Wednesday, November 2, 2011

Bantahan Pembangunan Padang PKNS, Kelana Jaya

Di kelana jaya sekarang nih kecoh pasal bantahan terhadap pembangunan di atas padang PKNS di SS7.

Aku penduduk tetap SS7 sejak aku berumur 2 tahun lagi. Masih lagi hisap botol susu masa pindah sini, bapak aku cakap antara penduduk terawal yang berpindah di situ. Manakala Padang PKNS nih dah ada setahun dua awal masa tuh, kira aku membesar dengan melihat padang hijau nih sebab padang nih betul2 di belakang rumah abah aku. Even sekarang pun aku masih lagi duduk berhampiran padang PKNS nih jugak. Giler sayang betul aku dengan Kelana Jaya nih. hehe..
Perkara yang aku nak cite nih pasal ketidakpuas hati aku dan penduduk dengan pembangunan yang dirancang oleh PKNS dan developer cina Melati Ehsan ni. PKNS sekarang tengah memohon untuk membangunkan padang ni denganTujuh Blok Pangsapuri 35 tingkat dengan 413 unit setiap blok, Dua Blok Kompleks Pejabat 10 tingkat dan Kompleks Perniagaan 15 tingkat. Cuba korang bayangkan, bangunan tinggi2 dibina dikawasan yang sekelilingnya perumahan teres 2 tingkat terancang! Bersebelahan pulak dengan LDP yang setiap hari sesak. 
Jika pembangunan ini diteruskan, tak dapat aku bayangkan suasana sempit dan padatnya Kelana Jaya ini. Even sekarang pun aku nak pergi ke ofis yang sepatutnya hanya 5minit perjalanan telah jadi 15-20 minit, gara-gara orang ramai menggunakan jalan dalam (area kondo2) untuk mengelakkan kesesakkan di LDP. Jadi bila ada lagi bangunan dibina di kawasan SS7 nih, pukul berapa la pulak aku kena kuar rumah untuk ke pejabat?? 
Aku tak paham btul dengan manusia yang giler kan duit nih. Memang zaman sekarang orang kejar kemewahan, tapi agak2 la..ini dah menyusahkan orang lain. Banyak lagi kesan negatif akan terjadi bila bangunan di bina. Sekarang nih pun di sekeliling kondo aku duduk tuh, ada lagi bangunan tengah di bina. Siap bakal jadi shopping mall tuh & office lots. dah 2 tahun bangunan tu tak siap2, rumah aku pulak sentiasa berhabuk, si Tia pulak memanjang la kena selsema & batuk2, mungkin salah satu sebab dia sedut habuk2 construction hari2..kesian anak aku. Membesar dengan persekitaran yang tidak bersih! Nanti dia membesar pun dengan melihat bangunan2 tinggi aje, tak nampak dah kehijauan padang dimana2 sebab PKNS dok sibuk nak kaya nak bina bangunan tinggi. giler btul! tadika pertiwi, sekolah pertama yang dulu aku belajar pun (di SS5) dah abis binasa diruntuhkan oleh PKNS dengan membina rumah teres. haihhh,, dah anak2 sekarang kena pergi belajar di tadika yang mahal2!! termasukla anak2 aku nanti..huhuh~

Ok la tak nak membebel panjang2. Kalau korang berminat nak tau lebih lanjut pasal bantahan nih leh la layari sini, sini dan sini 

sekarang nih penduduk SS7 tengah giat mendapatkan sokongan orang ramai, tak kira la penduduk kelana jaya ke, pengguna LDP ke atau orang2 yang bekerja sekitar kelana jaya/petaling jaya nih. Marila korang, sokong bantahan ini. Korang hanya perlu sign petition thru online ni. Kat SINI (petitionbuzz)
Kami perlukan se maximum yang boleh!! plsssss..sokongla bantahan ini..

nota kaki: aku siap dah tulis surat bantahan untuk Datuk Bandar PJ..heheeh, giler semangat x?? haha..

nota kaki lagi: aku percaya benda nih terjadi sebab peralihan kuasa dari BN ke PKR. Aku bukan org yang kuat berpolitik, tapi kebenaran jelas di depan mata. Kalau dulu BN pegang Selangor, padang2/ tadika rakyat/tanah2 semua dijaga elok, tapi bila PKR dok pegang Selangor, abis semua ranap satu persatu!! next election, aku dah tau aku nak undi sapa..demi generasi anak2 kite nanti..


 

4 idea?!:

nurulizzahz said...

ohhhh.. rumah kami yang macam setinggan.. asalnya kedudukan palig srategik.. dlu lg xd kondo pun.. pastu sekarang bukak pintu kiri, kanan n depan semua tinggi.. huwaaaaaaaa... skrg area taman golf tue je yg maintain xd rumah tinggi..

nak sign 100x boleh x?

lokmanfirajunior said...

izzah,
hahaha, macam setinggan ek?? haah kan, area umah awak lagi kesian, kiri kanan penuh bangunan. huhu..
akk pun kalau boleh nak sign byk2, sengal btul dorang nih kan??

Cerita bonda said...

fira, 5 yrs ago sarah pun dok kelana putra sbb wat master akt MUST college kat sblh tu. landscape SS7 dulu dng skrg sgt berbeza, byk bangunan baru naik tepi LDP dan sure akan sebabkan jem giler kat LDP nanti. ooh padang tmpt ku usyar pemain2 selangor main bola dari kedai mamak tepi padang tu..hihihih

nurulizzahz said...

dlu ms yg projek belah kanan nie tergendala btahun2, mmg selalu aware.. sbb air naik.. masuk dlm rumah.. tikar sume kne gulung.. tue if ad kt umh, klu xd, tgk2 balik je dh basah.. pastu jemur bhari2 tikar tue.. nie diorg dh smbung projek dlm staun lebih xd dh la bnjir alhamdulillah..

 
Blog Template by Delicious Design Studio