Tuesday, April 26, 2011

Update: Tia ke Pakar Kanak-kanak

Malam tadi lepas Maghrib pergi la KJMC. Bawak Tia jumpa Dr. Syed, paed dia.
Before masuk bilik doc, ambik berat badan dia..wahhh, dah naik lagi. Berat Tia dah jadi 7.5kg! Dalam masa 3 minggu, last timbang masa jumpa doc hari tuh, berat dia terus bertambah2. patut la aku rasa berat sangat bawak dia, dengan bawak 2 bayi dalam perut nih lagi..huhuhu. If Tia dah cecah 8kg, tobat aku takmo dukung dah..effect sakit kat perutt ooo dan jugak tangan. Lenguh2 segala! Bagi ibu-ibu lain, setakat berat 8kg tuh diaorg steady lagi kot, hehe..tapi bagi aku yang bersaiz kecik dan tengah sarat nih, berkali ganda aku rasa.

Nurse check memang ada demam skit katanyer. Tapi si kecik still aktif main, cuma cenggeng & mengada tu tetap ada. Masuk bilik doc. aku explain la semua. Doc kata mungkin environment cause aje, takder benda lain (hopefully), so dia kasik ubat yg sama macam dulu (fever, flu& cough dan ubat cairkan kahak). If still demam, Khamis pagi dia suruh datang balik, if demam dah kebah dah tak payah dtg. tapi nanti aku nak buat appointment untuk cucuk dia setahun pulak. Doc takmo cucuk lagi. Umur Tia dah 13 bulan dah, tapi still tak dpt inject lagi..huhu~, tapi aku risau gak, if cucuk karang, sure si kecik nih demam balik. aduhhhhaii..

Pagi tadi, pukul 5pg, tetiba dia mengamuk. aku kasik susu dia takmo, letak puting kat mulut dia, dia campak, bila bapak dia pujuk, lagi la dia menjerit lagi kuat! huiii, meguji kesabaran sungguh! nak kata mengigau tak jugak, leh siap duduk menangis2. last2 aku biar aje dia menjerit2 2-3 minit, bila dia penat dia datang la tidur kat dada aku nih haa, nak mintak aku pujuk balik. kesian pun ada, geram pun ada..dah ok tuh, baru la aku kasik susu. tukar diaper dia yang dah lenjun sampai bocor.huhu..nak kata panas sgt badan takder, maybe dia rasa tak selesa kot. Aku sempat kasik ubat before dia tido malam tu. so takder la kena lap2 kepala, sebab tak panas sangat.
Dah 2 malam aku tido tak berapa lena..huhu~
Practice tak tido malam la aku nih, nanti dah bersalin si kembar nih, lagi la tak tido langsung kot..so makk redha aje laaa nakk!~

sementara tunggu giliran, Tia main2 kuda tu dulu

Semoga Tia cepat sembuh & membesar dengan sihat dan ceria!! Ummi sayang Tia walaupun Ummi garang2 tau! hehe :)

0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio