Monday, October 31, 2011

Cranky Toddler = Tia Zahraa

Anak dara aku sekarang nih makin lama makin bijak. Serba serbi la bijaknyer. Memacam benda dah dia buat yang buat aku impress tahap terkejut gaban. haha. Ada benda bijak yang aku suka sgt, ada benda yang buat aku annoy pulak..alahaiii Tia. Sejak aku mengandungkan kembar lagi perangai mengada dia dah ada..ye la, dah byk benda dia tau kan..bila dia start buat perangai sumtimes aku leh handle dgn sabar, ada masa bila aku letih ker, aku stress ke..haaaa, memang la dia kena marah dengan aku. Laju jugak la tangan aku cepuk dia..hhuhuhu..memang la rasa bersalah bila dah marah & cepuk dia tuh, tapi....haihhhh, aku nih bukan manusia yang kuat kesabarannya. Ada masa memang angin kus-kus aku datang. Cuma sekarang nih aku tengah belajar menjadi seorang Ummi yang bersabar dengan kerenah anak2.
Tu baru Tia, nanti bila kembar dah besar..lagi ntah cmne aku nak handle cranky budak2 nih. So better aku menuntut ilmu cmne nak melayan kerenah toddler nih. Untuk kebaikan bersama..hehe.
ok, ni aku cite pasal kerenah si Tia..
+ kerap sangat menangis bila permintaan dia tak dipenuhi. Nangis2 sampai muntah kekadang tuh, lagi2 kalu dia tengah batuk. memang aku hanginnn bila dia dah muntah..abis cadar aku kena ganti, baju kena tukar..tak ker menambah keje aku yang sedia byk nih..
+ habit terbaru tia adalah membuka peti ais..ooppss bukan dia yg buka, dia suruh aku buka peti ais. Dia suka menyelongkar peti ais. setiap kali aku pegi dapur utk buat susu/buat air atau basuh pinggan mangkuk dia akan follow belakang dan pegang pintu peti ais suruh buka. BIla dah buka, memacam benda dia nak amik, mostly dia tau la makanan ringan dia (sumi jelly/yogurt/air kotak/etc). Bila aku taknak buka, haaa, start la dia punye mengamuk (siap terbaring2 lagi kat lantai). Aku akan jadi angin bila aku nak cepat, nak buat susu utk kembar yang tgh merengek2 nak susu. haaa, cmnoo tu??..kat bilik,ada 2 budak nangis nak susu, kang dapur ada baby tua nanges nak perhatian..haaa, mau la aku join nanges2 skali..haha..
Dia pulak kalau dah mengamuk tak reti nak stop kejap. koman2 10 minit jgk la..haha..sampai la aku kena g pujuk dia, baru dia diam..aduhhaii!
kekonon tlg butangkan baju adik la tu..padahallll..ada agenda lain tuh..
drama queen sungguh!

+ Ada masa dia nak perhatian, nak main toys pun nak aku teman..bukan sekadar teman, tapi kena join dia skali main. aduhaiii..time pulak aku tgh kasik susu kat kembar atau aku baru nak berehat2 selepas berjaya tidokan kembar, yang sekarang nih susah nak tido siang. If aku tak layan, dia buat perangai jugak. Abis satu rumah dia sepah2 kan. Aku kemas elok2, dia sepahkan balik. Sampai semua org dah tak kuasa nak mengemas dah. haha.
sibuk nak ayun buai si hafiy. ayun kuat2 pulak tu..huhu
terpelanting nanti adik kamu tu Tia oiii!!
+ Bila si kembar elok dah tido, dia slumber datang dekat, di tepuk2 nya adik2 dia..konon2 nak dodoila..padahal dorang dah tidur nih. Memula sopan aje dia tepuk, lama2 makin kuat sampai terjaga balik bebudak tu. Dah jenuh aku kena tidokan dorang blk. Bila aku tegah, aku pulak dia jerit balik, takpun dia buat muka slumber dia aje mcm tak phm bahasa. Dia buat jugak..lotihhhh Ummi!

Pendek kata, si baby tua nih memang nak perhatian lah. Apa saja yang dia rasa tak suka or pemintaan tak dipenuhi akan melalak la dia sampai aku kena pujuk elok2. kalau aku marah dia, lagi kuat dia melalak. So aku dah tak boleh nak marah2 dia, kena pakai psikologi memujuk..haaaa part tuh la aku kena belajar. Kena google balik ilmu2 mendidik anak melalui internet. hehe.. Contoh yg aku google tadi : cranky toddler

haaa, main sepah2..buat lawak dgn aku nih

boring main toys, dia main kasut2 kat luar..huhu

bt perangai macam nih, kekadang nak tergelak gk aku

haaa, ni salah satu gaya tgh mengamuk

ini mengamuk seban kena tinggalkan kat kakak aku (gmbr tadi)

bagi susu baru diam, pastu tidooo..

nota kaki: bukan senang nak jadi mak yang penyabar rupanya..huhu..mau kena pegi seminar anger management aku nih..hehe, kalau company ada provide training macam nih, haaa aku org pertama volunteer nak pegi..hahah

nota kaki lagi: bulan depan aku kena handle satu lagi Lunch Talk yang bertajuk "stress management" .... haaaaa, sesuwaiiiiiii bangatttt dgn aku yang tengah double tripple stress mode nih..hahaha.. nanti aku update pasal talk nih ek.. hehe

Friday, October 28, 2011

Alliance Cosmetics Warehouse Sales

Lunch tadi aku lari ke sana. sebab dekat aje, leh la aku terjah sorang2..first time pegi warehouse nih. Dah lama tak beli brg make up kan..ye la, sepjg pregnant tak gemar sgt bermake up..dok comot camit aje..nih dah sihat nih, harus la kumpul brg make up balik. Asyik pergi warehouse barang anak aje, mak nyer pun nak gak la reward utk diri sendiri dgn barang warehouse...hahaha.

