Sabtu lepas aku mengajak Lokman dating dengan aku tengok teater. Last tengok
teater Natrah tahun 2010. Lama dah tak layan teater nih..adik ipar pulak offer nak dapatkan tiket murah..heheh..harus la grab peluang yang ada! Then kakak aku pulak baik hati nak jaga askar2 aku. Sekali sekala nak keluar tanpa anak2. hehe..tapi tak jadi hantar kat kakak, adik ipar aku pulak offer diri jaga askar2..terbaik!
Kiteorang bukan berdating berdua, tapi dengan rombongan keluarga lokman. Mak mertuaku, adik ipar dengan husband dia & adik bongsu Lokman. haaa, meriah kooo!
Dapat duduk kerusi 3 row dari depan stage. cuma kat tepi arr..memang nampak clear2 muka para pelakon.
Part paling best masa zaman Tun Hasmah (Lisa Surihani) bercinta dengan Tun Mahathir (Nadzim Othman), Tun Hasmah panggil nama manja Mahathir dgn "det". Rupanya dorang bercinta since kat UM, Singapore. Both amik jurusan kedoktoran. Dorang bercinta selama 8 tahun! Tun Hasmah adalah student yang sgt aktif, masuk hoki dan memacam persatuan. Sampai belajar pun asyik repeat2..hahaha, penat chedet membebel kat dia, suruh belajar betul2. Chedet pulak seorang yang skema..keje belajar aje. Dia yang mengajar Hasmah..kira dorang belajar bersama2 la. Parent Hasmah sgt tegas, suruh dorang dapatkan Ijazah dulu baru boleh berkahwin. Lepas tuh Hasmah bekerja sebagai doktor kat hospital kerajaan di beberapa negeri (Johor, Jitra Alor Setar). Tinggal berjauhan dengan Chedet. Dia mengajar bidan2 kampung supaya menjaga kebersihan dan memberikan kursus2 khas pada bidan2 kampung. Lakonan LS & NO sangat best! part dorang menari2 & menyanyi tuh memang syok, comel aje..
Then bila masuk part Chedet join politik, Eja & Esma Daniel pulak ambil alih. Part nih dah serius2..macamana Hasmah support Chedet dalam kerjaya sebagai ahli politik. Dianiaya, di fitnah dsb. Memang kuat la Tun Hasmah nih bila memacam dugaan menimpa. Dalam masa sama dia still bz dengan keje dia sebagai doktor. Ada satu part nih Chedet yang suggest dia pergi ke Iraq untuk bantu mangsa2 perang kat sana dan bertemu dengan Saddam Hussein. Kira dorang dua nih saling support kerjaya masing2 sehingga satu tahap chedet selalu kena outstation, dan perlukan Hasmah follow dia..then baru Hasmah resigned dan menjadi mengikut setia chedet kemana aja - sweet couple giteww!
Ada just part politik2 diselitkan. Kisah musuh2 politik Chedet seperti PAS & Anwar Ibrahim yang ingin menjatuhkan beliau, then part UMNO bersidang..siap kuar lagi UMNO tu takleh tahan..hahah..ada wanita2 UMNo pakai pakaian seragam merah putih dorang, part yang Chedet umumkan perletakkan jawatan dia..paling lawak masa ada pelakon sebijik macam Rafidah & Sharizat..kekeke..audience memang bantai gelak part tuh..tapi dalam masa sama sedih gak bila Chedet umumkan resignation dia, and Hasmah sokong segala keputusan Chedet even chedet tak inform kat dia pun pasal plan beliau nak resign at first. Ada part yang Chedet dimasukkan ke Hospital sebab serangan jantung. keadaan sangat kritikal sampai doktor2 suggest pergi ke US untuk operation, tapi Hasmah takmau buat keputusan sendiri, surh Chedet yang pilih nak buat operation kat mana. Finally Chedet pilih operate kat Malaysia aje sebab dia yakin dengan kemampuan doktor2 tempatan untuk melakukan operation untuk dia. Quote Tun, "kalau bukan kita yang nak percaya orang kita, sapa lagi?"..betapa tebalnya sifat percaya pada bangsa & negara chedet sampai sanggup pertaruhankan nyawa beliau sendiri. Dan Hasmah merelakan sahaja walaupun takut kehilangan suaminya. Anak2 dia semua ada..Dira Abu Zahar as Marina. Anak2 yang lain aku tak tau nama pelakonnyer..hehe..sorryyy..
Lakonan Eja & ED memang terbaik gak. ED memang pandai bawak watak chedet sampai cara cakap & gaya pun sebijik macam chedet. hehe..
Overall, baru la aku tau kisah perjalanan Tun Hasmah. Seorang yang berpelajaran tinggi, berdedikasi dan superwoman! Salute arr dengan dia. Dan beliau merupakan Wanita kedua yang menjadi doktor di Malaysia. haaa, jangan main2! Baktinya kepada negara sangat besar.. baru sesuai digelar First Lady Malaysia. hehe..
Cuma ending cite nih tetiba cite pasal Chedet pulak..hahah, macam tak sesuai sebab teater nih pasal Hasmah kan..scene terakhir, even Chedet tak lagi menjadi PM tapi dia still busy terima undangan sini sana sampai si Marina nak jumpa dia pun kena buat appointment dengan secretary chedet (lakonan Erma Fatima). Eventhough dorang berdua tak pegang jawatan penting dalam kerajaan, tapi masih lagi berbakti pada negara, selama negara masih memerlukan mereka (bak kata Tun Sri Hasmah). THE END.
Nice!
nota kaki: rasa lagi comel kalau Tun berhijab kan :)
aku jumpa Umie Aida..sangat cantekkk & kurus melampai. Dia pegang tabung untuk kutipan amal Gaza kat depan pintu nak masuk teater. :)
|
secene chedet dimasukkan ke hospital |
|
aku dengan MIL |
|
gambar nih patut terakhir..hehe, layan bihun sup kat sebelah Hospital Sentosa. Terbaik punyer bihun! kata Lokman..yolahhh.. |
|
menunggu teater bermula |
|
heheheh..nak jugak bergambar seorang kat Istana Budaya..kwang kwang |
|
dalam teater hall. aku duduk depan weyyy! :P |
|
part UMNO bersidang :P |
|
para pelakon hebat! |
|
cakkk! :D |
|
pergi la try bihun sup dia..superb! :) |
|
ending, memperkenalkan para pelakon. Baju kot biru itu Nazim Othman :) |
|
Tahniah pada semua..nice theater overall :) |
0 idea?!:
Post a Comment