Monday, August 26, 2013

Harijadi ke 31 & Rumah Terbuka Raya

Weekend lepas sure ramai orang pergi openhouse Raya, Majlis Kawen & Majlis Tunang kan? jalan jammed sini sana..kat fb pulak ramai upload & update aktiviti harian dorang..terasa meriahnya la kehidupan orang sekeliling kite kan? Alhamdulillah..Malaysia masih lagi aman...bila terbaca artikel pasal Syria aje terus rasa sedih..aku tengok video yang kanak2 mati kena senjata kimia tuh lagi rasa tak sanggup..separuh video dah tutup..tak sanggupppppp!! kejam la manusia2 kat sana..semoga Allah lindungi orang2 Islam kite disana..aminnn...

Berbalik cite minggu lepas, nak habaqq mai nih..last sabtu birthday aku ke 31 tahun..kekekek..Alhamdulillah, masih diberi peluang bernafas sehingga umur 31 tahun bersama2 suami tercinta & anak2 tersayang. Syukran..

Sambutan harijadi? Laki ku kata postpone ke hujung bulan..sebab tunggu dia gaji. Plus aku ingat nak celebrate sekali dengan besday kembar. Dorang tak potong kek lagi..kesian dorang..takder pun aku buat birthday party setiap tahun..si Tia aje sakan potong kek 2 kali. Time kembar nih, selalu rasa serabut..iyerla, time puasa satu hal, pastu sekarang nih aku dah sarat mengandung..rasa tak terdaya nak buat besday party ke apa, sempat mkn dinner aje kat luar..huhu..harap2 tahun2 depan, umur panjang leh buat untuk dorang ;)

Cuma sabtu lepas ada cousin aku bertunang. Abah aku jadi wakil perantara..so wajib pergi meraikan cousin aku gak..tahun depan ada la majlis kawen dalam famiy..InsyaAllah. Lepas pergi majlis kawen, pergi pulak openhouse kawan sekolah menengah aku. Lepas kenyang makan2 sebelum balik rumah singgah Tesco beli barang dapur. Anak2 pow toys..tapi aku belikan dorang khemah/tent berbentuk bas. Excited Tia suruh pasang cecepat..hilang terus penat dorang dapat main dalam tuh..dah lama berhasrat nak beli tent mainan utk dorang, sekali tesco buat harga murah, RM49 dari Rm79. terus la belikan aje..at least dorang ada port nak bermain lepas nih, toys pun aku harap tak sepah2 satu rumah..main jek dalam khemah tuh.

Ok dah melalut ke toys budak pulak. sambung cite hari ahad..ada wedding kat Ampang, then singgah g Pureen Warehouse then terus ke Rawang/Ijok kawan buat openhouse. Dari tengahari keluar rumah, lepas Maghrib baru sampai rumah balik, seriyesss pancitttt!!

Aku rasa tahun nih la paling sakan aku & Lokman kuar beraya dengan bawak askar2 aku. Sebab tahun nih anak2 dah boleh jalan sendiri & paham bahasa..senang sikit nak handle..tak payah bawak stroller bagai dah..kasik dorang jalan aje.

Alhamdulillah..dimurahkan rezeki dapat makan free selama 2 hari berturut2..kekeke..Weekend nih tak tau lagi apa plan... :D

tahun nih terasa nak berpoyo. Post poster announcement kat Instagram & FB
berdesup2 org wish birthday..kekkekeke..
terima kasih pada yang wish yekkk..
Jazakallah khair..

ni gambar kat majlis tunang cousin
ada je yang spoil kan..anak2 aku memang susah nak suruh bergambar elok2 sekarang
ada je aksi mengediks dorang tuh..grrrrrr..

kt majlis kawen di Dewan Risda Ampang

Openhouse kat Rawang
Hafiy mengada2 la tuuuu..


mentang2 kondo takder longkang..
ntah apa la dorang nih..semua benda campak masuk longkang
tuh si Aariz paling sakan skali..

my bff aka tuan rumah
sesat cari rumah nyerr..dah lama tak masuk Rawang
kawasan perumahan baru..memang arr aku nih buta jalan sokmo..hhehe
nasib baik jumpa rumahnya..kekekek
thx babe! konyang makan sampai tengah malam..hehe..

Thursday, August 22, 2013

Selsema yang teruk boleh mengundang sakit telinga!

Minggu lepas aku dijangkiti selsema dari si kembar. Rasa2 aku la dah lama tak kena selsema yang teruk, satu tahap tiba2 aku rasa telinga aku sakit tahap takleh tahan..kena pulak waktu malam, on the way balik rumah dari beraya..sampai aje rumah terus aku masuk tidur. masa tuh memang takder ubat langsung aku leh sapu kat telinga nih..nak makan ubat tahan sakit/panadol pun aku tak berani..sebab aku pregnant kan..tak berani makan sebarang jenis ubat time2 pregnant. Sudahnya, kenala menahan sakit aje. Ubat terbaik adalah dengan tidur!

Esoknya sakit berkurangan..tapi still rasa tak berapa baik. Pendengaran jadi kurang jelas..rasa kekadang telinga berdenggung aje..sangat tak selesa..agak moody la jugak..kesian anak2 jadi mangsa moody aku. huhu..

Pada masa yang sama aku baru perasan telinga Hafiy pun macam keluar nanah balik. Ini kali ke 3 or ke 4 aku rasa..setiap kali dia selsema batuk yang teruk sampai hingus warna kuning & hijau, pasti telinga dia akan bernanah..aiyooo..cuak sungguh aku. patut la dua tiga hari sebelum tuh dia macam takder selera nak makan..rupanya selsema dia teruk sampai effect telinga..meragam pun iyer jugak..aku minta GL dari HR untuk bawak Hafiy ke pakar Paed KJMC. Malam tuh jugak aku bawak dia ke doc.

Doc check pun geleng kepala. dia kata nanah agak teruk. takut gegendang dia dah pecah..huhu..dia bagi 5 jenis ubat makan, 1 nasal drop untuk selsema & 1 ear drop. Antibiotik wajib makan sampai habis selama seminggu termasuk ubat2 batuk, ubat cair kahak & ubat selsema-alergik. paracetamol dia bekalkan jugak sebotol in case hafiy demam. Lagi pulak rabu tu nak pergi ke cameron highland..risau gak aku nak pergi ke tanah tinggi, tekanan agak tinggi..tanya sekali pendapat doc ok tak if nak pergi sana? doc kata ok, tapi make sure masa nak naik tuh bg dia something boleh kunyah..huhu..

Aku bgtau telinga aku pun sakit, tapi doc tuh xmo check..hahahah..diluar bidang dia katanya..suggest aku pergi je klinik biasa & minta antibiotik. dia just bagi pendapat yang mungkin telinga aku sakit sebab selsema. Ok fineee..esoknya aku g klinik panel. Doc kata memang telinga aku bengkak & dia bg ubat tahan sakit, ubat selsema & antibiotik. Since aku dah masuk stage ke 3 mengandung, so boleh makan semua ubat2 tuh..no harm utk baby..baby dah kuat katanya. Baru la lega & confident nak makan semua ubat2 tuh nanti..hehehe..

Telinga aku & Hafiy kena monitor untuk seminggu. Hafiy dibawak jumpa pakar Paed balik lepas seminggu, Alhamdulillah telinga dia dah baik. Doc pun terkejut..hehe..gegendang telinga dia ok katanya, so takperlu dah makan antibiotik. cuma selsema still ada. iyerla, naik cameron tu sejuk..konfem la lambat lagi nak baik selsema tuh.tambah pulak batuk..si Aariz berjangkit semula. dah main share2 ubat la dorang tuh..huhu..telinga aku still berdenggung..aku malas makan ubat..kekekek..tapi dah tak sakit. cuma rasa gak tak selesa bila tengah berdenggung..

Doc nasihatkan supaya kena jaga2 dengan telinga Hafiy, very sensitif katanya. senang dapat infection if tak jaga. Hafiy tak boleh mandi kat swimming pool or apa bentuk pool sekalipun. Even shower pun kena kurangkan..takleh bagi air masuk telinga dia..huhu..so lepas nih no more bath tub untuk dorang semua. Tia asyik request nak mandi 'kolam' kecik (baby bath tub) dorang tuh..tapi bila aku explain tak boleh, Hafiy sakit telinga..Tia sgt memahami..terus dah tak mintak mandi kolam dah..just mandi thru shower aje..