Masa aku sampai tuh orang tak ramai lagi. Pukul 12.35tgh. Tapi lepas setgh jam orang dah start ramai, tapi still managed to get barang yang kite nak. Staff2 kat sana very helpful. Senang nak mintak benda kite nak.

Overall murah la barang2 dia.

Silky girl: Price start dari RM3 to RM20 aje. Eyeshadow RM5, aku dah amik 3 jenis, tapi bila belek manufacured date tahun 2008, aku letak la balik. So just beli hygiene wash RM5, make up remover RM8, SGMen (utk adik laki aku) deodorant RM4 & facial wash RM3. Lipliner RM8. Barang lain yang ada sana, perfume RM12 aje. Make up set for teenage RM15, Mascara RM10, Compact powder RM6 (small one).

Avene: first time aku nak try, so aku beli trial set RM30 aje (set ni utk menghilangkan pigment2 kt muka or scar ke, bekas jerawat ker, ada 4 items dlm set tu). Dengan water spray RM8 (small size). Price range RM8 to RM45

Stage make up: 2 items RM20. Aku amik concealer pencil & Liquid foundation. Ada jugak eyeshadow, lipstick, mascara etc. Tapi takde blusher..semua brand pun takde blusher.frust pulak. huhu

Revlon: Barang Revlon mmg best. Two way foundation cepat giler abis, ye la RM20 aje. So aku beli compact powder aje RM15. Lipstick RM5 - RM15, Lip gloss RM15. Mascara pun rm15 kot. Eyeliner takder kaler hitam, dorang kasik free kaler purple. Refill eyeshadow RM2 aje.Eyeshadow RM20-25. Pewarna rambut tak sure brape harga.

Bayar leh pakai cash atau lebih RM100 leh swipe credit card lorrr.

Aku spent dalam 45 minutes aje kat sana. Lagi dok lama lagi byk aku angkut..bahayaaa!! Itupun  banyak jugak yang dah abis. dalam masa sejam lebih orang dah borong. Pastu dah anis takde pulak dorang re-stock. huhu

Masa dengan orang Avene dok explain pasal product dia, sempat beramah mesra dengan sorang kakak nih (kak zeti nama dia), siap bertukar no hp lagi. Akak tu ckp nanti nak contact aku, nak tanyer sama ada product set yang kiteorang beli tu effctive ke tidak. hahah.. lawak btul akak nih. apa2 aje la kak.. :)
Stage area

haaa, aku beli yg ini lah

trial set RM25 aje. sorry gambar goyang

inila kawasan warehouse. pasang khemah2 aje kat luar kilang tu. luas. setiap brand satu khemah jer

ini la hasil belian hari ini :P

silky girl lipstick.

Thursday, October 27, 2011

Botol Susu: Tommee Tippie vs Avent

Selama nih Tia pakai botol susu Avent aje. Pakai pulak teat no 2 lagi..aku try tukar yang no 3, dia tak selesa sebab mungkin teat tu keras. Korang tau kan, botol susu Avent nih harga nih memang la mahal (bagi aku la) tapi nak jugak belikan?? hehe, cari penyakit namanya..

Masa anak sorang, mampu la lagi beli botol brand nih, tapi bila dah keluar si kembar nih, aku dah rasa bengkok dah..hahaha..jadinya, aku nak try botol susu brand lain yang aku berkemampuan.

Actually aku dah lama berkenan dengan botol susu brand Tommee Tippie nih. Coz bentuk dia yang unik. Masa time tia kecik2 dulu, masa dia nak start guna botol susu kan, aku ada try guna TT ni, tapi minah kecik nih tak nak langsung..abis tumpah2 dia sedut. Ada gak beberapa brand lain aku try, semua dia taknak kecuali Avent. haaa, tu pasal aku terpaksa guna Avent tuk dia.

Aku tengok si kembar nih tak banyak ragam macam kakak dia. Jenis tak memilih. Minum susu pun brand biasa aje, tak mahal macam kakak dia. So aku rasa mesti botol susu pun dorang tak memilih..hihi. So bila Bbstore buat sales, aku pun mintak Lokman beli botol TT nih utk kembar try. Alhamdulillah, dorang minum dengan cemerlang!! Then aku try pulak kasik Tia guna TT jugak. haaaaaaaa, aku terperanjat dia dah tak memilih..yeayyy, abis susu licin dia minum. Jadi apa lagiiii, harus la aku tukar semua botol2 dia ni. Dah lama sgt guna Avent tu haaa, naik bosan aku tengok. dah la tu, skrg nih harga Avent dah naik. Aku beli teats dia aje dah RM28 - 2 pcs. Tahun lepas rasa lagi rendah harganya. Then tgk harga botol pun macam mahal, aku ni kalau nak beli botol Avent tu macam kena beli 3 bijik terus. Dah anaknya 3 kan? huhuhuhu...harga 3 bijik botol dah macam boleh beli satu car seat Mydear aku rasa..hahaha (semlm pegi warehouse Mydear, tu yang buat comparison macam nih..haha, logik tak??) iyela, 1 car seat leh dapat harga RM150.

Masalah avent nih bukan sebab harga aje, tapi sebab lain, agak leceh bila kena ada cap ring tuh. Kalau terlupa pasang, dah bocor. Kalau terhilang, dah takleh pakai kan..rugi la pulak. Byk sgt item2 yang kena pasang buka bila nak basuh..ishhhh, since anak dah ramai anak nih rasa malas pulak nak buat keje2 leceh2 nih..tak user friendly gitu...haha. Masa yang sesuai untuk tukar botol yang senang digunapakai.

