Hari ini penuh kat wall fb orang wish Selamat Hari Guru pada cikgu2 seluruh Malaysia. Aku pun ada gak kawan-kawan & cousin yang jadi cikgu. Semoga mereka terus berbakti pada anak bangsa kite...seronok kan jadi cikgu, ada hari khas selain celebrate Harijadi masing-masing. Setahun dorang akan terima hadiah 2 kali tu..Untung2. Dulu cita2 aku nak gak jadi cikgu, tapi ntah camne tersasar jauh lakk..tak jumpa arah menjadi pendidik..kekekek..setakat nih berjaya jadi cikgu kepada puteri & putera-putera aku kat rumah aje. Tadi kat fb aku wish Teacher's Day untuk diri sendiri jugak..hahaha, cikgu syok sendiri katanyaaa...yer la, bagi aku mak-mak pun dalam kategori cikgu gak. Siang malam mendidik anak2. Cuma beza nya, mak-mak macam aku nih tak dapat gaji bulanan dari Kerajaan..kekeke. "cikgu" free untuk anak-anak kite. Plus kite pun ibarat mentor bagi anak2 kan? orang tua-tua cakap, ibu bapa ibarat cermin bagi anak-anak. ye ker? ntahla nyerr..tapi bagi aku ada betul la jugak. Macam aku dibesarkan oleh Abah aku. Ibu kandung meninggal masa umur 10 tahun. Tak sempat nak menuntut ilmu dengan arwah ibu, so idola aku kebanyakkannya datang dari abah. Sebab tu sekarang aku ada karakter yang tegas dengan anak-anak. Bapak aku seorang yang tegas, dia tak garang, pukul anak2 memang takder, cuba sekali aje aku penah tengok live abah aku tibai adik yang bongsu masa umur dia 9 tahun sebab ponteng mengaji..kekeke..memang seriau, tapi memang buat pengajaran kat kiteorang semua. Garang dia bertempat. sekali dia pandang ko, memang tertunduk la muka..tak berani beb nak tengok muka dia..haha. Agaknya, sebab beliau taknak manjakan kiteorang since kiteorang takde mak kan..dia nak didik kiteorang berdikari dan kuat. Alhamdulillah, semua adik beradik dah berjaya sekarang nih.. hasil didikan seorang abah. Thanks to my Abah *sob sob..syahdu lak tetiba..nak jumpa abahhh!!* harap2 aku berjaya jugak didik anak2 aku jadi anak yang berjaya di dunia & akhirat..InsyaAllah..hari ni jugak birthday adik laki aku yang ke 27 tahun. InsyaAllah, tahun nih dia bakal jadi Ayah..hehehe. Isterinya sama2 pregnant dengan aku..beza 2 minggu aje rasanya..best betul! bertambah besar family kiteorang nanti. Selamat Hari Jadi kepada adik ku..semoga menjadi Ayah yang penyayang dan tegas macam Abah kite yek!hehehe..To all moms & teachers...Happy Wonderful Teacher's day!! + Tahun nih anak dara aku tak sekolah lagi, so save duit beli hadiah untuk cikgu2 sekolah & order makanan untuk jamuan..kekeke..aku suka tengok mak2 yang ada anak2 bersekolah yg terlebih excited buat preparation untuk sambut hari guru untuk sekolah anak2 dorang. Siap buatkan kek la, cupcakes la, tolong anak deco card hand made arr..mana tak sempat masak tuh, order aje..tanda terima kasih dorang pada cikgu2 sebab didik anak2 dorang menjadi pandai..Untung cikgu2 kite :D ++ aku teringat zaman sekolah rendah & menengah dari form 1-3, setiap kali Hari Guru, aku & kawan2 mesti take part dalam acara persembahan - persembahan koir la, dikir barat la, menari ago-go la siap pakai skirt kembang polkadot...ishhhh macam mana la aku nih leh jadi tak malu camtuh..kekekeke..seronotttt ooo!! zaman sekolah la paling best kan? :)
Thursday, May 16, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 idea?!:
Post a Comment