ntah bila la si kembar nih nak keluar..suka bebenorrr diaorg dok dalam rahim aku yang kecik nih..tapi sebabkan sempit, aku rasa tegang2 aje perut nih, asal diaorg main bersilat dalam nih, huuuuu..menjerit gak la aku..takpun leh terjaga dari tido gak la..terkejuttt!
kekawan blogger lain yang seangkatan dengan aku dah selamat beranak..bestnyerrrr..tinggal la aku yang menghitung hari..
tapi ada bagus gak diaorang nih keluar lambat, lagi lambat lagi bagus kan? sebab diaorg lagi kuat dan membesar dengan elok kat dalam..maybe sebab diaorang nih kecik, so tak kalut nak keluar awal. Harap-harap semuanya ok.
Kakak aku dok la berdoa agar kembar kuar pada 12 Ogos, nak sama birthday dengan dia la konon,cessss..tapi yang eloknya 12hb tuh jatuh pada hari Jumaat :) Hari yang baik, bulan yang mulia..kalau nak kasik sama birthday aku (24 Ogos) lama la pulakk. tu dah masuk 38 minggu, pastu lagi seminggu nak Raya..huishhhh tak mau laaa..nanti takleh nak Raya..kalau bersalin minggu nih or next week..InsyaAllah, luka bersalin dah sembuhkan dlm masa 2 minggu tu..heheh, ada hati lagi tuh nak kuar beraya..
Tak la, at least aku dah leh nak balik umah sendiri, at least Tia leh pegi beraya ikut abah dia (aku pun leh ikut jugaakkk) bawak kembar berjalan..or masa orang datang rumah beraya, aku dah cukup kuat nak melayan tetamu.. :)
ok la, esok ada check up lagi, this time leh scan..aku kena g pepagi, esok ramai orang nak scan..sronoknya nak tengok si kembar..Semoga semua berjalan lancar esok. Amin amin...
till then..esok aku update lagi..daaaa~
0 idea?!:
Post a Comment