Monday, October 29, 2012

Hari Raya Haji 2012/1433H

Macam aku tulis entry lepas, tahun nih Raya Haji tiada sambutan. huhu. Aku tak pergi solat Raya kat masjid..huhu..cuma sempat mandi sunat Raya aje pagi tuh.
Lepas siap2 kan anak2 terus pergi rumah adik ipar kat Seri Kembangan. Lokman drop aku kat sana terus dia g jadi volunteer CIMB golf tournament.
MIL aku masak rendang daging & rendang itik, sekali dengan nasi impit, kuah kacang dan roti jala. Haaa, itu aje la tanda meraikan hari Raya Haji kiteorang. Makan sampai lebam! layannnn...
MIL & adik2 ipar siap pakai baju kurung tuh..heheeh..aku tak terpikir pulak nak berpakaian traditional untuk aku & anak2..main pakai sarung aje baju kasual..kekekek..seriuss betul punyer takder mood beraya.
Lepak2 tengok tivi aje...tengok drama melayu ulangan "Panggilan Baitullah", lakonan Eizlan Yusof dengan Farihin..anak buah aku berlakon skali jadi cucu nenek yang Ahmad Farihin tolong tuh..dua2 budak laki & perempuan tu anak2 buah aku..kekekek..
Lepas Maghrib bertolak balik. Singgah tapau KFC.
Kesian terima kasih...

Notakaki: tahun depan if panjang umur aku nak solat Raya kat masjid arr...then nak bawak anak2 tengok lembu di sembelih..InsyaAllah...sebelum tuh nak puasa Hari Wukuf jugak..huhuhu..tahun nih tak kuat iman... :(
tadaaaa! raya dengan anak2 dengan jeans & rompers aje..kekeke
hehe, drama anak buah ku berlakon sampingan..
dok lepak2 dengan askar2
pastu tidooooo ZZzzzz
bebudak makan kopok
terbaikkkk rendang MIL! :)
photoshoooottttt... :)
MIL dengan cucus

Thursday, October 25, 2012

Apa korang buat time Raya Haji?

Raya Haji pada esok hari. Dan aku masih lagi bekerja. Macam biasa. tak ambil cuti pun sebab cuti tinggal sehari..kekeke..cuti2 aku selama 19 hari dah digunakan yang 80% semua sebab anak-anak. Iye, aku ada 3 anak kecik yang memerlukan Umminyer ketika sakit. :) Balance 20% aku apply bila aku memerlukan rehat tanpa gangguan.
Eh topik aku kali nih pasal Raya Haji.
Haaa, hari ni ramai opismates aku termasuk ambil half day. Semangat dorang nak balik kampung untuk beraya.
Aku?
Tahun ini abah aku dah cakap siang2, korban dia buat tahun nih tak buat kat Malaysia. Abah bagi duit korban untuk rakyat Cambodia. Tahun nih ramai orang berkorban di sana, even semalam kat opis aku ada panggil penceramah Ustaz Halim Din, dia pun akan ke Cambodia untuk melakukan ibadah korban di sana. Siap terima lagi staff2 sini if nak membuat korban di sana, just bagi RM230- RM250 untuk 1 bahagian daging lembu. Kat Malaysia harga daging korban 1 bahagian RM450. Jauh kan beza harga? Plus rakyat miskin dekat Kemboja lagi tinggi berbanding kat sini. Purata pendapatan seharian mereka di sana dalam RM5-RM10 sehari. Kalau sebulan berapa la sangat. Dan harga sekilo daging dekat sana mencecah RM30. Dorang cuma mampu makan daging lembu bila datangnya Hari Raya Haji.
So bila aku baca fakta2 nih semua baru aku paham kenapa orang2 kita ramai membuat ibadah korban di sana.
Abah aku sendiri pun kata, setiap tahun bila buat ibadah korban di kawasan rumah kiteorang di Kelana Jaya dan Kota Kemuning, bila masa nak bahagikan daging korban kepada orang miskin nih amat payah nak cari. Sampai kena hantar ke tempat lain la sebab nak betul2 bagi kepada yang memerlukan. MasyaAllah..ini menunjukkan bahawa orang2 kita hidup dalam kategori yang sempurna dan murah rezeki. Alhamdulillah...
Tu yang tahun nih abah aku bagi portion untuk orang2 Islam Kemboja. Jadinya dia cakap tahun nih tak beraya la sangat kat sini..huhu..tak dapat la nak bawak anak2 aku pergi Masjid tengok lembu2 kena sembelih, macam dulu aku penah bawak Tia tengok ibadah korban dijalankan. hehe..sadisss..sob sob..tak merasa suasana Raya Haji la pulak tahun nih..
tu sebenarnya aku nak bagitau...hahaha..
Nasib la belah famili Lokman ada buat makan2 la jugak sempena Raya Haji nih. Semua berkumpul kat rumah adik ipar esok hari. Aku dengan anak2 pergi lambat sikit sebab Lokman jadi volunteer dalam PGA Tour Golf kat The Mines. Excited nak tengok Tiger Wood main..huhuhu parah laki aku tuh..bapak aku pun sama..siap deal nak berjumpa Lokman kat sana. huhu. Harini pulak aku masuk opis seawal pukul 8 pagi sebab Lokman kena hantar aku dan terus gerak pergi The Mines Club Golf berkhidmat untuk Malaysia.haha. Iyela, dah sekarang bergerak dengan 1 kereta kan..kenala aku redhaaaa...
Weekend pulak famili aku plan nak ke Gambang Resort/ Theme Park. Eksaited..hehe..Nanti aku cite ek..first time ni nak bawak anak2 nih pergi theme park. :)

Ok korang, Selamat Hari Raya Haji!!
Semoga dipermudahkan segala urusan kita yer sempena cuti 3 hari nih.. aminnn...

Wednesday, October 24, 2012

WW : Checklist Puasa Sunat 2012/2013

Sape nak yg version Words, leh email aku..hehe, so that nanti korang leh tampal kat peti ais ke, kat cubicle opis korang ke, kat almari baju ke..hehehe
Email aku : zahfiraneka@gmail.com
\
Credit to my SIL
dia tag aku kat FB, then aku salin balik dalam Words and send to all Muslims kat opis aku.
hehe, semangat ek? ramai yang suka checklist ni..Alhamdulillah... :)

Tuesday, October 23, 2012

Kembar aku dah 14 bulan seminggu

Rasa lama betul tak update blog. Ada masa aku rajin hehari aku menhapdate blog nih, ada masa aku tengah serabut memang tak sentuh langsung blog. Cite progress anak2 pun banyak tergendala.
Bulan nih si kembar aku genap setahun 2 bulan.
Ringkasan progress dorang:

+ Dua2 dah ada 6 batang gigi. 4 bijik kat atas, 2 bijik kat bawah. tak der tanda2 lagi gigi lain nak tumbuh. pastu pesen gigi2 dorang tuh sama aje..kot nyer pun kembar, sampai gigi pun nak tumbuh sama jugak ek?ihihi..
+Dorang tak suka aku gosok gigi dorang. Susah sangat nak guna berus gigi, aku guna tuala kecik aje..hahaha..senang aku nak sental gigi dorang, main tenyeh2 aje..haha..takleh nak mengelat sangat bila aku dah pegang muka dorang.
+ Hafiy makin mengembang, tapi Aariz tetap sama. Keding aje. Cuma selera makan Aariz ada la perubahan sikit. Harap2 dia mengembang gak macam Hafiy. So takder la Hafiy asyik nak buli dia aje..huhu.
+ Hafiy manja dengan Lokman. Aariz sangat la manja dengan aku. Sampai setiap masa nak mengempeng aje. Selalunyer berebut dengan Tia nak mengempeng dengan aku. Sampai dalam kereta pun si Tia duduk atas peha kiri aku, si Aariz duduk atas peha kanan. Haaa, elokkk..penyek lagi la mak korang nih :P
+ Dua2 tak boleh berjalan lagi. Si Hafiy dah boleh berdiri sendiri kekadang dan boleh melangkah satu dua, then jatuh. Dia rajin nak try berdiri & berjalan. Si Aariz langsung laaaa takmauuuu..Nak kena paksa baru nak. Itupun separuh jalan. Nampak gayanya macam Hafiy aje jalan dulu. Tapi kalau bab memanjat, si Aariz tetap champion! tak paham pulak aku dorang nih..
+ Berat badan, tinggi dorang semua aku tak tau. tak menyempat lagi nak bawak g klinik kesihatan utk cucuk setahun. teruk kan aku? huhuhu..next month aku cuba..cuti aku tinggal sehari aje lagi, memang khas utk bawak dorang g cucuk..hehe..konfem kena marah dengan nurse kerajaan nanti..haha..
+ Hafiy suka menari & menyanyi. Aku dan Lokman suka tengok muka dia bila tengah nyanyi. Sangat kelakar! Aariz budak seriyes..dia tak layan sgt lagu2 nih, kecuali time mood tengah ok. Nampak la jugak dia goyang2 bila tengok Hafiy & Tia joget2. Perangai dorang sangat lain! :)
+ Kiteorang dah tukar susu dorang ke Dutch Lady. Tia pun sama. Tiga2 dah minum susu yang sama. So senang dah. tak pening2 dah bahagi2 duit beli susu dorang dan nak bancuh susu untuk dorang. Aku selalu buat tiga botol terus. Minum serentak la tiga2, tak gaduh berebut2 dah. hehe..
+ ok, itu aje setakat ini. terima kasih :)

