Thursday, January 26, 2012

Memilih antara Hospital Kerajaan atau Hospital Swasta untuk bersalin?

Macam kelakar aje tajuk entry aku..ayat bahasa malaysia tunggang langgang ker? haha, tapi korang tetap paham kan? hhehe, bagus! ok teruskan membaca.. mariiii!

Sape yang follow blog aku dari awal aku pregnantkan yang pertama sure tau yang aku bersalin dua2 kan hospital separa gomen. Aku pun kekadang confuse jugak dengan status PPUM nih. Fully gomen ke atau half2? camne lak leh jadi half2? padahal dorang ada je PPUM specialist (UMMC) yang mana cost rawatan lebih kurang macam hospital swasta yang lain. Kos yang starting dengan 4 angka. Ok tak kisah la, still bagi aku PPUM antara hospital yang murah & convenience untuk aku pergi mendapatkan rawatan semasa mengandung dan masa nak bersalin. Antara yang terdekat dgn rumah jugak.

Beza utama antara hospital gomen dan swasta adalah kos perubatan. Semua orang pun sedia maklum pasal benda tuhkan? macam aku dgn anak first, kos keseluruhan cuma RM500++ (1malam with bius), dengan kembar pulak RM900++ (2mlm plus NICU for twin2, w/out bius). Dua2 bersalin secara normal. Kalau dengan hospital swasta, normal delivery starting RM1500 up to Rm4,500 (ini aku cakap general swasta hospital ajela, kalau c-sec lagi la tinggi kan, ada yang cecah belasan ribu!.
Bagi aku, aku sgt concern pasal kos. Aku ikut kemampuan aku. Takmau berhutang bila tang nih. Memangla leh byr pakai credit card (contoh), tapi benda tu kan mcm hutang bulanan. Nanti nak tampung kos perbelanjaan anak lagi. Walaupun company aku cover maternity cost, tapi tak banyak mana. Still kena top up duit sendiri. Masa nak bersalin nanti dan lepas bersalin lagi banyak duit nak guna selain kena bayar bil hospital. Contohnyer macam duit untuk tukang urut, duit untuk keperluan anak..contoh diaper kena beli berpack2 atau susu formula khas, kes anak ko terkena sembelit ke/baby tak kenyang minum susu badan ko, atau baby sakit lepas2 tuh ker..kena kuning ke, macam2 la..aku takla doa yang negatif cuma aku cakap apa2 kes emergency yang tak diduga semuanya memerlukan duit. Bukan setakat tu aje, duit harian pun  kena ada, makanan orang pantangkan lain dari yang lain, so duit nak beli lauk basah utk org berpantang pun kena standby. hehe..apepun kena stand by duit cash utk ibu berpantang & jugak baby.

ok, dah bab duit.

Dari segi perkhidmatan antara hosp gomen & swasta, memang ada beza. Macam aku, awal2 kandungan aku pegi ke hosp swasta. sebab aku ada alahan yang teruk 2 kali pregnant. Memang tak larat awal2 tuh nak duduk 2-3 jam kat klinik kesihatan/hosp gomen. So aku dapat la rasa perbezaan antara dua2 hosp tu;

Swasta Hosp.
Monthly Check up stage
@ Doctor cakap pun lemah lembut. Nak buat apa pun macam check2 badan kite pun ckp pun lembut. hehe. Termasukla nurse2 kat sana. very helpful.
@ Kelengkapan serba lengkap. Everytime check up boleh scan terus. Tu yang excited tengok baby dalam perut tetiap bulan.
@ Ubat-ubatan semua kasik, siap extra vitamin lagi doc kasik. Cth macam neurogain - fish oil, pil calcium etc. Depend pada keadaan kite & baby.
@ Siap dapat sample susu ibu mengandung berpeket2 lagi..hhaha. Memacam brand doc kasik. Pilih aje nak apa..
@ Masa nak jumpa doc memang cepat. cepat2 pun sejam setengah jugak la. kalau org ramai and doc ada emergency kes..tetiba ada pesakit kena c-sec ke..so kite kena tunggu doc pulak. penah gak la aku tunggu sampai 2 jam lebih. haaa cmnoo tuh. depends pada luck ko la hari tuh la yerr..
@oh ye, doctor pakar ko leh pilih sapa ko nak. Ko nak doc laki ke nak doc pompuan ke..ikut keselesaan ko. janji duit ada nak bayar consultation cost dorang.

