Monday, November 14, 2011

Mari nyanyi lagu A B C...

Uishhhh, tengok tarikh hari nih baru aku perasan hari nih si Tia genap 20 bulan..wahhhh!! dah besar anak dara aku nih (setahun lapan bulan). Alhamdulillah..dia membesar dengan sihat (walaupun kerap2 batuk selsema)..hehe. Cucuk untuk setahun setengah pun belum lagi. Patut kena pegi last week, tapi aku terpaksala delay, cos dia tengah batuk2. huhuhu..Harini pun patut aku kena bawak kembar pegi cucuk utk 2 bulan, adehhhh aku & Lokman masing2 bz la (maklumla dah hujung tahun, semua nak kejar deadline)..esok aku amik half day, nak try bawak kembar g klinik gak dengan bantuan MIL. tengok keadaan camne esok..huhu

okehh berbalik cite si kakak Tia..

Minat Tia sekarang ni dok main papan ABC & puzzle. Papan ABC nih kawan aku, ANEM kasik hadiah birthday Tia yang ke setahun. Aku simpan tak buka2 sebab masa tuh dia kurang pandai lagi nak main sebab tak tau ABC tu apa lagi..hihi, plus takut dia masuk mulut huruf2 kecik nih. So, bila dah dah skit2 paham bahasa nih baru la aku kasik dia main.

Setiap hari dia akan belek2 benda nih.. Memula jenuh gak aku kena ajar dia. Tak sangka pulak dia amat berminat dengan benda nih. Ingatkan dia tak reti..seriyess aku under estimate kelebihan dia..hehe. Dah sebulan aku train dia, setiap kali susun huruf-huruf ABC nih, setiap kali tu la aku kena dok ulang2 cakap kat dia...A for Apple, B for Ballon, C for Car...sampai la Z for Zoo. Kalau mood dia baik, dia follow la aku cakap. Kalau kureng skit, dia sengih2 aje la..dah abis susun, aku nyanyi pulak lagu ABC..alaaa yang macam budak2 tadika nyanyi tu..hihihi..
Dia akan joget2 la bila aku nyanyi..sekarang nih dia pandai humming aje. Sebut tak reti kan..budak nih kan berat mulut sikit..huhu
Sebulan trainning, sekarang nih dia dah pandai susun sendiri huruf2 nih kat board dia. Aku seriyesss terperanjat, sebab dia ingat setiap satu tempat2 ABC nih. huiiii, buat aku terpikir, masa umur aku baya2 dia, memory brain aku macam dia tak??? hahaha..Even aku terbalik2 kan papan nih dia still leh carik tempat yang betul.
Bila dah pandai, dia pulak kasik aku huruf2 tu, suruh aku yg susun atas board. Dia pulak tunjuk kat aku mane tempat2 yang betul. Soooo cleverrr!! :P  thanks Anem sebab hadiah block board nih untuk Tia. Sangat berbaloi okk :)
Tapi aku jadi penat jugakla sebab keje nak tolong dia menyusun time aku tengah nak kasik kembar susu la, time aku nak layan drama tv la..adehhhh..kakakkkk!!Pulak tu, lepas main..abis sepah2 semua benda..jenuh lagi bila kena kemas..huuhu..Hall rumah dah jadi play station dia pulak..

tapi takpela, janji dia aktif kan :)

Lepas nih aku nak cari bedtime story book la, macam rajin pulak nak membaca untuk Tia before tido ek..ntah2, tak sempat buka buku, aku dah selamat tidur dengan kembar..hahaha.. tapi takper, tak cuba tak tau..kan??

Dear Tia, Ummi so proud of u!! Ummi doakan Tia sentiasa minat untuk belajar & tidak jemu untuk terus belajar. Luv u sayang!!
Tengah kusyuk menyusun huruf2

berpusing2 dia cuba letak elok2..hehe

ok berjaya! senyum penuh bangga la tu sebab berjaya letak huruf J for Jem

Anak dara Ummi dah 20 bulan :)


2 idea?!:

mylongjourney said...

Ala..comelnye die. dah pandai ye? Smart girl!! Dah jadi kakak kena la pandai kan? :) Dah besar anak2 kite kan fira? kejap je masa berlalu..

FiraHamzah said...

anem: dah pandai dah si kakak nih..sronok btul tgk dia membesar. haahkan babe, giler rasa macam cepat aje masa nih..skrg nih nak tengok si adik pulak membesar kan? hihi :) main2 sama2 adik beradik..comel jek :P

 
Blog Template by Delicious Design Studio