Friday, July 30, 2010

Mood Online Shopping & Home Deco..

Pesanan online sudah sampaiiii...

Botol kaca weego yang aku order dari BabyIbu dah sampai!!pos terus ke opis..thanks Yana!tapi belum lagi try kat Tia, tak tau la dia leh terima ke idak putting botol tuh, akan try malam nanti..hope Tia sukaaa.


Aku ada order wall stickers from kak liza dari facebook. Akak nih jual murah sangat!!!RM3-RM5 for 1 set(depend on size of the stickers). Dia letak harga promosi since dia baru berjinak2 nak buat business online nih, kalu ikutkan harga standard penjual online sekarang, diaorang jual dalam RM45-RM60. tu pasal aku terkejut giler biler kakak nih jual murah sangat!! Actually dah lama aku teringin nak beli wall sticker nih, since pregnantkan Tia yerr. Cos berhajat nak deco baby room for Tia..tapi sebabkan harga dia mahal, so aku delayla..delay punyer delay sampaikan dah beranak..hahaha..penantian yang tidak sia2, dapat gak sticker nih dengan harga yang teramat murah!yippieee!! aku borong sakan konon nak tempek untuk satu rumah (almaklum la nak raya kan)..haha..tapi kalu nak hasil lagi cantek, kena la cat rumah dulu..hurmmm..aduiii, ni yang malas nih! Kena mintak Lokman la catkan nanti..hehe..sesapa yang berminat dengan wall stickers nih, cari ‘Barang Serba Serbi” kat FB or nama akak ni Alizah Idris. Barang2 baby lain pun ada, macam busha legging (RM8 sehelai) & baby stoking. Aku beli gak stoking Minnie mouse RM4.50. Kak liza nih siap hantar by hand ke opis aku..so barang tak rosak. Akak nih siap kasik 2 stickers free!!!bagussss kan??senang giler deal dengan dia & babyIbu (liyana), hari nih order, esok dapat..



Ni contoh wall yang telah di tampal sticker.

Ini untuk bilik Tia..

yang ini untuk hall kot, or ruang makan..bunga Sakura ker nih??hikhik..dengan basikal old skool..

yang ini tak sure lagi nak tempek katner..main beli jer..

Ini la wall stickers yang aku borong. Ada stok lain, nak beli lagi, untuk bilik tengah & dapur..excited la plak!!haha..

Ini botol susu weego tu..sangat menarikk!!untuk 4oz
Rabu lepas aku pegi Metrojaya Sales kat Stadium Melawati, aku borong photo frames, dapat 70% less (around RM6-RM12 jerrr). Jap lagi nak g cuci gambar2 Tia & Family, nak buat frames corner kat rumah tuh..nanti dah siap aku amik gambar yerr..kena mintak tolong Lokman jadi tukang ketuk paku nanti..hehehe..

Nota kaki: mood men'deco' rumah sempena Raya menyerang!

Tuesday, July 27, 2010

lagi nak raya, banyak plak warehouse sales!!

okehhhh, aku baru tengok web SNS..
giler banyak warehouse sales nih!sakit jiwa raga den nengokkk haaa..
kopak poket kalu den poiee semua warehouse sales nih..

esok den cuti..plan kononnyer nak g amik Mykids Tia kat JPN, Kota Damansara, katanya 3 bulan dari tarikh dia lahir dah leh siap. tapi Lokman plak ada training offshore 3 hari..aku plak bukan tau tempat tuh, takleh nak main redah aje..takutt sesat den nih karangg!!

memandangkan esok free, den nak g Metrojaya Raya sales kat Stadium Melawati tuh, kot la jumpa barang buat pakai raya, macam langsir ke, cadar ker, barang2 perkakas dapur ker..den memang sukooo tengok barang2 rumah!!..then nak g melawat kawan baik den yang baru bersalin, dalam pantang tu haa..

ni tadi aku tengok ada plak warehousesales Fella Design, aku baca blog orang, kat situ kain langsir murah2, leh dapat RM5 p.m (tgk jenis kain la kot), teringin gak nak tengok, dah lama teringin g warehouse sales nih...huhu..mesti giler gak tengok perabot2 dia..
pada masa yang sama, ada plak Baby Fair brand Peddington, Bebe, babylove dll kat Kepong. Leh cari baju untuk Tia..tapi rasa2, tak moh la usha baju untuk Tia lagi..huhu

Plan yang wajib, aku nak g Pureen Warehouse tula, Lokman pun dah setuju (rasanyaaa, hehe)..

adoiiiii aiiii...bulan nih plak nak g tukar tayar kereta mini (KELISA) aku tu..hehe..memang dah botak abissss!dari awal aku beli sampai la sekarang tak penah tukar tayar..dah 5 tahun kottt..Lokman sekarang bawak keta tuh (tukar keta dgn aku), cos keta tuh bahaya kalu aku bawak, asyik terkehel aje tayar kalu jalan licin. maklumla keta ringan, melayang2 la kalau bawak macam pelisit!!bahaya..bahaya, wajib kena tukar dah..Lokman nak pasang tinted skali, nanti Tia leh naik, takla panas..hehe..

duit laaa lagiiii....haihhhh!

kesimpulan...jangan la nak berangan g shopping kat warehouse salesss yerrr...gaji aku bukan la RM20 ribu sebulan!hahahah..bulan depan plak dah puasa, lagi la banyak pakai duit, cos nak g bazar ramadhan, melantak sakan waktu berbuka..harga makanan sekarang sure naik lagi, ni sebab harga gula & minyak dah naik lagi!adehhhh...sob..sob..(sorry, termembebel banyak2 plak!hehe)

nota kaki: jangan ikutkan hati...poket kering nanti!!
"Ummi, jangan bazir2, tak elokkkkk!!"

Friday, July 23, 2010

MPH sales at Subang Parade, until 1st Aug!!

Pagi tadi aku masuk opis lambat sejam..hihi, sempatla bgtau bos. Alasan hantar Tia ke Kota Damansara (umah Mak Long dia), then kat NKVE jammed teruk due to accident antara Kancil & Motor..terbaring kesakitan orang motor tuh..so macam biasala orang Malaysia nih (termasuk la aku & lokman kan..haha) tolong tengok accident, itu pasal jadi jammed. Sebenarnya kitaorang terbangun lambat cos terlupa nak hantar Tia ke sana. Hehehe..aku dah bangun pukul 5.30pg, bagi Tia susu, kedebak kedebuk kul 6am aku bantai tido balik..huhu..akibatnya, pukul 7.30pg baru nak terhegeh2 hantar Tia. Nasib la bos cuti hari nih.
Pulak tu hari jumaat opis aku lunch break untuk 2 jam 45 minit. Aku plan nak g Subang Parade. Dah Tia takder kat umah, so aku malas nak balik, baik la aku jejalan kat Parade tuh. Saje2 cuci mata..



Aku nampak ada MPH sales kat ground floor, depan Parkson. Aku nak cari buku berkenaan baby. So inila hasilnya….

"Cooking For Baby" - by Lisa Barnes
Harga asal RM26.90 dapat 30% - RM18.80
"My Baby Record Book"
Harga asal RM22.90 dapat 30% - RM16.03
(both hard cover lagi!)
Actually 2nd book tuh aku nak kasik hadiah untuk kawan aku yang baru dapat baby last week. Buku nih lebih kurang macam yang Tia dapat dari Aunty Naniey, macam record book gitu, kita catit segala perkembangan baby kite secara details, sekali kena tampal gambar2 lagi..sangat menarik! so ada la kenangan biler budak2 tu dah besar nanti. bukan semua benda kan kite leh simpan dalam kepala otak nih, kite pun nanti makin tua,makin lupa.. so dengan ada record baby book nih, leh arr recall segala perkembangan baby kite.

Buku Cooking for Baby tu pun best..Tia dah nak start makan lagi 2 bulan, so aku nak kena prepare la bahan2 nyer nanti..hehe..try2 resepi baru khas untuk Tia.

yang pasti, esok aku nak pergi lagi la MPH sales nih, cos ada banyak lagi buku aku nak beli, termasuk VCD lagu2 untuk Tia. harga dari RM8-11.Kan nak kena carikan lagu baru untuk Tia nyanyi..hehe..then novel2 pun banyakkk..buku Sophie Kinsella 20%, buku2 masakan 20% etc. Tadi kena limit budget..hehe..tapi esok dah gaji leh arrr sambung shoppingggg...weeeeeeeee!!!

oh ye, buku yang Hidup Bersyariat oleh Ustaz Ismail Kamus yang aku cite semalam tuh ,tadi ada gak..aku tengok harga dia RM55, dapat 20% diskaun :)

Ini Tia, muka pagi tadi..heran dia pepagi dah naik keta. Dah 3 minggu dia tak kuar pepagi embun..sangat baik dia pagi tadi sebab ngantuk & mamai lago kot..hehe..comeyy anak Ummi!!

P/s: malam nih acara makan ikan bakar kat umah Along!yeayyy..!!

Thursday, July 22, 2010

si kecik menyanyi bersama2 abah lagu Ramli Sarip?!!

si abah suka menyanyi,
setiap hari si abah mengajar si anak menyanyi
si anak sangat pandai meniru gaya abah menyanyi
si anak bleh jadi bintang kecil ..hehehe..
terima lah.. TIA ZAHRAA..!!!

video ni dah lama, record masa Tia 2 bulan setengah..baru hari nih aku berjaya nak upload, ntah nape aku tak jumpa icon video dalam blog aku nih..haihhh!!..

sekarang nih susah plak nak suruh Tia nyanyi..lepas dia sakit ari tuh, mood dia kurang ceria..or dia dah bosan kot dengar lagu sama. Aku & Lokman kena carik lagu baru nih..hehehe..nanti la beli CD/VCD lagu untuk kanak2..mesti comeyyy!!

p/s : dapat ke tengok video tuh??kat opis nih aku tak dpt nak play plak..sengal btul!if dapat tengok, pleaseeeee ignore la suara Lokman yang tak sedap tu..just focus kat suara cute Tia aje yekkkk..pls plsss...hihihihi!

Baby-Mommie Items To Let go!

Aku ada beberapa barang untuk Ibu-ibu nak dijual. Aku dah pakai la, tapi tak lama..masih berkualiti lagi barang2 nih. InsyaAllah..