Friday, October 19, 2012

Tragedi Oktober...

No..no..no..
ini bukan pasal lagu Awie ek..aku cedok tajuk aje...content dia lain..huhu..
Kisah terjadi selasa lepas, Lokman call aku pukul 3.30 petang, suruh aku call M*PJ zon tunda, kot-kot keta dia kena tunda sebab dia dah dua tiga kali ulang alik tempat dia parking keta dia pagi tadi, bayang keta tak nampak. Aku terus buka website cari no tepon Penguatkuasa, then org Penguatkuasa bagi no tepon suruh aku call bahagian zon tunda. Dail la lagi no lain pulak. Aku tanyer ada ke buat operasi tunda kereta kat area LRT KJ? Dia cakap takde.
So sah la kereta Lokman dicuri!!
Time tuh pulak hujan lebat turun. Aku tak bawak payung pulak. Lokman cakap nih nak g buat report. Tapi tak suruh aku amik dia lagi. So aku pun sambung buat keje. Fikiran masih blur2 tak tau nak buat apa..hehe..
Pukul 4.15 petang, Lokman call lagi, suruh aku ambil dia kat kedai mamak. Teman dia g buat report.
Aku pun minta time off, terus fetch dia then dia ajak aku pusing lagi area parking tuh..kotak parking dia dah ada keta lain yang park. huhu...
Kiteorang terus pergi balai polis Dataran Prima. Balai polis kosong, senang buat report terus. Lepas tuh pegawai tuh suruh pergi lak Balai Polis Sg Way, jumpa dengan Sarjan Sofian. Sampai sana Sarjan tu nak copy geran kereta dengan insurance kereta. Benda tuh semua kat opis dia. Sarjan tuh dah bising2. sebab rupanya pegawai kat Dataran Prima salah tulis tarikh hilang. Dia buat kata kereta hilang pada hari Isnin. Benggongggg..dah tak pasal2 Lokman lak kena marah. Aku heran betul dengan pegawai polis yang kerek tak tentu pasal nih, bukan nyer kiteorang nih penjenayah nak cakap sombong2 macam tuh. Takder budi bahasa ek ko Sarjan? pastuh Sarjan minta buat copy IC dan lesen kereta. Lokman minta aje pegawai polis kat kaunter depan tuh tolong photostate, takder keje la nak kuar balai balik cari kedai.
Dah settle, Sarjan tu mintak Lokman faks kan geran & insurance esok pagi. Sarjan tuh cakap dia akan inform dia akan masukkan report ke dalam system dorang, then akan inform polis trafik and inform pada polis2 yang buat road block.
Setakat itu aje la dorang boleh buat pun..
Kiteorang pun takder letak harapan tinggi nak jumpa balik kereta itu dalam keadaan yang sempurna...
Cuma berharap kereta tuh tetap dapat jumpa untuk proceed claim insurance.
Dah la nak tunggu dapat claim tuh makan masa. Minimum pun 6 bulan ek..
Nasib baik la aku ada kereta sendiri. So buat masa sekarang kiteorang bergerak bersama2 la. Nasib baik la jugak opis Lokman dan rumah kiteorang dekat dengan LRT. So start semalam kiteorang keluar seawal 7 pagi, hantar budak2 kat umah kakak aku, then terus hantar Lokman ke LRT. Aku sempat lagi balik rumah balik, siap2 ke opis pulak.
Plan nak beli kereta baru masih dalam perancangan...selagi takder berita pasal kereta yang hilang tuh, selagi tuh rasa macam tergantung..huhu..

