Tuesday, January 31, 2012

Cara-cara mendidik anak kecil (2 tahun ke 10 tahun)

Last 2 entry aku ada copy paste artikel dari Prof Dr. Rozieta Shaari kan? Aku ada add dia dalam FB aku. Sebab aku rasa info2 dan tip2 yang Prof nih kasik sangat2 berguna utk aku.
Semalam aku ada tanyer dia cmne aku nak control dan didik anak dara aku yang baru nak masuk usia 2 tahun tu. Lately nih, sejak dia pandai bercakap nih dan makin bijak dalam segala hal, dia makin kuat melawan dan buat2 benda yang aku susah nak control. Aku selalu menggunakan perkataan NO pada dia..aku takut menjadi kesan negatif pada diri Tia bila besar nanti. As Prof nih cakap, banyakkan perkataan positif like YES to our kids, so that dia sentiasa berfikiran positif dan berkeyakinan bila besar nanti.
Jadinya, aku tanye la Prof lebih lanjut macamane cara aku nak respon yg positif pada anak2 aku nanti. dalam masa yang sama aku takder la emosi melampau sampai aku kena pukul/cubit dia. Tipu la kalau aku tak rasa menyesal lepas aku pukul dia..seriyess aku akan rasa bersalah..aku keksg pukul dia dalam keadaan marah dan tertekan. Kesian dia bila dok meraung2 lepas tuh. Walaupun aku akan pujuk dia balik, tapi aku takut akan ada kesan negatif dalam diri Tia nanti.
Even Abah aku pun tak suka aku & kakak mendidik anak2 dgn cara memukul. Sebab abah aku tak penah pukul kiteorang, cuma sekali aje dia penah pukul aku kat punggung sebab aku tak nak solat. haha, ok masa tuh baru dalam 11/12 tahun yerr..dan aku penah nampak abah aku pukul adik aku pun sebab adik aku ponteng kelas mengaji, masa tuh adik aku berumur 12 tahun gak. sekali tuh aje abah aku penah pukul aku, aku ingat sampai sekarang. Bayangkan kalau aku pukul tia banyak kali, mesti benda tuh akan jadi satu bayangan negatif kat dia kan? huhuhu..sorry sayang.. Ummi cuba untuk tidak pukul awak lagi. Hopefully aku leh control emosi aku dalam mengajar anak2..

Prof pesan, bila mengajar anak atau menegur anak, lakukan dengan penuh kasih sayang, jangan melakukan seperti menghukum dan membenci. tenaga yang hendak kite sampaikan pada anak, ialah kite tahu dia boleh berkelakuan baik dan kelakuan dia tadi adalah tidak mendatangkan kepadanya dan semua orang.

InsyaAllah..aku cuba pratikkan slow2..aku ni mak baru, mak muda kata orang, hihi, so byk ilmu ibubapa nih aku tak pandai lagi. banyak benda baru aku kena belajar..lagi2 anak2 makin membesar..dorang membesar dgn memandang kelakuan kita hari2..so secara tak langsung kite adalah model dorang kan?

Semoga Allah permudahkan aku dalam mendidik anak2 menjadi anak yang soleh & solehah. Aminn..

Korang yang ada masalah macam aku nih, aku sarankan korang add la FB Prof nih. Banyak tips2 dia kasik..Aku rasa sangat manfaat utk kite. Wallahualam..

Saturday, January 28, 2012

Twin2 dah meniarap jugak!

Semalam baru perasan si Hafiy dah meniarap sendiri. Dua kali dia buat sendiri. Tapi x lama la bertahan.. Sat je dah melalak.. Haha
Xpe, awal2 lagi.. Lepas ni pakat meniarap ajela si kembar. Makin bykla peta air liur dorang ni nanti kat mane2..jenuhla jugak keje aku tukar basuh cadar..huhu
Tak-apa-lah, anak2 bujang punyer pasal..Ummi redha ajela.. Well done my little pumpkin! :) ummi luv u..

Thursday, January 26, 2012

Dari Mana Anak Kecil Belajar Merampas & Memukul? By Prof Dr. RozietaShaary

Artikel ni aku dpt dari Fb (cuba cari FB prof Dr Rozieta nih, menarik sgt!) , sgt menarik minat aku sebab my daughter ada karakter macam ni lately. Jadi aku jadikan ikhtibar utk diri sendiri dan ingin para bloggers lain sama2 ambil panduan. InsyaAllah..

Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang ibu muda, mengapa anaknya suka marah-marah dan merampas atau tidak mahu berkongsi barang dengan kawan-kawannya. Saya perhatikan anaknya itu dan memang ternyata dia seorang yang cepat marah-marah dan tidak bertolak ansur dengan kawan-kawannya.

Saya bertanya kepada ibu muda itu, adakah sesiapa yang menjaganya yang suka marah-marah. Ibu itu menjawab tidak juga. Saya tahu jawapan itu tidak betul sepenuhnya. Saya dapat merasakan anak itu belajar berperangai seperti itu daripada orang dewasa di sekelilingnya.

Tidak lama selepas ditanya itu, saya melihat anak itu naik ke atas di mana ada beberapa kawan-kawannya sedang bermain dengan gembira. Dia lalu mencekak pinggangnya dan terus berkata dengan suara yang kuat dan besar seolah-olah meniru sesaorang, " Jangan gaduh-gaduh!" Bagi pendapat anda adakah dia melakukan ini semua hanya dari nalurinya atau ada sesaorang yang sering melakukan kepadanya begitu?

Anak kecil tidak akan menjadi pemarah, kecuali dia sering dimarah atau semasa di dalam kandungan siibu sering dimarah atau bersedih dan tertekan.

Cuba pelajari daripada senerio ini, anak kecil yang baru berusia 3-4 bulan, mengambil sesuatu dan mahu memasukkan ke dalam mulut, ibunya terperasan bahawa benda itu merbahaya, lalu MERAMPAS daripada anak itu takut anak itu masukkan sesuatu yang bahaya ke dalam mulutnya. Anak itu mengulang lagi dengan benda yang lain yang mungkin bahaya juga, lalu ibu muda itu merampas lagi dan kerana tidak mahu anak itu mengulangi perbuatan itu dan dengan hasrat mahu mengajar anak itu, si ibu lalu memukul tangan anaknya. Dengan harapan anak kecil itu akan faham benda itu tidak boleh dibawa ke mulut.

Namun, komunikas itu tidak berhasil, kerana apa yang anak itu faham ialah bila dia ambil barang orang akan merampas dan memukul dia. Oleh itu jika orang lain ambil barang , maka dia akan merampas dan memukul orang itu. Dan orang yang dia akan pukul adalah orang yang lebih kecil dan nampak lemah daripadanya.