Harap2 lepas nih takder dah dorang nih sakit2 macamnih..tiga2 dorang nih memang sensitif lerrr dengan air & sejuk. Aku kena lebih alert lagi dengan kesihatan dorang..rasa bersalah sesangat bila anak2 sakit teruk..huhu..tanggungjawab kite kan kena pastikan dorang selamat & sihat..sorry kids, lepas nih Ummi lagi tegas dengan korang..heheheh..so jgn marah Ummi eh if Ummi bersikap tegas dengan korang :D

Ummi luv u all..xoxo..semoga Allah berikan kesihatan yang terbaik pada korang semua, termasuk Ummi & Abah..InsyaAllah..Aminn..

Sakit2 pun still ada mood nak main. Hafiy yang pakai baju biru



ini ubat2 yang doc bagi..huhu
dah la Hafiy tak suka makan ubat. Dengan aku mmg tak berani lawan, kena suruh Lokman yang suap baru dia terpaksa
makan. huhu..penuh dengan drama nak pujuk dia makan ubat2..

Dah sihattt!
Check up sekali lagi after a week.
Alhamdulillah...telinga dah ok. tak nyah refer pakar ENT

After this no more 'mini kolam' in toilet yaaa kids!

Monday, August 19, 2013

Hari Raya Aidilfitri 1434/2013

Harini dah 11 Syawal.entry ni last week aku dh taip tapi x di-postkan sbb nak upload photos skali. Dok delay2 langsung lupa..kekeke..
Kira bila korang baca bayangkan aku dok cite last week eh! Ahaksss..sorryyyy...
Entry latest aku try karang jap lg. Tgh amik mood lg kat opis..kemalasan buat kerja..huhu..

...........Aku dah masuk kerja..tapi untuk 2 hari aje..hari Rabu aku cuti balik..ada family trip...family vacation tradisi untuk keluarga aku..main cuti2 malaysia aje..hehe..anak2 kecik berderet2 tak gagah nak ke over the sea ;p

crite ringkas raya tahun ini..malam raya ke rumah abah aku. macam biasa tetiap tahun ada ziarah & takbir raya rumah ke rumah oleh orang2 surau..so kira tolong2 arrr buat hidangan..dan last berbuka puasa dirumah orang tua. Lokman first time join ziarah2 dgn abah aku.sampai pukul 12 malam. then balik kondo.

Esoknya raya, lepas Lokman solat raya terus gerak ke rumah abah aku. Aku nih dah beberapa tahun (sejak kawen kot) tak pergi solat beraya..huhu..jaga anak2 kat rumah ajo, then siap2kan dorang sementara tunggu abahnya balik solat raya.

Pagi2 si kembar dah buat drama..tak mau pakai jubah.kekeke..dari hari kiteorang beli jubah tuh dorang tak tunjuk tak minat dorang pada jubah..melalak2 suruh buka..hahaha..aku buat tak reti aje. si tia ok aje pakai baju kurung. dorang tak suka pakai jubah sebab susah nak bergerak bebas kot..asyik tersekat aje pergerakkan..angin laaa tu..kekeke..lepas makan rendang ketupat kat umah abah, terus ke Kg Pandan..rumah arwah nenek. kat situ semua sedara mara belah abah berkumpul..then terus ke Balakong, rumah mak long belah arwah ibu aku, then ke Bangi rumah pak uda. 3 buah rumah je pergi..tapi memang penat tahap melampau! panas gak arr..balik rumah terbongkang masing2. Malam lepas maghrib adik beradik belah abah dengan sedara mara bertandang kat umah abah aku lak.. adala dalam 16 bijik keta..full house!! nih semua acara tradisi setiap tahun. Abah aku kira abang yang tua..dengan 11 adik beradik..super ramai! time nih ajela dapat jumpa sedara mara even boleh dikatakan majoriti duduk kat KL..kekeke, tapi agak susah nak jumpa pada hari2 biasa.

Raya kedua pagi tengahari lepak rumah aje. Lepas asar baru pergi rumah kawan baik aku kat subang, then terus ke kampung lokman di Linggi, N9. Dua malam kat kg..tak pergi mana pun, dpt pergi rumah auntie dia kat Seremban then jalan2 kat Jusco Seremban.kekekek..

Semalam baru balik PJ. Then hari ni aku masuk opis. huhu..

Pagi tadi aku perasan telinga Hafiy ada nanah..huhu, kes dia selsema batuk yang teruk, mesti akan effect telinga dia. So aku masuk opis mintak GL. Mlm nanti aku nak bawak dia g KJMC. dah lama tak bawak dorang jumpa pakar. Aku pun tengah sakit telinga nih..berdenyut2 telinga belah kanan. sangat2 risau!! aku pun nak cari pakar teling (ENT)..huhu..harap2 tak serius. sekarang ada masalah pendengaran. tak berapa clear sgt apa orang cakap..huhuhu..

ok lagi beberapa minit nak balik.. nanti aku update lagi yek..bubyeee!!


ini kejadian pagi Raya, menyiapkan anak2..si kembar buat drama pagi..kekekeek
sebabkan takut kat abah nya, dorang redha aje la kena pakai jubah..haha

Gambar proper satu family takder..aku buat gini ajela..hahahah
naik keta abah aku aje sonang..

kat rumah Mak Long, Balakong
sebelah2 aku tuh kakak2 aku

ini malam raya pertama
si bapak melayan anak2..heheh..

si kembar aku bertemu dengan kembar bff ku
so cuteeee!
nanti kembar ni dah besar2 lagi syok tgk dorang berkawan sama2..
Raya kedua, singgah sebelum balik kampung Lokman

dah kat kampung!!
memalam bebudak main bunga api..terkejut aku si kembar tak takut langsung
dengan bunga api..tak sesabar lak tuh abah nya nak bakar
bapaknya yang seriau!
Tia amik masa gak nak main..kena aku teman pegang baru dia confident..
alahaiii anak dara sungguh!

dah penat main bunga api, bantai pulak makan durian..
suka betul budak2 nih dgn durian..
sugar rush lepas tuh, sampai takmau tido..huhuhu

kira duit rayaaaaa..
tahun nih banyak gak budak2 dapat duit Raya. Alhamdulillah..
rezeki murah sungguh dorang ;)
maknya la jadi banker..
agak2 dah sesak nih Ummi pinjam nyerrrr..kekeke..

dekat Jusco Seremban.
Bosan2 takder kemana, kiteorang turun arr Seremban
cuci2 mata..

Thursday, August 15, 2013


Monday, August 5, 2013

Cerita Iftar tak sempat update, Raya nak dekat dahhh!!

Ada 2-3 cerita iftar diluar aku tak sempat nak update, tup tap dah nak masuk Syawal eh...haiyooo..preparation Raya almost done..mostly persiapan anak2 aje la..untuk maknya pun ado gak..kekeke..tahun nih aku kelihatan beria la jugak dari segi persiapan diri sendiri. Lengkap baju dress/abaya untuk raya pertama & kedua, baju casual 2 pasang, kasut 2 pasang, tudung 4 helai..wahhhh, kelasssss!! setelah 3 tahun bergelar Ummi, aku rasa tahun ni la aku beria skit, tak padan dgn mak yong! hehe..iyerla, tetiap tahun asyik lebihkan anak2 aje..tahun ini nak jugak la bergaya sakan walaupun membuyung.. *buang tebiat sekali sekala, kekeke*