1) Moms Precious Cooler Sling Bag Set

The Moms Precious Cooler Sling Bag is the latest addition to our range of Breast milk Storage Solutions. Its nice and slim to carry around even as a handbag. Makes a great mummy bag too for short trips out with baby!
The Moms Precious Cooler Sling Bag Set contains:
>A Cooler Sling Bag (cooler/warmer bag with special lining for cold/heat retention)
>3 icepacks - which will last for more than 12 hours!
>1 Mesh Air Dry Pouch
Extra Product Features:
> Comes with a mesh air-dry pouch which can be used to hang and dry all your pump parts
> 2 front pockets with magnetic snap buttons
> a back pocket to store any tit bits
> 2 Inner pockets - transparent window (for your baby's picture) and mesh pocket
> Elastic bands to keep the pump parts, gel packs or bottles in place
> Removable separator (with velcro tabs) for keeping pump parts and bottles apart
> There are 2 ways to carry this bag: hand or sling carry
Dimension (inches): 10.5”(W) x 7”(H) x 4.5”(D)

Cooler Sling Bag nih aku pakai sebulan aje, sebab Tia dah tak nak minum EBM. still good condition. Set nih ada sekali dengan 6 storage bottles, tapi aku tak jual la botol2 tuh, cos dah tak berapa elok condition dia. Aku beli dengan harga RM140 kat Babyland. Aku nak let go just RM70.
2) Disposable Nursing Pad -Brand Tolly Joy
    > Dalam nih ada 40pcs plus 8 free. aku baru guna 8 free tuh aje. so dalam kotak nih  complete 40 pcs. aku beli dengan harga RM19.90. aku nak let go RM12.
Let go RM12- Sold

3) Bumble Bee Milk Storage  
 > Botol-botol nih aku dah guna dalam 2 bulan, aku simpan susu dalam freezer. still   condition elok. aku dah sterilize kan botol2 nih, InsyaAllah..ia adalah bersih! hehe..Dalam kotak nih ada 8 pcs. Aku beli kat Babyland gak harga RM29.90. Aku pikir kalu simpan pun nak buat ape, so try la let go, kot la ada yang berminat. Nak let go harga RM15

Let go for RM15 - Sold
Sape yang berminat leh arr email aku kat fira248@yahoo.com. Aku prefer COD aje, cos aku ni takde masa nak g bungkus2 & pos. Area nak jumpa leh kat area OU, Kelana Jaya, Sunway, Puchong, Midvalley dan sekitarnya..
terima kasih!

Doa Amalan Untuk Semua

Kan hari tuh aku ada bagitau pasal doa untuk anak yang Abah aku ajar dan suruh amalkan untuk Tia. Semalam aku ambik gambar buku2 agama/doa yang bagus untuk kita. Buku-buku nih bukan hanya untuk anak, tapi untuk semua orang especially keluarga kita la.
Macam buku “Ikhtiar Penyembuhan Penyakit” oleh Ustaz Harun Din ni khas untuk merawat sakit-sakit, seperti Doa untuk Selsema, Sakit GIgi, Pening dll, Untuk Ibu-ibu mengandung - ada Doa selusuh, Doa Sakit Bersalin, Untuk Keluarga- ada doa pelembut hati, doa pelindung dll. Bukan setakat doa aje, dalam nih pun ada Surah Yassin, Selawat2, Selawat Syifa, dan surah-surah pendek. Memang boleh dibawak kemana2 aje..Harga cuma RM15. Aku beli kat Jalan TAR, kan tepi2 tu ada kedai India Muslim jual buku-buku agama..
Masa aku mengandung dulu, Abah aku buat air selusuh ikut ajaran Ustaz Harun Din nih la..then masa Tia sakit pun, aku amal kan doa syifa and doa selsema. Yang paling best, ada doa untuk bayi yang menangis dan bangun terkejut sampai nangis2. Kalau baby menangis kita kena amalkan Surah Al- Zalazah. InsyaAllah..dia akan dapat tido semula.




Buku “Indahnya Hidup Bersyariat” nih pun bagus. Oleh Dato’ Ismail Kamus. Buku nih merangkumi semua perkara. Cara2 solat, berwudhuk, berkeluarga dll temasuk doa2 harian. Ada doa memohon keampunan, doa kasih sayang antara suami isteri, termasuk doa ketika bersama2 suami. Dan doa untuk mendapatkan zuriat pun ada dan mendapatkan zuriat lelaki/perempuan. Yang ini aku terlupa harga dia, sebab aku tak beli, Aku amik Abah punyer..hehe..

Doa yang Abah aku ajar:

“ Allahummar Hamha, Fainni Ar’Hamha”
(Ya Allah, kurniakan kasih sayang ke atasnya, kerana aku menyayanginya)

Ini la tulisan asli Abah aku..hehe..
Abah juga pesan, selalu zikir banyak2 kat telinga kanan anak, supaya dia menjadi anak yang soleh/solehah..InsyaAllah..

Hadith Nabi:
"Sesiapa yang menjaga anak-anak perempuan itu dan menjaga mereka dengan baik, mereka akan menjadi pelindung untuk dia (ibu bapa) dari Api Neraka“
InsyaAllah..Aminn..

Sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk Keluarga & Anak-anak kita yer..
Harta kita dunia & akhirat - Sayang Ummi

Wednesday, July 21, 2010

snap snappy 02+

Tia dah 4 bulan, so more pics taken...she is so adorable!! (puji anak sendiri..hihi)
Ini latest piccas Tia..Tia dapat lagi hadiah dari Aunty Huda. cute handmade tote!comel sgt, senang bawak g mane2,
"Hud, aku dah pakai g OU last weekend, sangat best!hehe, thanks babe!!"

Ini la Auntie Hud (kawan Ummi masa sekolah rendah lagi..SRK Sri Kelana, Kelana Jaya) , nanti Tia pun Ummi masukkan kat sekolah nih, sebab dekat dengan rumah kite...hehe
Tia dah pandai posing depan camera..

