Dah lama aku tak update blog. Minggu lepas seminggu aku cuti.
Cuti sakit, cuti emergency..semua adalah.
Isnin lepas (31 Jan) hantar kakak ipar ke KLIA. SIL dapat kerja kat Riyadh, Saudi Arabia selama 3 tahun. Dia keje Nurse. Gaji tinggi kat sana..best giler! so family lokman hantar beramai2 ler, aku dengan sakit2 , gagah jugak la..sebab berbulan2 tak dpt jumpa Along nanti. Sedih masa bersalaman..tengok anak2 dia yang kecik menangis2. huhu..tabahnyer la hati Along pergi tinggal kan anak2 dalam tempoh yang lama. Kalau aku..tak dapekkkk kottt! :P tak sanggup!
Hari Rabu pulak (2 Feb) pakcik aku meninggal dunia akibat serangan jantung. 4 hari masuk CCU. Dia pakcik belah abah aku, abang kepada abah aku. Dah 65 tahun. Masa dia kat CCU sempat la aku ziarah. Then petang rabu tuh doktor nak cabut support machine dia, pakcik aku dah koma 2 hari. Lepas aje cabut, terus slowly dia pergi. Innalillah...moga2 Arwah cik Manaf ditempatkan di golongan orang2 yang dikasihi Allah..amin... (Kat surau pun aku sempat muntah..huhu)
hari2 lain aku menepek aje kat rumah. Alahan yang teruk. 5 Hari aku takleh makan nasi. semalam aje baru aku dapat telan 3-4 suap nasi bersama telur. tu aje aku mampu makan. alas perut dengan roti atau biskut. itu pun separuh keluar balik. keje rumah semua tak dapat buat. 100% pas kat Lokman. 2 hari Lokman buat keje2 rumah sampai tido pukul 5 pagi. hehe..mop lantai, sapu lantai, basuh kain, lipat kain berbakul2 dll. Makan pun beli aje dari luar. aku dah tak masak. dah takleh bau2an di dapur. sangat alergikkk!
Banyak benda aku terlepas sepanjang cuti nih. Bukan aku sengaja, tapi memang kondisi badan tak mampu. Harap2 la ada yang paham. Aku tau sure ada yang terasa sebab aku tak dapat hadir dalam event2 diaorang nih. So sorryyyy!
1 & 3 Feb birthday kawan baik aku. Kawan2 masa sekolah menengah. Ada kawan plan nak celebrate besday diaorg semalam. Tapi aku tak dapat pergi. Dah lama sangat tak jumap diaorang nih. Bajet dapat join diaorang leh gossip2, tapi apakan daya..huhu..dah lama giler tak bersosial dengan kawan2.
5 Feb pulak kawan baik aku masa form 4 & 5 buat majlis nikah kat Kedah. Plan awal (masa sebelum aku tau aku pregnant) aku nak g sana, nak tengok dia nikah & tolong apa2 yang patut, sebab masa aku nak kawen dulu, dia banyak tolong aku. banyak jasa dia tolong aku dulu. Sampai tag terima kasih gantung kat doorgift aku pun dia designkan. tapi bila time dia, aku pulak spoiler..satu ape pun aku tak tolong. teruk kan aku?? hurmmm, bukan aku sengaja. memang setiap kali ada aje event kawan2 baik aku tak sihat. Harap2 majlis sanding ko bulan depan nanti aku datang dengan family aku yerr..
sedih aje bila pikir2 balik..harap2 la tak putus sahabat dengan diaorang nih (aku kenal dah dekat 13-15 tahun) sebabkan aku spoiler event2 yang diaorang buat.
4 Feb ada gak jemputan kawan opis lama aku (chinese fren). Dia buat dinner sempena dia kawen last month. Kat Perak, awal2 lagi aku memang cakap tak dapat attend, tak nak dia bazir seat utk aku. tau aje la kalau chinese wedding, mahal jugak cost per head kan. Sebab aku plan nak g Kedah tu la..huhu, last2 dua2 pun tak pergi..wuargghhhhhh!! spoilerrrr!!
Dan esok birthday Lokman. aku tak prepare ape pun lagi. Tak tau nak buat ape, dengan aku yang tak stabil nih. Aku cakap postpone aje sampai aku btul2 sihat. For now, aku cuma dapat doakan agar dipanjangkan umur & dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik pada suami aku tu..heheeh~
Kepada kawan2 aku, aku mintak maaf banyak2 sebab tak dapat hadir majlis2 korang. InsyaAllah, harap2 kita dapat berjumpa lagi seperti dulu2. :) Jangan la kecik ati dengan aku yerr..aku tau aku salahhh.. :( pls forgive meeeeeeeee ~~~
0 idea?!:
Post a Comment