Tuesday, February 14, 2012

Tia Zahraa 23 Months!

Lagi sebulan nak ke dua tahunnnn!!

My little princess dah besar lah! sangat tak percayaaaa..

Alhamdulillah..makin petah si anak dara tuh bercakap. ada je benda dia suka ajuk cakap orang..tapi still kepelatan tuh ada la. Ada masa aku paham, ada masa aku cakap je kat dia, "Ummi tak paham la Tia cakap apaaaa" ..hahaa
terus dia pun buat muka tak puas hati dia..finally main tunjuk2 aje la apa dia nak tu..hehe..baru aku layan.

Tia suka makan seafood. Terutama ikan (dia panggil fish), cakap ikan dia tak paham..haha. then Udang. Bila Lokman masak sweet sour, selera dia bukan main lagi. Semalam masak sekor aje ikan bawal..berebut2 dengan dia. Aku nih sampai beralah la tak makan ikan tuh, dok bagi kat dia aje..sudah nyer aku makan sup sayur aje la..anak punyer pasal kan. Layan kan aje..

Susu dah kurang skit, sebab aku dah selang2 kan dengan air manis. Terutama air sirap & ribena. Sehari sekali aku akan masukkan sesudu Scott Emusion dalam air sirap dia..hehe. Dah makan direct dia taknak, aku masukkan la dalam minuman dia. Since makan scott emusion tuh dah kurang la selsema dia.

Berat badan makin naik. Last timbang dah 9.7kg. Tapi bagi orang lain anak aku still slim. Takpela, janji dia nak makan.

Penah terserempak dengan sorang brother yang peramah kat Empire Subang. Dia suka tengok Tia berlari2 sini sana..pastu dia pun tegur. Dia tanyer la tarikh lahir Tia. Dia buat kira2 pastu dia cakap Tia nih kategori degil. hahaha, tergelak aku dengar. Tapi memang btul pun..hehe. Dia tambah, walaupun degil dia ada sifat penyayang. which is true also. Dia sayang adik2 dia. Bila aku suruh tengok2kan adik dia, dia g terus kat kembar..kasik puting ker, tepuk2 ker..tapi degil dia memang Ya, rabbi! takleh blah gak tu..naik angin aku melayan kerenah dia most of the time. haha..kena guna psikologi skit nak layan budak degil nih..cara keras2 dia tak layan, kena cakap lembut2..belai2..haaa, baru la dengar kata.

Hobi Tia suka menyanyi & tengok kartun. lagi2 kartun Hagemaru. haaaa, siap nga'nga tgk kartun tuh. Bila suruh nyanyi, terus bersuara..nyanyi version dia la..sepatah haram tak paham! haha..Feveret dia kat rumah pulak, naik kereta kecik dia tuh, pusing keliling satu rumah. Kemana aje dengan kereta dia tuh. Bila nampak bola, main bola pulak. Lokman arr suka layan dia main bola. lagi satu dia ni pantang orang keluar. cecepat nak ikut..kalau nampak lokman & aku siap2 terus dia cakap "nak ikut, ikut" ..bila suruh amik kasut, berdesup g pintu cari kasut. haha. Tak kira la aku ke lokman, orang lain keluar pun dia nak follow. Terbaru semalam, abah, ibu & adik laki aku nak kuar g tengok dewan (adik aku kan nak kawen bulan 6 nanti), singgah rumah kakak jap..tia tengok dorang nak kuar, terus nak follow. Tu first tu dia ikut Atuk & Nenek dia keluar without aku/lokman.

Masalah Tia hanya 1, dia still tak mau dengan orang. Susah sgt dia nak bermesra dengan orang. If dengan family aku pulak, tengok mood dia. If mood baik dia nak la dgn adik beradik aku & lokman. Yang dia jarang2 nampak muka dia memang sah takmo layan. If ada mood aje..So bila aku attend majlis family & sedara mara..agak leceh arr, sebab makcik kecik nih jenis nak melekat aje..tak dpt nak gossip lama2..huhu. Kes kat atas tuh kira mood tengah baik la tuh nak g jejalan dengan parents & adik aku. Kira ada la progress skit nak bersosial dak? hehe.

Harap2 nanti, bila adik2 dia dah besar..dia leh main2 dgn dorang tanpa berkepit2 dengan aku dah..dan pandai bersosial dgn orang lain..


acara meeting adik beradik..haha
mood sgt baik. bangun pagi2 terus menyanyi2 dengan adik2 dia..

Rezeki anak-anak : Menang Giveaway Fisher Price!!

satu hari yang free, aku pun blogwalking la mommies bloggers...singgah dekat blog DiyanaAzman. Tengok2 dia tengah buat giveaway sponsored by Fisher Price. Terdetik untuk join for suka2. If menang aku kata kat hati kira rezeki anak2 la. Very simple and easy contest. Just give the answer directly kat ruang comment GA dia. Taknyah nak link2 ke apa, copy paste apa2 ker..

Dah sebulan lebih aku pun lupa la pasal GA ni. Then last week aku received FB message from Diyana Yang. She tolg me that I am the 2nd winner for her GA.

aku terus...YEAYYYY!!!! alhamdulillah..

hadiah yang anak2 aku akan dapat adalah ini:

SECOND PRIZE – Fisher Price Rumble & Learn Driver – Worth RM169.90 is bagged by firahamzah! Congratulations!

Aku dah bagi Diyana details semua. Sekarang menungga hadiah sampai ke tangan.

Thanks Diyana and thanks to Fisher Price group/judges.

nota kaki: kali kedua menang GA. First dulu menang card wallet dari Toteboutique. Seronok rasa dapat hadiah dari orang kan. :D


Friday, February 10, 2012

Husband's Birthday

Tahun nih Lokman masuk 31 tahun. Umur dah injak 30 an, anak pun dah 3. Sesuai la tu..jgn perasan muda lagi yer cik abang!

4 Feb 2012 (Sabtu)
Cousin aku buat Majlis Aqiqah anak sulung dia kat Kepong. Aku sampai time org dah makan aje..hehe, harus la terus g makan. Tak dapat tgk org marhaban. Lepak sana sejam dua, then terus g ke Seri Kembangan, umah adik ipar. Malam tuh ada acara bbq pulak. Adik ipar aku nak belanja hasil dari duit gaji last dia keje part time, lepas ni dia berjaya sambung Ijazah kat Uitm. Plus celebrate sekali advance birthday Lokman & adik dia. Tarikh lahir dorang dekat2 aje. Hari yang sama aku diserang demam. Setelah setahun lebih tak demam, akhir aku dapat demam sekali dengan selsema yang teruk. memanjang asyik bersin. Memang tak larat. tekak pun perit. So sgt la rugi sebab aku tak dpt nak enjoy food hari tuh. huhuhu..Makan pun tak rasa sgt. Nasib baik la budak2 tak meragam, and ada org leh tlg jaga kejap2..