So semalam aku borong botol TT utk Tia & kembar. Stok sampai tahun depan kot, beli 7 botol TT, total harga baru RM118. hihi. haaa, berbaloi tak??
aku beli color biru untuk kembar
color pink untuk Tia
yang clear botol pulak kembar punyer. semua 9oz
Actually minggu lepas lokman dah beli 4 bijik, tapi aku still rasa tak cukup. hehe,
dah alang2 tgh murah nih, aku borong la lagi. senang, taknyah basuh byk kali setiap kali nak buat susu.

selamat tinggal Avent..

outlet bbstore kat KJ

aku berminat dengan mat nih. yang gambar binatang2 tu
value buy RM39.90
kena tunggu budak2 nih ada bilik sendiri baru aku beli..yang lama punyer ABC tu si abah dah buka..nyemak dia kata bubuh kat hall..huhuhu :(

with my sister & anak dia.
Tia tu nasib baik tak mintak toys..huhu

So....No more Avent after this. bubyeeee Avent. I cant afford to be with u anymore..hehe, and hellooo mr Tommee!!! :P
If korang nak beli botol TT nih pegi la myBBstore. Outlet kat KJ nih memang jiran dengan umah aku. Ada lagi 2 outlets kat tempat lain. Ada sales sampai ujung bulan nih. Semua product la (10% - 15%). paling best diskaun TT nih. Susah nak dapat harga 2 botol RM35, harga asal RM50.90. If jauh nak g outlet dia, korang leh beli online aje. sangat senang. marilaaaaa...hehe




Tuesday, October 25, 2011

Nenek Muda

Empat hari lepas anak buah aku selamat melahirkan bayi lelaki. Alhamdulillahh, aku pun selamat menjadi nenek saudara..heeee..

Tergelak pulak bila dok pikir benda nih..tak sangka la pulak umur blum masuk 30 tahun pun dah jadi nenek.
Anak buah aku nih yang jadi pengapit aku dulu. Lepas setahun lebih aku kawin, dia pulak kawen. Umur dia baru 23 tahun rasanya..aku pun lupaa..keh keh keh. Kira baya2 adik laki aku. Apapun congrats to her & hubby. Nanti anak dia leh geng dengan kembar yang merangkap pakcik. hahah..

i likeeeee!!

welcome to muhammad aisy nawfal



Set Botol Susu Tupperware : Hadiah Kembar

Semalam bebudak department aku kasik hadiah untuk kembar. Aku suka giler hadiah tu. Alhamdulillah, rezeki kembar & rezeki aku skali..taknya kuar duit beli bekas letak susu nih..

Dalam set nih ada 1 canister susu besar - utk simpan susu kat rumah, then 2 bekas canister yang kecik - sesuai utk letak susu masa kuar jejalan beberapa jam dan 2 bijik botol susu BPA Free. haaa best kan?? 

sangat teruja aku dapat benda nih. thankiew thankiew kengkawan & bosses!

si kembar pun happyyyy!! hehe

nota kaki: harga kat luar set nih dapat RM96 kot, bukan harga ahli. Yang ini set baru rasanya, aku tengok yang promosi lama2, takder canister kecik tu.. :P
* nota kaki 2; teringin pulak nak jadi member Tupperware nih..nanti leh dpt beli tupperware murah2..haishhhh, ranapkan duit lagi la tu..huhu

Monday, October 24, 2011

Jalan-Jalan bersama si kembar

Sabtu lepas aku ajak lokman kuar jejalan, sangap ok duduk rumah aje..cukup2 la dalam pantang aku dok memerap kat umah..nak la jugak kuar amik angin air con shopping complex..haha..
Rasa confident nih nak bawak kembar berjalan. lagi pulak si Tia takder, ikut MIL pegi umah adik ipar. So rasa senang la nak kuar without kakaknyerr.sebab sebelum nih kiteorang kuar berlima, yang penat melayan adalah si kakak.
Bila nak bawak kembar nih harus la pegi tempat yang tak ramai orang. Lagipun Lokman nak beli barang dapur skit. Yang paling dekat dan tak ramai orang adalah Tropicana Mall, kat situ pun ada Carefour. Tapi aku rasa tak best kat tropicana nih sebab takde outlets yang jual barang2 budak. Ingatkan dapatla beli baju selai dua untuk Aariz & Hafiy. huhu. Nak pegi Empire Subang, dah tutup buat sementara pulak, kes meletup dua minggu sudah. haiiiyaaa..
Selama 4 jam kat sana, sgt la ok. Kembar tak meragam langsung..ada la skit2 Hafiy tuh nangis2 kes nak susu. So berhenti la kejap susukan dia. Time lain dorang tido aje. Sejuk kot..kiteorang bungkus dorang nih, haaa syiokk la tido dalam stroller..dapat la kiteorang makan dengan aman & beli brg dapur dengan senang. Yang tak senang nyer kena bawak stroller bagakkk tuh masuk tempat2 kecik..then bila orang asyik bertanya aje pasal kembar. Suka btul dorang tgk kembar nih..jenuh kena interview..hahaha, perasan macam artis pulakkk..hahahaha.. *poyo*

kembar duduk kat belakang. keta terus jadi "sardin" :p
haaa, dalam keta pun bantai dorang tido..

dari awal datang sampai la balik budak duaorg nih tidur aje

duduk kat tepi, kasik Hafiy susu.
tak best btul tropicana nih, takder baby room..huhu

sorang menyusu, sorang layan mamai tidoo..haha

* twins dah  2 bulan 5 hari


Edisi Pantang Koboi

Salaam semua..

Hari ini dah hari selama, dah 5 hari aku masuk keje. So far byk keje aku kena handle bila masuk balik opis. Biasala, keje tertunggakk..hehe..

Aku nk cite pasal kisah aku berpantang selama 44 hari selepas melahirkan kembar..