Aku pulak sekarang serabut sebab si Aariz demam. Dah 2 malam aku tak lena tidur. Dia jenis cranky bila demam..merengek2 aje..aduhaiiii...

Ya Allah ya Tuhanku, sungguh berat rasa dugaan Mu kali ini. Aku mohon agar Kau berikan aku kekuatan dalam menghadapi dugaan Mu ini...dan Kau berikan kesihatan yang baik2 ke atas anak-anak ku..Aminnn..
gambar semalam : lepas ambil budak2 kat babysitter, terus pegi tesco..
Rabu petang: Even kereta hilang, anak2 bukan paham pun
Dorang nak main kat playground, layan kan aje laaa..
Aariz dah demam masa nih..takder mood nak main
Dalam kenangan la ko kereta yerrr..merajuk ko ek sampai hilang terus!
(plan dulu nak beli keta lain, tu yg merajuk kot..huhu)
Ni pegawai kat Dataran Prima..
Yang ini ok even dia salah tulis tarikh kan..but ok la tak menyombong macam Sarjan Sg Way..
tak sampai setgh jam settle buat report dengan dia.

Tuesday, October 16, 2012

Bila anak banyak cakap

Anak sulung aku dah 2 tahun 7 bulan.
Dah lama aku tak record progress development dia. Ye la, dah besar kan..banyak benda dah dia boleh buat..until now aku still rasa impress bila ada je benda baru dia leh buat atau cakap.
Tapi lagi lawak bila dah banyak benda dia tau, makin menjadi-jadi tunggang langgang bahasa dia. Contoh macam tangan dah jadi "mangan", boleh jadi "baleh" dll. Kekadang aku jadi confuse bila dia sebut sesuatu tuh. Kena 3 saat pikir benda apa dia nak sebenarnyer. kekeke. Lokman jangan cakapla, langsung tak paham! Aku lak jadi translator dia bila anak tuh dah berulang2 cakap bapak dia kerut dahi..haha..Yang pasti pada usia 2 tahun lebih dia dah leh cakap dgn lancar even pelat2. Sometimes dia suka menyampuk bila aku dengan lokman berborak. Dah macam mak nenek pulak. And paling lawak bila dia suka mengajuk cakap orang lain.
Aku suka borak2 dengan dia..bila aku tanyer balik "paham tak apa Ummi cakap nih?"
dia akan balas, "paham,paham.." sambil angguk2..tapi sudahnyer tak buat pun apa aku cakap..kelautttt...
Takpe, orang cakap proses pembelajaran la sekarang nih..kite sebagai parents cakap aje apa2 kat dia, even dia tak paham sekarang, tapi dia absorb skit2 wording kite, nanti in future you would be surprised bila tetiba dia sebut perkataan2 yang korang penah guna depan dia dulu. Or dia akan buat benda2 yang korang ajar dia dulu. Masa tuh baru korang sedar yang anak2 kite dah besar rupanyaaaa.. :)
Lagi2 sekarang kembar pun dah besar, dorang pun dalam proses pembelajaran. Dorang suka ikut Tia..apa Tia buat dorang akan ikut..dah macam kembar tiga dah..so aku try treat dorang sama rata. Ajar tiga2 benda yang sama berulang2. Contoh macam aku ajar baca ABC or 123..aku ajar tiga2..even kembar still tak paham tapi InsyaAllah dorang akan paham nanti.
Kalau nak anak petah bercakap, parents kena rajin berkomunikasi dengan anak. Layan anak macam kanak2 yang paham bahasa. Jangan la assume anak tu tak paham apa korang cakap. Sebab nanti anak tuh tak confident nk berkomunikasi dengan kita. Kan? Ada masa anak kite paham apa kite cakap cuma dia tak tau lagi camna nak bagi feedback.

