Monday, February 28, 2011

Bila budak 11 bulan makan Kentang McD

Mentang2 dah ada 4 batang gigi, suka betul dia makan. Asal ada jer benda orang makan depan dia, sure dia datang tunjuk mulut dua yang lebar tu. Menunjukkan dia nak jugakkkk!!

Since aku kemabukkan nih, aku dah tak dapat masak bubur untuk Tia. Jadinya hujung minggu, tak hantar dia kat kakak aku so kenala belikan something yang leh Tia makan. Lokman akan beli Bubur McD untuk si kecik dan Mc Chicken untuk aku.

Tia suka jugak bubur McD tu. Sure abis biler dia makan. Plus nak makan jugak aku punyer. Aku akan bagi dia makan kentang goreng. Buang skit garam2 tu then baru kasik dia. Tapi si kecik nih tak sabar2, tak sempat aku buang garam dia dah sambar dulu. Dah habis kat tangan, cecepat dia datang kat aku, nak lagi..

Aduhhh, risau gak if makan banyak2..cepat gemuk la budak kecik nih nanti. Tak kasik bantai melalak. Bila kasik tak reti tak stop makan. Siap dah pandai amik sendiri dalam paper bag McD tu. Ini semua penangan masa aku mengandungkan Tia kot. Masa mangandungkan dia aku giler makan McD. Boleh katakan seminggu 3-4 kali makan McD. Sebab tu aje tekak aku layan. lagi2 kentang goreng tu la. huhuhu~ Adakah kesan dia membawa ke budak kecik itu sekarang?? hehehe~ kena control la lepas nih. Kalau nak makan McD kena sorok2 dari si kecik. Kalau tidak mau berebut kentang goreng dengan dia nanti..haihhhh~~takleh jadikk nih!

Nak pegang sendiri paper bag tu

Ummi, Tia likessssss fries!! :P

This is MINE!!

pix di ambil pada 26 February 2011 - 3 petang

Mak Angkat Pergi Meninggalkan Semua...

Jumaat lepas (25 Feb 2011) aku dapat phone called dari kawan baik aku- Erin. Memula dia cakap Mak dia, merangkap Mak angkat aku dalam koma. Rupa2nya dah 4 hari dia kat hosp. aku tak tau langsung. Tetiba aje cakap dah koma.

Lepas 2 jam, dia call lagi, kata Mak dah meninggal dunia. Innalillahhh..tak terkata aku. Dia pergi bertemu Ilahi pada umur 70 lebih. Meninggal pulak pada hari yang mulia, Jumaat. AKu sempat pergi ke kubur aje, mak dikebumi lepas Asar hari Jumaat tu jugak. Aku amik half day semata2 nak jumpa Mak buat kali terakhir.

Bertuah mak, Mak memang baik orangnya. Aku kena mak since aku 14 tahun. Aku selalu tidur rumah Erin, then mak mesti belanja makan, kekadang kasik aku hadiah & duit belanja. Baik sangatttt! Walaupun tiada pertalian darah langsung, tapi dia layan aku macam anak dia sendiri.

oh ye, kalau korang tau Nasi Lemak kat Jalan 223, Medan Selera Petaling Jaya tu, Mak la owner dia. Nasi Lemak Yati, gerai no 6. Aku paling suka nasi lemak mak nih. Sampai sekarang sambal dia rasa tetap sama. Tetap terbaik!! Ni mak dah takder, tak tau la ape jadi dengan bisness mak tu. Mungkin anak dia akan jaga kot. 

Yang buat aku rasa ralat sangat aku dah lama tak jumpa mak. Setahun mungkin. Since aku dah kawin nih. Erin pun dah kawin. Masing2 dengan life masing2, kalau jumpa pun lepak luar aje. tak dapat jumpa mak kat rumah. Masa aku nikah, mak ada datang. Ada bergambar dengan dia lagi atas pelamin. Mak pesan kat aku dia nak sangat gambar2 kawin aku, nak simpan buat kenangan dia. Gambar anak2 dia cakap. Aku dah cuci gambar2 tu untuk mak, tapi aku tak sempat kasik kat dia. Ya Allah, rasa ralat sangat!

