar atau baju mengecik ker??? hahahaha..

itu ada lah mustahil la kann...?

so, for sure la aku yang mengembang! aduhhh..

aku dah perasan sejak menjak nih..perut makin berlapis2, dan seluar2 makin tak leh nak butang. Tapi still rasa ok lagi..cehh, ayat penyedap rasa.

Semalam aku nak try la pakai jeans size 26 (beli masa zaman bercinta)..sekali takleh langsung dah butang. ok fine..pakai la jeans size 27. balik2 jeans yang sama..for info aku ada 3 helai jeans aje kott..hehe..

Then pagi nih pakai la seluar keje yang memang dah 3-4 tahun aku pakai. Before nih elok aje pakai, pagi nih terus takleh butang jugakkk..wuarrgghhhh!! aku tak kira, aku pakai jugak. biar la takleh butang pun..hehe, takder masa nak gosok seluar lain. Kang lambat pulak masuk keje, nak hantar Tia lagi kt umah kakak aku.

Dah tahap macam nih baru la aku kena terima hakikat aku dah mengembang. Kembang yang tahap dasat bagi aku. Sampai aku tak berani nak timbang berat badan dah. Aku paling risau kalau seluar dah tak leh button. Taknak beli seluar lainnnnn...

Kena la aku berusaha untuk kurus balik. SInce beranak nih takder langsung bersenam. Konon2 nak swimming la , jogging la..hampeh! Bila yerr nak start bersenam??

Tunggu Tia pandai berjalan kot..senang jogging bwk dia nanti..hehee..(alasan orang malas bersenam)

Apepun, sebelum keadaan makin parah,  baik aku buat sesuatu. Maybe mulakan dengan diet yang seimbang, kurangkan minum ais (tapi pagi nih aku dah beli nescafe ais!hehe).. ok, takper..kite try start esok laa..no ice for 1 month!! wahhh, macam tahan aje nafsu tak telan ais..huhuhu..

Dan paling penting kena bersenam! Mungkin aku kena start naik turun tangga kat opis. Opis kau kat tingkat 4. So pepagi naik tangga aje, jangan naik lift. Kalau kat kondo umah, aku kat tingkat 16. haaaa, jangan harap okkkk aku nak panjat tangga sampai tingkat 16. Itu bukan nak kurus badan, itu nak bunuh diri gamaknyer! hehehe..so cukup setakat tangga opis aje yekk! :)

Okeeyy, good plan rite?..InsyaAllah, aku BOLEH!! doakan aku berjaya.. mission will be completed 3 months from tomorrow! hehe..malam nih aku timbang berat aku. so lepas 3 bulan aku buat entry nih lagi. :) caiyokk!

Ini masa aku belajar - 2003

Ini masa dah dapat Tia- 2010

Ada perbezaan kah?? :P

0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio