Friday, April 15, 2011

13 Months -{Milestones}

Semalam aku sesangat la busy dengan Lunch Talk program kat opis nih haa, kena handle dari zero until ending, termasuk jadi emcee cikai..hahaha..hentam aje la Labu..
Dah bz2 terlupa pulak nak update pasal Tia Zahraa. Dah masuk 13 bulan dah budak kecik comel aku nih. Macam biasa, kena catit perkembangan semasa dia. Buat kenanga, nanti dah bersalin si kembar nih nanti, lagi la aku "short circuit" sebab banyak urat2 terputus! haha..itu kakak saudara aku bagitau la..dia suggest aku makan gingko biloba awal2, untuk menguatkan memori kite. Mane la aku nak cari. tak sempat lagi tanyer details pasal product nih. nanti dah dapat info aku buat entry lain k.

Berbalik pada cite si Tia nih..haaa, dah 13 bulan ni ape kehebatan dia...
  • Dah pandai memilih orang. If ada orang dia tak suka or takder mood nak dekat, cecepat dia toleh kepala dia ke tempat lain, kekadang tuh siap ada bunyi "uh" lagi..punyer la kerek si kecik nih. kalau orang lain rasa nak sepakk aje budak nih..haha. MInggu nih dia tak mau kat nenek dia (MIL), tak tau pasal ape..hehe, kalau nenek dia panggil dia buat bodo aje, if nenek nak dukung cecepat dia tunduk kepala la, pusing badan la..perangai sungguh!If aku hantar dia kat kakak aku pepagi tu pun sama jugak. Melalak2 bila orang amik dia.
  • Dah kuat berjalan. Pantang kasik keluar. Laju aje dia menonong ke depan. Lagi2 sekarang nih dah leh bawak dia g playground. setengah jam spend time untuk dia kat sana. itupun kena dukung bila nak balik, sebab dia akan menangis2 tak nak balik. Paling Tia suka main gelongsor. terkekek2 dia ketawa biler turun tu.
  • Dah paham arahan orang. suruh duduk, makan, baring, masuk lif, buka pintu..semua dia leh buat sendiri. tapi bila suruh mengemas balik toys or ape2 barang yang dia dah selongkar habis, saje je dia buat2 tak paham! cecepat dia pegi tempat lain. bertuah punyer budak..suka benor buat Ummi dia angin..
  • Dalam dua hari nih dia tak mau tido awal. mata tu dok la mengecikk bila jam dah kul 9.30 malam, tapi bila aku angkut masuk bilik, bantai dia sambung main. sampai dia pijak2 rambut aku. semalam kena marah dengan aku sebab dah pukul 11.30pm tak tido2, aku dah mengantuk tahap gaban, dia leh pulak nak gurau2..melalak la kena marah dengan aku...ihihi..aku tak ingat ape jadi, sedar2 pukul 2 pagi, tengok dia merengek2 nak susu..if hari2 dia buat perangai macam nih, mau stress aku tak cukup rehat. 
  • Sekarang dah ada 4 batang gigi yg dah abis tumbuh, ada lagi 4 coming soon, dah tumbuh separuh. cepat btul gigi2 dia nak tumbuh, sampai demam2 dibuatnyer & makan pun nak yg lembut2 aje. kakak aku terpaksa blend balik makanan utk dia. 
  • Sebabkan dah gatal gusi, makin berteman rapat dia dengan puting tiruan. Sampai biler kita nak tarik keluar, cepat2 dia gigit kuat2 puting tuh. tak kasik ambik. If dapat amik, bantai dia buat drama sedih pulak. huhuhu..bila nak wean off pun aku tak tau.. mission nak wean-off kekonon dulu bila dia masuk umur setahun, tapi since aku pregnant nih, dia punyer cenggeng tahap dewa, terpaksa gak sumbat puting kasik dia behave.huhuhu..salah aku jugak kot..wuarghhh!  Mak tak tahan dengar anak melalak sakan..tensen... :(
  • Suka sangat dapat mandi. Duduk dalam bath tup dia tuh, abis dia splash2 airtu sampai tinggal separuh. Sampai abis basah seluar aku, tersengih2 dia dapat buli Ummi dia. tapi sejak tau dia ada lung sensitive, dah takleh dah rendam lama2. Ni pun tak tau biler dia nak g berendam dlm swimming pool. Hari tuh adala sekejap, teman Lokman swimming, kasik dia rendam2 kaki aje..bukan main suka lagi. Ni tunggu la dia dah btul2 sembuh. Hidung masih ada lagi sisa2 tersumbat.
  • Favourite food dia adalah kentang goreng! sekarang beli yang leh goreng kat rumah, sebab tak elok sangat beli kt McD punyer selalu, ada garam byk, if goreng kat rumah takder la bubuh garam. Dia leh makan non-stop. :) western punyer budak..hehe
  • Yang lain, masih sama. Saiz baju 6 mths to 12 mths, diaper M, rambut kemetot aje, kasut size 2, tapi abah dia suka beli yg size 3, leh pakai lama katanya. Sekarang Tia ada 4 pasang kasut.hehe..Aim abah dia nak belikan kasut Adidas pulak, tapi asyik tak jumpa saiz dia aje..hehe, halus benar kaki nye..macam masa aku kecik2 dulu, sampai nangis2 kat kedai kasut sebab tak jumpa saiz kecik..huhu :P
okla, itu aje buat masa sekarang..menjela2 karang boring nak baca. selamat membesar dengan sihat wahai puteri Ummi. Luv u soo much!!!

si kecik geram dengan belon, abis dia nak gigit2

semangat nak naik gelongsor

Tak naik tangga dah, nak guna short cut..hehe

Tak sabar nak turun. Abah la layannn..

Gambar aku snap pagi tadi, nak kejutkan dia g umah kakak.

0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio