Thursday, February 28, 2013

Kereta yang hilang bertemu kembali!

Tahun lepas, bulan 10 kereta Lokman hilang dekat LRT Kelana Jaya. Selama 4 bulan kiteorang bergerak bersama2..pergi balik opis sama2, eh tapi xde la hantar Lokman sampai opis dia, aku hantar & ambil kat lrt aje..hehe..memula rasa susah jugak la..tapi Alhamdulillah, lama2 dah jadi biasa. Kereta yang hilang tuh kiteorang dah redha aje la kehilangannya. Cuma tunggu masa nak polis nak declare close case aje so leh proceed dengan insurance bagai.
Tiba-tiba minggu lepas, dapat call dari polis kata kereta tuh jumpa semula, dekat area Taylor Kolej, PJ. Beberapa km aje dari rumah kiteorang. huhu..Orang2 area sana buat komplen kat polis sebab dah lama tersadai kat sana. Polis jumpa kereta tuh dengan dipasang plat no. lain.

Condition kereta tuh?

Memang tak dapatla yang cantik berkilat. huhu..Agak teruk jugak kata Lokman. Aku tak teman dia tengok kereta kat balai. Lokman just send gambar kereta thru wassap. Tayar tinggal 2 bijik. itupun yang 2 bijik tuh bukan tayar asal kereta tuh. cermin belakang habis pecah. meter board, dashboard, radio, speaker, gear box semua takder..lopong! tapi barang2 dalam bonet semua ada lagi. Banyakkan barang2 anak2 aku..baby carrier, tilam & bantal budak2, cover stroller kembar etc.
Nasib la yang lain ok..kerusi semua ada, enjin pun ada.
Masih boleh direpair katanya..dalam RM4-5k kos baik pulih. Polis dah bagi release kereta tuh..kasik tunda sampai ke bengkel untuk proses pemulihan.

Alhamdulillah..walaupun keadaan kereta tak berapa elok, senang cite parah gak arr, tapi dapat kembali harta yang hilang setelah beberapa bulan. Tak jadi la angan2ku nak pakai kereta baru..hahaha..buat masa sekarang kiteorang nak kasik habis loan2 kereta..tinggal dalam 2 tahun aje lagi pinjaman kereta masing2 habis bayar, InsyaAllah, tu yang rasa sayang nak jual..bersabar la wahai hati, lagi beberapa tahun aje la..dugaan Allah bagi sudah pasti ada hikmahnya..InsyaAllah..

Nota kaki: Pimp My Ride takder ker kat Malaysia? kalau la ada, rerasa dorang terima tak kereta Lokman tu??hahahah..   *verangan nak transform kereta wira jadi wolksagen gitewwww ;p


rongak sudahhh..


barang2 yang ada lagi dalam bonet..
bantal busyyukkk aku since dari sekolah ada lagi tu..hahaha..


kereta idaman..tunggu yekkk..lagi 2 tahun saya beli awak..InsyaAllah.. :)

Thursday, February 21, 2013

Mencomelkan anak-anak dengan pakaian yang comel2..

Aku suka sangat tengok budak2 melaram..rasa gerammmmm macam nak cubit2 pipi & lengan dorang yang comel gebu tuh! They are sooo adorable!

Pandai betul parents dorang gayakan anak kan? aku bab macam nih agak fail arr..seriyesss, aku tak reti sangat nak bagi anak2 aku nampak vogue gitu..kekeke, ala2 stylista kan...balik2 bagi pakai anak jeans & shirt..tu utk kembar arr. si Tia pulak main belasah aje la, skirt-shirt atau dress. haaa settle! nak pergi kenduri kawen, sarung aje baju kurung. ok done. dengan rambut kadang tak bersikat..terus lari keluar, pastu main belasah sarung sandal adidas. haaaa elok! baju kurung dengan sandal sporty.sangat la tak match! lagi2 anak dara aku tuh tak suka ikat rambut..asal aku ikat tak sampai setengah jam dia tarik buka getah tuh. Sampai satu tahap aku kena warning ni jgn buka..tapi sekejap aje la tuh dia takut, pastu buat slumber dia leraikan..serupa tak payah diikat rambutnya..tu yg aku g potong rambut depan dia bagi kontot abis. serabut aku tengok rambut panjang sampai tutup2 mata, then dok gedik2 selak2..haa, dah kerat pendek takder dah nak selak2..sonang!Serabai la ko nih Tia..

Bagi anak-anak laki nih dorang tak kisah sgt ek..sarung seluar dgn tshirt dah settle. tapi camne nak bagi dorang nampak smart ek? haahaha..kena main dengan warna ek..like color block ke, seluar cudroy merah dengan tshirt belang2 gitu? haha..then sarung dengan kasut boot/sneakers..stylo gitu..tapiiii bila start dorang buat ragam nak menyendeng2 kat maknya, terus fail! cancel! tak smart langsung jadi budak cenggeng..hukhuk..takder maknanya pakai lawa2 tapi sememeh aje..hahaha.