Atas: Tia tido dengan bear Aqish..hehe...Aqish tertinggal kat umah, so Tia pinjam la satu hari..
Bawah: Tia dah pandai gelak, lebar mulut dia..hahah

re-celebrating our anniversary..camtu pun boleh kerr??

last weekend hari outing my little family..
lokman ada mood nak bawak pegi jejalan aka shopping (ke OU, tempat faveret lokman)
aku kalu dah bab2 jalan nih, memang laju aje..heheh..ayuhhh!!
sampai sana, lokman ajak lunch dulu, dia bawak makan kat Chili's, dia kata re-celebrating kitaorang punyer anniversary last 2 months..bleh ek cenggitu??? layan kan aje la, dah makan free..hehe..
sepanjang lepak sana, Tia sangat la baik..dia diam aje, dia tau Ummi & Abah dia nak melantak sakan..so dia kasik chan....

Lepas makan, shopping timeee! Lokman ada presentation kat Petronas this week, so dia punyer la semangat nak beli baju baru. aku pun tumpang la sekaki..hehehe..tima kasihhh!!nak cari barang Tia, kiteorang tak berkenan plak, plus takder mood nak beli barang dia..hahaha, this time giliran Abah & Ummi plak shopping yerr, asyik beli barang Tia aje..tunggu Pureen warehouse la Ummi shopping barang awak yerr, anak Ummi tak memilihkan..warehouse pun jadilaaa.. :)

Makan besarrr!!
Tia pun nak susu jugakkk!!gambar bawah, Tia buat muka boring..heheh..cos tak dilayan oleh mak pak dia yang sedang layan makan..hehe

hari yang serabut, tapi rezeki tetap datang..

Pagi nih aku masuk jer opis, my opismate tanyer pasal report untuk Monthly Committee Meeting untuk all bosses including the Datuk (MD) which he just informed me that the meeting is TODAY, 9.30 morning!!meeting nih last week canceled, so aku assume, cancel terus la utk bulan nih, tak tau plak bawak ke harini..yang paling sengalnyer, the Secretary of this meeting langsung tak inform aku. Bodo ke ape??ko ingat aku nih internet bergerak ke semua benda aku tau?btw, baru tahun nih aku amik alih tugas meng’compiling’ all reports from 22 departments and kena buat 17 copies for all bosses. So for sure la aku tak tahu sangat jadual/flow meeting nih lagi. Dalam masa 45 minit, aku kena photostate all reports dibantu oleh kerani & colleagues. Giler btul!!!Kelam kabut gak la. Dah copy kena plak turun naik distribute report2 tu. Yang aku bertambah benggang, satu file kena hantar kat MD (the Datuk), dimana opis dia di tingkat paling atas (org atasan la konon, duduk la atas melangit), tingkat 16 (jerr..), nak g sana prosedur nya; aku kena naik lift sampai tingkat 15, then naik tangga ke tingkat 16. korang rasa banggang ke tak??ape guna ada 4 lif, tapi langsung takleh guna direct ke tingkat dia!!?baru pangkat Datuk tu, dah nak poyo. Abah aku pun golongan VIP gak, tapi aku rasa takla poyo cam MD ni, sampai nak menyusahkan staff sendiri…ni la manusia yang dapat pangkat dunia, peel pelik2!



Aku dah benggang2, tetiba datang plak Asst Manager aku..dia kasik aku tag parking for free!!yeayyyy..terus ilang marah aku..hehehe..actually itu parking space dia,(dia baru masuk dept aku), dia dah bayar kat parking management untuk bulan nih and next month, RM120 sebulan. Then tetiba HR bagi dia parking khas untuk dia kat basement so parking yg dia dah bayar tu takleh nak return, so dari burn macam tuh aje, dia bagi la kat aku, aku nak bayar balik tapi dia tak mau..hihihi..orang dah kasik free, terima aje la..tetiap bulan aku spend RM80 untuk parking aje. So kira murah rezeki la aku untuk bulan depan.sebulan la keta aku dapat parking berbumbung..hehe.. 
In return, Aku plan nak beli hadiah la untuk baby dia. Dia pun baru dapat baby before masuk company nih. Since dia takmau terima cash, so aku return dalam bentuk gift la. Orang berbudi, kite berbudi la balik..hahaha..

Ni aku ada meeting department plak, so sengal nak update keje2 aku dengan bos. jangan kena bambu sebab lambat compile report tadi sudah....haihhhh!

Tuesday, July 20, 2010

MC lagi, ulcer mulut + gusi bengkak

semalam aku amik MC.
ulcer penuh kat mulut, nak bercakap pun sengsara, nak makan apatah lagi...huhuhu..
mood pun kurang la nak update blog.
banyak benda nak update..

nanti la yerrrr..tengah dalam mood sakit!adoooiiii..dengan Tia pun takleh nak main sangat..buat memek muka aje la nak agah2 dia..hikhik, terconfusee anak Ummi tengok tetiba Ummi dia bisu..hahhaa..

tapi malam ni Lokman nak bawak g Uptown, hehe, nak makan lamb chop!!tapi leh ker dengan mulut yang sakit nih??adehhh!!mau kang lagi bertambah ulcer nih karang..

semoga saya cepat sembuh, leh mencekik banyak2!!