Hari 1 ke 10
Aku berpantang di rumah kakak aku. Dari hospital terus la ke rumah dia. Kakak2 aku la yang tlg aku sepjg 10 hari tuh, tolong masak, tlg jemurkan si kembar sebab ada kuning, tolong basuh baju2 aku & anak2, kemas bilik dll. Senang cite, memang btul2 pantang la..cuma tang jaga kembar tuh mostly aku la yang handle..sebab kakak aku kan babysitter, ada la anak2 orang dia kena jaga. so ok la, kembar pun keje tido aje pun..tak susah..sempat la aku nak pump susu, buat stok biler dua2 serentak nak susu kan. Masa 10 hari nih memang aku rajin pump, susu pulak melimpah ruah..tp cair2 aje..aku still bagi even dorang tak puaskan, sejam sekali nak susu lagi. tu yang tangkap pinggang tuh. Seriuss sakit2 badan sampai aku tak dapat lena tido.
Selama 10 hari tuh jugakla, Lokman & Tia berkampung sekali kat umah kakak aku. Aku suruh gak lokman teman, sebab takut bila malam2 aku tak dapat handle kembar sorang2 dengan Tia skali. hehe..Lokman akan datang lepas berbuka puasa.
Mengurut pulak, aku start mengurut lepas 5 hari rasanya. Makcik urut tu keta pulak rosak, so abg ipar aku yang tolong amik hantar makcik nih selama 2 hari. Cos lokman dah start keje. Nasib baik abg ipar working time dia flexibel..Lepas tu makcik tu datang balik naik teksi aje. Segan dah kot kiteorang dok hantar dia..hehe. oh, aku amik pakej 5 kali mengurut, sebabkan aku beranakkan 2 orang, so rahim lambat sikit mengecut, dengan sakit pinggang yg melampau kan..kena la extra. Dulu aku amik 3 hari jek. Kali nih aku mengurut dengan makcik lain pulak. Panggil dia Mak Yam, duduk kat Tmn dato Harun, PJ. Makcik nih murah skit..tapi dia mengurut tak lama. tak sampai sejam kot..rasa macam tak puas. Tungku pulak aku kena sediakan sendiri. Nasib baik kakak aku ada batu sungai khas utk tungku, dan nasib baik jugak belakang rumah ada pokok mengkudu. Makcik mengurut nih datang berlenggang. heran gak aku..dia ckp batu2 tungku dia orang sewa. aikk, leh pulak macam tuh..pastu takder pulak dia bagi daun buat mandian ker, manjakani ker. makcik urut zaman Tia dulu lagi best, tapi aku malas pulak nak amik makcik tu balik sebab dia dok jauh, kena pulak mengambil menghantar..leceh laa..
haaa, sape nak no tepon tukang urut sila roger aku ek :p  bleh la rekomen.

ok tu cite berpantang cara yang betul selama 10 hari.

elok2 lepas tuh Hari Raya pulak datang...haaaa, start la aku berpantang koboi..hihihi

Hari ke 11 - 25
Bila aje aku balik rumah sendiri, aku dah kena buat keje2 rumah. Semua benda la buat sendiri. Dari basuh baju, angkat baju, sidai kain, lipat kain, kemas rumah, basuh pinggan etc kecuali memasakkk. Itupun dah cukup letih. Bab makan, awal2 dulu memula lokman rajin la masak lauk pantang aku. lelama...order kedai aje laaaa..hihihi.
Masa minggu nih, adalah minggu Raya. Pantang pertama yang aku langgar adalah keluar rumah. Hari Raya pertama tuh kiteorang tido umah abah aku. Siap Hari Raya pertama tu g umah nenek kat Kg Pandan then rumah makcik kat Balakong. Haaa, pantang dah dilangar..siap kuar jejalan tu..hehe. Then seminggu lepas tuh balik kampung Lokman pulak kat Linggi, N9. Memula aku xmo ikut, sebab rasa leceh nak balik kg bawak kembar, tapi sebabkan Lokman cakap orang2 sana nak tgk kembar plus adik dia bertunang, aku ikut aje laaa. Tido sana 2 malam. Plan asal tido semlm aje, tapi majlis berlanjut sampai ke lewat petang, tak sedap pulak balik macam tuh aje. Lagipun tak elok bawak baby kuar malam2 kan. Nasib baik aku bawak barang2 semua extra2.

Hari ke 26 ke 44 40
Aku dah buat keje2 harian. Cuma tak keluar rumah dah sesuka ati..Hari ke 40 aje aku dah kuar g shopping. :P  Kira aku rasa aku pantang setakat 40 hari aje. hehehe..

Apa yang Pantang Koboi?
 + Makan makanan yang bukan 100% untuk orang berpantang. Aku ada makan nasi goreng, KFC, cokelat, kuih raya, kopok2. Selagi aku rasa benda tuh bukan makanan sejuk & bukan yang memberi effect kepada kembar, then aku ok aje. Iyela sebab aku still breastfeeding dorang kan. So Alhamdulillah, kembar ok..sepanjang dalam pantang tak penah lagi ada kes kembung2 perut sampai menangis melalak.
+ Aku buat keje2 rumah. Orang2 tua kite cakap dalam pantang takleh buat keje berat2 kan, tapi aku terpaksa la jugak buat. Tapi takde la sampai aku angkat benda2 berat, even bakul baju pun aku minta tlg lokman yang angkat. If dia takder, aku tolak aje la slow2..hehe. tapi awal2 tu aku jaga la jugak, lama2 tuh aku rasa dah kuat aku buat je semua. hehe, tapi ada jugak aku rasa sakit2 kat bhgn rahim nih. takut gak kalau jatuh balik peranakkan aku nih. So bila malam aje, aku tungku sendiri pakai tungku moden tu then lumur badan dengan minyak panas. Rasa la lega skit badan2 nih.
+ Aku tak pakai param, pilis, bengkung tu semua..bengkung aku pakai sepanjang 10 hari, tapi dah lepas mengurut, perut dah mengecut skit, bengkung yang ada pun dah tak effective nak pakai sebab bengkung tuh besar atau perut aku yang kecik..hehehe * perasan* tapi betul babe, aku xselesa nak pakai bengkung tuh sebab rasa longgar. Dah bertemu tali bengkung tuh haaa. Aku malas nak alter kasik kecik bengkung tuh. Sudahnyer aku pakai girdle aje la..heheh. tu mmg btul koboi style..hahaha..tang perut tuh kekadang aku sapu kapur+limau, kekadang aku pakai yang serbuk susut dalam set bersalin Orang Kampung. Ikut mana aku sempat la, tapi most of the time mmg tak sempat laahh..si kembar asyik nak menyusu aje. Camnooo??