Kat instagram aku follow fashionkids. Suka tengok anak2 orang putih nih bergaya. Dengan gaya confident dorang walaupun baru umur setahun dua..uishhh..teruja tetiba nak bagi anak2 pakai macam budak2 tuh..so cute!
Meh aku share dengan korang beberapa keping gambar aku ambik dari instagram..hehe..

*sebenarnya nak carikan baju baru si kembar untuk photoshoot next week..hehehe..tu nanti aku cerita next week. bila dah jadi yek ;)





cantekkkk kan??? nak cari baju & legging camtu utk my girl..tapi kat mane yek? haha


this one sgt comel. my fren kata boleh tlg jahitkan exactly macam nih..yeszzaaa!
buat untuk Raya pun boleh kan? ;D
my fren cakap guna kain satin cotton sesuai for kids. Aku nih satin cotton pun aku tak tau macam man rupanya..cotton biasa tuh aku tau la..hahhaa..super parah mak ko nih Tia..tapi takpe, Ummi akan usahakan yek..hehehe.
So Raya tahun ini takder baju kurung tau..kite bergaya peplum pulak..hoyeyyy!


ni macam agak formal..still look like peplum..
with legging & ballerina shoe. ;)


ini comel, tapi cuaca kat malaysia tal sesuai la nokkk..
jeans & kasut tu ok la..baju tuh kalau mak korang nih bawak g Gentingke, Cameron ke..haaa sesuaiiii ;p


ni smarttttt!!!
kasut camtuh nak cari untuk kembar..
kemeja & cardigan..aduhhhh, cair hati bonda...
berebut orang nak buat menantu..hahha


u look gorgeous baby! hotttt!
beratur jejaka bersiul2 tepi jalan tengok awek nih lalu..haha


haaa ni la anak dara aku..
belasah tshir jeans sandal..dengan spek dia.tapi sekarang spek tu dah patah..
huhuhu..
rambut tu berjaya aku ikat untuk sejam..pastu selamattt...


seeeeee..dress dengan kasut warna warni..apa kess?
hahaha..ni sebab kononnya nak g piknik..so main taram aje.
tema pun kaler block..janji ikut tema..kekeke
anak laki aku pun langsung tak match baju & seluar..hahaha


g tesco main suar katok dengan baju nampak ketiak..
rambut depan kontot..hahha. macam mak jemah dah ko Tia!


ensem boy..
kemeja kotak butang sampai atas macam rappers & jeans, kepala botak
tapi duduk bersepah2 atas lantai..
habis macho!
lantak lerrr..


tadaaa..ini paling senonoh la aku rasa..
my pretty & handsome kids
serabai macam mana pun kamu semua, tetap cantek jelita di mata Ummi mu..
hahaha..

Tuesday, February 19, 2013

Big Bad Wolf Sale ada lagi!!

Baru perasan iklan nih...bestnyerrr! nak pergi ke tak nak nih? hehehe..
buku2 sticker Tia dah habis dia kerjakan..dua tiga hari lepas dia ternampak buku sticker dia, sibuk nak tampal2 lagi..tapi dah semua dia buat...kesian makcik kecik tu..aku janji dah beli lagi buku sticker untuk dia. Tengok pulak ada balik BBW nih. Tempat yang sama macam hari tuh.
Ada beberapa buku yang aku aim nak beli haritu...hurmmmm...kena cari geng nih ;p

Jom korang, kite beli buku lagi..hehehe..
pada 28 February until 4 March 2013

Monday, February 18, 2013

Picnic again with geng Jimba @ Lake Garden

Dah macam aktiviti tahunan pulak berpiknik di taman rekreasi..hehe, sejak ada anak nih, macam best pulak berpiknik beramai2 kat sana dengan kawan-kawan/famili, sambil layan kerenah anak, sambil tu bergosip dengan mak-mak.

Aktiviti dengan geng Jimba (kawan-kawan sekolah Lokman) memang akan dibuat setiap tahun. Last time kiteorang pergi Melaka sama2..untuk tahun baru ni kiteorang start dengan aktiviti berkelah. Tahun 2010 kiteorang berpiknik kat Sg Congkak. Seronottt! ;)

Semalam (ahad) kiteorang sekali lagi buat piknik kat Taman Tasik Perdana, KL. Last kiteorang pergi masa aku pregnantkan Tia 8 bulan (aku pun dah tak ingat bila, nasib baik tulis kat blog dolu2..haha).
Piknik bermula pukul 9 pagi, aku & Lokman tak menyempat nak prepare makanan, just beli air jus aje..heheh..maklumla anak kecik ramai, tak menyempat2..yang lain masing bawak makanan/minuman as per plan (potluch picnic katanya!)..ada nasi lemak, laksam, pasta, chicken wing, kek coklat, cupcakes, jajan, etc. Kebetulan dalam bulan 2 ni ada dua orang birthday dekat2 (Lokman & Adie), so kira celebrate birthday dorang skali arr..cupcakes ditempah khas untuk dorang ;) thanks to Azila.