Wednesday, July 14, 2010

BabyIbu Giveaway: BabyRuffkins

Okeyyy..ada giveaway dari BabyIbu..
First time nih nak join contest giveaway macam nih..hehe..hope ada luck la kan..takde pun takpe, just mencuba nasib, kalu dapat... rezeki Tia..dapatlaa hadiah harijadi dari BabyIbu & BabyRuffkins!yeayyy!!

Ibu-ibu di luar sana, meh la join sekali..masuk blog BabyIbu nih for info :  babyibu-giveaway-babyruffkins

or masuk direct ke BabyRuffkins blog : babyruffkins

Untuk Tia, Ummi nak hadiah kan
Simple Dimple Glove Puppet Book - Bee

Product Information

4 Bright & Exciting Pages
Cloth Book Can Be Folded & Kept In Hidden Pocket
Book Size : 10 x 10 cm
Puppet Size : 25L x 15W cm
Packaging : Blister Card
Excellent For New Born & Above
Enhance Awareness, Eye Contact & Focus
Also Excellent To Build Social & Communication Skills Through Puppet Interaction
Enhances Mental Development Through Fun & Play
Soft, Bright & Informative
Non Toxic Colors & Meet International Safety Standards


Ummi nak Tia cintakan buku...cloth book nih menarikkk, sebab nanti Ummi leh main2 dengan Tia sekali, sambil baca buku - sambil main puppet bee nih..nanti Ummi nak belikan Tia cloth book banyak-banyak, bagi Tia minat membaca. Sebab dulu (masa Ummi kecik2)Tok Amjah (my dad) selalu bawak Ummi and all your Aunties & Uncles pergi Pesta Buku, then borong buku banyak2..best sangat!! Tok cakap membaca leh menambahkan ilmu dan dihormati orang.. jadi, sebagai permulaan, Tia leh mulakan dengan cloth book yang colorful nih yerr...


Tia Zahraa 4 months

She is 4- month old today! Alhamdulillah..
1) Tia dah tak suka baring aje, kalu mood dia nak berdukung, aduhhh, lenguh gak pinggang dibuatnyer..

2) She loves talking and singing (in her own language la), when she has a mood la, if not, senyappp aje sambil terkebil2 pandang muka kite.

3) Dia dah suka masukkan benda dalam mulut! Terutama sekali jari2 dia, kalu kita cabut puting dia, cepat2 dia masukkan jari dia, sampai bunyi “chap, chap” la..sangat layan okkk! If aku letak selimut/kain lampin kat badan dia, dia akan main2 dengan kain tuh, then masukkk mulut..takpun abis dia tutup muka dia dengan kain..part nih kena perhati gak dia, takut kang susah nak bernafas plak.

4) Tia dah leh angkat badan, nak buat sit-up...dah boleh nak duduk2 kan dia,tapi kena pegang la. Patutkah beli Bumboo seat??hehehe..

5) Biler meniarapkan dia, comel aje dia angkat2 leher, dah macam turtle dah aku tengok..hahaha, tapi kalu dia dah penat, menangisla suruh kite angkat..nampak gaya macam malas aje dia nak meniarap lagi..huhu. Dan dia lebih suka bersantai atas bouncer.

6) Batuk & selsema Tia dah takder.yeayyy.makan masa sebulan la gak dia nak completely sembuh..next injection dia untuk 5 bulan aku kasik delay (KK kasik date 1 July lepas), pelik gak aku, apsal kasik date awal sangat untuk injection 5 bulan? Budak nih baru nak masuk 4 bulan..huhu, kasik la chan Tia nak rest, dahla baru baik sakit..so next month baru aku bawak dia..ada kawan aku cakap, leh lewatkan injection until 3 months, tapi idak lerr lewat sangat, just aku nak bawak biler dia dah nak masuk 5 bulan, senang aku nak buat perkiraan nanti, (keep track the injection by her age).

7) Baju-baju Tia yang newborn – 3 months dah mula kena simpan dalam kotak..hihihi, dah debab-debab dah Tia..setiap bulan kena beli baju baru untuk dia. Best..best!Ummi sukaaa part nih!hehe..

8) Tia dah kenal orang. Paling dia takut dengan Mommy Shikin dia (my little SIL), siang hari MIL aje jaga dia, dengan Shikin dia tak mau. Kalu dia tengah mengamuk pun, dengan orang lain dia tak mau, biler Ummi dukung terus senyap..haihh!budakkk nihhh..tapi kalau tang beborak, dengan Ummi dia ikut mood, kalu dengan Abah, laju aje dia membebel..cehhh!jeles Ummi tau!!

9) Tia minum 3oz lagi, tapi makin kerap. Sekotak Enfalac A+ tuh leh tahan dalam 8-9 hari jer..huhuhu, so sebulan dalam 3 kotak. + 1 tin kecik. Bengkok gak la Ummi & Abah..hahaha.......huhu..

10) Tia dah berat 5 kilo lebih lebih..last timbang masa Tia g KK sebab selsema & batuk, Lokman slumber letak Tia atas penimbang – 5.2kg, itu last 3 weeks, skrg tak tau la brape..tunggu bulan depan la kot nak tau berat dia.

11) Tia dah pandai bergambar..pantang nampak Ummi shoot camera/hp camera kat muka dia, straight dia pandang kat camera tu..hehehe..tapi until now susah nak capture muka Tia tengah senyum lebar, nampak segala gusi & lesung pipit yang comeyy tuh..Ummi akan berusaha lagi amik gambar Tia comey2..hehe..siap pinjam camera besauu my sister!

