Monday, February 28, 2011

Mak Angkat Pergi Meninggalkan Semua...

Jumaat lepas (25 Feb 2011) aku dapat phone called dari kawan baik aku- Erin. Memula dia cakap Mak dia, merangkap Mak angkat aku dalam koma. Rupa2nya dah 4 hari dia kat hosp. aku tak tau langsung. Tetiba aje cakap dah koma.

Lepas 2 jam, dia call lagi, kata Mak dah meninggal dunia. Innalillahhh..tak terkata aku. Dia pergi bertemu Ilahi pada umur 70 lebih. Meninggal pulak pada hari yang mulia, Jumaat. AKu sempat pergi ke kubur aje, mak dikebumi lepas Asar hari Jumaat tu jugak. Aku amik half day semata2 nak jumpa Mak buat kali terakhir.

Bertuah mak, Mak memang baik orangnya. Aku kena mak since aku 14 tahun. Aku selalu tidur rumah Erin, then mak mesti belanja makan, kekadang kasik aku hadiah & duit belanja. Baik sangatttt! Walaupun tiada pertalian darah langsung, tapi dia layan aku macam anak dia sendiri.

oh ye, kalau korang tau Nasi Lemak kat Jalan 223, Medan Selera Petaling Jaya tu, Mak la owner dia. Nasi Lemak Yati, gerai no 6. Aku paling suka nasi lemak mak nih. Sampai sekarang sambal dia rasa tetap sama. Tetap terbaik!! Ni mak dah takder, tak tau la ape jadi dengan bisness mak tu. Mungkin anak dia akan jaga kot. 

Yang buat aku rasa ralat sangat aku dah lama tak jumpa mak. Setahun mungkin. Since aku dah kawin nih. Erin pun dah kawin. Masing2 dengan life masing2, kalau jumpa pun lepak luar aje. tak dapat jumpa mak kat rumah. Masa aku nikah, mak ada datang. Ada bergambar dengan dia lagi atas pelamin. Mak pesan kat aku dia nak sangat gambar2 kawin aku, nak simpan buat kenangan dia. Gambar anak2 dia cakap. Aku dah cuci gambar2 tu untuk mak, tapi aku tak sempat kasik kat dia. Ya Allah, rasa ralat sangat!

Apepun, aku doakan agar roh mak dalam golongan orang2 yang dikasihi Allah hendaknya. Dan semoga kawan aku kuat menghadapi dugaan Allah kerana kehilangan Mak tersayang.

yang tengah2 tu la Mak Yon. Sakit2 pun dia sanggup datang Majlis aku.


0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio