Hari tuh aku ada cakap pasal bird nest drinks nih kan, ada kawan opis aku suggest aku minum bird nest nih, sebab sesuai untuk ibu2 mengandung.
Aku pun berminat la nak cuba. Ikhtiar la mane yang elok, resultnya nanti kite berserah pada Allah s.w.t untuk tentukan. :)
Memula aku cuba yang Ready2Drink -RM5 sebotol. leh terus minum, macam air 100 plus tu haaa, taknyah bancuh2. Aku tak lalu sangat minum if tak sejuk. Aku letak dalam fridge dulu baru minum..hehe. Rasa dia macam air barli. Aku kasik Tia minum gak, baik untuk paru2 dia, since dia kan ada lung sensitive gitu.. suka betul diam minum. Kasik dalam sip cup dia, menonggeng aje la dia minum. hehe..Aku beli 4 botol aje hari tuh. Aku rasa macam mahal, sebab botol dia kecik aje. So aku order yang jenis lain pulak.
Ni antara khasiatnya Premium Bird Nest Drink- Walit Gold:-
- Menguatkan sistem imunisasi badan
- Melancarkan peredaran darah
- Awet muda- haa, ni best gak, sebab mmg ada shark fin's collagen dalam tu :P
- Menjadikan kulit cantik, lembut & berseri & menyihatkan rambut, kuku & mata.
- Agen terbaik dlm memulihkan sistem pernafasan & menguatkan paru2 bg asthma.
- Banyakk lagi...
- mengurangkan sakit2 pinggang & sendi
- menghilangkan alahan
- mempermudahkab proses bersalin & proses pemyembuhan
- membantu bayi dalam kandungan menjadi lebih kuat, kulit cantik berseri, daya tahan penyakit yang tinggi serta perkembangan otak yang baik
banyak lagi la sebenarnya, memulihkan tenaga batin pun ada tau..hehe, dan untuk mengurangkan kesan racun untuk perokok (haa, ini leh gak tuk Lokman, tapi aku gerenti la dia takkan makan punyerr..huhu)
Walit Gold nih sesuai untuk semua golongan (L &W) termasuk bayi, kanak2.
nak details sila click Walit Gold
aku beli dari opismate aku jek, kakak dia dealer.
Harap2 berkesan la bird nest nih dengan aku & kembar dalam perut nih haa..berbaloi laa rasanya beli mahal2.tak penah la aku beli supplement mahal cenggini seumur hidup. hehe..InsyaAllah..insyaAllah.. :D tawakal aje
0 idea?!:
Post a Comment