Jadi apa yang hendak dibuat jika anak hendak memasukkan benda yang bahaya ke dalam mulut? Jawapannya, ambil satu barang lain yang tidak bahaya, katakan kepada anak yang ini boleh masukkan ke dalam mulut. Yang tadi NO, yang ini YES, ulang yang yes it berkali-kali supaya yang masuk ke dalam subconsiousnya ialah YES. Ini memberi dia lebih banyak YES di dalam hidupnya dan kesannnya hormat diri yang tinggi. Kenapa anak-anak kecil yang hebat bila besar menjadi kurang hebat? kerana dia terlalu banyak menerima NO.
Ya, saya tahu, memang bak kata dalam Bahasa Inggeris; " There is more to parenting than meets the eye" kalau tidak, tidaklah syurga itu di bawah tapak kaki ibu dan ibu bapa itu MESTI dihormati.

Memilih antara Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta untuk bersalin?

Macam kelakar aje tajuk entry aku..ayat bahasa malaysia tunggang langgang ker? haha, tapi korang tetap paham kan? hhehe, bagus! ok teruskan membaca.. mariiii!

Sape yang follow blog aku dari awal aku pregnantkan yang pertama sure tau yang aku bersalin dua2 kan hospital separa gomen. Aku pun kekadang confuse jugak dengan status PPUM nih. Fully gomen ke atau half2? camne lak leh jadi half2? padahal dorang ada je PPUM specialist (UMMC) yang mana cost rawatan lebih kurang macam hospital swasta yang lain. Kos yang starting dengan 4 angka. Ok tak kisah la, still bagi aku PPUM antara hospital yang murah & convenience untuk aku pergi mendapatkan rawatan semasa mengandung dan masa nak bersalin. Antara yang terdekat dgn rumah jugak.

Beza utama antara hospital gomen dan swasta adalah kos perubatan. Semua orang pun sedia maklum pasal benda tuhkan? macam aku dgn anak first, kos keseluruhan cuma RM500++ (1malam with bius), dengan kembar pulak RM900++ (2mlm plus NICU for twin2, w/out bius). Dua2 bersalin secara normal. Kalau dengan hospital swasta, normal delivery starting RM1500 up to Rm4,500 (ini aku cakap general swasta hospital ajela, kalau c-sec lagi la tinggi kan, ada yang cecah belasan ribu!.
Bagi aku, aku sgt concern pasal kos. Aku ikut kemampuan aku. Takmau berhutang bila tang nih. Memangla leh byr pakai credit card (contoh), tapi benda tu kan mcm hutang bulanan. Nanti nak tampung kos perbelanjaan anak lagi. Walaupun company aku cover maternity cost, tapi tak banyak mana. Still kena top up duit sendiri. Masa nak bersalin nanti dan lepas bersalin lagi banyak duit nak guna selain kena bayar bil hospital. Contohnyer macam duit untuk tukang urut, duit untuk keperluan anak..contoh diaper kena beli berpack2 atau susu formula khas, kes anak ko terkena sembelit ke/baby tak kenyang minum susu badan ko, atau baby sakit lepas2 tuh ker..kena kuning ke, macam2 la..aku takla doa yang negatif cuma aku cakap apa2 kes emergency yang tak diduga semuanya memerlukan duit. Bukan setakat tu aje, duit harian pun  kena ada, makanan orang pantangkan lain dari yang lain, so duit nak beli lauk basah utk org berpantang pun kena standby. hehe..apepun kena stand by duit cash utk ibu berpantang & jugak baby.

ok, dah bab duit.

Dari segi perkhidmatan antara hosp gomen & swasta, memang ada beza. Macam aku, awal2 kandungan aku pegi ke hosp swasta. sebab aku ada alahan yang teruk 2 kali pregnant. Memang tak larat awal2 tuh nak duduk 2-3 jam kat klinik kesihatan/hosp gomen. So aku dapat la rasa perbezaan antara dua2 hosp tu;

Swasta Hosp.
Monthly Check up stage
@ Doctor cakap pun lemah lembut. Nak buat apa pun macam check2 badan kite pun ckp pun lembut. hehe. Termasukla nurse2 kat sana. very helpful.
@ Kelengkapan serba lengkap. Everytime check up boleh scan terus. Tu yang excited tengok baby dalam perut tetiap bulan.
@ Ubat-ubatan semua kasik, siap extra vitamin lagi doc kasik. Cth macam neurogain - fish oil, pil calcium etc. Depend pada keadaan kite & baby.
@ Siap dapat sample susu ibu mengandung berpeket2 lagi..hhaha. Memacam brand doc kasik. Pilih aje nak apa..
@ Masa nak jumpa doc memang cepat. cepat2 pun sejam setengah jugak la. kalau org ramai and doc ada emergency kes..tetiba ada pesakit kena c-sec ke..so kite kena tunggu doc pulak. penah gak la aku tunggu sampai 2 jam lebih. haaa cmnoo tuh. depends pada luck ko la hari tuh la yerr..
@oh ye, doctor pakar ko leh pilih sapa ko nak. Ko nak doc laki ke nak doc pompuan ke..ikut keselesaan ko. janji duit ada nak bayar consultation cost dorang.

Delivery  & Ward Stage
@ Aku takla pernah bersalin kat sana, just based pada kawan2 aku cite je la..
Diaorang ckp masa nak bersalin tuh doc & midwife sgt la supportive. Tapi masa dah hujung2 nak bersalin tuh doc asyik tanyer aje nak bersalin normal ke nak c-sec. Kira macam ko boleh buat pilihan awal2 la..
@ plus husband ko pun leh teman skali kan. Yang ini la keutamaan kebykkan mommie2 nak beranak kat hosp swasta. Sebab nak hubby teman kan? hehe..macam aku memang la nak jugak Lokman temankan aku, tapi dia tuh awal2 dah surrender ckp tak nak masuk. takut darah la tuuuuu...hahaha. kang pitam kat dalam tuh kang, sape nak tolonggg..so dah dia pun macam tak berani, aku pun idakla berhasrat tinggi nak beranak kat swasta.
@ bilik pulak ko leh pilih, nak bilik biasa yang just 2 org aje dlm tuh but still ada air con & tv (siap ada channel astro lagi) atau ko nak VIP room yang hanya ko aje dalam bilik tu, so mak pak, suami, adik kakak semua leh teman dalam tuh..haha
@ nak air ke, nak makan ke ko leh mintak kat nurse tlg amikkan utk ko. Menu makanan harian siap leh pilih lagi nak lauk ape. classss kan? :P