persiapan untuk anak2 kira settle la sabtu lepas. Kiteorang pergi Jusco OU settlekan mana yang kurang. Alhamdulillah, settle. Agak terkejar2 jugakla haritu, dengan anak2 aku buat perangai, si kembar xmo duduk dalam stroller,dorang main kejar2 masa aku tengah nak pilih2 baju aku..separuh floor tu kot dengar suara aku jerit2 panggil dorang..haha, pedulikkkk, janji anak2 aku tak hilang. Main lari2 pastu masuk dalam celah2 ampai kain2 tuh..huhuhu..agak stress gak aku!Orang2 lain tengok pun pening kot, ada yang sengih2 tengok perangai dorang...dahla ramai giler orang kat Jusco tuh..malu tu toksah citer laaa,  buat hati kering aje la nokk..dah biasa dah dgn perangai dorang nih..aku tensen bila aku ikat dorang kat stroller, pastu dorang bantai melalak2..ada salesgirl2 yang tengok kata kesian laaa (mcm aku sengaja seksa anak2 aku eh), pastu ada pulak dok konon nak beramah mesra la.si kembar tengah buat perangai ko tak payahla nak sibuk buat tanyer2 budak2 tu, dorang xsuka ada strangers menegur dorang..lagi buat huru hara..serabut aku! memang la kesian, ko ingat aku tak kesian tengok dorang melalak camtu mintak lepas?tapi kang bila aku lepaskan dorang, haaa, aku gak yang kena kawal dorang..korang dok tengok aje..bukan nak tolong pun..sorry la yekkk, aku memang agak tak suka orang yang manis dimulut tapi tangan berat nak tolong..tak kuasa nak layan!

Dalam masa 2 jam lebih aje kat situ. Kiteorang rushing sebab kena pergi rumah adik lelaki aku kat Alam Impian, Shah Alam. Iftar pot luck dengan adik beradik aku..dah tak sempat nak singgah bazaar, kiteorang beli jer sushi kat jusco bawah..haha, berbuka dengan sushi..tak habis dengan kempunan aku dengan sushi. rupanya si Tia pun suka sushi..berebut dengan aku yang ada salmon tuh...aduhaiii..

Aku tak sempat nak ambil gambar..tak sempat pegang hp pun gara2 mengawal anak2...huhu..hari ahad duduk rumah aje, aku dengan lokman bersihkan rumah..sarung sofa pun sempat gak basuh..cari mood nak beraya dah nih....tapi hari ini kena masuk keje..huhu..aku tengah selsema tahap teruk gak sampai semalam takleh tido lena..hidung tersumbat! rasa nak mc aje, tapi mc aku dah banyakkkk..huhuhuhu..
Apapun ada lg 2 hari lagi utk g opis. Rabu aku dah start cuti sampai Ahad. Hoyeyyyy!!


ohhh, ni pic kat Uptown Damansara, harui jumaat malam aku & Lokman dating berdua.
anak2 dah tidur, MIL & BIL tolong jaga..hehehe..
dapat la sweater untuk si kembar & bapaknya beli cover tabnya..
aku tak sempat usha tudung/baju sebab orang punyer la ramai..sangat2 meriah kat sana
tak payah nak ke jln TAR, pergi uptown nih pun dah ok..semua benda ada..

angpow kedua untuk anak2 aku.
first angpaw dari company aku masa iftar dgn anak2 yatim haritu
ini dari bos aku..Alhamdulillah..rezeki murah anak2 aku..

haaa, ini pic sabtu kat ou.
dah penat main kejar2 baru dorang tido. selamattttt!!
tapi tido time dah nak balik dah pun..hukhuk..

si kakak nya gigih tahan mata. takmo tido kasik main tab

Thursday, August 1, 2013

Iftar cum Birthday Dinner Si Kembar

Entry trivia si kembar tergantung sampai hari Rabu je eh? hehe..aku tak sempat nak update kes busy melayan kerenah anak-anak. Khamis lepas aku cuti then Jumaat pulak cuti Nuzul Quran untuk Selangor. Orang keje kat KL kena bekerja, so Lokman keje la..aku sesorang jaga anak2.

Nuzul Quran lepas genaplah si kembar berusia 2 tahun. Alhamdulillah..cepat masa berlalu. Korang tau kenapa Kalendar Islam lagi cepat dari Kalendar Worldwide tuh? aku pun baru tahu, sebab tanya abahku..kekek..sebab pengiraan bagi kalendar islam ada selama 29 hari shj, dan kite ikut pusing bulan..manakala kalendar biasa tuh kiraan 30/31 hari dan mengikut pusing Matahari. Orang putih kan biasala nak kontra aje dengan orang Islam nih..opppsss, bukan racist..cuma fakta. kekeke..itu pasal kalendar islam akan cepat sebulan (lebih kurang) dari kalendar biasa nih..gitu la sebabnya...