Walaupun  aku cakap pantang koboi, ada gak benda aku follow..takut gak bentan beb. huhu

+ stokin memang aku pakai memanjang. Unless aku rasa panas.
+ aku tak minum air berais langsung. tapi masa dah nak penghujung pantang tuh ada gak la aku minum air dari peti ais. macam air soya, milo :P
+ makanan sejuk aku tak makan jugak.
+ ubat jamu aku makan selepas 3 minggu. aku tak makan awal2 sebab takut kembar kembung. Kes cari pasal la kalu kembar kembung serentak. Aku gak yg stress nanti.
+ Tapi benda yang aku suka buat masa pantang adalah lulur. Bila si kembar dah tido aje, cepat2 aku g melulurkan diri. Serbuk lulur pun ada dalam set bersalin siap. Lepas lulur akan rasa badan berangin aje..segar badan!
+ tungku - sebelum tido aku akan bertungku guna tungku moden. Kurang rasa sakit perut bila dah bertungku tu.

apapun, lepas nih aku kena jaga badan nih jugak, nak kena cari supplement yang elok utk di amalkan..nak jugak makan jamu2 kampung ke..utk dalaman nih haa. 

sekian. terima kasih :)

ni masa berpantang kat umah kakak. Si tia asyik nak kiss adik-adik dia jek

haaa ni la set bersalin aku beli kat Mydin Subang..keh keh keh

si kembar yang halus mulusss

kakak aku menjemur si Hafiy

Tia teman adik dia berjemur..ahhaha

haaa tgh si kakak tu..sgt nakal!! nak kaco si kembar.
haha

sorang nangis nak susu, sorang lagi diam

ni dah kira penghujung pantang

Thursday, October 20, 2011

e-voucher lagi!! ~Groupon.my~

[40% Off] Hartz Chicken Buffet + Free Flow of Drinks at Sunway Pyramid for RM18 instead of RM30. Halal

haaaa, aku dah giler voucher minggu nih..hehehe..

kali nih kat Groupon pulak. Voucher makan kat chicken hartz. Murah aku rasa, makan buffet untuk RM18 aje sorang..normal price RM30. Dah naik harga dah restoran nih..dulu2 murah la jugak, berbelas2 ringgit tak silap aku sorang..iyela, harga ayam dah naik kan, so naik la jgk harga restorannya..itu standardddd!!

So aku berminat nak makan sini sebab dah lama tak pegi. Voucher nih valid until jan 2012. Kebetulan birthday abah aku pada bulan Disember nanti. Pakat dengan adik beradik nak celebrate besday abah kat sini rasanya, dorang semua ok aje, jadinya terus la beli tadi. Beli hari nih, bulan 12 baru leh makan..hahaha..haru btullll..murah punyer pasal, hentam aje la.

Jadi korang, sila la beli jugak, leh blanje ahli keluarga skali..bukan senang dapat harga macam nih..ye ker??/ haha..

nota kaki: hari nih kat mydeal ada voucher Hard Rock Hotel Penang 3D2N. Rm305 per pax. macam menarikk..tapi dah sengkek!! haha.. sape nak g bercuti2 thn depan ke, leh arr g hard Rock nih, ramai cakap best.. :D

Wednesday, October 19, 2011

si Ummi...

haaaa, tajuk entry best tak?? :P

semalam buat entry pasal si kembar & si kakak Tia, harini buat entry pasal aku pulak. syok sendiri. keh keh keh..

Ramai orang tanyer aku susah tak jaga kembar??
Jawapan aku; eerrrkkkk, tak tau la nak cakap macam mane..jaga kembar tak susah, tapi jaga kakak kembarr yg susahh..huhu. seriyesss!! aku naik sawan biler si Tia yang buat perangai. ye la, tengah peringkat umur macam dia kan..dah ada perangai mengada/mengediks/cerewet/curiousity/demand etc..byk lagi lah! mana la aku tak sawan. bila satu masa aku kena jaga 3 orang terus, haaa confirm aku akan stress! jadi tarzan dah aku nih..haha..nasib baik Alhamdulillah syukur aku tak kena meroyan masa dalam pantang dulu.haha..
mana taknye, time aku nak susukan kembar, time tu la dia nak ajak g dapur la, nak teman tgk tv la, nak makan la..tak menang tangan aku dah. bila aku ckp elok2 suruh tunggu jap, mula la dia meraung pulakk, sampai bingit. huishhh menguji kesabaran btul!
Melayan si kembar tak susah, ye la time skrg keje dorang tuh tido aje la. merengek bila nak susu & diapers basah kan..tu je. tapi bile dorang nangis serentak aku jadi stress skit. hehe..dah tak tau nak handle yang mana satu. tu pasal puting tu membantu dalam kes mcm nih..menangis berjemaah..lagi2 bila tengah2 malam, tengah syok2 tido kan..huiiiiii..memang sawan jugak la aku..

Camne leh kurus cepat nih??
haaa, for your info berat badan aku dah turun ke 44.5kg. last timbang masa bawak kembar g cucuk kat KK (last week). Nurse nak check aku skali. tak pasal2 kena buat urine test, dan blood test skali dgn timbang la. Last berat aku masa bbrpa jam sebelum bersalin adalah 56.5kg tak silap. lepas aje balik dari hospital jadi 48kg. Then lepas aje berpantang terus jadi 44. haaaaa..camne tu?? bukan diett ok..nih sebab stress kot. pastu aku kan pantang sendiri..makan memang tak punctual..lagi satu tido tak cukup. drastik gak turun nih, sampai aku naik risau la. Sekarang nih aku makan byk2..hehe..at least nak naikkan 2 kilo ker..idak lerr kurus sgt. Tapi rasa best biler semua seluar baju aku masih muat..tak gaduh nak beli baru..hehe..