Anak2 aku macam biasa la excited nak main playground. Layankan aje. Sampai tengahari masing2 start buat perangai..sebab dah panas & penat. Lagipun tengahari adalah masa2 diaorang nap. Si Hafiy kat situ gak nak melena. terus kemas2 dan gerak balik.

Sampai rumah terus terbongkang keletihan lima-lima.. ;p great sunday!

gambar2 bawah banyakkan aku cedok dari Instagram kekawan..aku tak cukup tangan nak pegang ipon & jaga anak2..






budak hepi dapat pergi playground


budak kena cium dek nyamuk kat dahi..
hepi gak main panjat2


Hafiy ku - keje memanjat la jugak nih haaa..


ni la geng Jimba..ramai kannnn?
theme kali nih - block color..so ramai ikut tema kaler terang2..kekeke


bapaknya siap bawak bola..kasik training dengan anak2 laki dia


ada seisi tiup bubble
berebut2 budak2 nih nak tiup


haaa ini budak org tiup dia g rasa bubble tu..sodap ke nakk ooii?
aiseyyy..tak reti tiup tapi sibuk nak jugak




gambar2 kat instagram Azila ;)


lat seisi before balik
berphoto dengan family masing2
ada member bawak camera polaroid, snap terus dapat gambarnya..
terujaaaa!
teringin pulak nak memiliki camera macam nih..tapi filemnya agak mahallll
nanti usha kat Groupon..kekeke

Sunday, February 17, 2013

Melawat & membeli coklat di Museum Chocolate & shop @ Kota Damansara

Dalam beberapa minggu lepas ada kakak ipar bagitau yang kat KD ada muzium coklat. Selain mini muzium ada jugak kedai coklat. Yang menariknya harga coklat2 kat situ boleh dikatakan murah la jugak dibandingkan dengan harga di kedai.
Jadinya siang tadi aku & lokman bawakla budak2 ke sana. Singgah lunch dulu kat rumah kakak ipar area KD gak then terus ke sana. Katanya tutup pukul 5 petang, so cepat2 makan terus gerak.
Aku mmg xfamiliar area sana. Ikut je kakak yg bawak. Katanyer berdekatan dengan uptown damansara tu. masuk area2 kilang & bengkel2.
Masuk free, cuma sampai je parking kereta kat dalam, then kena ambil pas masuk kat guard house. Masuk je terus ke bahagian muzium..ada cerita tentang sejarah coklat, jenis2 coklat dan macam2 info mengenai coklat serba ringkas. Kiteorg tak dapat baca satu persatu, sebab kanak2 ramai (anak2 kiteorang)..dorang bising berlari2 ke sini sana, susah nak handle. Sudahnya sempat amik beberapa gambar aje. area muzium tu takla besar, dalam 3-4 bahagian dah settle. Terus ke shop coklat. Tengok coklat2 memang rambang mata. Paling murah milky bar dalam rm5.++, paling mahal ada cecah rm80++. Itu mcm beli secara borong. Bermacam jenama coklat ada; daim rm22 sepeket, hersey rm15-rm60, merci, cadbury rm13 bar besar, tobblerone, mars rm20, m&m rm17 sepeket besar, ferro roche rm45 kotak besar, swiss choc, etc. if nk buat untuk hantaran pun ok atau nak bagi hadiah kat orang or nak buat birthday party anak.
Memang murah dalam 4-5 ringgit dari harga luar & murah sesangat dari Candylicious kt OU tu..hehe, bagi aku laa, cuma kalau nak compare harga kat langkawi, langkawi murah lg rm3-4 dari hrga kat sini..hehe..yerla, tp bila pulak nak pergi Langkawi tu kan?haha..if sesapa yang hantu coklat ke sesuaila g sana, buat stok peti ais tetiap bulan..hahaha. Kakak ipar aku dah beberapa kali pergi top up coklat, setiap kali pergi akan spend around rm100++ dasat! Suka dia layan anak2 dia ke sana.
Ownernya xsilap orang melayu. Dia hasilkan coklat sendiri jenama fidani. :D

Dalam 45 minit dah settle..haha. Jadila lawatan sambil belajar & sambil membeli kiteorang di hari sabtu. Beli 2 jenis coklat yg xpernah kiteorg makan..hehe

Alamat tempat ni:
Lot 2, jln teknologi 3/4
Tmn sains selangor 1,
Kota Damansara.