Nota kaki: tapi ada masa memang pening gak bila anak terlampau petah, semua benda dia nak menanya..sampai kite pun tak terjawap..kekeke..haaa, camnooo tuh?

Oh ya, Tia sekarang dalam stage mengenal warna. So bila aku nak bagitau dia sesuatu benda aku akan sebut warna setiap objek tuh. Contoh, "ini RED Truck", or "baju tia kaler PINK", etc.
So bila dah belajar pasal warna ni, hari2 dia tanye aku kaler apa setiap benda..aiyooo aiyoo.. :P letih makkk nak jawab!

Thursday, October 11, 2012

Baby items to LET GO

Aku nak let go barang2 anak sikit. Barang yg beli beria tapi tak pernah pakai. Sape berminat mari email aku zahfiraneka@gmail.com

AVENT MICROWAVE STERILISER
aku kirim masa kawan pegi UK
nak let go RM65 termasuk postage
barang dalam kotak & plastik lagi
ada penyepit & cup kecik
manual book dia ada koyak skit, cos anak aku buat main..huhu..
barang still ok, tak pernah guna.
Bath rope baby...from newborn to setahun. tgk saiz baby.
Aku tak sempat sarung kat Tia sebab Tia dah membesar..aku salah beli size. huhu..comel sgt bathrobe ni..
nak letgo RM37 termasuk postage.
condition tip top. still ada tag lagi..
oopppss..tertinggal kat bawah lak gmbr steriliser nih.. :)

Wednesday, October 10, 2012

WW - Kiddos

just in luv with three of them..and of corz with their ABAH too! hhehehe..
muahh *

Monday, October 8, 2012

Tia's Day - Starship Galatica @ One Utama

Dah lama Ummi mengidam nak bawak Tia pergi main kat Indoor Playground..Tia sekarang suka sesangat main kat playground..every day dia akan jenguk kat tingkap dan tengok playground kondo sebelah..then setiap kali tu la jugak dia akan panggil aku dan cakap nak pergi playground. Hari-hari yerrrrr...sampai aku dah tak larat nak taici (mengelak)..haha. Aku selalu cakap kat dia tunggu Ummi cuti la baru leh bawak Tia. hurmmm, budak umur 2 tahun paham nyer kejap aje, pastuh tanya lagi dan lagi..haih!
Sekali sakala memang akan bawak dia main playground bawah kondo nih..Dia suka main gelongsor.
Aku susah nak bawak dia main bawah hari2 sebab ada kembar. Si kembar takleh berjalan lagi..if nak bawak tiga2 kena ada orang escort. Lokman lah kena ikut skali..haha..or salah sorang kena stay jaga kembar kat rumah, then bawak Tia turun..tu yang kiteorang tak berapa rajin nak membawa budak2 nih turun main..huhu..
Then, bila pergi shopping mall yang ada indoor playground nih memang teringin sangat bawak Tia main dalam tu. Tapi asyik menangguh aje sebab memang takder masa.
Last week, kawan baik aku tetiba ajak join dia. Dia plan nak bawak anak2 dia ke OU, Starship Galatica. Aku terus rasa excited nak bawak Tia. Tanya-tanya Lokman dia ada plan main golf ke atau ke mana2..since Lokman free, aku mintak tolong dia jaga kembar and aku bawak Tia g main sana. Atau bawak aje kembar sekali, since kembar dah pandai gak main2 benda2 alah tuh. Lokman pilih untuk stay rumah dengan kembar..hehehe...
Sabtu lepas pukul 11 pagi aku dengan Tia dah pacak kat sana. Orang pertama ek register..haha..excited tak excited la kiteorang nih. Sehari sebelum pergi tuh Tia berulang2 cakap nak g playground since aku dah janji nak bawak dia. haiyoooo...janji ditepati! haha
Bateri ipon aku kong since malam tadi. Charge tertinggal kat opis. Nak beli baru, paling murah dalam OU tuh RM39..huhuhu..takdo la aku nak beli. Tapi rasa ralat pulak if tak dapat amik gambar Tia kat sana. Terus cuba nasib tanyer brother kaunter register tuh. If dia ada charger iphone..hihi..nasib baik la brother tuh baik, dia tolong chargekan..charge dalam setgh jam then okla..sakan aku amik gambar Tia..
Kawan aku sampai kemudian...baru la tak sangap ada kawan berborak. Ada parents just register anak pastuh tunggu kat cafe bawah aje or pegi menyopping. aku dengan anem bawak anak kecik, jadinya kena la join dorang main skali.
And aku rasa macam aku lak kanak2..excited kutip2 bola, pastu berlari dengan Tia, lompat2..kekeke..mengah jugak laaa..