Apepun, aku doakan agar roh mak dalam golongan orang2 yang dikasihi Allah hendaknya. Dan semoga kawan aku kuat menghadapi dugaan Allah kerana kehilangan Mak tersayang.

yang tengah2 tu la Mak Yon. Sakit2 pun dia sanggup datang Majlis aku.


Thursday, February 24, 2011

Mood Menulis Tiada

Aku masih lagi dengan kemabukkan yang kekadang teruk kekadang ok. MC pun bertambah2. Sehari aku g keje, 2 hari la aku MC..huhu. Asal balik dari keje aje confirm aku akan flat sampai esok pagi. Dan muntah2 akan berlanjutan sampai ke tengah malam. Tak larat makcikkkkkkk oii! lemah2 rasa badan..tekak & hidung sampai bleeding skit sebab penat nak keluarkan semua benda asing dalam perut nih. Jangan la sampai bleeding rahim pulak (macam kes mengandungkan Tia dulu, serik aku kena injet bontot!).

Budak2 opis dah tegur, tengok badan aku makin menyusut. Aku dah risau gak nih, ape cite la keadaan baby2 aku dalam rahim nih. Rasa macam hari2 nak g hospital, g scan. hehe..over la pulak kan? tapi seriusss, kalau sorang aje takper sebab dah ada pengalaman. Ini 2 pulak..semua benda yang aku telan diaorang kena share. Nak2 pulak aku makan sikit2..selang 2 jam dah lapar sangat. Jenuh aku suruh Lokman beli biskut & roti banyak2. Uncang teh o pun dari dulu sepeket pun makan masa berbulan2 baru abis, sekarang nih sehari aku leh abis kan 4-5 uncang. Mau seminggu sekali kena beli..huhuhu~.

MInggu nih dah masuk 12 minggu, aku sangat2 berharap agar mabuk2 nih tak berlanjutan. Syuhhhhhh, syuhhh la mabukkkkk! kesian la kat anak2 aku nih, diaorang perlukan khasiat dari aku, aku kena makan banyak2 time sekarang nih. time segala organ2 badan diaorang tengah membentuk nih..

Harap2 semua nya berjalan lancar.. InsyaAllah..

nota kaki: kawan aku ada suggest minum air sarang burung..dia kata baik untuk paru2 baby. betul ker?? nanti aku kena google info dulu before beli dari dia. Kalau benda baik, tak salah mencuba! :)

Monday, February 14, 2011

Penangan Mengandungkan Kembar

Minggu nih nak masuk 11 minggu.

