Tapi memanjang dia panggil budak berdua ni "ayishhhhh"..lagi senang sebut ayish dari apiyy ko..ataupun dia pun confuse nak bezakan kembar macam aku & lokman..hihihi. Anak beranak sama aje laaa..
Hari ini genap si kembar 6 bulan. Walaupun Hafiy keluar pada 17hb, tapi aku tetap nak genapkan usia dorang pada setiap 16hb. hehe..harap Hafiy tak kisah yerrr, Umi nak senangkan keje, kira senang nak update pasal korang berdua serentak. kan?
ok, pada usia 6 bulan nih..dorang berdua dah boleh meniarap. cuma si Aariz aje dah boleh bergerak2 secara kebelakang dan dah boleh nak grab benda. Hafiy masih lagi statik tak gerak2..oh and Aariz dah mula angkat bontot dia kadang2, tangan pun leh angkat2..aku bajet lagi sebulan dua leh dah merangkak. Harap2 la kan..
Dorang dua dah banyak ragam. Dah taknak baring lama2, if dah bosan meniarap/baring sure dorang akan bising2 suruh angkat. Nak duduk atas riba kite. Dorang still takleh duduk sendiri la..so mengharapkan orang untuk angkat dorang. bila dah duduk baru senyap. Pastu dah takleh tinggalkan sendiri. Nak ada orang teman sentiasa. Pantang aku bangun gi dapur ke, cepat aje berbunyik2..adehhh..letih gak laaa.
Masa kiteorang jalan2 shopping mall, setakat nih dah jumpa dalam 7-9 orang yang ada anak kembar. Orang yang ada anak kembar nih memang ramah kot. Sanggup datang kat kiteorang semata2 nak tengok kembar dan ajak borak2. Diaorg bangga bila introducekan anak2 kembar dorang jugak. kebanyakkan anak2 kembar dorang dah besar..ada yang 3 tahun, 6 tahun sampai la 15 tahun. Semua cakap by age 6 mths to 3 years memang double penat nak jaga..sebab dorang makin buas..lagi2 dah pandai merangkak & memanjat nanti. So aku & lokman kena mentally prepare saat tu nanti. haha..harap2 jiwa kiteorang kental la melayan kerenah budak2 nih nanti. InsyaAllah..
6 bulan dah boleh makan kan? hehe, aku belum ada kerajinan laa nak siapkan bubur dorang nih. Aku try start weekend nanti. Pegawai perubatan Klinik Kesihatan cakap buat permulaan nih bagi dalam 2 sudu sorang pun dah cukup baik. Jangan bantai semangkuk pulakk, terkejut perut dorang tuh nanti..haha. So setakat 2 sudu sorang, idak la susah kan nak siapkan..cuma tuh la, masa tuh takder lagi. *alasan aje* ..ok ok, InsyaAllah, weekend nih aku start kasik dorang makan pati nasi ek..nanti aku buat entry khas ek..
Si kembar dah pandai respon biler di agah2. Suka tengok dorang senyum & ketawa terkekek2. Tapi si Aariz nih susah skit nak ketawa & borak2. Lebih kepada senyum aje dan tidur. Hafiy still dengan manja2 dia. Akan lena btul kalau tidur sebelah Lokman. Aariz aje kena tidur dalam baby cot. Tia & Hafiy atas katil. Aku la yang sakit2 badan tidur berhimpit2 dengan budak2 nih. adehhh, nak cepat2 cari katil nih. Tak sanggup dah aku kalau tidur melengkuk aje ari2..
Dorang still maintain minum susu 4 oz. Baju2 yang aku beli besar2 dulu dah boleh pakai. saiz M or 3-6 bulan. So dah leh stop beli baju dorang buat sebulan dua nih (heh, yolah tuh)..kang kuar gaji berdesup g kedai budak2..huhu. kena control dah tabiat aku nih. Next month aku aim nak beli kasut, so budak2 tak dapat barang dah..hehe..( ye ker??..huhu)
Dorang dah bebas dari sakit2. Cuma still aku kena tengok2 telinga dorang nih. Setakat pagi nih aku tengok bersih, takder dah nanah2. Harap2 la takder dah sakit telinga ker, selsema ke, demam ker. Cuma eczema Aariz tetap ada. Hari2 memang tenyeh krim aje la kat kulit dia tuh. Nasib la tak meragam. Good boy la dorang nih!
Ok itu aje..nanti2 aku update lagi pasal perkembangan dorang nih. :D
Layan gambar aje la...
2 idea?!:
comay nye~!!kasi cium cket..muax~!!
kan? kan? kalau jumpa mak kemabr lain, mesti akan bertegur sapa kan? hehehe aku dari saat keluar spital lepaas beranakkan kembar sampailah skrg mesti ada orang akan tegur kembar.. especially masa dioarg baby..ramai betul suka tegur..skrg ni kurang sket sbb dha besar..dah tak comel cam masa baby..hehehe
Post a Comment