Delivery  & Ward Stage
@ Aku takla pernah bersalin kat sana, just based pada kawan2 aku cite je la..
Diaorang ckp masa nak bersalin tuh doc & midwife sgt la supportive. Tapi masa dah hujung2 nak bersalin tuh doc asyik tanyer aje nak bersalin normal ke nak c-sec. Kira macam ko boleh buat pilihan awal2 la..
@ plus husband ko pun leh teman skali kan. Yang ini la keutamaan kebykkan mommie2 nak beranak kat hosp swasta. Sebab nak hubby teman kan? hehe..macam aku memang la nak jugak Lokman temankan aku, tapi dia tuh awal2 dah surrender ckp tak nak masuk. takut darah la tuuuuu...hahaha. kang pitam kat dalam tuh kang, sape nak tolonggg..so dah dia pun macam tak berani, aku pun idakla berhasrat tinggi nak beranak kat swasta.
@ bilik pulak ko leh pilih, nak bilik biasa yang just 2 org aje dlm tuh but still ada air con & tv (siap ada channel astro lagi) atau ko nak VIP room yang hanya ko aje dalam bilik tu, so mak pak, suami, adik kakak semua leh teman dalam tuh..haha
@ nak air ke, nak makan ke ko leh mintak kat nurse tlg amikkan utk ko. Menu makanan harian siap leh pilih lagi nak lauk ape. classss kan? :P

Gomen Hosp
Monthly Check up
@ Aku penah check up kat Klinik kesihatan & kat hosp gomen. Semua benda ko kena buat sendiri. Masa urine test & amik darah. Ko sendiri yang terkial2 nak g cari tempat/kaunter nak buat ujian tu semua. Nurse2 main bagi arahan aje. Takder masa dorang nak tolong2 ek..ko ikut aje apa dorang cakap. tak paham sila tanyer lagi skali..haha. Pengalaman first time aku kat hosp gomen masa first mengandung : GOMEN
Doctor pun sama. Ada yang ok, ada yg kerek jugak..ikut nasib ko la hari tuh dapat doc mana. haa, doc gomen takleh nak pilih2. Ikut no. giliran tuh aje la yerr..
@ Bagus nyer hosp gomen adalah dorang nih memang sgt details nak tau background tahap kesihatan ko. If blood pressure ko drop ke, darah kurang ke, darah tinggi naik ke, diaorang memang akan bising2..stok pedih telinga punyer..tapi bila pikir2 balik bagus gak dorang buat camtuh, sebab nanti ibu2 mengandung nih tak ambil mudah bab kesihatan dorang. Ubat2 dorang kasik tuh memang la kena makan. Kalau tak memangla ko kena marah lagi skali. haha..aku la tuh. Masa aku mengandungkan kembar, aku liat makan ubat..hb renda. sudahnyer masa bersalin nyaris nak tumpah darah..seriyess aku insaf bab tuh..so korang jgnla skip makan ubat.
@ Standard check up kat gomen, maximum time adalah 3 jam. paling cepat pun sejam setgh..itupun kalau dah weekly check up. taknyah dah amik darah ..direct jumpa doc. So better korang bawak la bahan bacaan semasa buat check up. takla buang masa sgt, dari ko tengok2 org keliling ko, baik ko membaca ker. kan? hehe
@ tak dapat nak scan baby tetiap bulan. Mungkin 3 bulan skali aje. Itupun buat appointment lain. Doc cuma akan check heart beat baby shj.