Gomen Hosp
Monthly Check up
@ Aku penah check up kat Klinik kesihatan & kat hosp gomen. Semua benda ko kena buat sendiri. Masa urine test & amik darah. Ko sendiri yang terkial2 nak g cari tempat/kaunter nak buat ujian tu semua. Nurse2 main bagi arahan aje. Takder masa dorang nak tolong2 ek..ko ikut aje apa dorang cakap. tak paham sila tanyer lagi skali..haha. Pengalaman first time aku kat hosp gomen masa first mengandung : GOMEN
Doctor pun sama. Ada yang ok, ada yg kerek jugak..ikut nasib ko la hari tuh dapat doc mana. haa, doc gomen takleh nak pilih2. Ikut no. giliran tuh aje la yerr..
@ Bagus nyer hosp gomen adalah dorang nih memang sgt details nak tau background tahap kesihatan ko. If blood pressure ko drop ke, darah kurang ke, darah tinggi naik ke, diaorang memang akan bising2..stok pedih telinga punyer..tapi bila pikir2 balik bagus gak dorang buat camtuh, sebab nanti ibu2 mengandung nih tak ambil mudah bab kesihatan dorang. Ubat2 dorang kasik tuh memang la kena makan. Kalau tak memangla ko kena marah lagi skali. haha..aku la tuh. Masa aku mengandungkan kembar, aku liat makan ubat..hb renda. sudahnyer masa bersalin nyaris nak tumpah darah..seriyess aku insaf bab tuh..so korang jgnla skip makan ubat.
@ Standard check up kat gomen, maximum time adalah 3 jam. paling cepat pun sejam setgh..itupun kalau dah weekly check up. taknyah dah amik darah ..direct jumpa doc. So better korang bawak la bahan bacaan semasa buat check up. takla buang masa sgt, dari ko tengok2 org keliling ko, baik ko membaca ker. kan? hehe
@ tak dapat nak scan baby tetiap bulan. Mungkin 3 bulan skali aje. Itupun buat appointment lain. Doc cuma akan check heart beat baby shj.

Delivery & Ward Stage
@ haaa, bab ni la yang korang concern sgt kan?
@ masa nak bersalin, bila ko ckp aje dah rasa contraction, terus dorang suruh ko tukar baju semua dan masuk dalam labor room terus. Bila dah masuk LR, husband dah takleh ikut. So yang akan teman ko nanti ada penolong perubatan. Macam aku kat PPUM, budak2 praktikal yang teman atau freshie2 kot..muda2 aje aku tengok.
@ doctor akan datang sekejap2 to make sure semua ok. Bila dah rasa bukaan dah dekat 9cm, baru midwife panggil doc.
@ oh ye, masa bukaan ko kurang 5cm dioorang akan tanyer nak pakai bius ape. So pilihla bius yang ko rasa membantu ko nanti.
@ Masa nak meneran, semua pun support. Rasa macam tgk perlawanan bola sepak pun ada. haha..tapi seriyess sgt membantu. Kite memang memerlukan sokongan orang lain masa nak meneran tuh..sebab mind kite dah takleh nak pikir apa2 dah..haha. Aku sgt berterima kasih dengan doc2 & midwife kat sana. Layanan dorang kasik memang ok la bagi aku.
@ Doctor memang takleh nak pilih la. Mana yang bertugas masa tuh la yang ko dapat. Macam aku, masa Tia..semua doctor laki aku dapat..dari doc bius, doc yang sambut tia & doc yang jahit aku..semua laki..huhuhu, *maaluuuuu* tapi aku redha aje la..niat murni nih nak lahirkan zuriat..Allah Maha Mengetahui kan :) Masa kembar pulak, semua doc perempuan. So tak malu la. tapi kena tahan telinga aje, sebab doctor perempuan kan bising..hahahah. but semua pun ok..dorang tetap byk jasa kat aku. (korang baca entry pengalaman bersalinkan kembar)
@ bab wad pulak, bila masuk aje wad, semua benda pun buat sendiri. even ko nak air pun ko kena usaha la bangun sendiri, tuang air sendiri semua.
@ Bilik takder tv cuma ada air-con aje yek. Alaa, takder masa pun nak tgk tv..masa yang ada nak belek anak, bila anak dah tidur, time tu jugak ko mesti nak tidur. nak cover balik penat meneran kan...hheheh..
@ Menu makanan pun boleh pilih. Masa masuk2 aje wad tu terus isi form menu harian. Makanan hospital biasala, ada kala sedap adakala biasa aje. hekk. janji kenyang!
@ Nurse2 ada yang baik, ada yang tak mesra alam..itu biasa.
@ pengalaman aku di Wad bersalin Gomen

ok dah.

Overall, bagi aku..aku rasa selesa aje beranak kat hosp gomen. Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan aku sepanjang bersalin anak2.

Jadinya, terpulangla kat korang nak bersalin kat mane. Ikut kemampuan & ikutla kata hati sendiri yek :D
All the best kepada ibu2 yang mengandung. :)

nota kaki: orang cakap mana2 hospital pun tak kisah, janji senang bersalin :) , InsyaAllah..doa & tawakal. Ada orang pentingkan keselesaan jugak..ikut la hak masing2..aku cuma share pengalaman aku aje. ok cya!

Wednesday, January 25, 2012

WW - priceless!

My soul & my heart ;D
Tia kacau Abah tidur :P

Abang kiss adik!

Kembar 1 : Eczema

Doctor sahkan yang merah2 kat area muka Aariz tuh adalah kategori eczema. Bila dia tanyer dalam famili sape ada eczema, aku terus tunjuk kat Lokman..hehehe..sah la memang dari darah abah dia la tu.
ok fine. aku redha aje la, as long ada ubat utk dia..aku terima. So lepas nih aku tau nak buat ape bila eczema menyerang kulit Aariz.
So far, Hafiy takder lagi simptom2 eczema..cantek bersih kulit dia..cuma ada kesan2 gigitan nyamuk dan kesan cakar dari kuku dia sendiri..huhu..

First check up dengan Dr Syed, masa aku bawak kembar g KJMC kes telinga bernanah tuh, aku ada selitkan pasal kulit Aariz tuh, tapi doctor tak mau lagi kasik ubat apa2..dia suruh aku sapu krim biasa aje. Tapi kat rumah aku takde krim, cuma aku ada la sapu krim nappy rash tuh..hehe..kurang la jugak, tapi still tak baik2. Sapu bedak sejuk & camomile lotion pun still tak ok. makin besar adalah merah2 tuh..naik risau aku. tapi herannya, si Aariz takder pulak meragam ke, or garu2 ker..steady aje mamat kecik nih.

