Monday, February 14, 2011

She's 11 months!

Hari ini Tia Zahraa Lokman dah genap 11 bulan. Lagi sebulan lagi dia nak setahun. Sekojappp bonarrr masa berlalu. Dah besar dah si kecik! hehe..

Sekarang nih dia tengah belajar nak berdiri dengan stabil. Lama2 berdiri kaki dah mengeletar..hahaah..muka tersengih2 aje. syiokkk kot dapat show off dia leh berdiri sambil tepuk tangan. harap2 genap dia setahun nanti dia dah leh berjalan. Senang aku nak handle nanti, naik semput aku dukung dia dah. Mengandungkan kembar nih lain macam sungguh. Ohhh, nanti la cite pasal mengandung nih,sekarang entry pasal si kecik Tia.

Tia masih lagi dengan 4 batang gigi dia. Yang sekarang aku dok heran apsal gigi atas dia jarang & besar?! hahaha..lawak pulak aku tengok. Muka comel tapi gigi jarang. kakak aku cakap nanti bila gigi lain dah tumbuh akan rapat la balik gigi depan tu. Harap2 btul la..nanti dia dah setahun aku nak bawak dia g dentist. Check btul2 gigi dia. Aku pun kena jumpa dentist sebab dah mengandung nih sure gigi & gusi sakit2 nanti. Babies dok tarik kalsium badan aku. Jangan gugur gigi aku sudahhhh..hehe :P Jadi Ummi rongak pulak!

Masih tak reti sebut "Ummi"..huk huk huk..yang dia dok sibuk sebut "Abahhh" aje memanjang..Lokman cakap cair aje hati bila dia panggil Abah..hehe, mau taknyerr..comel aje bila dia panggil dengan manja2 gitu. Sekarang nih aku dok training dia sebut Ummi, tapi haram dia tak layannn..payah sangat kottt..sabar aje laaa.

Tia paling suka berjalan. Kalau dapat keluar rumah tuh terkinja2 dia minta dukung, takut kena tinggal. Masuk kereta aje dah sengih2. Tempat dia sekarang kat depan. Aku pulak kena duduk belakang. Dia jadi assistant abah dia..hehe..tapi bila kena aje air con tu terus lenaaa! Kalau dah boring duduk, dia akan berdiri dalam car seat dia, main cak-cak dengan aku kat belakang nih. Layan aje la si kecikk.

Sekarang dia dah pandai marah. Kalau aku tak kasik dia usik sesuatu ke, or halang aktiviti memunggah dia ke, terus dia menjerit2 geram. Suka la pulak aku sakat dia. hehe..Budak tak makan saman!

Lagi satu dia dah kuat makan, sekarang nih tak nak bubur dah, nak nasik macam kite makan nih. Campur dengan sup ayam ke, sup sayur ker, haaa layannn..Lokman beli Marmite, perasa tambahan campur dengan nasik dia. Bagi selera dia naik. Cos dia dah tak mau yang tawar2 dah. Sebab aku dok kasik dia makan macam2..hehe. Dah orang makan dia sibuk2 nga'nga mulut. Kesian pulakkk..sumbat aje la. Tapi still ada limit laa. Jangan over dos! :D tapi badan dia tak naik2, perut aje naik membuncit. Memang dah macam tuh kot. Takpe la janji dia sihat & cergas! Baju2 masih lagi pakai yang size 3- 6 bulan..hehehe..jimat aku, takder la beli baju dia banyak2.

Itu aje la pasal Tia. Nanti aku sambung la, sekarang rasa mual2 la pulak. Hari nih dah keje macam biasa, malas dah nak jumpa doktor mintak MC. EL aku pulak dah berlambak. Baru bulan 2 nih..huhu..Nak tak nak gagah la jugak g keje. Until now dah 3 kali g toilet..huhuhu. Semoga aku tabah duduk di opis sejuk ini..

Kepada Tia, Ummi sayang kamu... :D

nota kaki: USB lupa nak bawak. Lusa la upload gambar terbaru Tia Zahraa.. :)

1 idea?!:

Lina said...

fira,
nak share dgn u resepi marmite chicken. fira marinate (perap) je ayam dengan marmite and honey, pastu goreng... mmg sedap! it's my fave!!! sure tia berselera makan... try it!

 
Blog Template by Delicious Design Studio