Delivery & Ward Stage
@ haaa, bab ni la yang korang concern sgt kan?
@ masa nak bersalin, bila ko ckp aje dah rasa contraction, terus dorang suruh ko tukar baju semua dan masuk dalam labor room terus. Bila dah masuk LR, husband dah takleh ikut. So yang akan teman ko nanti ada penolong perubatan. Macam aku kat PPUM, budak2 praktikal yang teman atau freshie2 kot..muda2 aje aku tengok.
@ doctor akan datang sekejap2 to make sure semua ok. Bila dah rasa bukaan dah dekat 9cm, baru midwife panggil doc.
@ oh ye, masa bukaan ko kurang 5cm dioorang akan tanyer nak pakai bius ape. So pilihla bius yang ko rasa membantu ko nanti.
@ Masa nak meneran, semua pun support. Rasa macam tgk perlawanan bola sepak pun ada. haha..tapi seriyess sgt membantu. Kite memang memerlukan sokongan orang lain masa nak meneran tuh..sebab mind kite dah takleh nak pikir apa2 dah..haha. Aku sgt berterima kasih dengan doc2 & midwife kat sana. Layanan dorang kasik memang ok la bagi aku.
@ Doctor memang takleh nak pilih la. Mana yang bertugas masa tuh la yang ko dapat. Macam aku, masa Tia..semua doctor laki aku dapat..dari doc bius, doc yang sambut tia & doc yang jahit aku..semua laki..huhuhu, *maaluuuuu* tapi aku redha aje la..niat murni nih nak lahirkan zuriat..Allah Maha Mengetahui kan :) Masa kembar pulak, semua doc perempuan. So tak malu la. tapi kena tahan telinga aje, sebab doctor perempuan kan bising..hahahah. but semua pun ok..dorang tetap byk jasa kat aku. (korang baca entry pengalaman bersalinkan kembar)
@ bab wad pulak, bila masuk aje wad, semua benda pun buat sendiri. even ko nak air pun ko kena usaha la bangun sendiri, tuang air sendiri semua.
@ Bilik takder tv cuma ada air-con aje yek. Alaa, takder masa pun nak tgk tv..masa yang ada nak belek anak, bila anak dah tidur, time tu jugak ko mesti nak tidur. nak cover balik penat meneran kan...hheheh..
@ Menu makanan pun boleh pilih. Masa masuk2 aje wad tu terus isi form menu harian. Makanan hospital biasala, ada kala sedap adakala biasa aje. hekk. janji kenyang!
@ Nurse2 ada yang baik, ada yang tak mesra alam..itu biasa.
@ pengalaman aku di Wad bersalin Gomen

ok dah.

Overall, bagi aku..aku rasa selesa aje beranak kat hosp gomen. Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan aku sepanjang bersalin anak2.

Jadinya, terpulangla kat korang nak bersalin kat mane. Ikut kemampuan & ikutla kata hati sendiri yek :D
All the best kepada ibu2 yang mengandung. :)

nota kaki: orang cakap mana2 hospital pun tak kisah, janji senang bersalin :) , InsyaAllah..doa & tawakal. Ada orang pentingkan keselesaan jugak..ikut la hak masing2..aku cuma share pengalaman aku aje. ok cya!

5 idea?!:

Aty Fared said...

timekaseh share pengalaman...aku check-up 2-2..gomen ngn swasta..aku nak beranak kat swasta-sbb aku nak laki aku teman setiap mase..[gediks] tp aku jugak bersedia beranak kat gomen kalau terpakse..bagi aku..beranak kat mane2 pon..tu semua bahagian yang dah ditentukan..urusan DIA-aku cuma mahu dipermudahkan segale urusan even terpakse beranak dalam kereta..huhu [macam kawan aku] senang jer pulak tu nak beranak...sakit perut..teran2 terus beranak tak sempat sampai spital..kelako lak rase..;p

Cerita bonda said...

aku pernah beranak kat UKMSC masa anak sulung.. HUKM biasa masa twins and PPUM masa Aryan. so far, aku prefer HUKM walaupun ward dia tak ok, tapi aku rasa doktor2 HUKM lagi terer dari doktor PPUM dan nampak lagi berwibawa (takdela pakai sling beg silang masa tgh menjahit *tut* patient..huhuhu)

nurulizzahz said...

ppum tue half gomen sbb dia UM.. mcm UM tu sendiri, rate dia x mcm IPTA lain.. tue la sbb dia half gomen.. eh phm x? hadoiii,, ayt tunggang langgang..

Tanpa Nama said...

terima kasih share pengalaman and perbandingan...review2 akak dah bantu saya buat assignment! thnx:D

Salwanura Wawa Zulkifli said...

Bukan nak kata pe....so far gomen mmg terbaekk bila hal2 hb rendah...darah tinggi....kencing manis...mmg pedih telinga la kalo kena sound dgn missi2 tuh...tp yg sy x thn...da sakit 3 hari....contraction kerap...pulse baby dah tinggi.....serviks br bkak 2cm (missi) yg check....x da pun nak masuk pape ubat atau rujuk pakar.... Yg lg menyebalkan.....mlm missi check serviks 2cm....paginya plak bila MO check 1cm.... selamba hippo suruh sy balik....kalo camtu...xyah la suruh sy admit mlm td....
Serius...kalo dkt swasta....doc da buat sumting...lebih2 lg bila pulse baby tinggi.....

 
Blog Template by Delicious Design Studio