Kali kedua jumpa Doc, baru la dia nak kasik krim eczema. sampai dua ubat nyer..antibiotik tak payah dulu katanya. Dia check lagi skali telinga kembar, dia cakap dah ok. Tapi dua hari lepas aku check, telinga dorang tuh bernanah balik. Adehhhh, apsal ek? Cousin aku ada bgtau, kemungkinan boleh jadi sebab dari puting plastik tuh. Dia baca kat babycenter. Aku pun tak berapa sure. Ubat titik doc kasik dulupun dah habis. Hari Jumaat nih kena repeat g KJMC la gamaknyerr.. sah la macam rumah kedua dah hospital tuh dengan aku. mentang2 la aku berjiran dengan hospital, suka bebenorr budak2 nih g sana..adeh!

Berbalik cite eczema si Aariz, ada 2 krim. satu tu sapu setiap kali lepas mandi. Satu lagi waktu malam shj. Limit max 3 hari. Lepas 3 hari je, terus hilang merah2 kat muka Aariz. Alhamdulillah. Dah ensem dah anak Ummi balik. hehe..

Since aku dah tau Aariz ada eczema nih, next month bila dia dah start makan, aku kena pantau pemakanan dia. Nak kena tau gak makanan2 yang dia alergik, Sure ada punyer laa. macam seafood & ayam memang kena tengok. Itupun mungkin lepas 8-12 bulan kot baru leh makan. Awal2 nanti aku cuma prepare bubur nasi, puree sayur2 dan ubi kentang aje rasanya. Macam aku buat untuk Tia dulu. :D

Apapun, well done Aariz..eczema awak dah ok. Nanti bila merah2 tuh naik balik, Ummi dah ada ubat untuk awak, so dont worry k. Luv u baby!
Nanti kite g check balik telinga awak tuh yerrr..apa kess tak baik2 ntah..


Rezeki pagi hari

Lepas 3 hari aku EL last week, hari ni aku masuk opis semula..syiokkknyeee 7 hari cuti!! Walaupun x pegi2 mana2 sebab budak2 kena kuarantin, tapi sgt rasa segar dapat berehat kat rumah. 2 malam aje kiteorng balik rumah abah aku kat kota kemuning.
Oh, cite pasal rezeki pagi ni, masuk2 aje opis ternampak bungkusan atas meja. Dapat agak dah apa dalam tu..hehe..
Dulu kan aku ada masuk giveaway dari toteboutique. Haaaa, Alhamdulillah rezeki, dapat menjadi salah seorang pemenang.yeayyyy!!!
Suka suka suka!! Haha exciteddd seban first time menang GA..hahaha
To toteboutique, thank you very much for the card wallet! Me like likeyy 100x ;)

Monday, January 23, 2012

HFMD: kembar 2 berjangkit!!

Petang khamis lepas kakak aku call, dia kata badan hafiy macam panas..pastu meragam aje sampai dia pun naik sawan..hehe. Dahla haritu jugak anak bongsu kakak aku terjatuh kat taska dia, mengadu sakit tangan. Dia rasa macam tangan budak tu retak. Serabut kepala otak semua. Aku pulak dah start runsing bila terbayang si hafiy sakit macam Tia. Memacam bermain dalam kepala ni. Aku whatsapp lokman mintak kalau boleh dia balik awal and ambil hafiy & aariz balik.
Bila aku check suhu badan hafiy, yessss he got high fever..around 38.2c. Adehhh, aku check2 satu badan dia memang ada nampak simptom2 mcm kat Tia. Tapi tang mulut x brape. Dia punye meragam...xleh letak langsung. Nak berdukung aje..atau letak atas bouncer shj. hafiy tak minum susu langung sepanjang malam. Last dia minum masa balik dari rumah kakak petang tu. Salah satu sebab dia meragam sebab lapar rasanya. Tapi x dapat minum sebab ulcer dah tumbuh dalam mulut kot dgn x sedap badan kan. Pity my baby..
Sepanjang malam aku berjaga. Dan aku yg mcm ada sindrom "kerisauan-tahap-melampau". Yes, seriyess aku cuak! Aku check suhu badan hafiy setiap setengah jam okkk! Haha.. And aku x putus2 lap badan & kepala dia. Habis basah2..menangis2 budak tu bila kena air separuh sejuk di tengah2 malam..aku tak kisah! Nak nangis, nangisla..janji demam dia surut.
Aku tertido cuma dlm sejam dua mcm tu. Hafiy pun xlena tido..asal dia dah lena aje aku kacau. Aku kena make sure kepala dia sentiasa ada tuala basah. Naik rimas budak tu. Aaahh pedulikk, mak ko ni memang terlebih ngelabah hafiy!
Ada satu tahap, suhu dia dah cecah 39c. Aku dah macam nak ajak lokman g kjmc. Kalu dia xnak pun aku sanggup aje dukung hafiy & jalan kaki g sana. Haha, btw, hospital tu depan kondo aku ni je. Jln kaki 10 aje kot. Can be less than 10 minutes if u walk fast lah.
Okk, tapi aku teruskan sponging hafiy. Non stop! Sampaila aku rasa suhu dh kembali 37.8-38 then baru aku stop.. Itupun dah pukul 7pagi..
Huiiiii, malam 2012 yang sangat menakutkan aku!
Nasib baik Tia dah tak demam.lena budak tu tidur dgn abah dia. Oh cite pasal abah dorang ni..dia teman aku jaga hafiy sampai pukul 3 pagi aje..pastu bantai tidur mati..grrrrrr!
Esok pagi slumber dia tanye aku, "u tidur ke semalam yang?"
Wahhhh, terbaiklah soklan u yang..dia xtau bini dia jadi zombie semalaman jaga anak bujang dia tu.
Pukul 9.30 pagi aku call kjmc ckp nak datang pagi tu jugak, nak tukar time appoinment dorang ni. Sepatutnya dorang memang ada follow up apptmnt dgn doc malam nanti, kes yg telinga bernanah tu. Dah hafiy demam aku angkut jela dua2 skali jumpa doc syed nazir ni.
Masa kat hosp, boleh pulak tiba2 hafiy tak demam dah. Suhu badan jadi 37.4c. Alhamdulillah..pagi tu pun barula finally dia minum susu. Baru berhenti meragam. Tapi berat badan turun 0.05g. Bole? Haha.. Dari 5.82kg jd 5.77kg. Seharian x minum susu. Ada gak impact dia kan..huhu
Doctor pun geleng kepala bila aku ckp hafiy dah berjangkit. Nasib baik Aariz x kena lagi..dan alhamdulillah sampai sekarang Aariz ok.
Doc kasik ubat yg sama mcm Tia dpt. Doc check jugak telinga dorang. Doc ckp dah ok, tapi semalam aku perasan telinga Aariz ada balik nanah tu..buat aku cuak balik. Next week kena mengadap doc balik la rasanya..nak mintak dia double check balik telinga Aariz.
Update hari ini: isnin- 23 jan 2012,selepas 4 hari tia & hafiy dah x demam. Both dah minum susu macam biasa. Cuma tinggl bintik2 kat kaki dorang aje. Dorang dah kembali aktif & ceria. Alhamdulillah. Thank you Allah!
Lepas ni jgnla sakit lagi..
Oh nanti aku buat entry pasal Aariz with eczema pulak yerr :p