Abah aku cakap ikut la umur kembar bila jatuhnya Nuzul Quran..hehe, sonang jugak aku nak ingat tetiap tahun..maklumla aku bukan rajin tengok kalendar islam pun..birthday aku dalam kalendar islam pun aku tak ingat..kekeke..lepasnih aku cari & hafal birthday aku, Lokman & Tia gak ikut kalendar islam..hihi, then letak post kat blog nih, senang nak monitor tetiap tahun..InsyaAllah..bila aku senang yek ;p

Berbalik tajuk entry, Lokman balik kerja awal skit hari tuh, terus ajak berbuka kat Paradigm. Memula ajak makan pizza hut, pastu tukar pulak..terus siap2kan budak2 pergi Paradigm, before that Lokman call Italiannies Restaurant untuk buat reservation. Nasib baik ada tempat kosong lagi. So dah booked tuh takder la terkejar2 nak ke sana. Pukul 6.45ptg baru keluar rumah. Pukul 7 baru sampai sana & order foods.

Budak2 excited dapat belon free. Sementara tunggu makanan sampai dorang dok main la belon..Order 2 main course untuk aku & Lokman, dan percuma 2 makanan for kids. Tu yang best makan kat situ, sebab kids free. Portion untuk kids pun banyak..sampai aku pun tumpang sekaki makan makanan dorang..order spagetti & fried chicken with mashed potato. Anak2 aku bukan makan banyak pun...sudahnya aku kenyang, bila sampai aje grilled chicken aku dah tak larat nak makan. huhu..tapau aje la separuh bawak balik. Tak lepak lama, sebab lokman nak g solat terawih. Lepas makan terus balik. Hadiah birthday kembar ditangguhkan..kekeke..kira shopping baju bajan dorang tuh kira hadiah birthday la eh...haha, adil tak? nanti la aku fikirkan nak belikan dorang apa...kesian pulak dorang takder toys sendiri, asyik kena share dengan Tia aje..

To my dear boys,
Happy 2nd birthday to both of u...semoga membesar menjadi anak2 yang soleh & imam muda pada kami semua..Ummi sentiasa bangga dengan korang & Ummi harap dapat mendidik korang menjadi anak yang terbaik di dunia & akhirat..aminnn...nanti dah dapat adik jangan cenggeng2 lagi eh, jadilah abang yang baik pada adik kamu nanti..heheh..

muka budak umur 2 tahun ;D

sampai2 aje takmo duduk langsung, nak main belon aje

dok main pukul2 each other dengan belon..aduhaiii

pembuka selera..
kurma free untuk berbuka, roti cecah olive oil. Si Tia pun sibuk nak cecah..kekeke
makan la nakkk, elok olive oil tuh ko makan..kekeke

anak bapak muka potostet.. @Hafiy

My princess..senyum mengada..cover sikit gigi ko tuh Tiaaaaa...
hahahahahha ;p

nice one.
fried chicken with mashed potato & tomato puree.


first time try menu nih
grilled chicken & white sauce
seriyess sedappp..signature dish restoran nih, sgt rekomen la..

Pizza terbaik!
tapi dah kenyang sgt, tapau bawak balik aje la..


tersilap tulis, patut 16 & 17 Ramadhan 1434
huhuhu..tu la nampak sangat jarang tgk kalendar Islam
kekekeeke..
sayanggggggggg korang budak bulat!! ;p

Dugaan shopping dengan anak-anak kecil..

Last week marathon shopping baju bajan anak-anak. Dari baju casual dorang sampai la ke baju melayu, jubah & baju kurung Tia. Aku punyer awal2 aku dah tempah online..kekeke..dah takmau macam 2-3 tahun lepas, beli ready made aje..beli tangkap muat last minute..kesiyan aku..so tahun ini aku dah plan awal2, se-awal bulan 5 dah order..hehe..this year pregnant lagi so aku tempah abaya aje. Cuma tudung aje tak beli lagi sebab nak tunggu baju2 sampai next week..harap2 la sampai sebelum Raya..