Aku dah rasa sangat2 tak larat! huhu~~

1) Badan rasa sakit2 dan sengal-sengal. Sakit pinggang waktu malam.
2) Semput cepat. Buat ape pun cepat semput, lagi2 kalau dukung si kecik atau main gurau2 dengan dia. Aku yang mengah2, bukan si kecik..Ummi kurang stamina la Tia! :P
3) Kedua2 belah kaki dah rasa lenguh2..apsal ek? baru nak masuk 3 bulan, tapi bisa2 dia macam dah mengandung 7-8 bulan. Aku risau babies dah tarik energy aku aje. Sebab aku kurang makan & ubat kalsium & folic asid aku tak makan. Tetiba kali nih aku rasa menyampah nak makan ubat. Sebab hari tuh aku makan sebijik folic acid yang kecik coet tu aku leh muntah bagai nak rak. Naik fobia aku..huhu~ nak minum susu/ soya bean pun tak dapat lagi. Habis aku keluarkan semua..serikkkkk!!Takut si kembar kurang khasiat aje. Kesian diaorang.
4) Setiap 2-3 jam aku lapar giler, kalau tak makan pedih ulu hati mencucuk2! sakit sangat sampai rasa nak nangis. nak tak nak aku kena telan gak something. sekarang leh minum teh o panas aje. Sekali sekala aku leh minum milo panas, tapi sure keluar separuh. Then sekarang try susu strawberry Dutch Lady. So far so good. dah 2 malam aku bangun pukul 3 pagi sebab pedih perut, aku minum susu strwberry then tido. Alas perut.Jadilah..
5) Minyak wangi aku sekarang ada Mr. Tiger Balm! heheeh..peneman setia di kala angin masuk satu badan. Sangat membantu mengurangkan rasa loya & sakit2 badan. Sabtu lepas aku terlupa sorok balm tu bawah bantal, si kecik Tia dah bangun dia main2 benda tu.Abis dia korek2 isi balm nih sampai satu bilik bau, selimut & bantal dia pun kena. Agaknyer tangan dah panas, terus terbaring tepi aku..keh keh keh..nasib baik tak melalak. Dah tinggal skit dah tiger balm aku nih. haihh!
6) Tidur malam dah tak lena, setiap sejam aku bangun. Kena buang air kecil. Tak dapat nak tahan, sebab pundi kencing dah kena himpit dengan si kecik 2 orang dalam nih haaa. Kalau dulu, Tia 6 bulan (dlm rahim) baru takleh tahan kencing, ini baru 2 bulan dah takleh tahan. Kalau gaya cmni, masuk 6-7 bulan kang mau aku kena pakai Pet-pet Tia..hahaha..sebab tak larat nak ulang alik toilet dah...huhu~mintak jauh laaaa..
7) Berat badan turun ke 43kg. Sama macam aku mengandungkan Tia masa bulan ke 2 sampai la ke 3. Sampai ilang la rasa mual2 nih. Hope abis cepat la morning sickness aku nih. Doktor cakap mengandungkan kembar nih selalu nya alahan akan lama skit. Mungkin sampai 15-18 minggu. Wuarrhghhhh..aku tak mauuuuu..cukup la sampai 12 minggu aje. Jangan la melarat..kesian si kembar tak cukup makan. Kesian kat aku jugakk, nak makannn lamb chop!!! huhuhu~
8) Aku takleh berdiri dan berjalan lama2. Akibatnyer nanti aku rasa nak pitam. Macam Sabtu lepas, kiteorang g Giant. Lunch kat sana, then nak masuk giant beli barang dapur skit. Separuh jalan aje aku cakap kat Lokman nak duduk sebab rasa tak larat. Lokman suruh aku keluar dari hypermarket, duduk kat luar. Aku tengok kat luar tu takder kerusi langsung! mane aku nak duduk??? terus terpikir nak g toilet. Jauh btul toilet tuh, nasib baik aku sempat sampai toilet, kepala memang dah berpinar, nak tumbang. Aku duduk kat toilet dalam 10 minit. Nasib baik toilet bersih. hehe..lepas2 tu aku dah takut nak keluar dah. Takut pitam! Jadinyer hari ahad aku duduk rumah aje la melayan si kecik.
9) Minggu lepas sampai la ke hari ni, MIL datang rumah, tolong basuh & lipat kain. hehe..dia kesian kat kiteorang. Rumah macam tongkang pecah! Lokman lerr tuu mintak bantuan kecemasan mak dia. Sebab dia tak suka kot handle baju2 nih. Bab2 kemas rumah dia rajin la. Lega aku ada orang tolong. Aku memang tak terdaya sangat.
10) Mood nak beronline pun kurenggg..apa ntah lagi nak jawap telepon. simptom yang sama masa mengandungkan Tia. Aku tak larat nak bergossip. Kawan2 yang rapat kalau tau aku tak angkat hp tu, sedia maklum la tu..aku memang takder mood..hehe..bila ada mood aku akan message diaorang balik. penyakit ape ntah aku nih?? hehehe..

Harap2 la aku diberikan kekuatan sepanjang mengandungkan si kembar nih. Setiap masa aku mintak pertolongan Allah swt supaya beri aku kesabaran yang tinggi..aminn..

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY

TOTE BOUTIQUE'S GIVEAWAY
------------@-------------



Period : 10/2/2011 - 28/2/2011

- 4 pemenang bertuah akan memenangi

:. 1 passport sleeve, 1 coin Purse & RM30 Tote boutique voucher

(setiap pemenang)

How to Enter

-------@------

- Letak gambar di atas di dalam entry anda (facebook/blog)

- Hendaklah link kan entry anda dengan Entry Giveaway ini

- berikan link anda untuk entry ini

Pemenang melalui Random Org


Mari join!!
Rezeki jangan ditolak! :)

She's 11 months!

Hari ini Tia Zahraa Lokman dah genap 11 bulan. Lagi sebulan lagi dia nak setahun. Sekojappp bonarrr masa berlalu. Dah besar dah si kecik! hehe..

Sekarang nih dia tengah belajar nak berdiri dengan stabil. Lama2 berdiri kaki dah mengeletar..hahaah..muka tersengih2 aje. syiokkk kot dapat show off dia leh berdiri sambil tepuk tangan. harap2 genap dia setahun nanti dia dah leh berjalan. Senang aku nak handle nanti, naik semput aku dukung dia dah. Mengandungkan kembar nih lain macam sungguh. Ohhh, nanti la cite pasal mengandung nih,sekarang entry pasal si kecik Tia.

Tia masih lagi dengan 4 batang gigi dia. Yang sekarang aku dok heran apsal gigi atas dia jarang & besar?! hahaha..lawak pulak aku tengok. Muka comel tapi gigi jarang. kakak aku cakap nanti bila gigi lain dah tumbuh akan rapat la balik gigi depan tu. Harap2 btul la..nanti dia dah setahun aku nak bawak dia g dentist. Check btul2 gigi dia. Aku pun kena jumpa dentist sebab dah mengandung nih sure gigi & gusi sakit2 nanti. Babies dok tarik kalsium badan aku. Jangan gugur gigi aku sudahhhh..hehe :P Jadi Ummi rongak pulak!

Masih tak reti sebut "Ummi"..huk huk huk..yang dia dok sibuk sebut "Abahhh" aje memanjang..Lokman cakap cair aje hati bila dia panggil Abah..hehe, mau taknyerr..comel aje bila dia panggil dengan manja2 gitu. Sekarang nih aku dok training dia sebut Ummi, tapi haram dia tak layannn..payah sangat kottt..sabar aje laaa.

Tia paling suka berjalan. Kalau dapat keluar rumah tuh terkinja2 dia minta dukung, takut kena tinggal. Masuk kereta aje dah sengih2. Tempat dia sekarang kat depan. Aku pulak kena duduk belakang. Dia jadi assistant abah dia..hehe..tapi bila kena aje air con tu terus lenaaa! Kalau dah boring duduk, dia akan berdiri dalam car seat dia, main cak-cak dengan aku kat belakang nih. Layan aje la si kecikk.

Sekarang dia dah pandai marah. Kalau aku tak kasik dia usik sesuatu ke, or halang aktiviti memunggah dia ke, terus dia menjerit2 geram. Suka la pulak aku sakat dia. hehe..Budak tak makan saman!

Lagi satu dia dah kuat makan, sekarang nih tak nak bubur dah, nak nasik macam kite makan nih. Campur dengan sup ayam ke, sup sayur ker, haaa layannn..Lokman beli Marmite, perasa tambahan campur dengan nasik dia. Bagi selera dia naik. Cos dia dah tak mau yang tawar2 dah. Sebab aku dok kasik dia makan macam2..hehe. Dah orang makan dia sibuk2 nga'nga mulut. Kesian pulakkk..sumbat aje la. Tapi still ada limit laa. Jangan over dos! :D tapi badan dia tak naik2, perut aje naik membuncit. Memang dah macam tuh kot. Takpe la janji dia sihat & cergas! Baju2 masih lagi pakai yang size 3- 6 bulan..hehehe..jimat aku, takder la beli baju dia banyak2.

Itu aje la pasal Tia. Nanti aku sambung la, sekarang rasa mual2 la pulak. Hari nih dah keje macam biasa, malas dah nak jumpa doktor mintak MC. EL aku pulak dah berlambak. Baru bulan 2 nih..huhu..Nak tak nak gagah la jugak g keje. Until now dah 3 kali g toilet..huhuhu. Semoga aku tabah duduk di opis sejuk ini..

