Sempena harini hari terakhir untuk tahun 2012, aku nak kenang2 kembali benda2 yang terjadi sepanjang tahun ini..mana yang aku ingat laa.. :)
Tak ikut urutan bulan, aku tulis mana yang aku ingat aje yek..
1) Cuti-cuti Malaysia tahun ini ke Cameraon Highland & Bukit Tinggi Pahang, Bukit Gambang WaterPark, Melaka dengan geng Jimba Lokman. Sempat ke Kedah, adik laki aku kahwin. Aktiviti lain berpiknik kat Taman Layang2 bersama siblings.
2) Kereta Wira Lokman hilang kat lrt kj bulan 10. sampai sekarang tak dengar berita.
3) Tak dapat join family aku pergi holiday ke Sarawak, gara-gara tertinggal mykids anak-anak kat rumah. huhu. Burn tiket satu family (aku, lokman & kids)..huhu
4) Tahun ini aku cuma sempat join kelas mengaji & tajwid kat opis selama setgh tahun sahaja. Lepastuh berhenti sekejap sebab masalah nak urus2kan anak2 lepas kerja dsb. Tahun depan, InsyaAllah nak sambung balik. Harap2 ada kelas bahasa Arab sekali. teringin belajar bahasa arab :)
5) Aku genap 30 tahun, dengan 3 orang anak. Menyambut anniversary perkahwinan ke 3 tahun. hehe. Angka 3 ek tahun nih :)
6) First time medical expenses company habis aku kerjakan, siap negatif lagi..gara-gara satu family sakit2 lagi2 anak-anak. KJMC pergi, PPUM pun pergi. Alhamdulillah, dorang masih lagi sihat & membesar dengan ceria.
7) First time jugak aku ambil unpaid leave selama aku bekerja since graduate (7tahun sudahh). gara-gara Tia Zahra sakit. sekarang masih lagi sakit.
8) Awal tahun haritu, si Hafiy & Tia kena serangan HFMD. Nasib baik tak kena tahan wad. Hujung tahun ni pulak Hafiy & Tia jugak diserang demam lebih 3 hari.
9) Abah aku kena tahan wad DSH selama 2 minggu bulan Ramadhan lepas kes hempedu rosak. First time berbuka puasa berramai2 di hospital. Nasib baik sebelum Raya boleh keluar wad.
8) Awal tahun haritu, si Hafiy & Tia kena serangan HFMD. Nasib baik tak kena tahan wad. Hujung tahun ni pulak Hafiy & Tia jugak diserang demam lebih 3 hari.
9) Abah aku kena tahan wad DSH selama 2 minggu bulan Ramadhan lepas kes hempedu rosak. First time berbuka puasa berramai2 di hospital. Nasib baik sebelum Raya boleh keluar wad.
10) Belum lagi ada rezeki nak jalan-jalan oversea..huhu. plus tak sanggup nak tinggalkan anak-anak dan tak sanggup jugak bawak anak-anak berjalan keluar negara. Tiada kesanggupan lagi nak handle dorang kat luar berhari2. Harap2 tahun depan ada rezeki lerr.. :P
11) Berjaya jugak tengok movie kat panggung wayang cerita The Hobbits bersama adik beradik & layan teater Tun Siti Hasmah kat Istana Budaya bersama Lokman & family. eh, ini pun kena tulis ek? haha..sebab aktiviti sosial aku kan terbatas..so bila dapat berlibur kat luar nih kira best arr..kekeke
12) First time kenalkan Tia & kembar dengan indoor playground kat OU & Setia City Mall. Sangat suka, lepas main tuh hari2 Tia dok minta nak main kat situ lagi. huhu. Lepas nih dah tau nak cari aktiviti luar untuk anak-anak. Tahun depan dorang dah 3 dan 2 tahun, boleh explore banyak lagi aktiviti riadah bersama2.
13) Blog aku dah mencecah 83 followers. :) terima kasih pada yang membaca blog aku yang biasa ini. Dan makin ramai kawan2 dari blogger. Suka dapat kenal dengan korang, walau masih tak berkesempatan berjumpa. Terima kasih atas nasihat & idea2 korang. Sama2 kita share cerita & pengalaman yek. :D
14) Finally, tahun 2012 nih tahun cabaran paling hebat aku alami. Menguruskan 3 orang anak kecil tak sesenang yang disangka. Memacam masalah kiteorang hadapi; anak-anak sakit, kereta hilang, kewangan terbatas, kerja2 opis yang berlambak & mencabar dan lain-lain lagi. Walau apapun Alhamdulillah, aku & Lokman boleh menghadapinya dengan kesabaran..walaupun aku banyak kali gak dilanda emosi sawan (stress melampau!) hahaha..terima kasih jugak pada keluarga aku & keluarga Lokman. Dorang la yang banyak tolong kiteorang bila2 masa diperlukan.
Kawan2 baik pun ada gak yang membantu. Bantu dari segi nasihat2 dan kata2 semangat. Sangat2 menghargai jasa diaorang..Hanya Allah swt yang dapat membalas kebaikan dorang selama ini.
Alhamdulillah..semoga tahun 2013 lebih baik dari tahun ini. InsyaAllah.. :D
15) oh yang terakhir, sabtu lepas iphone aku terjatuh katil. skrin dah retak berbelas2..oh noooo!!! baru berusia setahun 6 bulan..hukhuk..nak tukar skrin baru beratus-ratus ringgit..tunggu la bonus kuar..huhuhu..kesian aku ;( dugaan betul bulan Disember nih..
five of us |
Abah di wad selama 2 minggu |
my kids :) |
si Tia & kembar ;) |