Tuesday, July 6, 2010

Biler MIL tiada, babysitter ‘bidan terjun’ ambik alih!

Weekend lepas my MIL balik kampong (negeri sembilan). Dah lama sangat tak balik sana tengok umah yang dah penuh habuk & sarang labah2..huhu..MIL extend sampai hari Isnin. So aku dan lokman memang tak dapat nak cuti. Lagi-lagi aku nih dah banyak sangat amik EL (alasan semua pasal anak, aku rasa bos pun dah meluat dengar aku bagi alasan yang sama aje, hek hek!) option yang ada, aku amik time-off 2 jam , then lokman lepas abis meeting pagi bleh terus balik. Then ok la..

Kebetulan adik ipar aku, Syafik Syukri berumur 20 tahun, masih menuntut di UiTM Shah Alam…hehe, ada kat umah aku, dia nak masuk daftar UiTM balik mingu nih. Nak jadikan cite, aku nak masuk keje dah pukul 10.30 pagi tapi si lokman nih tak balik2. Aku call, dia cakap ada meeting lagi satu dia kena masuk kat Petronas.Tengahari baru leh balik. My MIL plak baru nak gerak balik dari N.9.Adooiiii!! sabar aje la..dia cakap bagi jer Syafik jaga Tia..hurmmm…biar btul anak bujang nih leh jaga baby?!

Tapi sebabkan aku rushing and I trust him to take care of my baby, then ok la..by time nak pegi keje, Tia dah tido balik. Aku dah siap mandikan dia, and bagi susu. So aku pesan kat Syafik, kalu ada ape2 message/call aku. Leh kot aku cabut balik rumah kejap. (opis ke umah dalam 10 min aje..hehehe)


Pukul 12.30 aku dapat message:

"Akak, Tia berak ha..xtau nak bersihkannn"
Hahahaha..tergelak aku, tapi dalam masa yang sama aku risau gak. Terus aku call dia. Dapat dengar Tia melalak kuat!aduhhh...aku suruh Syafik bersihkan gak, cos Tia memang tak selesa lepas dia berak/kencing. Sure kena cepat2 tukar. Aku suruh dia pakai aje baby wipes tuh, tak payah la angkat budak kecik tu g toilet. Nanti kang aku balik aku cuci la bersih2 semula.huhu..cuak gak dengar suara si syafik nih..hehe..aku pun risau la. Nak kasik Tia cool down, aku suruh la Syafik dukung Tia, sambil nyanyi2 ker, nari2 ker..hehe..sumbat puting ker, bagi susu ker..

Ada lagi setengah jam nak lunch..kalu kuar awal sangat pun tak leh gak..sekarang nih kat depan lift company dah pasang CCTV.huh!poyo jekk, nak monitor staff nih kuar masuk la konon.. tapi lagi 15 min before lunch, aku dah cabut, aku tengok bos sibuk discussion dengan staff lain, so line clear tuh!! Apa lagiiii…diam2 aku cabutttt!hahaha..

Sesampai umah, aku tengok Tia dah terlena dalam stroller dia..apakah???? hahaha..sambil Syafik pasangkan soft music thru handphone dia (sesuai untuk bagi baby tido)..hehe..pandai gak dia nih! Syafik cite, dia menari2 dengan Tia sampai Tia senyap, then slow2 dia masukkan Tia dalam stroller, bawak keliling umah!hahaha..terus budak tu tido. .Lain macam btul cara dia pujuk Tia.

Yang lagi kelakar, abis sarung kaki Tia penuh dengan berak dia, baju pun kena skit. Si Syafik sangat la cuak masa Tia melalak. Terus comot camet sini sana..hehe.. Tapi takper la , janji dia berjaya senyapkan Tia dengan cara dia .terrer la anak bujang a.k.a anak bongsu nih jaga anak buah dia. Kalu aku, masa baya2 dia dulu, haram tak reti jaga baby!haha..budak nangis aje, aku yang dulu lari..haha..akak saluteee Afikk!!


Aku ada tu, baru la mamat nih mandi, makan & berehat. Cian dia, leh puasa separuh ari tuh (dari pagi tak makan, sebab melayan Tia)..hahaa..then baru la MIL aku sampai. Leh la aku masuk opis semula (ngam2 kul 2pm).
Apepun Tia Zahraa memang mengada-ngada dah sekarang. Dah banyak ragam!
Tia tengah membebel non stop!

Berbaju putih tu la Syafik Syukri (Afik) dengan Lokman (kurus kering aje budak nih, mana la Tia tak buli dia..heheh)

0 idea?!:

 
Blog Template by Delicious Design Studio