Kepada Tia, Ummi sayang kamu... :D

nota kaki: USB lupa nak bawak. Lusa la upload gambar terbaru Tia Zahraa.. :)

Friday, February 11, 2011

2 in 1

Hadiah special untuk si suami sempena harijadi dia yang ke 30 tahun....
+
+
+
+
+
+
+
+
+
gambar diatas cuma contoh - dapat hasil google twins image :)  

Selasa lepas aku, Lokman & Tia pergi KJMC. Aku ada appointment dengan Dr Fatima. Masuk2 bilik doctor, doctor terus tanyer umur Tia. heheh..tau2 aje anak pertama aku kecik lagi. Dah mengandung lagi yerrr..
Oh ye, sebabkan Tia meragam takleh dok diam, Lokman kena bawak dia jalan2 sekitar KJMC tuh..so masa turn aku kena panggil Lokman tak dapat masuk. Masa doc buat scan, aku nampak macam satu line separator. Pelik jugak? masa time Tia dulu takder pulak..then terus doc cakap "eh, ini twins nih!".. aku macamm..."erkkk! ye ker doctor???" sebabkan tak percaya, 2-3 kali aku tanyer doc soalan yang sama. Dan doc tetap jawap dengan tenang sambil berkali2 ulang scan kat tempat yang sama. Kelihatan ada 2 bayi dalam 2 kantung yang berlainan. Seriussss aku tak percaya..dalam hati mengucap "MasyaAllah, Subahanallah!" dan "Alhamdulillah"..aku percaya itu rezeki dari Allah swt. Tapi..aku still tak puas hati aku mintak nak dengar heart beats mereka. Terus doc pasangkan, dan aku dapat dengar degupan jantung mereka satu persatu.

Dan barulah aku dapat menerima yang aku mengandungkan anak kembar.. :) mereka sudah 10 minggu. Alhamdulillah...

Lepas scan doc kasik briefing pasal mengandungkan kembar nih. Masa tuh aku mintak nak panggil Lokman, cos aku dengar suara Tia dari bilik doc. Doc yang inform Lokman pasal kembar nih. Lokman buat muka terkejut tahap cipan. tergelak aku!

Doktor cakap mengandungkan kembar nih banyak risiko. Antaranya:

1) kebarangkalian untuk gugur adalah tinggi. So kena jaga betul2 early stage nih.
2) Kebarangkalian meninggal sorang pun ada jugak. So kena makan btul2
3) Kemungkinan bersalin awal pun ada jugak. So mental kena prepare.
Dan lain2 lagi..

Lepas aje dengar semua benda tuh, aku terus cuak!! takutttttttt....

Apepun, semoga aku & si kembar di lindungi & diberkati Allah..dan semoga dipermudahkan semasa mengandungkan mereka ini..

Amin.....

Monday, February 7, 2011

Birthday..

oh ..aku tersilap tengok tarikh!
hari nih la besday Lokman.....
aku ingat esok..keh keh keh..
aku tak wish pun kat dia pagi tadi..hehehe..ape punyer bini la..
tu la dia, cuti lama sangat, sampai tak tau tarikh..aduhhhhh

ok..balik nih terus kena wish..
tapi celebrate postpone la yekkk..

HAPPY BIRTHDAY TO ENCIK LOKMAN JALIL..

happy 30th....

me & Tia love u alwayssss............................

:)

Semua terjadi ketentuan Ilahi..

Dah lama aku tak update blog. Minggu lepas seminggu aku cuti.
Cuti sakit, cuti emergency..semua adalah.

Isnin lepas (31 Jan) hantar kakak ipar ke KLIA. SIL dapat kerja kat Riyadh, Saudi Arabia selama 3 tahun. Dia keje Nurse. Gaji tinggi kat sana..best giler! so family lokman hantar beramai2 ler, aku dengan sakit2 , gagah jugak la..sebab berbulan2 tak dpt jumpa Along nanti. Sedih masa bersalaman..tengok anak2 dia yang kecik menangis2. huhu..tabahnyer la hati Along pergi tinggal kan anak2 dalam tempoh yang lama. Kalau aku..tak dapekkkk kottt! :P tak sanggup!