Nota kaki: aku siap ambik 3 hari EL. Nasib baik bos paham.huhu.. Baru bulan januari, cuti tahunan dah ambil 4 hari setengah. Adehhhh..
gambar ni diambil masa kt KJMC
Si hafiy baru diserang FHMD. Meragam aje..
Si Aariz diserang eczema di bawah mata dia. tapi nasib baik tak meragam
kakak dengan manja2 dia, baru baik demam
budak sakit
gambar diambil dalam pukul 12 malam rasanya.
aku tak pakaikan baju utk dia..senang aku nak lap2
nak tidur atas bouncer aje..huhu

Thursday, January 19, 2012

Penyakit tangan, kaki & mulut

Pagi semalam aku & MIL pergi KJMC. Even semalam dah g klinik biasa, tapi hati aku tetap x confident. Aku sgt yakin Tia dapat sakit tgn kaki mulut ni. Sebab tanda2 dia sgt jelas kelihatan.
Bintik2 merah keliling bibir dia sgt nampak lain. Aku heran apsal doctor klinik tu leh x nampak. Dia cuma ckp ulcer. Aku terus mintak EL utk bawak Tia jumpa pakar. Lgpun aku tak berani hantar dia kt rumah kakak aku. Takut berjangkit dengan budak2 lain pulak.

Malam tadi sikit pun Tia xleh makan. Dia nak sgt makan, tapi bila makan masuk je dlm mulut & tekak terus dia menangis. Terasa pedih dan perit rasanya..aduhhhaiii aku jadi kesian sgt. Mesti dia lapar sgt2. Dia xuma boleh minum air sahaja, itupun xkan habis sebotol. Agak payah jugak nak telan air, termasuk air liur. Dia sanggup kumpul air liur dlm mulut sebab sakit nk menelan.
Paling aku tak tahan semalam waktu nk tidur dia melalak2..mungkin dah lapar sgt2.aku siap dpt dgr perut dia berbunyi2 minta di isi..aku paksa gak dia minum susu. Akhirnya dia minum gak sampai habis..baru la dapat tidur.
Tapi sepanjang malam aku asyik terjaga aje..kejap2 dgr Tia merengek2, pastu si kembar bergilir2 nak susu. Plus kembar tak selesa tidur dlm cot..panas rasanya.. Berpeluh2, aku angkat dorang tidur atas katil. Barula dorang leh tidur nyenyak. Tp akula x dpt tidur dgn aman. Kejap2 bgn to make sure Tia x hempap/ tendang adik2 dia..
Oh berbalik cite kt KJMC, doc terkejut tgk aku balik. Aku tergelak and cakap, "yes doctor, me againnnn..hehe", pastu doc ckp "u yg ada twins tu kan?", "yup doc, but this time my daughter pulak sakit"..
When i said that i suspected tia ada penyakit tgn mulut kaki tu, terus doc check tgn kaki dia semua. And terus dia confirmkan Tia mmg sakit tu.. Haihhhh, betullah mother instinct..sekali tgk bintik2 kat bibir dia aku terus rasa HMFD.
Doc suruh kuarantin. Xbg sebarang aktiviti luaran.doc bagi ubat spray for ulcer & jugak gel ulcer. Tu aje. Xde ubat specific utk penyakit ni. Just kasik ubat demam biasa if demam. Nasib baik masuk hari ke3 demam Tia dah kebah. Tapi bintik2 kat tangan & kaki makin byk. Dekat bhgn "pokpok" pun ada. Aku x taula dia rasa gatal2 ke idak..tgk ok je tu. Cuma yg buat dia meragam sebab ulcer dlm mulut tu. Byk doktor cakap. Patutla menangis aje bila minum.huhu cian anak ummi.

Dan malam tadi buat pertama kali si kembar x tidur dgn aku..hukhuk..aku mintak tlg kakak jaga dorang. Aku x berani nak bwk dorang balik. Takut Tia cium2 adik2 dia. Baby lagi senang berjangkit. Harap2 dorang xkena. X sanggup aku dah..even org dewasa pun boleh kena jangkit. Harap2 imunisasi badan aku kuat. Amin!

Semlm jugak aku g giant beli barangn dettol. Nak kena cuci umah bersih2.. Mane yg tia tidur, baring & main2 semua kena cuci bersih..

Dan hari ni aku EL lagi. Menjaga penjaga peribadi si kecik-byk-songeh ni.. Doakan dia cepat sembuh ek kawan2.. ;)
Dahla cuti pjg minggu ni..adehhhh. Baru nk bawak budak2 join piknik kt ulu yam dgn kawan2 lokman..ntah boleh pegi ke idak. Aku x tau brape lama masa nk sembuh sepenuhnya..
sakit2 pun leh main lg kt hosp
atas: ubat spray ulcer tu sgt berkesan. aku pakai tu aje spray2 dalam mulut Tia.dia takmau pun, tapi sebabkan muncung spray tu panjang, sonang aje aku hala dlm mulut dia even tutup rapat. then terus boleh minum.
yang ubat gel tuh langsung dia takmau
tia tidur kesakitan
siap pegang botol susu, taknak lepas langsung. time nih memang aku sedih.
dia tak dapat minum susu tu, so dia just peluk rapat2 kat dia. macam bila dia peluk botol susu tuh dia dah minum la. 2 hari dia kelaparan. turun 300 grams. 
Dia leh minum susu bila dah mamai aje..sob sob sob ;(
skrg ni asal bergambar aje nak buat peace.
mulut kaki tangan penuh bintik2 merah. 
mulut pennuh ulcer sampai tak nak buka mulut. sudahnyer dia simpan air liur dalam tuh.
jenuh meleleh kat seluar aku semua.
kena bawak kain ke mana2..aku suruh dia buang air liur bila dah penuh dlm mulut..huhuhu~

Tuesday, January 17, 2012

Kids Update: My tot is 22 mo & my twins are 5mo

Macam biasa setiap bulan akan update progress anak2..