Pendapat aku untuk tempat nih:

Bayaran masuk utk weekend RM20. Anak je bayar. Parents tak payah, tapi wajib semua ada stokin. Makan minuman luar xleh bawak masuk. Even beg susu anak pun dorang suruh tinggalkan kat bawah. Tapi ada je aku tengok parents bawak naik atas. huhu. Bila Tia haus kiteorang kena turun bawah.
Tempat nih actually sesuai untuk budak umur 4 tahun ke atas. Sebab its more to adventurous..main tembak2 bola paling menarik la..since Tia tak reti & takut, so takder la dia main benda tuh. Dia cuma kutip2 bola pastu letak2 dalam lubang2..tak banyak sangat aktiviti leh buat pun..slides pun tinggi..Tia try 2 kali aje pastu dah takmo. Sebab slides tuh dari tingkat 2 ke tingkat 1. So bila aku teman dia ke atas, aku kena turun tangga untuk amik dia yang dah mengelongsor ke bawah. Sampai bawah dia cuak arr tgk aku takder..hehe..tu yang terus dia takmo main benda tuh..aku pulak sengan arr nak main slides tuh..hahaha. padahal aku sedikit cuak, dah lama tak main kot..haha..
Overall, ok-ok la tempat dia, Mungkin bagi budak2 best arr even tak banyak aktiviti. Seronok kot tengok bola banyak2 then dorang boeh berlari sini sana..Memula aje Tia takut, lama2 tuh dia pandai main sendiri. Aku dok lepak borak2 je dengan kawan aku.
Dekat 2 jam lebih gak la kat sana. Tu pun jenuh pujuk Tia keluar..sebab dah lapar. Bawak dia makan tutti frutti kat sebelah tempat tuh, then terus lunch kat Pizza Hut. Penat main, sampai banyak dia makan spageti. hehe..
Lepas dah makan, boleh pulak dia cakap nak main bola lagi..adehhhhh..sampai nangis nak masuk balik tempat tuh..
aiyakkk, harus cabut balik sebelum dia bising..dalam kereta terus tido..sampai rumah ulang2 dia dok cakap nak main bola...huhu..kiranya dia enjoy arrr main harinih..berbaloi arr jugak bawak dia ke sana. :)
aku promise next month kena bawak dia lagi. Tapi mungkin bukan kat OU, nak pegi kat IPC lak. yang sesuai dengan umur dia...InsyaAllah..
Nawra xmo main, dia layan Upin ipin..si Tia pun join sekaki sebab dah penat..hehe
tangga dia curam..
aktiviti mengutip bola banyak2!
Tia & Awal..tak geng betul dorang nih..haha
dalam area galatica..penuh dengan bola2
dalam kereta, otw balik rumah. kepenatan ko!
last pic..suka la bila srh posing..happy betul dia..
Ummi & Tia day :)
layan ice creamm...
area nih main lompat2..
kids with their spageti...habis makan!
Tia tengok abang tu masuk kan bola dalam lubang, then dia tolong sekali..hehe
tempat yang paling dia suka masukkan bola. Bila bola masuk akan kuar bunyi lembu dan kambing..haha
dah lama2 baru pandai guna bakul kutip bola..good girl!

Tuesday, October 2, 2012

3 hari 2 malam tanpa anak-anak...best ke rindu?

Minggu lepas mother in law nak bawak askar-askar aku ke rumah SIL. SIL baru pindah rumah baru kat Puncak Alam..then teringin nak memeriahkan rumah dengan budak2. Mintakla permission nak pinjam budak2 nih..aku pun rela hati gak la bagi. Nak gak merasa tidur tanpa budak2..hahaahha..Sekali sekala dah ada orang offer nak jaga budak2 24 jam kan...
Seriyesly, ini first time aku berjauhan dengan kembar. Selama 13 bulan dorang tidur malam dengan aku...nak gak tengok camne dorang if aku takder.
Aku tak risau sangat cos selama sebulan lebih Mil & Sil jaga dorang siang hari..so dorang dah biasa dah..
Adik ipar nak pinjam dorang 3 hari. Aku kata okla kalau korang tahan berjaga malam. Sebab si kembar setiap 3 jam bangun nak susu..hehe, ada masa serentak dua2 nak susu, ada masa lain2 time..so lebih 3 kali arr kena bangun..huhu..sanggup ke tak tu? hheeheh..aku cakap try semalam dulu, if rasa bertahan lagi, jaga la lagi 2 malam..hehe..
.....
Hari pertama.
Budak2 ok, happy aje kat sana. SIL siap send photo happy faces dorang lagi plus MIL kata dorang makan banyak. Aku cuma call pagi sekali, petang sekali. Lega hati tengok dorang gumbira..Aku pun happy sebab leh bersenang lenang..hhahha..duduk berdua aje dengan Lokman. Aku layan cerita korea online sampai pukul 3 pagi..hahahaha! Oh sebelum tuh aku & Lokman g dating ke Uptown Damansara. Aku dah lama teringin grill Lamb Chop Blackpepper. Zaman single mingle & bercintan dulu memang rajin lepak situ..kira port kawan2 Uitm arr..tapi since ada kembar memang dah tak jejak ke sana. Memang tak makan la jadinyer if bawak dorang. Kira ni peluang terbaik arrr, dapat makan dengan tenang lagi..haha..

Hari kedua.
Pagi tuh aku call MIL kata ok gak. Makan & main aje dorang. Maybe nak continue lagi semalam. Ok fine. aku.tak.kisah. hihihi..
Malam tuh aku dengan Lokman pegi Tesco pulak. Beli barang dapur tanpa rushing2 dan siap dinner kat luar lagi. Plan esok malam nak tengok wayang pulak..haha..Malam tuh aku tidur pukul 3 pagi lagi, sambung cerita korea..haha, oh sekarang giler tengok cite Faith, lakonan hero Lee MinHo..haruslaaa layannn!! tu yang sanggup dua mlm2 berturut2 tidur lambat..hoorey hooreyy!!

Hari ketiga.
Sebelum pegi keje, tetiba Mil & SIL sampai rumah dengan budak2. Eh? kata nak stay sampai 3 malam? alamakkk, abis program nak tengok wayang malam tu..
melepassss!
kalau tau semlm lagi kiteorang layan midnite. haha..dah bertahun2 tak tengok wayang ko...teringin giler! huhu..
takperla, rindu gak kat askar2 aku tuh..dua hari tak jumpa rasa lain jugak la.
tapi...dorang buat muka takder perasaan aje bila sampai rumah. tak excited pun tengok muka aku..hahaha..sabar aje la..aku peluk bagai, cium2 dorang slumber aje..haha. seronok kot sekali sekala tukar angin tidur tempat lain..nak pulak ada orang melayan dorang kat sana.

Bagi aku dengan Lokman, sekali sekala tanpa anak2 pun ok gak. Rasa rilex dan ilang stress. Patut la orang cakap ada masa pergi la honeymoon mana2..tanpa bawak anak2. Hubungan suami isteri pun kena jaga, kan? Dulu aku memang susah nak lepaskan dorang. Aku rasa tak sanggup berpisah. Tapi sekarang bila anak2 dah besar skit, baru aku rasa ok. And aku pun sometimes rasa perlukan masa untuk diri aku gak. Alhamdulillah, semua berjalan dengan baik2...anak2 tak meragam. dorang dah boleh bawak diri, sebab dorang bertiga ada sekali. Mungkin sebab dorang bergeng so dorang takder rasa takut.

So lepas nih leh plan honeymoon dengan Lokman, no? hahaha..i likeeee :)


Gambar bawah muka2 hepi askar-askar aku masa kat rumah sister in law.