Dua soklan ni la yang orang asyik tanyer baru2 nih..

benda lain aku nak cite..

Aku masih lagi mengalami sakit2 pinggang/sakit belakang nih haaa. Aku ingat nk mengurut lagi, aku tak jadi mengurut masa last day berpantang..asyik bertangguh aje..terus rasa malas. tapi sebabkan sakit-sakit badan nih tak hilang2 so aku kena gk mengurut. huhu..akan di usahakan dalam masa terdekat nih, InsyaAllah. * btw ada gak tgk kat e-voucher spa2 yang ada pakej murah2 tuh, tapi sebabkan takder geng nak pegi, tak berani la aku nk beli. plus takut tak worth it..huhu, tapi teringin..cmne tuuuu?? hehe..

Life style aku sekarang totally dah berubah. Dah tak boleh nak kuar sama2 dgn Lokman & Tia. Salah sorang dari kiteorang (aku/lokman) kena stay umah jaga kembar. Actually last week penah la bawak kembar keluar g OU (tu nnti aku buat entry lain ek). Lepas dari tuh, terus macam..tak boleh kot bawak dorang nih kuar lagi, buat masa skrg. hehe. Jadinya, aku dan Lokman buat sistem gilir2. Kalau aku nak kuar dgn kakak/kawan aku sekejap dia stay, then bila dia nk g main golf ke, jumpa kawan ke, aku pulak kena stay rumah jaga kembar. Syarat takleh lama2..kurang dari 5 jam. Kalau kiteorang kuar sama2 bawak Tia, kembar dijaga oleh kakak or MIL aku. tu pun takleh lama2, kurang dari 3 jam..hihii..so semua benda kena cepat. takde dah nak lepak2 berjam2 kat luar. Nak beli barang pun, kena direct g beli barang yang kite nak, takleh nak mengulat tengok benda2 lain..huhu. expresss rakyat sungguh!

Takpela, bersusah2 dahulu..nanti bebudak nih dah besar..senang dah la. InsyaAllah..demi anak2...kehidupan bersosial tu terpaksa dikurangkan..hehe :P
Masa dalam pantang, kawan2 baik datang rumah melawat kembar :)

bestfren kawen. Pergi dengan tia aje, abah kena jaga kembar

Outing ke Summit, semata2 nak g warehouse toyrus :p
kembar dijaga oleh kakak ku..hehe
pst psstt..masa di dalam pantang lagi..hari ke 40..hehehe..

Bawak kembar kuar g dinner with my family
stroller lagi bagakk dari tuan..camnoo tuh?? :p

me with 3 kids! huiiyoooo!!
tetiba anak aku dah ramaiiiiii!!

Misi 2011 Tia Zahraa: Wean off Pacifier Part 2

Dulu aku penah tulis entry pasal misi aku nak stopkan habit Tia isap puting kan. Ini entry wean-off.

Bila tengok balik entry tuh, dah lama rupanya aku berhajat nak berhentikan dia isap puting..bulan satu tuuu..hahaa..Sekarang dah bulan sepuluh. haha. tapi takpelaaaa..Alhamdulillah mision aku berjaya!!yeayyyy!!

Tia dah berhenti hisap puting masa umur dia setahun 5 bulan. Masa aku dalam pantang hari tuh. Asalnya puting dia dah koyak skit, kes terlebih gigit..haha, so since dah terkoyak aku selalu cakap kat dia,
 "nih puting dah koyak nih, lepas nih berhenti yerr..Ummi dah taknak beli Tia puting baru tau!" +hari2 dok cakap gitu dgn dia+

dia pandang la muka aku buat2 tak paham..still mintak gak "ting" dia bila rasa ketagih datang. tapi dia tau kot yg puting dia dah rosak, dia macam dah tak selesa nak hisap, kejap2 dia keluarkan dari mulut dia..dia belek2 puting tuh..hihi..

sampaila masa aku dalam pantang (hari ke 15), dah kite dok umah mengadap dia aje kan, ada la aku tak kasik dia isap puting tuh seharian..bila nak tido aje aku kasik kejap. pastu dia macam lupa pulak dgn itu benda. Then one day, ntah mane la aku letak puting dia, terus tak jumpa..meraung2 gak la dia tak dapat nak isap time nak tido. mengamuk2 tak tentu pasal. Aku & Lokman buat hati kering aje..ada gak la pujuk2 dia. Terus la tido tanpa puting..kesiann..
Adala aku rasa dalam minggu tu dia moody aje..terasa ada yang missing kot..hehe..aku tak sebut pun pasal puting depan dia. Then terus la dia pun lupa....yeayyy!!

Alhamdulillah..sampai sekarang dah ok, cuma sekarang nih giliran adik2 dia pulak hisap puting. Ada masa2 dia amik gak puting adik dia, try masuk dalam mulut..terus aku marah dia..cepat2 dia tarik keluarr..hahahaha..memang lawak tgk muka dia terkulat2 tu..saje nak lepas gian la tuh kot..haha...memang tak la aku kasik kan..
Yang si kembar nih memula plan memang tak nak kasik hisap puting, tapi asyik nak minum susu aje..tak sanggup dah la..terpaksa gak kasik..hopefully tak lama la dorang nyot nyot puting tuh..