5 Feb 2012 (Ahad)
Melepak di rumah aje. Mood kemalasan. Ada lagi saki baki demam. but selsema still teruk.
6 Feb 2012 (Isnin)
Masuk petang skit, pegi rumah kakak ipar kat Kota Damansara. Lunch kat sana. Then terus ke OU. Jejalan cari pasal. takde hala tujuan. just buang masa, melayan kerenah Tia aje la. Si kembar pun kekdg tuh merengek2 gak, rimas kot dok berikat dalam stroller.
Cuma singgah ToyrUs belikan kembar toy. Si kakak tak tau nak belikan apa..nasib baik tak meraung2 nak toys mahal2. Dia just nk belon & biskut aje. Tapi aku takbelikan belon, belikan kipas warna warni tuh. Tia tu dah pandai mintak2 dah..kalau tak layan mau dia jerit2 kat situ gak. adehhhh..
7 Feb 2012 (Selasa)
Birthday Lokman!!
Tengahari tu terus pegi Empire Subang. Aku deman nak g Pavilion..tapi dah birthday boy malas nak drive ke KL so g ajela Empire tuh. Mamat tu teringin makan pizza Itallianese. Sebabkan birthday dia, aku la kena blanje semua benda dia nak makan minum. Adehhh, bengkok macam nih!
Nasib baik birthday setahun sekali aje kan...
Tak buat ape pun kat sana, balik2 makan tengahari , then pusing2 Empire tuh berkali2, turun naik turun naik..sampai naik hafal aku outlet2 kat situ..then dah penat, lepak minum lagi. hahaha..
si Aariz & Tia sempat buang air besar la. Naisb baik kat sana ada gak baby room. Selesa la nak tukarkan diapers dorang tuh.
Dah lewat petang baru balik rumah. esoknyer kena keje dah...huhu
hehe, hadiah besday boy?
tiadooooo..hhahaha..aku mintak postpone sampai bonus keluar. Orangnyer tuh mintak PS3..haaaaa, memang takla aku nak kasik skrg. aku cakap delay sampai bonus yekkk! setakat blanje makan aku leh lagi. ehehe, maklumla anak kecik berderet2, tambah anak tekak aku lagi..memang tak cukup wang ringgit. hikhikhik..
InsyaAllah..ada rezeki lebih..tercapai la hajat u yerrr yang :D
Happy Birthday to u...semoga dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik oleh Allah swt. aminnn...
We love u Abah!!!


gambar di bawah dah kacau bilau..sorryyy guyss
acara tiup lilin adik beradik
ptg sebelum bbq, singgah jusco. tia cuak main benda alah nih
try makan risotto chicken. terpengaruh dgn cite Hell Kitchen. Sedap gak ek!

Lokman berangan nak belikan kembar topi..try topi kat Pumpkin Patch..
selai topi harga RM56. Kalau beli 2? haaaa, terbunuh tak beli topi kecik nih sampai RM100++
ohhh tidakkk!
special kek for Mr Lokman
Hazelnut Choc
kt OU
we luv u abah!! :D
Abah & Kembar with their Chelsea shirts. Parahhh!
ni masa kat umah cousin aku tuh
babies 2011 in our family...sorang lagi takder. semua lahir selang 2-4 bulan aje dgn kembar.
Comel kan dorang nih??
BBQ

Thursday, February 9, 2012

No time!

Lately nih aku busy..keje kat opis makin banyak sampai tak tau nak buat yang mana satu dah. Dengan kena buat Minutes meeting setiap 2 minggu, pastu kena arrange program talk setiap bulan dengan pelbagai kempen2, pastu bulan nih aku kena siapkan 4 departmental manuals..kepala serabut bila kat opis!

balik rumah aku aku dah penat.

serabut lagi dengan keje2 rumah. kain baju 2 bakul berlonggok2..ntah biler aku nak settlekan pun aku tak tau.
masuk aje dapur nampak botol2 susu budak2 nih berlonggok2 tunggu nak basuh. plus segala pinggan mangkuk 3-4 ketul dalam sink.
masuk hall, tengok pulak toys tia bersepah2..dgn bakul2 baju menunggu utk di punggah oleh Tia. keje mengutip aje la aku & Lokman.

mak aihhhh..

biler la aku nak update blog nih??

minggu lepas pulak aku di serang demam selesema. orang bercuti pergi jalan2, aku pulak melayan sakit. tapi ada jugak kuar..hehe..kesian kat anak2 terperap kat rumah aje. Selsema masih lagi ada sampai sekarang. Rasa tak selesa btul bila duduk dalam air con kat opis nih.