12) Tapi biler nak record video Tia tengah membebel, terus dia senyap sepi..tak mau cakap skit pun, dia buat muka slumber aje.tensen btul! Pandai plak dia kenakan aku eh!

13) Sebabkan Tia makin comeyy, ramai kawan2 lokman dan aku nak kenenkan anak2 bujang diaorang..hahah..(Ummi plak yang terlebih perasan! Hehe..), ada plak yang dah/bakal ada anak perempuan pun siap bagi statement “kalu anak aku laki, dah lama aku suruh dia ngorat Tia”..hahahah..statement takleh blahhh!kecik-kecik Tia dah ramai boypren..aduhhh!

14) Ramai dah orang cakap Tia banyak ikut muka aku (mata, mulut, rambut, jendul sah la kan!haha)..which is aku rasa sangat la btull!!just kulit dia putih ikut belah Lokman kott..heheh..ntah-ntah perangai angin pun ikut aku (sebab cara dia kerut2 kening pun lebih kurang aku jek!haihh..)..haha, abis puting beliung la rumah nanti..tapi kawan aku nasihat, kalu dah nampak anak tuh ada perangai angin2, kite kena doa banyak supaya anak kita baik sifatnyer..baik akhlaknyer..hurmmm, ada btul tuh, InsyaAllah..Ummi harap Tia jangan ikut sikap negatif Ummi & Abah nyerr. Ibu bapa kena tunjukkan teladan yang baikk kat anak2..baru anak2 hormat..

15) Tia tido setiap pukul 10 malam, aku akan bawak dia masuk bilik untuk tidokan dia, kalu letak depan TV, dia susah nak lena. Then Tia akan tido sampai esok pagi, dalam kul 8-9 pagi..if nak susu, dia akan bunyi sikit2 sambil gerak kiri kanan, lepas susu terus tido. tak sempat nak sendawakan dia pun.
okehh, cukup 15! next month sambung lagi..
hepi besdayy sayang!!Ummi hearts Tia Zahraa..

budak kecik dah ketagih puting!aiyoooo...
Dia merengek nak mintak dukung la nih..haihhh!

Tuesday, July 13, 2010

pureen warehouse lagi?!

pureen warehouse datang lagi??
aku dapat iklan nih dari blog orang..
aiyooo..btul ker??kat shoppingnsales tak keluar pun lagi advertisement tentang warehousesale nih..
tapi kalu betul..
patut ker aku pegi??hehehe..
stok yang beli last pureen warehouse nih pun dah abis..ngam2 aje aku abiskan , just tinggal baby bath jer..
kalu pegi pun, dah taknak borong diapers dah, sebab Tia takleh pakai brand pureen, bontot dia melecet!
so kalu aku pegi , aku nak beli toileteries, baju & makanan (lagi 2 bulan Tia dah leh makan).

To En. Lokman : jom kite pegi lagi nakk???hehehe..

p/s : gaji bulan 7 nih kena save skit la untuk warehouse nih..hehe..

Order botol kaca Weego from BabyIbu

Aku suka botol nih sebab cover dia cantek & kalerr dia menarikk..hahaha..

weeGo bottle

weego blogspot


aku order yang size kecik - 4oz. cos Tia baru minum sikit..hehe..kaler orange cantekk kan??
RM49 each

BabyIbu tengah ambik order..sesape berminat leh arr order kat BabyIbu, dapat special price..hehe..

tapi sebabkan dia dari kaca, so pakai kat umah aje kot..if nak travel ,takut pecah plak..aku saje nak tambahkan koleksi botol Tia..hehe..(leh ek, Ummi ada hobi baru, collect botol susu anak?!)..hahaha

Additional Vaccines for Baby

Perlu ker ambil addidtional vaccines for our baby?

Sekarang nih ramai ibu-ibu ambil additional vaccine for their babies..macam Pneumococcal & Rotavirus Vaccines.

Aku masih berkira-kira nak ambil untuk Tia..aku dah start baca2 pasal vaksin nih thru Wikipedia, Susuibu dll sources. Ramai suggest ambik, sebab memang elok untuk kesihatan baby.

Aku ingatkan sekali amik aje, rupa-rupanyer vaksin-vaksin nih ada banyak dos. Macam Pneumococcal aje kalu amik time bayi nih kena 4 dose!Rotavirus 2 dose!Makkkk aihhhh...setiap bulam sekali cucuk ekk..kesian Tia nanti. Kawan opis aku ada amik untuk anak dia, sampai demam2 la anak dia, doktor cakap vaksin nih kuat skit. Itu yang buat aku seriauuu nak ambik untuk Tia, takut dia demam..belum masuk yang standard injection yang wajib amik tuh..huhuhu..

Cost untuk vaccines nih pun leh tahannnnn!!kena amik kat private clinic/hospital aje..range dalam RM150 ke RM300 (tengok tempat, cth Selangor Specialist - Rotavirus RM147, Coccal RM160 excluding consultation)..opismate aku try claim kat HR, tapi tak tau lagi lepas ke idak..kalu leh claim, best gak!heheeh..leceh nyer kena mintak GL laaa..

Aku ada tanyer SIL (nurse PPUM), dia cakap taknyah amik..yang standard injection pun dah cukup..hurmm, nasihat dari nurse tuuu...my SIL tak amik pun untuk anak-anak dia..giler sempoi la kakak aku tu.

Tapi vaksin coccal nih leh amik masa umur setahun gak, biler dah toddler amik 2 dose aje..so aku rasa leh jer nak tunggu Tia besar skit, baru amik..kannnn?Rotavirus kena amik before umur baby 6 bulan..hurmmm..pening aku pikir pasal vaksin2 nih!

Nantila aku buat survey dulu, and tambah knowledge lagi pasal vaksin-vaksin nih..huhuhu..

Friday, July 9, 2010

Tia dah pandai NAK meniarap!

Next week Tia nak masuk 4 bulan, dia dah start nak meniarap. Asal baringkan dia atas tilam/katil, mesti dia nak mengerengkan badan. Slow2 dia nak pusingkan badan, tapi masih tak berapa kuat. It’s still ok, she is still learning..nanti dah masuk 4 bulan, maybe dia dah bleh meniarap dengan mudah. Last week dia berjaya meniarap, tapi lama2 dia sendiri nangis..hahaha..rimas kot. Hari ni MIL cakap pagi tadi dia meniarap sendiri gak..hehe....pandai anak Ummi!!

My video cam rosakkk, huhu, tak leh nak record aksi Tia meniarap. Just dapat guna video handphone ajela, jadila, dari takder langsung. Bertuahnya budak-budak zaman sekarang, ada teknologi canggih, leh record setiap pergerakkan diaorang, buat kenangan. Zaman aku dulu2, setakat camera aje la, itupun gambar lama2 banyak yang ilang..sedih aje..tak dapat nak recall balik kenangan masa kecik2 dulu.huhu..

Sebab tuh untuk anak-anak Ummi nanti, InsyaAllah, akan di simpan segala kenangan bersama dalam photo album, thumb drive, laptop Abah, computer opis Ummi, memory card, dvd..semua la yang cangih2 tu..Kite kena ada back up file, if ada yang rosak ke, ilang ke, at least kite tak ralat biler ada simpan kat merata2 tempat..hehe..




Ehh, ini dah lari tajuk dah nih..heeeeee..nak cite pasal Tia meniarap, cite pasal kenangan la, gambar la..melalut sungguh!

btw Tia, good job & good effort!anak Ummi terrrer..sure leh berjaya!!hehe..nanti Abah bawak g repair video cam tuh, under warranty lagi rasanyer..hurmm, kena cari balik card warranty tu dalam almari, hope adalaa lagi..  
*seronok sungguh dapat tengok pembesaran anak depan mata..
   
Tia tengah cuba berpusing..go baby go!
buat muka comel2 depan camera..

Big Huggggs to Ummi’s & Abah’s Family & Frens..for adorable gifts & visits!!

Tia dah nak masuk 4 bulan..aku baru nak update gifts yang Tia dapat since dia lahir sampai la sekarang. Until now pun still ada kawan-kawan bagi hadiah kat Tia. Latest semalam Uncle Paul (Grandpa Paul for Tia) came from Sarawak. He is Lokman' uncle. Dia singgah umah, then masa nak balik dia kasik Tia duit belanja..hehe..Thank you Uncle!
So ini entry khas buat our family & kawan2 ummi &abah, dedicated our thankful to all..May God bless you all, always... Aminn.. :)

Our big thanks to you :-


  • Eryn & Sheikh Arwiz (came home on 1st day Tia at home) ~~~~ Big Anakku hamper (until now still ada lagi toileteries & baju2, Tia x muat lagi..hehe..)
  • SAAS geng (Lokman BFF)– Mira, Adie, Nonie, Fied & Wale, Sidol, dll (ramaiii..dalam 10 org kot, sweettt!) ~~~~ First Years Kit –thermometer, nail clipper, etc (purposely requested by us..hehe, senang diaorg nak beli)
  • Emanull, Huda & Mat Nor  (SMK227 BFF)~~~~ Car Seat (red color..tunggu Tia setahun kot baru leh duduk dalam tuh..)
  • Lin (godell fren), Khai (UiTM BFF)& Ayu (my cousin), Family Latif, Colleagues CGC, Uncle Paul ~~~~ Cash gift (nanti aku leh buka akaun Tabung Haji untuk Tia)
  • Kak Eza (godell), Suhaida (CGC), Lya (uitm arau), Erni (kwn sek men) ~~~~ Baby Disney & Cuddles Gift set (clothes)
  • Awin & Naz (Al-rajhi fren & lokman BFF)~~~~Fisher Price Toy
  • My sister : kakja ~~~~ Tupperware baby set (feeding bottles, milk storages)
  • My abah & ibu ~~~~~ Baby cot (Tia xbiasa lagi tido dalam tu,huhu)
  • My MIL & adik2 ipar ~~~~~ Lots of baju! (taknyah dah Ummi beli baju utk Tia lagi, hehe)
  • SIL & family ; Along Maznah ~~~~ hamper Pureen & Fisher Price toy
  • My sister Faiz & Family ~~~~ baby carier infant & clothes
  • Zeti (ex-Godell fren) ~~~~ Travelling bag set
  • Naniey & Latif (my UiTM BFF)~~~~ Shield Backpack & Baby Book (requested!hahaah)
  • Ashik (my BFF!) ~~~~ Pumpkin Patch bodysuit
  • Akmar @ Atem (my BFF-SMK227) ~~~~ Nice Brown Tote! (early pregnancy dia dah bagi..hehe)
  • Alien & Zeera (Lokman-SAAS-BFF) ~~~~ Pillow & Boolster set from Toy r us
  • My little brother ~~~~ Sponsored half for the Stroller :) 
  • Kak Dila (my Uitm Arau BFF) ~~~~ Anakku Musical Pull String Toy
  • KSTB Colleagues (Lokman) ~~~~ Big Hamper! (toileteries, toys, clothes)
  • Anem & Ajam (my BFF) ~~~~ Pink Crochet Sweater from Beijing..(tunggu Tia pegi Genting la baru pakai..hekhek..nak pegi oversea, memang tak kottt.. :P)
  • Uncle Rohaizan (Lokman fren) ~~~~ Big Hamper from Anakku (toiletteries, clothes set, feeding bottles)

sebahagian dari hadiah-hadiah yang Tia dapat. sorry tak dapat upload semua, kang leh jadi album plak entry nih..hehe..btw, Tia dah surely suka, sebab Ummi & Abah pun sukaaa!! :) thanks so much Babesss!!

Love u all! ^_*

Tuesday, July 6, 2010

Biler MIL tiada, babysitter ‘bidan terjun’ ambik alih!

Weekend lepas my MIL balik kampong (negeri sembilan). Dah lama sangat tak balik sana tengok umah yang dah penuh habuk & sarang labah2..huhu..MIL extend sampai hari Isnin. So aku dan lokman memang tak dapat nak cuti. Lagi-lagi aku nih dah banyak sangat amik EL (alasan semua pasal anak, aku rasa bos pun dah meluat dengar aku bagi alasan yang sama aje, hek hek!) option yang ada, aku amik time-off 2 jam , then lokman lepas abis meeting pagi bleh terus balik. Then ok la..

Kebetulan adik ipar aku, Syafik Syukri berumur 20 tahun, masih menuntut di UiTM Shah Alam…hehe, ada kat umah aku, dia nak masuk daftar UiTM balik mingu nih. Nak jadikan cite, aku nak masuk keje dah pukul 10.30 pagi tapi si lokman nih tak balik2. Aku call, dia cakap ada meeting lagi satu dia kena masuk kat Petronas.Tengahari baru leh balik. My MIL plak baru nak gerak balik dari N.9.Adooiiii!! sabar aje la..dia cakap bagi jer Syafik jaga Tia..hurmmm…biar btul anak bujang nih leh jaga baby?!

Tapi sebabkan aku rushing and I trust him to take care of my baby, then ok la..by time nak pegi keje, Tia dah tido balik. Aku dah siap mandikan dia, and bagi susu. So aku pesan kat Syafik, kalu ada ape2 message/call aku. Leh kot aku cabut balik rumah kejap. (opis ke umah dalam 10 min aje..hehehe)


Pukul 12.30 aku dapat message:

"Akak, Tia berak ha..xtau nak bersihkannn"
Hahahaha..tergelak aku, tapi dalam masa yang sama aku risau gak. Terus aku call dia. Dapat dengar Tia melalak kuat!aduhhh...aku suruh Syafik bersihkan gak, cos Tia memang tak selesa lepas dia berak/kencing. Sure kena cepat2 tukar. Aku suruh dia pakai aje baby wipes tuh, tak payah la angkat budak kecik tu g toilet. Nanti kang aku balik aku cuci la bersih2 semula.huhu..cuak gak dengar suara si syafik nih..hehe..aku pun risau la. Nak kasik Tia cool down, aku suruh la Syafik dukung Tia, sambil nyanyi2 ker, nari2 ker..hehe..sumbat puting ker, bagi susu ker..

Ada lagi setengah jam nak lunch..kalu kuar awal sangat pun tak leh gak..sekarang nih kat depan lift company dah pasang CCTV.huh!poyo jekk, nak monitor staff nih kuar masuk la konon.. tapi lagi 15 min before lunch, aku dah cabut, aku tengok bos sibuk discussion dengan staff lain, so line clear tuh!! Apa lagiiii…diam2 aku cabutttt!hahaha..

Sesampai umah, aku tengok Tia dah terlena dalam stroller dia..apakah???? hahaha..sambil Syafik pasangkan soft music thru handphone dia (sesuai untuk bagi baby tido)..hehe..pandai gak dia nih! Syafik cite, dia menari2 dengan Tia sampai Tia senyap, then slow2 dia masukkan Tia dalam stroller, bawak keliling umah!hahaha..terus budak tu tido. .Lain macam btul cara dia pujuk Tia.

Yang lagi kelakar, abis sarung kaki Tia penuh dengan berak dia, baju pun kena skit. Si Syafik sangat la cuak masa Tia melalak. Terus comot camet sini sana..hehe.. Tapi takper la , janji dia berjaya senyapkan Tia dengan cara dia .terrer la anak bujang a.k.a anak bongsu nih jaga anak buah dia. Kalu aku, masa baya2 dia dulu, haram tak reti jaga baby!haha..budak nangis aje, aku yang dulu lari..haha..akak saluteee Afikk!!


Aku ada tu, baru la mamat nih mandi, makan & berehat. Cian dia, leh puasa separuh ari tuh (dari pagi tak makan, sebab melayan Tia)..hahaa..then baru la MIL aku sampai. Leh la aku masuk opis semula (ngam2 kul 2pm).
Apepun Tia Zahraa memang mengada-ngada dah sekarang. Dah banyak ragam!
Tia tengah membebel non stop!

Berbaju putih tu la Syafik Syukri (Afik) dengan Lokman (kurus kering aje budak nih, mana la Tia tak buli dia..heheh)
 
Blog Template by Delicious Design Studio