Minggu lepas aku beria mengajak Lokman pergi Setia City Mall dekat Setia Alam, Shah Alam. Ramai yang cakap tempat tu best, shopping mall baru buka. Nak pergi sana pun kira tak berapa jauh sgt la dari rumah kitaorang, heading ke Setia Alam, cuma ada 2 tol nak kena lepas. Mahal pulak tuh tol nyaaaa..
Yang buat aku teringin tu sebab ada butik H&M yang baru2 masuk ke Malaysia. H&M nih brand dari Sweden yerrr..hehe, ye la sejak perang tercetus antara Palestin & Yahudi nih, orang mula boikot semula barang2 buatan Yahudi dan kroni2 nya. So aku siap google lagi owner H&M nih..haha. Nasib baik dari Sweden. So leh arr tanpa rasa bersalah membeli nanti. Aku suka brand nih sebab pernah beli baju2 dan seluar anak-anak aku. Ada kawan aku pergi ke UK dan dia offer diri ambil order. masa tuh H&M lagi 2-3 bulan nak buka kat sini. Harga jualan murah kat UK amat murah berbanding dengan harga baju2 kat sini so harusla order sementara ada orang nak tolong belikan. Aku suka design & kualiti kain baju seluar dia. Tu yang rasa nak tengok sendiri butik HM kat Setia Mall nih, nak pergi outlet kat Lot10 tuh macam jauh pulak nak turun KL. Before that tengok kat website H&M Malaysia, rata2 harga-harga barang kat sana boleh katakan affordable la untuk kita. Kira nak beli sekali sekala untuk family boleh lagi arr..kalau selalu leh bankrap gak aku rasa..hehe (tu aku la yang keje makan gaji nih :P).
Lepas cuci-cuci mata kat outlets sekitar situ, aku & Lokman terus cari playland untuk anak-anak. Ada kawan kiteorang pernah bawak anak dia ke sana, kan sejak aku bawak Tia main kat Starship Galatica, OU dulu, terus dia suka main kat tempat macam nih, dok ulang2 kata nak main bola. So since playland kat Setia Mall nih murah, RM12 per entry kira 3 orang anak lepas lagi la. Tapi rupanya si kembar tak payah bayar..hehehe..Tia aje dorang kira. Masa tuh pulak cuma ada 2 orang budak. Jadi senang la nak control Tia & kembar. Dorang pun taklah takut nak main segala benda dalam tuh. Amazingly si kembar automatik tau nak pergi mana, nak buat apa, panjat sini, turun tangga..mak aihhhh, sangat aktif! Lepak sejam gak la..sampai Tia xmau balik. Si kembar pulak terus pengsan lepas tu..leh arr makan kejap before balik rumah. Overall, kira lepas nih if takder apa plan weekend, leh arr bawak askar2 aku main kat sana. Selagi kembar dapat masuk secara percuma!kekekeke..jimattt ooo!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 idea?!:
Post a Comment