Tahun nih Lokman masuk 31 tahun. Umur dah injak 30 an, anak pun dah 3. Sesuai la tu..jgn perasan muda lagi yer cik abang!
4 Feb 2012 (Sabtu)
Cousin aku buat Majlis Aqiqah anak sulung dia kat Kepong. Aku sampai time org dah makan aje..hehe, harus la terus g makan. Tak dapat tgk org marhaban. Lepak sana sejam dua, then terus g ke Seri Kembangan, umah adik ipar. Malam tuh ada acara bbq pulak. Adik ipar aku nak belanja hasil dari duit gaji last dia keje part time, lepas ni dia berjaya sambung Ijazah kat Uitm. Plus celebrate sekali advance birthday Lokman & adik dia. Tarikh lahir dorang dekat2 aje. Hari yang sama aku diserang demam. Setelah setahun lebih tak demam, akhir aku dapat demam sekali dengan selsema yang teruk. memanjang asyik bersin. Memang tak larat. tekak pun perit. So sgt la rugi sebab aku tak dpt nak enjoy food hari tuh. huhuhu..Makan pun tak rasa sgt. Nasib baik la budak2 tak meragam, and ada org leh tlg jaga kejap2..
5 Feb 2012 (Ahad)
Melepak di rumah aje. Mood kemalasan. Ada lagi saki baki demam. but selsema still teruk.
6 Feb 2012 (Isnin)
Masuk petang skit, pegi rumah kakak ipar kat Kota Damansara. Lunch kat sana. Then terus ke OU. Jejalan cari pasal. takde hala tujuan. just buang masa, melayan kerenah Tia aje la. Si kembar pun kekdg tuh merengek2 gak, rimas kot dok berikat dalam stroller.
Cuma singgah ToyrUs belikan kembar toy. Si kakak tak tau nak belikan apa..nasib baik tak meraung2 nak toys mahal2. Dia just nk belon & biskut aje. Tapi aku takbelikan belon, belikan kipas warna warni tuh. Tia tu dah pandai mintak2 dah..kalau tak layan mau dia jerit2 kat situ gak. adehhhh..
7 Feb 2012 (Selasa)
Birthday Lokman!!
Tengahari tu terus pegi Empire Subang. Aku deman nak g Pavilion..tapi dah birthday boy malas nak drive ke KL so g ajela Empire tuh. Mamat tu teringin makan pizza Itallianese. Sebabkan birthday dia, aku la kena blanje semua benda dia nak makan minum. Adehhh, bengkok macam nih!
Nasib baik birthday setahun sekali aje kan...
Tak buat ape pun kat sana, balik2 makan tengahari , then pusing2 Empire tuh berkali2, turun naik turun naik..sampai naik hafal aku outlet2 kat situ..then dah penat, lepak minum lagi. hahaha..
si Aariz & Tia sempat buang air besar la. Naisb baik kat sana ada gak baby room. Selesa la nak tukarkan diapers dorang tuh.
Dah lewat petang baru balik rumah. esoknyer kena keje dah...huhu
hehe, hadiah besday boy?
tiadooooo..hhahaha..aku mintak postpone sampai bonus keluar. Orangnyer tuh mintak PS3..haaaaa, memang takla aku nak kasik skrg. aku cakap delay sampai bonus yekkk! setakat blanje makan aku leh lagi. ehehe, maklumla anak kecik berderet2, tambah anak tekak aku lagi..memang tak cukup wang ringgit. hikhikhik..
InsyaAllah..ada rezeki lebih..tercapai la hajat u yerrr yang :D
Happy Birthday to u...semoga dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik oleh Allah swt. aminnn...
We love u Abah!!!
gambar di bawah dah kacau bilau..sorryyy guyss
acara tiup lilin adik beradik
ptg sebelum bbq, singgah jusco. tia cuak main benda alah nih
try makan risotto chicken. terpengaruh dgn cite Hell Kitchen. Sedap gak ek!
Lokman berangan nak belikan kembar topi..try topi kat Pumpkin Patch..
selai topi harga RM56. Kalau beli 2? haaaa, terbunuh tak beli topi kecik nih sampai RM100++
ohhh tidakkk!
special kek for Mr Lokman
Hazelnut Choc
kt OU
we luv u abah!! :D
Abah & Kembar with their Chelsea shirts. Parahhh!
ni masa kat umah cousin aku tuh
babies 2011 in our family...sorang lagi takder. semua lahir selang 2-4 bulan aje dgn kembar.
Comel kan dorang nih??
BBQ
0 idea?!:
Post a Comment