Monday, October 1, 2012

Rasa macam kat negara India :)

Malam tadi aku ikut Lokman g wedding kawan opis dia. Dekat Matrade Hall.
Ini first time aku attend majlis kahwin Muslim Punjabi-India..aku actually tak brape sure dorang nih bangsa apa..kekeke..bila aku google pasal latar belakang pemilik Jakel baru la aku tau bangsa dorang nih..hehee..
Yang kahwin nih anak perempuan bongsu pemilik kedai kain Jakel. tapi yang wedding malam tadi belah lelaki, actually belah laki pun dari bangsa yang sama. So mostly (70%) tetamu yaang datang bangsa dorang. Yang bestnyer aku sangat impress dengan dressing dorang malam tadi. Rata2 dorang pakai baju tradisi dorang..punjab and kain ala2 sari tu..baik lelaki dan perempuan rata2 pakai baju tradisi dorang. sangat cantik dan warna-warni. Lawa2 semua, hidung mancung2..hehehe..
Sepanjang majlis takder langsung lagu melayu. Lagu maher zain ada la skit..pastu kebanyakkan lagu Hindustan..siap ada persembahan nyanyian family pengantin dan tarian bangra lagi..seriyesssss rasa macam kat India. haha..sangat happening!! Event dia pun smooth aje..ada gak seisi merenjis tapi takde la lama macam org kite punyer majlis..
Makanan pulak tempahan dari Syed Restoran..nasi Bukhara. Terbaikkk! Aku tanpa segan silu menambah dua kali..hahaha..
Door gift pulak dapat manisan..macam laddhu aje..hah, baru aku teringat! sebab semalam aku rasa skit, tia xmo..aku ingatkan bahulu, sekali tengok bentuk bulat, bila rasa manis2 then ada kacang2..teringat cite Hindustan, bila ada majlis perkahwinan dorang akan buat kuih laddhu banyak2 dengan manis2 nyer..untuk bagi tetamu makan..kan? sape yang suka tengok cite Hindustan (dulu aku giler Amer Khan & Shah Rukh Khan, hehe) sure tau punyerrrr..Laki aku konfem dia tak tau! haha..
Seronok jugak ek dapat pergi majlis perkahwinan bangsa lain..kite sesama Islam tapi berlainan bangsa..that's the beauty of Malaysia kan? Duduk pulak satu meja dengan Chinese (bos besar Lokman) and Chinese muslim (wife bos Lokman) ..hehe..rasa macam 1Malaysia of the nite..kekeke..
Oh, first time jugak aku masuk Matrade..selama nih tengok dari jauh aje..dewan dia..memang besar! aku rasa semalam boleh masuk sampai 2000 tetamu. Lawa pun lawa, cuma bila dah ramai2 tuh tak rasa sejuk sangat la..cost dewan aku tak tau..hehe..sape nak buat wedding kat situ memang ok, parking banyak, cuma kena jalan jauh skit la nak ke dalam dewan. Selain Dewan Felda Jalan Semarak, dewan Matrade nih pun not bad at all.. :) -pendapat peribadi aku aje-

Pengantin makan dgn family. Yang hujung sekali, wanita bertudung tuh owner Ariani..wife kepada abg sulung pengantin
sangat cantekkkk!!!

pengantin otw ke meja makan

pencuci mulut. sagu dengan gula melaka..seriyesss sedap!
first time aku makan..kekeke..
tarian bangra
pengantin baru masuk. iringan muzik sahaja..simple..
lepas dah duduk, ada bacaan doa.
Aku suka doa dia, sebab permulaan doa, dia suruh kite sedekahkan Al- Fatihah kat parents kite dulu..
:)
camwhoreee...goldish theme aku dengan lokman..hehe

nota kaki: anak2 kiteorang mintak tolong MIL tolong jaga..terima kasih mama! :) masa nak pergi tiga2 melalak2 nak ikut..huhu..sadis aje tinggalkan dorang.. :P
bagi peluang Ummi dengan abah dating ek..hehe.
Tapi tak tunggu sampai majlis abis, kul 10 dah cabut balik. Tia tak tidur lagi..kembar dah tidur..huhu..
 
Blog Template by Delicious Design Studio