Tuesday, February 14, 2012

Tia Zahraa 23 Months!

Lagi sebulan nak ke dua tahunnnn!!

My little princess dah besar lah! sangat tak percayaaaa..

Alhamdulillah..makin petah si anak dara tuh bercakap. ada je benda dia suka ajuk cakap orang..tapi still kepelatan tuh ada la. Ada masa aku paham, ada masa aku cakap je kat dia, "Ummi tak paham la Tia cakap apaaaa" ..hahaa
terus dia pun buat muka tak puas hati dia..finally main tunjuk2 aje la apa dia nak tu..hehe..baru aku layan.

Tia suka makan seafood. Terutama ikan (dia panggil fish), cakap ikan dia tak paham..haha. then Udang. Bila Lokman masak sweet sour, selera dia bukan main lagi. Semalam masak sekor aje ikan bawal..berebut2 dengan dia. Aku nih sampai beralah la tak makan ikan tuh, dok bagi kat dia aje..sudah nyer aku makan sup sayur aje la..anak punyer pasal kan. Layan kan aje..

Susu dah kurang skit, sebab aku dah selang2 kan dengan air manis. Terutama air sirap & ribena. Sehari sekali aku akan masukkan sesudu Scott Emusion dalam air sirap dia..hehe. Dah makan direct dia taknak, aku masukkan la dalam minuman dia. Since makan scott emusion tuh dah kurang la selsema dia.

Berat badan makin naik. Last timbang dah 9.7kg. Tapi bagi orang lain anak aku still slim. Takpela, janji dia nak makan.

Penah terserempak dengan sorang brother yang peramah kat Empire Subang. Dia suka tengok Tia berlari2 sini sana..pastu dia pun tegur. Dia tanyer la tarikh lahir Tia. Dia buat kira2 pastu dia cakap Tia nih kategori degil. hahaha, tergelak aku dengar. Tapi memang btul pun..hehe. Dia tambah, walaupun degil dia ada sifat penyayang. which is true also. Dia sayang adik2 dia. Bila aku suruh tengok2kan adik dia, dia g terus kat kembar..kasik puting ker, tepuk2 ker..tapi degil dia memang Ya, rabbi! takleh blah gak tu..naik angin aku melayan kerenah dia most of the time. haha..kena guna psikologi skit nak layan budak degil nih..cara keras2 dia tak layan, kena cakap lembut2..belai2..haaa, baru la dengar kata.

Hobi Tia suka menyanyi & tengok kartun. lagi2 kartun Hagemaru. haaaa, siap nga'nga tgk kartun tuh. Bila suruh nyanyi, terus bersuara..nyanyi version dia la..sepatah haram tak paham! haha..Feveret dia kat rumah pulak, naik kereta kecik dia tuh, pusing keliling satu rumah. Kemana aje dengan kereta dia tuh. Bila nampak bola, main bola pulak. Lokman arr suka layan dia main bola. lagi satu dia ni pantang orang keluar. cecepat nak ikut..kalau nampak lokman & aku siap2 terus dia cakap "nak ikut, ikut" ..bila suruh amik kasut, berdesup g pintu cari kasut. haha. Tak kira la aku ke lokman, orang lain keluar pun dia nak follow. Terbaru semalam, abah, ibu & adik laki aku nak kuar g tengok dewan (adik aku kan nak kawen bulan 6 nanti), singgah rumah kakak jap..tia tengok dorang nak kuar, terus nak follow. Tu first tu dia ikut Atuk & Nenek dia keluar without aku/lokman.

Masalah Tia hanya 1, dia still tak mau dengan orang. Susah sgt dia nak bermesra dengan orang. If dengan family aku pulak, tengok mood dia. If mood baik dia nak la dgn adik beradik aku & lokman. Yang dia jarang2 nampak muka dia memang sah takmo layan. If ada mood aje..So bila aku attend majlis family & sedara mara..agak leceh arr, sebab makcik kecik nih jenis nak melekat aje..tak dpt nak gossip lama2..huhu. Kes kat atas tuh kira mood tengah baik la tuh nak g jejalan dengan parents & adik aku. Kira ada la progress skit nak bersosial dak? hehe.

Harap2 nanti, bila adik2 dia dah besar..dia leh main2 dgn dorang tanpa berkepit2 dengan aku dah..dan pandai bersosial dgn orang lain..


acara meeting adik beradik..haha
mood sgt baik. bangun pagi2 terus menyanyi2 dengan adik2 dia..

3 idea?!:

Wawa said...

alahai comeynye die...rase nk cubit2 pipi die...

Bonda Adam said...

hehehe tia suka hagemaru rupanya..aunty pun suka..

FiraHamzah said...

wawa: thankiew dear..kalau tgk perangai mengada dia, lagi rasa nak cubit2..stress satu kepala..haha!

sarah: haha, aku tak suka hagemaru tuh, budak nakal la..jgn Tia ikut perangai nakal hagemaru tuh sudah laaa..lagi stress aku nanti. haha

 
Blog Template by Delicious Design Studio