Jom usha gambar!



































Friday, February 15, 2013

Hasil tangan anak-anak yang kreatif!

Anak-anak aku memang pantang nampak pensil warna. Tak kisahla crayon ke, pensil warna ke, pensil atau pen.
Tia memang suka menulis. Umur sekarang nih memang keje mintak pensil warna aje..."Ummi, Tia nak lukis, mana kaler?" almost hari-hari dia nak mewarna buku. Aku memang suka la, ye la mak mana tak suka anak minat pada pensil & buku kan? Aku memang encourage dia dalam bab2 nih..
tapi aku jadi pening bila si kembar pun sibuk2 nak masuk campur..seperti biasa,yang buat hidup aku huru-hara adalah bila masuk bab si kembar..hahaha..
bukan la aku menyampah dengan anak2 laki aku tuh, tapi kesabaran memang teruji sesangat bila melayan kerenah dorang. My blood pressure go up & down you knowwww!! ;p

Seperti selalunya, apa saja yang Tia pegang dorang bukan akan sibuk2. Tia main ipon aku, dorang nak jugak. Tia main masak2 pun dorang join skali..siap ada aksi suap menyuap la..haha (part tu xpe, comel arr jugak), tapi sampaila si Tia main barbie doll pun si aariz nak join jugakk..haaa, sudahh..had tuh aku kena control..kekekek..tukar dengan bola ye Aariz..awak tak sesuai main barbie :D

Dorang pun dalam stage nak menconteng. Tengok kakak mewarna, confirm dorang nak jugak. Ada kala memang aku bagi. Tapi bila dah bagi, bukan buku yang dorang conteng. Habis semua tempat dorang nak conteng...huhuhuhu..

Tempat feveret dorang menconteng adalah;

LCD. dah jadi macam white board dah bagi dorang. huhu..takde rasa bersalah aje bila dorang menconteng kat situ..itu bukan white board la sayang..itu tv kesayangan Ummi..jenuh mengelap aje la abahnya pun. tak syok bila nak tengok tv ada kesan2 conteng disitu..ponteng stim nak tengok muka Adi Putra tau! hek hek..

Lantai. lantai rumah dah la putih. diconteng dengan crayon agak lenguh tangan gak la nak menyentalnya. alahai anak!

terbaru semalam, tengah aku & lokman masak2 kat dapur, dorang bertiga buat aktiviti menconteng. Tia ok la conteng kat kertas A4 aku bagi, Aariz conteng lantai. Hafiy? haaa, budak nih terlebih kreatif, dia conteng peti sejuk kaler putihhh akuuu!! dengan cabinet dapur pun kaler putih pink..
wuarrgghhhhh...menjerit aku tengok! 

aku terpaksa rampas crayon kat tangan dia. apa lagi, melalak arr dia.

Subhanallah! tersentap darah ummi ko nih Hafiy..dari ruang tamu ke dapur korang nak menconteng..sudah2 la tuh nakkk..tak larat dah nak membersihkan semua yang dorang dah conteng2. kat dinding jangan cakapla..setiap sudut ada hasil tangan dorang. huhuhu..buat tutup mata aje la Ummi korang nih..orang cakap, nak bagi anak cerdik pandai jangan halang kekreatifan anak..biarkan dorang tunjukkan kreatif dorang macam mana cara pun selagi tak merbahayakan diri. yerla, memang la, tapi kalau dah tahap merosakkan harta benda camno tuh? benda beli bukan sikit2 harganya..tercungap gak nak membayorr..so lepas nih kena la jugak perhatikan dorang nih main2.

Abahnya terus nak sorok semua jenis kaler Tia..hahah, tak bagi dah dorang main conteng2. nasib la korang.. :)  Ummi pun surrender..kekeke..

Terpaksa la aku upload application colouring dari iponku untuk bagi tia main kaler2 without real color pensel..hahahaha..jadilah! asalkan dia happy & Ummi pun happy sebab tak perlu nak jaga2 korang dok menconteng peti sejuk ;p






aktivit malam tadi.


mula2 bagi kertas, okla conteng2 kat kertas..


tapi tetiba lantai pulak dorang conteng..merata2 ada kesan conteng..aduhhh


haaa in kat peti ais. hasil tangan Hafiy


ini kabinet dapur, sebelah peti sejuk.
aku marah xbagi conteng peti sejuk, then dia tukar ke kabinet pulak!
cleverrrrrrr boy :)


aktiviti weekend
tia sibuk mengaler, si kembar saje kacau


Aariz siap landing2 atas buku kaler tia..hahaha..
tensen makcik kecik tuh..


aktviti main buku sticker sebelum tidur


dorang takmo tidur, aku amik sticker tampal2 kat muka dorang..hahaha

 
Blog Template by Delicious Design Studio