aku tau entry ni dah basi patutnyer, hehe..tapi rasa nak ungkit gak kenangan semasa berpantang. Aku tak sempat nak cerita cos masa berpantang sangat la stress & penat! tiada mood nak update blog pun masa tu..syndrom pantang la tuuu..benci teknologi!hahah..btul la, even nak angkat phone pun malas. takder mood nak bergosip dengan kawan2..huhu..teruk giler ek!..hurmm, penangan bersalin!heehe..
masa berpantang, MIL yang jaga. aku tak jadi balik kampung Lokman kat Linggi, sebab rasa tak mampu nak balik dengan jahitan tak baik. MIL stay la kat umah kiteorang. Segala kerja2 rumah MIL yang tolong buat..aku memang dia tak kasik buat keje langsung, termasuk la basuh baju Tia. sangat2 la rajin mak mertua ku..hehe..aku cuma jaga Tia aje, setiap 2 jam susukan dia, setiap 4 jam tukar lampin dia then pastikan dia sentiasa tido, haha, so leh arr aku tengok TV!hihi..sampai hafal la segala channel kat Astro tu, dari pagi sampai la ke tengah malam..haha..
even makan minum pun MIL uruskan. setiap hari lauk pantang aku WAJIB ada lada hitam, sup, halia (bahan2 basic la untuk orang berpantang nih).. sup ayam, ikan tenggiri goreng dengan lada hitam, sayur bayam masak air, ikan bilis goreng, ikan tenggiri bakar. Itula lauk aku bertukar2 setiap hari. Surela aku takleh nak cerewet kan, cos semua tuh untuk kesihatan badan aku jugak..so redha kan ajee..huhu..
Lokman belikan aku Set Bersalin HPA. lepas aku bersalin baru beli, itupun main pakai beli aje. memula dulu MIL ada la rebuskan air peiruk untuk aku, tapi bile lepas seminggu Tia macam kena kuning skit, so aku berhenti terus minum, takut effect kat air susu..hehe, sebenarnya tak suka la minum air ubat pahit nih, confirm la tak sedap kan!lepas 2 bulan try jugak minum balik air periuk nih, cos sayang rasanya nak buang..tapi Tia terus kena kembung. satu malam dia menangis2..huhu..terus buang je la ubat periuk tu..
dalam set HPA nih pun ada ubat pil lain..pun aku tak makan, just amik spirulina aje (untuk kurangkan sembelit), yang lain aku takut gak nak makan..huhu (pembaziran jugak laaa)..
aku pakai Pilis tradisional (gesek kayu manis kat batu lesung) pun 2 hari jer kot..hahaha..sebab seriussss pening aku pakai tu..dah la aku stress jaga baby, tambah plak pening dengan bau pilis yang berangin tuh..huhu, so aku cakap kat MIL, "tak mau pakai pilis!!" huhu..(mesti MIL pikir aku ni degil!hahah..sorry mama..)
tapi..aku rajin tau pakai bengkung!hehe..sebab nak make sure perut tak buncettt!MIL sapukan kapur dengan limau kat perut & serata pinggang then balut ketat2 bengkung tuh. tahan jugak la aku pakai dari pagi sampai ke petang. kalu malam, tengok mood aku, sebab dah rimas sepanjang hari berbalutkan, so malam nak la rest!sampai sekarang perut aku dah tak lut pakai bengkung, tali zip zap tuh dah bertemu rapat (kekonon perut dah kempis la maksudnyerr,hihih), then dah leh pakai jeans size 26 (giordano) kembali..kira dah puas hati la..buncet2 skit takpe, still seksiiii...haha..
Aku ada mengurut & bertungku 3 hari gak ,lepas 3 hari balik hospital. aku mengalami bengkak susu yang teruk (sampai takleh nak menyusukan Tia. sakit giler!!Tia ada jugak terpaksa diberikan susu formula awal2 seminggu tuh. huhu..sorry sayangg!! Tukang urut tu Abah aku cari kat area Kota Kemuning..bersyukur sangat2 sebab dapat cari tukang urut. salah aku gak la tak prepare awal2, ingatkan takder ape. nasib baik Abah sanggup tolong..Makcik tuh memang terrer urut, sangat best sampai MIL aku pun join sekaki!hahaha..
sepanjang berpantang aku nih kira moody gak la..ntah kenapa emo memanjang. takut gak kalu2 naik meroyan. nasib la ada kawan-kawan bagi semangat dan nasihat berjela2. so aku banyakkan isghtifar dan doa banyak2. maklumla first time dapat anak, banyak benda tak tau dan dalam masa yang sama kena cepat2 belajar. my MIL sempat jaga aku untuk 3 minggu aje, sebab adik ipar aku bersalin lepas tuh..giliran MIL plak nak kena jaga dia. by that time pun aku dah cukup kuat untuk buat2 keje ringan. Luka jahitan pun dah ok. Tia pun dah besar skit, tapi dah ada ragam2 dia..nak kena berkepit aje memanjang. huhu..lagi la stress kan!!!
masa MIL takder, dari pagi ke petang la aku dengan Tia aje. dok la depan TV, kekadang tak dapat masak langsung!sempat breakfast makan roti /biskut & air milo aje bawak ke malam. kalau lokman dapat balik awal, boleh la dia masakkan untuk aku. malam pun Lokman gak yang masak. MIL dah turunkan ilmu masakkan lauk berpantang untuk aku..hehehe..Terima Kasih Yang!
dah boring aku dok umah sendiri, aku lari ke umah abah aku kat Kota Kemuning. (selepas 30 hari berpantang) my Ibu plak yang tolong masakkan untuk aku termasuk basuh baju aku..baju Tia aku leh basuh sendiri. seminggu gak la aku dok umah Abah. Abah suka main dengan Tia. Memacam doa abah bacakan kat dia..so malam2 takla dia meragam nak tido. And Abah ada ajar aku doa2 khas untuk anak. Bagi anak dengar kata, anak jadi solehah & abah suruh aku amalkan surah2 dalam Al- Quran tuh. Nanti aku masukkan dalam entry lain ek..
Aku rasa aku selamat berpantang untuk 40 hari kot..hehehe..sebab masuk hari ke 40, family aku buat BBQ untuk celebrate besday kakak. aku hentam jugak la seafood..hehe..tp still ada limit..
Keseluruhannya aku nih idak lerrr berpantang tradisional benorr, ada gk main langgar, tapi masih terbatas..hehe (ayat cover line). Alhamdullilah badan dah kembali sihat, berat badan masih turun naik, perut pun gitu (kekadang buncett jugak!) baju seluar lama2 still leh pakai, hehe..cuma aku masih takut nak aktif sangat. lepas 6 bulan baru leh jogging & swimming...hehe..then sekarang amalkan pil Leesa Formula - Manjakani product, sesuai untuk org lepas bersalin. at least aku kena jaga gk dalaman nih.
makan minum pun dah tak control..huhu..tarak tahan ooo..eskrem & coke aku ada gak amik..huhu..tapi still controlll..heheh..kang kempunan , tak elok! last 2 week, dah lepas berpantang 100 hari.yeayyyy... :P :))
makan minum pun dah tak control..huhu..tarak tahan ooo..eskrem & coke aku ada gak amik..huhu..tapi still controlll..heheh..kang kempunan , tak elok! last 2 week, dah lepas berpantang 100 hari.yeayyyy... :P :))
1 idea?!:
ade contact no utk tukang urut kat kota kemuning tu? :)
email at emviscold[at]yahoo.com
Post a Comment