Malam nih tak tau Lokman nak masak apa..hahaah, lokman ek masak? patut soklan tuh ditukar kepada, malam nih tak tau AKU nak masak apa..hihihi
Seriyess, aku masih tak terlalu rajin untuk masak. Aku cuma sediakan bahan2, potong bawang, potong kentang, dll..tukang masak UTAMA adalah lokman. cuma aku masak sayur atau goreng telur aje. Kekdg aku buang tebiat aku masak la jugak. macam bihun singapore, sambal telur ker, sup ayam ker..yang senang2 tuh aku masakla..hehe..tapi masterchef tetap lokman. Aku siap tanyer dia, "yang, peria nih potong macam ni ker'? "yang, camne nak masak sambal nih?" ...hahahahaha..

parah kan?

takper, tak tau, sila bertanyer..kalau tak tanyer, mau hangit makanan aku buat. lagi membazir! kan kan??

heheh..

ok, lagi 3 minit nak balik. esok kalau aku ada masa aku update blog aku. nak cite pasal kiteorang celebrate besday lokman minggu lepas :D

bubye semua.

nota kaki: kepada semua follower aku, terima kasih yek membaca blog aku. Makin hari makin bertambah follower aku..seronok btul!! nanti i blogwalking blog korang yekk..akan ku curik2 masa yang ada..take care semua...c ya!

Wednesday, February 8, 2012

Sahabat Halal Jakim

Beberapa bulan lepas kecoh pasal isu halal haram yg tepung gandum cap sauh, minyak masak seri murni & roti brand Massimo tu.
Aku ada sekali beli roti Massimo, pastu mak mertua ada keraguan pasal status kehalalan roti ni, kes rumors tersebar kt internet la ni. Terus aku pun was-was walaupun aku nampak ada logo halal kt plastik roti tu. Akibatnyer sebungkus roti tu selamat di campak ke tong sampah..ish ish!lgpun dah expired sebab peram terlalu lama, kes takut nak mkn..
Lepas pada tu aku perasan ada SHJ kat fb. Terus aku add & tanye dorang mengenai status roti ni. Hari yang sama jugak dah ada reply, sah la roti tu HALAL. Aiseyyyy, sayang rasanya bila terkenang roti yg aku beli tu kena buang camtu aje.
Kebetulan masa aku tanye mengenai status roti tu ada jugak makhluk Allah ni bg komen. Dia seolah2 menyindir aku, dia kata aku racist.
Memula aku heran gak, kenapa dia ckp mcmtu..ada kena mengena ker soal halal haram dgn racist ni? Aiseyyy.. Melayu2.. Mudah sgt melatah sampai xdpt nk bezakan soal hukum agama dgn perbezaan bangsa. Dia ckp mcmtu sebab pemilik kilang roti tersebut berbangsa cina. Barula aku paham kenapa dia cakap aku ni racist. Sebab dia rasa bila aku tanye soklan kt SHJ ,tu sebab bila owner kilang tu cina, automatik roti tu haram sebab cina punyer.
So kira aku racist ke dia yg racist? Haha..
Bila aku tanye kat dia soal hukum halal haram apa kaitan dgn racist ni tak pulak ko berani nak balaskan? Kesian btul. Nak malukan aku depan org (which is dia slumber tulis kat bawah soalan aku tu yg semuaorg leh baca), tapi sendiri yg memalukan diri sendiri balik. Pity him. Aku jahil, dia lg jahil.
Pengajaran bagi aku, kalau x pasti pd sesuatu benda/perkara, bertanya la pada yg arif, jgn pandai2 bt spekulasi sendiri dan percaya pd rumors semata2.
Oh berbalik pada SHJ, korang leh add dorang kt fb. Segala permasalahan halal haram boleh direct dgn SHJ. InsyaAllah..
Hasil daripada pertanyaan jujur aku tu, tersebarla kat fb org copy paste & share. Kwn aku siap tagged aku lg, nk inform dia bangga sebab soalan aku tu telah membantu umat Islam yg lain terlepas dari keraguan mengenai status halal makanan2 tersebut.
Alhamdulillah :)

 
Blog Template by Delicious Design Studio