Apapun aku lega Tia dah berhenti terus. Mission asal nak stop masa umur dia setahun. Tapi terlajak pulak ke setahun lebih..heheh..takper laaa..janji mission completed! yeahhh!

nota kaki: so korang yang nak anak stop isap puting, tips terbaik koyakkan puting tuh then cakap kat dorang puting dah rosak, then jgn beli lagi dah. hehe..
nasib baik lerr aku tak nyah letak bawang ke, halia ke, serbuk kopi ke kat puting dia..hehe

Tapi...
Kesan dari itu, kakak aku cakap, lepas dia tak hisap puting, dia dah kuat minum susu. kejap2 nak susu..mungkin sebab nak nyoy nyot kot..bagus la tuh dia kuat minum susu. kasik gemuk skit badan tuh. Dan sebabkan itu jugak, abis la puting botol susu dia pulak koyak. lepas abis susu, dia suka hisap puting tu..adehhhhh..tapi tak lama la. buat lepas gian jekk.
Ahad lepas aku baru tukar puting botol susu dia yang baru..huhuhu..

gambar kenangan: tia dengan puting nyerrr..keh keh keh

awal2 dapat adik, masih lagi dgn putingnya.
tu tgh kaco adik dia la tuh

see gigi dia yang jarang..haha..
budak comot!

gaya terbaik minum susu





Tuesday, October 18, 2011

e-voucher lagi!! ~MyDEAL.com.my~




MyDEAL.com.my - Malaysia at half the price!: Today's Deal : 74% OFF Sinfully Home Made Chocolates (30 pieces) @ CT Tasty Bakery for RM9 instead of RM35!
RM 9
Your Price


Normal Price
RM 35 You Save
RM 26 Save
74% Time Left
12Hours29Minutes43Seconds The DEAL is ON!
8
Already 8 Sold!
Share with Friends

haaaaa...promote promote..

aku baru beli voucher nih haaa..beli untuk adik laki aku yang bakal bertunang bulan 12 nanti. Kiteorang adik beradik kena sponsor hantaran dia..mengada kan?? sendiri nak bertunang, kakak2 pulak kena sponsor bagai..
so part aku, sponsor cokelat satu bekas. kakak aku yang sorang deco hantaran2 dia, yang sorang lagi sponsor buah2an satu bekas.

pagi nih aku dapat email dari mydeal nih, terus nampak cokelat home made yang murah nih haa..tak pikir panjang beli aje laa..
RM9 aje utk 35 pcs..cukup kot utk satu dulang tu..so bulan 12 nnti leh tebus voucher nih. Settle!

Sesape nak kawen dalam masa terdekat nih sampai ke bulan January, leh arr beli voucher nih, save duit korang..RM9 aje utk satu dulang. ahaks!

nota kaki: hari nih mydeal byk post voucher best2..nasib baik duit dalam bank tinggal seciput aje utk makan minggu nih...huhu, kalau tidak... abis ranappppp!! :P

Kelam Kabut

Hari ni masuk hari kedua aku di opis. dan hari kedua jugak menghantar kembar ke rumah kakak aku. First day sangat kelam kabut dibuatnyer. Lokman suruh aku temankan sekali hantar kembar ke rumah kakak. Dia pulak tuh kena g keje awal, sebab ada meeting pagi. Sebelum pukul 7pg dah kena gerak. Nasibla since ada kembar nih memang aku akan bangun pukul 5 pagi untuk susukan dorang. Lepastuh aku  dah tak tido dah.

Terus la aku siap2 pakai baju keje, senang. Ingatkan nak hantar serentak 3 askar2 kecik nih, tapi si kakak Tia nyer tak bangun2 pulakk..jenuh kejut2 tak bgn.dah tak cukup tangan nak dukung kakak pulak. so terpaksala g hantar kembar dulu sbb lokman dah rushing.

Lepas kiteorang hantar kembar, lokman hantar aku balik kondo then dia terus gerak ke kl. Aku pulak terus sambung siap2, sbb tadinya rushing..sempat la jugak kemas2 bilik semua, then pukul 7.50 pg keluar balik g hantar Tia then terus g opis. Nasib baik sebelum pukul 8.30 pg aku dah sampai opis. Dah 2 hari nih si Tia tak bangun, jenuh aku kejutkan..mmg tak larat angkat mata la tu..sudahnyer aku kena dukung dia dari tingkat 16 sampai masuk keta..adehhhhhh..dah dua hari berturut2 nih..kalau hari2 macam nih mau turun lagi 5 kilo nih...huhhu, sekeping papan la aku nanti.. :(

Sampai opis dah semput! 

Kena bincang balik dengan Lokman nih, kena buat strategi baru nih. kalau hari2 macam ni mau pengsan aku. buat 2 kali trip pegi balik rumah babysitter..huiiii keje giler!! semalam jugak lokman baru beli baby carrier satu lagi. so aku rasa dah boleh dah aku & lokman split hantar budak2 nih. Sekarang nih si kembar behave..letak aje dalam carrier tuh senyap aje la..apa la dorang tau kan..hehe..

Apa pun nasib baik la opis dengan rumah bbsitter & umah aku dekat each other..senang ape2 masalah anak2 aku terus ke sana any time. memang dah tak kuasala aku nak cari keje lain dah (cadangnyaaa nak tukar keje next year)..dok la dlm company nih sampai biler2..huhu~

okla nak sambung buat keje...

gambar pagi tadi aku sempat snap!haha..otw nak g umah bbysitter kamu..
hafiy + aariz

haaa ni si kakak, sampai dalam keta pun terlentokk lagi..sabar ajee la aku. nasib baik berat ko 8 kiloo aje nak oiii..
haaa bantal peluk mmg stand by dah dalam keta. hehe..

Nota kaki: sekarang nih gosok baju keje pun dah kena buat malam2 before tido, dah takleh dah practice gosok pagi sebelum g keje..memang tak sompekkkk!! segala gaya hidup yang dahulu sudah kena kasik adjust..my life is totally change!!! wuahhhhh..

Monday, October 17, 2011

si kakak kecik

Tadi entry aku dok cite pasal kembar kan, kali nih aku nak cite pasal kakak kembar pulak. Kesian dia, dah lama tak buat entry khas buat TiaZahraa ummi nih..