Tia Zahraa Lokman

Lagi 2 bulan Tia dah masuk 2 tahun..then baru aku akan stop progress report dia..hehe, focus kat adik2 dia pulak. Tia dah big girl..perkembangan pembesaran dia pun macam kanak2 lain..Alhamdulillah, aktif & sihat. sakit2 kekadang tuh biasalah..even semalam pun dia dah demam..aku check temparature badan dia 38C..dan sepanjang malam, asal aku terbangun aje aku akan rasa tahap kepanasan badan dia. Sekali aje aku lap2 badan dia dgn air..itupun dia bising2..hehe..so harini tak hantar kat babysitter dia (my sis), mintak tolong MIL jagakan..special care I think..
Oh update pasal makcik kecik nih, dah makin pandai bercakap bahasa melayu. haha..perkataan seperti: Ummi, Nenek, Acu, Abah, Mama, air, susu, tak nak, yak= berak, le'lek= gula2, kopok, sirap..etc.. yg best sejak dia pandai sebut susu & air dengan jelas..so makin byk la dia minum..berselang2 antara susu dgn air sirap/ribena/air masak. Makan dah kurang pulak..banyakkan main. Aku nak suap jgn harap la dia nak..ikut mood dia aje.
Berat badan dia dah 9.7kg..almost 10kg kan..patut la setiap pagi aku dukung dia rasa lenguh gak la tangan..sejak aku dah leh dukung dia nih, memanjang nak mintak dukung. ooo dulu masa aku pregnantkan kembar, aku jarang dukung dia..heheehe..kesian budak tuh, kira masa mengandung dia kurang kasih sayang dari Ummi dia kot.haha..Tu yg sekarang bukan main mengeletis dia nak berkepit dgn aku..huhu, redha kan aje laaaa..aku tebus la balik.
Susu dia dah cecah 6oz sekali minum. Diaper still M size. budak slim.
Gigi dia dah hampir penuh. Tapi bahagian bawah gigi dah ada karat2..huhu, my baddddddd..seriyesss aku rasa bersalah sgt sebab gigi dia dah berkarat. Nak bawak g dentist, tapi aku sure dia tak mau buka mulut punyer. Camne ek? Dia susah sgt nak gosok gigi. Tapi sekarang asal mandi dgn aku memang aku jadikan rutin utk dia..aku paksa gak utk berus gigi dia..hope is not too late!And hope gigi dia tak mereput dgn cepat..huhuh
Sekarang nih dia tgh nak belajar bermesra dgn orang. Anak aku nih penakut dgn orang yang dia tak kenal. Tapi skit2 la kena bg dia x takut. Macam kalau keluar jalan2, aku suruh dia lambai & say babai kat org2 yang tegur2 dia. Kekadang dia buat..tapi mostly dia buat muka slumber dia aje..haha. Kalau g event2 sedara mara & frens, ada time dia nak kat orang lain, ada time berkepit aje dgn aku/Lokman. Lambat mesra punyer budak.

Twins: Aariz Zaydan & Hafiy Zafran Lokman

Aariz dah pandai meniarap dgn jayanyer..Berat dia dah 5.9kg. Dah rajin bersembang. Hafiy pulak masih suka baring2 jek..langsung takder gaya nak meniarap, even mengiring pun jarang2..haha..steady aje budak bulat nih. Berat dia 5.8kg. sama gak, rajin bersembang. Diaorang nih kembar yang seiras tapi karakter dorang berbeza (buat masa skrg nih la).
Hafiy lagi ramah, mudah tersenyum bila orang agah. Aariz macam seriyes skit..susah nak buat dia tersenyum bila mood takder..haha.
Dua2 minum sekali 4oz (120ml = 4 scoops susu). Bila malam aku cuma bgn dua kali aje..selang 4 jam baru dorang melalak nak susu..tapi mostly aku kena bgn 4 kali!! huhu, sebab timing dorang nih minum berlainan..jarang la minum sekali serentak. selang sejam pulak tu..huhu..ponekkk!
Kembar dah kenal orang..orang yg diaorang tak biasa akan merengek2 bila kena dukung. kata adik ipar aku la..mane la aku pasti, sebab dgn aku dorang ok aje..muhahahah (dh kata ummi nyerr)
Aku belum lagi kasik dorang makan solid food. tunggu dah 6 bulan baru start. Next mth dah kena senaraikan barang2 nak kena beli buat preparation utk dorang mkn..hehe, part ni memang aku sukaaaa! yeayyy..nanti aku buat entry khas ek. (poyo jek)
Size baju dorang 3-6 bulan. Kira saiz normal macam baby lain arr..tak mcm tia dulu..umur 5 bulan pakai baju newborn pun boleh lagi..hhehe..
Rambut dorang dah panjang, lokman ckp ikut rambut belah family aku..ala2 curl & keras..mcm rambut adik lelaki aku jek..hahaha..tak kisah la kan, janji tetap comel di mata aku.
Yang bagus tentang kembar nih, time malam dorang memang tidur aje. Bangun cuma nak susu, then leh sambung tidur balik. So aku pun leh tidur jugak.
sekarang nih dah leh dengar dorang melalak dgn sekuat hati bila lambat dapat susu. First time aku dgr dorang melalak kuat2 adalah malam tadi. Sampai lokman yang selalu tidur mati pun leh terjaga sebab terkejut dengar Hafiy menjerit2..hahah..padan muka!
Baru la aku paham camne blogger lain selalu tulis yg anak2 dorang menangis2 mcm kena dera cmtuh..hehehe..

okla itu aje..

noa kaki: aku & lokman baru balik dari klinik, hantar Tia check doc. MIL kata dia takmo makan & minum. tidur aje. rupanya doc cakap ada ulcer kat tekak & kat dlm mulut. panas dalam. huhu, cian dia..semoga Tia cepat sembuh yer sayang.. Adik2 baru sihat, ko pulak amik turn sakit yerrr...pusing kepala Ummi nih! huhu

