Salam Jumaat readers!
Lama sesangat aku tak update blog, sampai tak tau nak start cerita apa..hehehe..banyak entry cerita anak2 aku hutang. Nanti slow2 yekk.. aku try berblog balik since aku dah berjaya masuk department lain.
Semalam aku start department baru. Seronok dapat pc flat skrin yang besar gabaq sampai aku jakun dan mata naik juling..haha! Hari nih masuk hari kedua, takder keje lagi untuk aku, tapi tadi nih baru teman bos baru masuk meeting. So dah start la keje aku next week. InsyaAllah, harap2 hijrah aku tahun ini berjalan lancar, dan dipermudahkan urusan ku. aminnn..
So far so good..aku suka rakan2 di sini. Yang penting waktu lunch leh release tensen dengan borak2 sambil makan bersama2 dan hari jumaat leh kuar pergi shopping mall dengan dorang makan tengahari sambil window shopping. Dah ada geng sekepala...dulu pergi mana2 aku sorang2..sadisss gak laaaa..xpe, past is past..aku nak move on menjadi better person. InsyaAllah..
Okeh.. cite anak2 aku..si kembar makin melasak. Ada masa baik main sama-sama, ada masa bergaduh sampai gigit2 pukul2. Selalu jadi mangsa gigit si Hafiy & Tia. Si abang dia memang main kasar..asal mengamuk aje terus gigit. Sampai luka2 dibuatnya..
Si kembar makin bijak, makin banyak akal tapi masih tak mahu bercakap. Sepatah haram takder bunyik perkataan..hahaha..even bahasa german dorang pun still ko takleh nak paham, kecuali bila dorang gunakan bahasa isyarat tangan then baru la ko paham apa dorang nak. haha..
Aku sampai tensen sebab tak paham dorang nak apa, sebab bila aku tak paham, dorang akan mengamuk2 sakan..pastu aku pun join mengamuk gak..hahaha..maknya naik sawan bila semua benda tak jadi.
Yang si kakak Tia pulak makin petah bercakap, sampai tak larat pulak nak layan dia berborak. ada je benda dia nak cerita..macam makcik bok-bek..jadi tensen sesangat bila dia ajak borak bila masa nak tidur..aku dah separuh terlena tetiba dengar suara dia bercakap2 tepi telinga..aduhhhh...kena naik suara baru la dia diam dan tidur. huhu...kesian anak dara aku tu. Sekarang nih dia asyik sibuk cakap nak pergi school. Dia syok tengok cousin dia pergi tadika. Asyik request aje nka g skol. adehhhh....tak ready la aku nak hantar dia pergi tadika..rasa macam terlalu awal. bajet pulak kena tambah bila dia masuk sekolah. Akan dipertimbangkan la proposal dia tuh..
Esok nak kena balik kampung Lokman..hari ahad hari kite mengundikan..Lokman kena mengundi di sana..lepas aje dia mengundi terus balik KJ, aku lak mengundi kat sini. isnin aku kena keje jugak walaupun ramai yang kata Isnin dapat cuti khas. hari selasa ada event company, so department aku kena buat preparation. Nak tak nak kena gak masuk opis.huhuhu..sangat tak best! :P oklah..next week sambung ek. Selamat berhujung minggu dan selamat mengundi!! Undi la mengikut naluri hati masing2 mana pemimpin yang korang rasa bersesuaian..hehe..take care!! c ya!Aku upload gambar2 latest Tia & si kembar yekkkk :D
Friday, May 3, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 idea?!:
Post a Comment