Tia sekarang dah 19 bulan. Minggu lepas baru bawak dia pegi cucuk. Hari Rabu pagi, pegi dengan Lokman. Kembar tinggalkan kat MIL sekejap. Cucuk kat KJMC aje, dalam masa sejam dah settle. Cepat giler doc tu cucuk, sampai tak sempat nak menangis si Tia. hahaha..aku yang cuak lebih..ye la, budak dah besar mesti tau rasa takut & sakit. Dok imagine aje si kecik tu meronta2 takmo jumpa doctor, haruuu aku kt situ..haha, rupa2 nya budak tuh steady aje..
Masa bawak jumpa doc, si tia nih selsema. aku risau doktor xnk jugak inject. Dah 2kali aku pegi jumpa doc, kena reject..sebab budak nih sakit. Tapi harituh aku gamble aje call sana, terus buat appointment pukul 11. Doktor kata kalu flu masih lagi leh cucuk, tapi kalau ada batuk memang dia takleh nak inject..oooo baru aku tau..hehe..so settle inject utk setahun, next month nak g cucuk utk sethn setgh pulakk. pastu settle! baru aku rasa lega...rasa bersalah yg amat bila aku lambat2 bawak dia g cucuk tuh. Lepas cucuk arituh, Alhamdulillah tak demam. Cuma 2 hari nih macam dah ada batuk2 kedengaran pulakkk..aisehh!

Perangai si kakak lepas dapat adik nih??

hurmmm..makin manja & mengada2 aku rasa..btul la orang cakap dia akan start create macam2 utk dapatkan perhatian kite.  betul - lah  - tu!
aku penat melayan kerenah dia sebenarnya dari melayan si kembar. (for now la, si kembar jenis tido aje kan sekarang nih, hehe).

Tia dah paham bahasa..apa jenis arahan dia memang paham..sumtimes aje dia blur2..mungkin sebab aku cakap laju benorr..haha..aku suka btul bila dia paham apa kite cakap. aku baca kat babycenter, kalau nak anak kite cepat pandai bercakap, kite dah boleh berborak2 dengan dia..cakap aje apa2 kat dia seolah2 dia paham. So sekarang nih, aku cakap aje la dengan dia..ayat panjang2 pun takper..slowly dia dapat tangkap apa kite cakap, and wording2 yang kite guna tuh dia leh absorb..nanti bila dah selalu dia dengar, automatik dia sendiri akan bercakap dengan lancar. btul tak teori aku nih?? hahahah.. So sekarang bila aku cakap aje dengan dia..ayat dia balas "hah?", "huh" , "ni" ...haaa bertuah punyer budakkk..berjela2 aku cakap, tu je dia balas..haha..syok sendiri punyer emakk!!

oh ye, berat badan Tia tak sampai 10 kilo pun..baru 8.7kg. Aku ingat dah cecah 10..adehhhh, btul la kecik budak nih. Dia dah kurang makan..bila kasik makanan mostly nasik la, makan skit aje, yang banyaknyer main..abis sepah2. tapi kalau kasik buah-buahan ke, keropok ke..abis pulakk. Tak kisahla, makan buah pun okla janji ada gak dia nak makan. Susu macam biasa..dah 160ml sekali minum. oh spageti still dia suka. nasib baikk..

Layanan Tia dengan kembar?
Awal2 dulu dia ok dgn kembar, asyik nak cium aje. Tapi sekarang bukan setakat cium, abis dia pukul2, tendang and cubaan menghempap kembar. aku dah takleh biar dah dia dgn kembar..laju aje tangan kaki dia naik. lagi aku tegur, lagi cepat dia buat perangai. memang sengaja okkk! pastu buat muka innocent tak bersalah dia tuh..gerammmmm aje aku!
Nanti ko tunggu adik2 ko nih membesar, aku rasa si kembar nih akan lagi besar dari dia..abis budak2 nih nanti buli dia pulakk..hahha..
Yang best dia suka ikut aku dodoi adik2..aku tepuk2 dia pun nak tepuk sambil berselawat/berzikir. Dia siap humming tuh..sbb takleh nak sebut kan..haha..tapi memula dia tepuk2 slow, lama2 kuat abis..leh senak perut si kembar dibuatnyerr..huuhu..

Perangai Tia yang tak berubah..
 + suka berjalan..pantang tgk lokman bersiap2..dia confident aje dapat ikut..siap pegi depan pintu. stand by. biler tak puas jalan, akan meraung2 takmo masuk umah sambil baring2 lagi atas lantai.
+ suka main air - bila suruh masuk toilet laju aje dia g toilett..biler suruh keluar, jenuh kena pujuk.
+ suka makan buah-buahan..bagi la apa jenis buah, semua dia makan (epal, anggur, betik, dragon fruit, pisang, plum, oren)..skrg tgh train kasik makan sayur pulak. so far leh makan bayam dah :D
+ Masih setia dengan bantal peluk..kemana aja kena bawak..mungkin bukan habit dia, tapi habit mak dia kottttt..hahahaha..dah terbiasa bg dia bantal peluk, so aku dah terbiasa bawak benda tuh..senang dia nak tido. aku suka tgk dia peluk bantal, rasa macam comel. ahaks!
+ Masih lagi panggil aku "mama" .. aku ajar sebut 'Ummi", dia akan jawab 'Mama' jugakk..haishhhh..sabar aje la aku. dah leh sebut dgn clear perkataan 'abang", kakak, nenek, dll, tapi biler suruh panggil takmo pulak..malas lagi nk bercakap bhsa melayu dia, lagi suka cakap bahasa german dia kott..hehe..
+ setiap hari bangun pagi punctual pukul 8 pagi. even tido malam lewat smapi kul 12mlm, esok nyer tetap bangun macam biasa. tapi yg tak best biler dah tak cukup tido tu akan mengamuk2 la dia tak tentu pasal yg buat aku angin.

okla, tu aje..dah nak pukul 5 dah nih..nak solat then siap2 nak balik umah..nak amik kembar pulakk..aisehhh, terasa rindu nak cium bau kembar dan layan kerenah si kakak Tia.

esok2 sambung yerrr..bubyee

gambar latest si Tia Zahraa

mak aji Zahraa

mandi sampai lebam..siap buat "peace" lagi

diam2 dok belakang, buat projek korek idunggg!! hahaha

tia & the brothers :)


 
Blog Template by Delicious Design Studio