Saturday, January 14, 2012

Si kembar yang sakit

Malam semalam aku & lokman sama2 bawak Aariz& Hafiy ke KJMC. Setelah seminggu aku monitor sakit budak2 ni selepas pergi ke klinik biasa, xde perubahan pada mereka. Buat aku risau giler!
Aariz & hafiy both sakit telinga. Ada bendalir seperti nanah memenuhi ruang lubang telinga. Baunye busuk sgt. Setiap kali memang kena cuci. Nasib baik kembar x meragam sepanjang sakit.cuma kadang2 dorang rasa x selesa bila nanah keluar dgn banyaknyer.
Dorang bukan sakit telinga aje, tapi both ada selsema sikit (kes berjangkit dgn Tia, 3-4 hari lepas Tia selsema teruk, pastu keje dia kan nak mencium adik2 dia), even aku x kasik tapi manela budak tu paham. Kang merajuk kecik ati si kakak tu bila aku marah dia, kes hanya nak sayang  @ cium adik sendiri?? Confuse pulak dia..hehe.
Si Aariz ada penambahan sakit..kulit area muka dia menjadi kemerahan..macam alergik kt something aje.. Makin hari makin tebal & banyak. Sekitar bawah mata paling teruk. (tapi kesan merah2 tula dpt Ummi bezakan antara Aariz & Hafiy, kekeke..kulit Hafiy cantek bersih aje..)
Pukul 8 mlm pegi hospital, pukul 9.15 baru dpt jumpa doc. Ramai pulak budak2 yg sakit..kebanyakkan parents pun free time lepas keje kan..tu yg jadi lambat. Si kembar sampai meragamla nak tidur. Time dorang tidur malam adalah pukul 9. Aiseyyy...
Dr Syed check Hafiy dulu..dia kata telinga hafiy teruk jugak. Both sides ada nanah..dia bising gakla sebab apa dah seminggu baru bawak jumpa dia..huu..aku ckpla sbb aku dh g klinik biasa, ingat ok. But since xde perubahan, tu yg decide g pakar. Okehhh, my bad... Patut direct je g jumpa pakar..sakit baby2 ni xboleh hold2..sgt bahaya!
Doc terpaksa bagi antibiotik. Sebab takut melarat lg teruk. Doc ckp bernanah telinga tu sebab air masuk, lepas mandi x kering elok telinga, air berkumpul dlm telinga, tu yg jd mcmtu. Ok lpsni aku kena kurangkan air dlm baby bath tup dorang tu..mandi skit2 aje tau!
Si Aariz pulak kes sakit kulit tu, doc ckp dia alergik panas plus dlm famili, abah dorang ni ada eczema gk..kira adala yg mewarisi..adehhh! Budak2 ni kira cepat berpeluh kalau panas. Tu yg naik ruam2 tu..doc suggest dia tidur dgn air-con.oooohhhhh, a BIG NOOOO! Aku xnak ajar budak2 tidur dalam air-con. Lagi pulak since kiteorg berlima tidur satu bilik, ada yg x tahan sejuk. Contoh macam Ummi dorang ni (hehe) dan Tia. Tia pulak doc tu sendiri ckp jgn tidur dlm aircon sebab Tia punye lung is very sensitive. Cepat dpt flu if sejuk2 (dulu penah buat entry pasal si kakak sakit).
Hahaha.. Pening pulak aku dgn masalah budak2 ni..
Nak adil semua tidur dgn kipas aje..kipas syiling yg berkualiti tinggi kiteorg beli, pasang had kelajuan ke 3 dah sejuk..haha. Jimat elektrik jugak.
Ok berbalik pada check up kembar, so far both still ok. Doc kasik ubat2 utk seminggu, termasuk ubat drop for flu & ubat mkn for allergies. Kasik ubat ikut arahan, monitor selama seminggu then bawak jumpa dia lps 1week.
Ok, terima kasih dokterrr!! Bil saya x nak tau..sila claim dgn company..hihihi (sure terbunuh gak tuh bilnyerr..)
Balik dari hosp dh pukul 10 mlm. Tapau makanan, balik kasik susu & ubat kt budak2 then layan movie Songlap. Layannn...
Si kakak Tia, nenek dia dah kidnap bawak g rumah adik ipar. Dia suka btul main dgn cousin yg sebaya dia tu..

Malam nk tidur aku dilanda kerinduan yg amat pada Tia. Pagi seblm g keje je aku jumpa dia..huhuhu..ummi rindu Tiaaaa...;( tidur peluk bantal busuk Tia aje..huhu
Tapi bila aku call dia, hampeh... dia ckp xnk ckp dgn aku. Sabar ajela...
Ok done.. sekarang dah pukul 7.30 pagi Sabtu, dari pukul 6 pg aku taip blog ni pakai ifon. Lenguh dh tangan. Nak siap2 pagi ni ada breakfast meeting with my bffs. Yeayyyy!! Cant wait to see them!! Mommie mau gossipppp!!! :D
Bubyeee all! Happy weekend..
Aariz...sementara menunggu giliran dia main bubble..haha..hobi terbaru dia..
Hafiy pulak jadi mat cool malam tuh
ubat- ubatan si kembar
Ubat titik teling, ubat nasal drop untuk selsema, ubat makan utk allergies & antibiotik
Abah with Aariz
kesangapan menunggu giliran
hospital dah jadi macam nursery..bising btul budak2 main..hehe

Thursday, January 12, 2012

Twin1 dah meniarap!

Si Aariz memangla abang! Malam ni dia berjaya meniarap dgn usaha sendiri. Seronok btul tengok. Lagi 5 hari nak masuk 5 bulan baru leh meniarap..bila terlentangkan dia balik, cepat2 dia pusingkan badan dia..excited la tu dpt buat benda baru..hehe..good job baby!!
Si hafiy masih steady..bykkan membebel dari nk berpusing..dia tak heran pun tgk Aariz main pusing2..haha..maybe take time skit.its ok..bg masa je kt dorang..insyaAllah :)

Belajar Tajwid

Tahun ni aku berjaya mendaftarkan diri ke kelas tajwid, anjuran persatuan company aku. Kelas ni since last year dh ada, tp bila aku baru letak nama, tetiba dpt mabuk2...daku mengandung lagi pulakkk, hehe..sgt x mampu nk join kelas ni. Sebab kelas ni lepas masa bekerja. Dari pukul 5.40 ptg sampai pkul 7 mlm. So last year punyer kelas terpaksala aku tangguh.
This year kelas dibuat lagi skali, terus aku mintak izin lokman siap2 nak join, so seminggu skali dia kena amik budak2 sorang2 la..hehe. setiap hari Rabu (ingat tu encik Lokman yerrr..)
Takper, seminggu sekali aje aku attend kelas ni. Aku pikir bila lg nk belajar tajwid. Dulu2 masa kecik pernahla belajar segala jenis mad mad, iqlab ni kan, tapi bak kata ustaz tu semalam, even kite dh penah khatam quran 2-3 kali masa zaman kanak-kanak2 riang, itu masih tidak cukup. Sebab zaman tu permikiran kite x berapa matang lagi, penghayatan & kelancaran tu x berapa sempurna..jadinya bila dah tua-tua macam ni adalah perlu kite khatam quran blk dgn tajwid yg betul. Al-kisahhhh...
Jadinya, utk tahun ni aku tambah lagi azam yang baru... Belajar tajwid setakat mana yg termampu & cuba khatam quran dgn bergurukan ustaz. insyaAllah..
Pertama kali masuk kelas semalam, 20 minit pertama ustaz ajar tajwid. Lepastu baru sorang per seorangan g mengaji depan ustaz. Mane2 sebutan yg x betul akan dibetulkan, sekaligus dpt memahami tajwid..alhamdulillah..
Pertama kali aku kena baca depan tok guru sangat la cuak okk..kira ada ketaran la kat suara nih..hahah, bacaan pun ada tersekat2..nak pulak kena baca start dgn muqaddam..surah Ad Dhuha..haaa. tergeliat ko lidah nak menyebutnyerrr..Ada dua surah pendek aku kena baca, then settle! takleh lagi masuk Quran..sebab aku nih kira beginner la..hahah..saya redha Ustazzzz!! next week dia suruh aku baca Al-Fatihah pulak..haaa sudahhh..sebab ustaz cakap Al-fatihah tu penting sebab kite baca hari2 dalam solat kan..kena perbetulkan tajwid betul2..