Hari Rabu pulak (2 Feb) pakcik aku meninggal dunia akibat serangan jantung. 4 hari masuk CCU. Dia pakcik belah abah aku, abang kepada abah aku. Dah 65 tahun. Masa dia kat CCU sempat la aku ziarah. Then petang rabu tuh doktor nak cabut support machine dia, pakcik aku dah koma 2 hari. Lepas aje cabut, terus slowly dia pergi. Innalillah...moga2 Arwah cik Manaf ditempatkan di golongan orang2 yang dikasihi Allah..amin... (Kat surau pun aku sempat muntah..huhu)

hari2 lain aku menepek aje kat rumah. Alahan yang teruk. 5 Hari aku takleh makan nasi. semalam aje baru aku dapat telan 3-4 suap nasi bersama telur. tu aje aku mampu makan. alas perut dengan roti atau biskut. itu pun separuh keluar balik. keje rumah semua tak dapat buat. 100% pas kat Lokman. 2 hari Lokman buat keje2 rumah sampai tido pukul 5 pagi. hehe..mop lantai, sapu lantai, basuh kain, lipat kain berbakul2 dll. Makan pun  beli aje dari luar. aku dah tak masak. dah takleh bau2an di dapur. sangat alergikkk!

Banyak benda aku terlepas sepanjang cuti nih. Bukan aku sengaja, tapi memang kondisi badan tak mampu. Harap2 la ada yang paham. Aku tau sure ada yang terasa sebab aku tak dapat hadir dalam event2 diaorang nih. So sorryyyy!

1 & 3 Feb birthday kawan baik aku. Kawan2 masa sekolah menengah. Ada kawan plan nak celebrate besday diaorg semalam. Tapi aku tak dapat pergi. Dah lama sangat tak jumap diaorang nih. Bajet dapat join diaorang leh gossip2, tapi apakan daya..huhu..dah lama giler tak bersosial dengan kawan2.

5 Feb pulak kawan baik aku masa form 4 & 5 buat majlis nikah kat Kedah. Plan awal (masa sebelum aku tau aku pregnant) aku nak g sana, nak tengok dia nikah & tolong apa2 yang patut, sebab masa aku nak kawen dulu, dia banyak tolong aku. banyak jasa dia tolong aku dulu. Sampai tag terima kasih gantung kat doorgift aku pun dia designkan. tapi bila time dia, aku pulak spoiler..satu ape pun aku tak tolong. teruk kan aku?? hurmmm, bukan aku sengaja. memang setiap kali ada aje event kawan2 baik aku tak sihat. Harap2 majlis sanding ko bulan depan nanti aku datang dengan family aku yerr..

sedih aje bila pikir2 balik..harap2 la tak putus sahabat dengan diaorang nih (aku kenal dah dekat 13-15 tahun) sebabkan aku spoiler event2 yang diaorang buat.

4 Feb ada gak jemputan kawan opis lama aku (chinese fren). Dia buat dinner sempena dia kawen last month. Kat Perak, awal2 lagi aku memang cakap tak dapat attend, tak nak dia bazir seat utk aku. tau aje la kalau chinese wedding, mahal jugak cost per head kan. Sebab aku plan nak g Kedah tu la..huhu, last2 dua2 pun tak pergi..wuargghhhhhh!! spoilerrrr!!

Dan esok birthday Lokman. aku tak prepare ape pun lagi. Tak tau nak buat ape, dengan aku yang tak stabil nih. Aku cakap postpone aje sampai aku btul2 sihat. For now, aku cuma dapat doakan agar dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik pada suami aku tu..heheeh~

Kepada kawan2 aku, aku mintak maaf banyak2 sebab tak dapat hadir majlis2 korang. InsyaAllah, harap2 kita dapat berjumpa lagi seperti dulu2. :) Jangan la kecik ati dengan aku yerr..aku tau aku salahhh.. :(  pls forgive meeeeeeeee ~~~



 
Blog Template by Delicious Design Studio