Hari khamis lepas aku register nama kat PPUM, then bawak Tia skali nak g KL. Si Lokman bawak kiteorang ke Sogo (melepas hajat hati nak g HM Lot 10,hukhukhuk). Sampai Sogo aku jadi lost. sebab dah lama tak pergi sana..tak tau mana nak pilih, mana nak start, fesyen apa..melilau2 tapi baju tidur Hello Kitty & panties untuk Tia yang aku angkut masuk bakul. hahaha..pastu Lokman terus ajak pergi OU sebab aku dah merungut2 tak tau nak beli apa..haha.. *alasan sebenarnya nak blahh dari situ*..kekeke..letak je baju tido & panties tia tu balik then cabut! Tengok org ramai beratur kat kaunter punyerla panjang..cancel nk beli :p 
Sampai OU melilau gk kt floor outlet kanak2, keluar masuk satu2 tapi x berkenan gk..hrga tinggi gak even ada sales. Bukan nak beli utk sorang anak, tapi sekali 3! Wajibla bajet tu tinggi..so kena beli cara berhemah :D 
Last2 masuk Padini. Borong je la kat situ sorang dua pasang..aku pun tumpang kasut sekaki..hehr..bawak Tia ok lagi..dia penat Lokman la yang dukung. Si kembar aku pos kt umah kakak. Rushing balik sbb nak amik kembar..

Hari ahad balik dari umah abah aku terus singgah Shah Alam. Konon ingat pergi Sec 7 (area Jakel) tu dapat arr baju utk semua, tp dapat baju melayu kembar rm100 utk 2 helai. Ada kata murah ada kata mahal, sebab saiz dorang utk 2 tahun..xperla, dpt gk jumpa..bukan senang nk cari baju kembar..dgn dorang meragam nak berdukung aje..asal pergi tempat ramai org mulalah buat eagam. Stroller pulak kiteorg x bawak..memang padah arr..bergilir2 aku & lokman dukung dorang. Dari sec 7 ke Wisma PKNS & SACC mall. Lenguh satu badan dukung kembar..org punyerla ramai!! MasyaAllah!!ikutkan hati nk balik jer, tapi pikirkan dah alang2 sampai sana, kena cari gak sampai jumpa..huhu..sambil layan kerenah Tia semua benda dia nampak dia nak. Nampak booth toys, meragam nak toys, nampak indoor playground kt atas sacc tu nak main gk. Rm5 per entry..layan ka kejap dia & Aariz. Hafiy xmo, meragam nak aku dukung lak. Pastu nampak kereta bateri budak2 naik dia nak jugak naik..aduhhh, serius menguji kesabaran kiteorang! 

Nasib baik ada hasil. Lokman dpt jubah dia dgn kembar. Tia punyer aku dpt gak baju kurung cotton kaler semua sedondon..aku jer x sempat nak belek tudung..xperla lunch time leh cari kat area2 opis, xpayah angkut budak2 tu..sonang aku nk pilih2 nanti..x serabut kepala..kiteorg berbuka puasa pun dalam kereta..hehe..beli kat bazar luar pkns tu then otw balik time berbuka. Sampai rumah baru makan nasi ambeng..alhamdulillah settle dah barang kembar. Tia punyer aje x complete lagi..next time!! Dah semput aku!


Kat Section 7, Shah Alam..not bad gak tempatnya, tapi nak menapak dari satu kedai ke satu kedai memang tak rajin lerrr..
sudahnya masuk satu dua shoplot terus gerak ke PKNS.
Dapat la beli dress cotton utk Tia Rm35 aje

belum shopping dah terbongkang budak2 nih..tensennnnn!

budak cenggeng!
asal lokman & aku keluar kereta aje terus melalak nak ikut.
bila bagi ikut taknak pulak berjalan, sibuk nak berdukung..huhu

budak gedik tak habis2..
semua benda dia nampak semua dia nak..
aduhaiiiii princesss!

ini kat subang sport ada warehouse sales
si kembar sibuk nak main bola dalam tu..huhu

dah penat shopping, bantai tido balik...wuarrrrrrrggghhh!
kali ni Ummi korang lak menangis dalam hati T___T
 
Blog Template by Delicious Design Studio