haa, ni dia Muqaddam aku pinjam dari kakak opismate..hehe
aku confident bawak Quran aje..
bagus muqaddam nih, besar2 tulisan jawinya..
aku nak cari satu kat kedai la..leh buat hafalan jugak ayat2 lazim. then leh ajar anak2 nanti aliff ba ta
InsyaAllah..

Semoga Allah permudahkan urusanku untuk belajar ilmu- Nya..aminnn..

Wednesday, January 11, 2012

Pakai Merah, Dapat 1 set Kenny Rogers Roaster FREE!


Lunch time tadi satu department aku pegi Subang Parade..gara-gara nak makan Kenny Rogers. Hari ini ada promosi terbaik. Pakai aja apa2 berwarna merah hati, beli 1 set qtr meal, then leh dapat 1 set quarter chicken dengan PERCUMA! kira buy 1 free 1..dengan syarat..side dishes takleh pilih2..takder la dapat macaroni cheese ke, pasta ke, garlic potato ke..hanya dapat mash potato, coselaw & baked bean. hehe..cumaboleh pilih nak gravy lada hitam or original dgn muffin coklat or vanila. haaa itu saje :P

Ini bos aku la punyer cadangan. Tahun baru makan2 bersama staff. tapi bayar sendiri2..hhahaha, jgn harap dia nak belanja. kehkehkeh

Sesampai sana memang dah penuh, tapi cuma kena beratur tunggu seat dalam 15 minit kot. Nama pun lunch time, ramai la orang. Then, sebabkan ramai orang, pukul 2 ptg baru kiteorang dpt makan. kena tunggu dlm 20 minit lagi, kes tunggu ayam abis bergolek. Pukul 2.45 pm baru masuk opis. Dah kuar satu department, kira 45 minit lewat tuh halal la ek? haha..sronok btul aku leh masuk opis lambat2 nih.

Kiteorang pegi 7 orang, tapi byr cuma utk 4 pinggan plus air. Total semua RM121.20. Dibahagi 7 orang, sorang cuma byr RM17.30. Okla kan? tapi....mahal btul lunch aku hari ni..selalu tak lebih RM5..huhu..esok lusa punyer belanja kena jimat pulak..sebab dah lari bajet..hahahahaha..

aku tak dpt snap gambar2 kt KRR, kes bos duduk depan aku. sogannn den nak mengeletis snap2 piccas nih..hahah..
sape yg teringin makan KRR, boleh lagi pegi malam nih, lepas keje pun boleh..sehari aje promo nih haaa..



Monday, January 9, 2012

Gambar Family di Peti Sejuk

Haaa..sampai ke dapur leh tengok gambar family aku.
Sayang betul aku dengan suami & anak-anak kan? sampai ke dapur aku nak jugak letak gambar2 dorang..hihi..seriyessss..buat pembakar semangat utk aku masuk dapur dan masak agaknyerr..haha

Aku beli voucher kat Milkadeal dengan harga RM28 sahaja. Harga asal RM90. Ada 6 keping semuanya termasuk kos penghantaran. Murah kan??

Tapi rasa macam tak cukup aje 6 keping, banyak sgt gambar budak2 nih yang aku suka..sampai tak tau nak pilih yang mana..sudahnyer aku kasik extra photo, suruh orang yang cetak tuh pilih yang cantek..haha, hentam aje.

Makan masa seminggu gak la baru sampai kat tangan aku. Pagi tadi baru sampai..excited nak cecepat balik & tampal kat peti ais. Nak letak kat opis tampal gak CPU, tapi rasa lebih comel letak kat peti ais. Nanti if ada promotion online lagi, confirm aku order lagi. Sebab first trial ni menjadi. Memula dulu takut gak kalau2 benda tak jadi..tu yang takut nak beli lebih.

Actually nak beli untuk hadiah kat orang pun sesuai sgt! kan??

utk CNY nih ada gak aku tengok tadi. tapi harga lain skit, RM32 utk 7 keping. Sape berminat leh arr beli. Kat Groupon ada, Milkadeal ada gak rasanya..aku dah lupa dari mana aku tgk pagi td thru email. hehe..korang carila yekkk.

bubyeeee!!~

Sunday, January 8, 2012

72hours with kids

Jumaat lepas aku cuti, campur dgn semlm & harini..haaa jadila 72 jam dgn bebudak..cmne nak kata ek? Seronok2 layan dorang, tp ada masa aku stress giler..hahaha..skrg seriyess penat!! Seharian aku kemas2 rumah. Tukar langsir, bersihkan habuk bawah katil, sawang2..lap kipas, basuh laundry area, sental lantai, lipat kain 2 bakul, tukar cadar... Masak jek tak buat..hikhik. Lokman yg jadi Master chef, aku assistant ajek..sambil2 buat2 keje berlari2 gk buat susu budak2.. Haa mau tak seteresssss!!
Tapi overall sgt puas hati. Rumah dah bersih! Budak2 pun behave..weekend yg sgt fully utilised.

Meh layan picca aje la

Aku update guna ifon. Gambar sure terabur..heh3..ampunnn yekk

Ada gambar tia main dgn kembar.
Si kembar yg makin ada ragam
Kiteorg sempat outing dinner kt Empire
Si tia ber karaoke dgn abah dia.seriyess lawak.. Leh berebut mikrofon pulak tu.tapi nyanyi bahasa german dia laaa..
dekat Empire..si kakak merajinkan diri menolak stroller
si kakak syiokkkk leh karokk!
taknak lepas langsung mikrofon tu
haaa, tangkap feeling lebeyy..padahal nyanyi bahasa alien dia..haha
budak kecik jadi assistant abah
hafiy
kakak melayan adik
haaa, sila abaikan kain kat atas sofa itu..hehe, berlambak koooo!
weekend time with kids! luv it!
my adorable twins
dinner @ La Bodega Empire
dah penat main, lepas mandi terus tido..legaaaa Ummi! :P
 
Blog Template by Delicious Design Studio