Kan hari tuh aku ada bagitau pasal doa untuk anak yang Abah aku ajar dan suruh amalkan untuk Tia. Semalam aku ambik gambar buku2 agama/doa yang bagus untuk kita. Buku-buku nih bukan hanya untuk anak, tapi untuk semua orang especially keluarga kita la.
Macam buku “Ikhtiar Penyembuhan Penyakit” oleh Ustaz Harun Din ni khas untuk merawat sakit-sakit, seperti Doa untuk Selsema, Sakit GIgi, Pening dll, Untuk Ibu-ibu mengandung - ada Doa selusuh, Doa Sakit Bersalin, Untuk Keluarga- ada doa pelembut hati, doa pelindung dll. Bukan setakat doa aje, dalam nih pun ada Surah Yassin, Selawat2, Selawat Syifa, dan surah-surah pendek. Memang boleh dibawak kemana2 aje..Harga cuma RM15. Aku beli kat Jalan TAR, kan tepi2 tu ada kedai India Muslim jual buku-buku agama..
Masa aku mengandung dulu, Abah aku buat air selusuh ikut ajaran Ustaz Harun Din nih la..then masa Tia sakit pun, aku amal kan doa syifa and doa selsema. Yang paling best, ada doa untuk bayi yang menangis dan bangun terkejut sampai nangis2. Kalau baby menangis kita kena amalkan Surah Al- Zalazah. InsyaAllah..dia akan dapat tido semula.

Buku “Indahnya Hidup Bersyariat” nih pun bagus. Oleh Dato’ Ismail Kamus. Buku nih merangkumi semua perkara. Cara2 solat, berwudhuk, berkeluarga dll temasuk doa2 harian. Ada doa memohon keampunan, doa kasih sayang antara suami isteri, termasuk doa ketika bersama2 suami. Dan doa untuk mendapatkan zuriat pun ada dan mendapatkan zuriat lelaki/perempuan. Yang ini aku terlupa harga dia, sebab aku tak beli, Aku amik Abah punyer..hehe..
Doa yang Abah aku ajar:
“ Allahummar Hamha, Fainni Ar’Hamha”
(Ya Allah, kurniakan kasih sayang ke atasnya, kerana aku menyayanginya)
Ini la tulisan asli Abah aku..hehe..
Abah juga pesan, selalu zikir banyak2 kat telinga kanan anak, supaya dia menjadi anak yang soleh/solehah..InsyaAllah..
Hadith Nabi:
0 idea?!:
Post a Comment