Thursday, August 11, 2011

Khamis..36 minggu 3 hari

helooo..

aku sebenarnya dah tak tau nak tulis ape..hahaha..tapi tangan gatal gak bukak blog nih, dah dekat pukul 5ptg, setgh opismates dah leh blk pukul 5ptg, sebab diaorg masuk awal setgh jam - 8pg. Bila time puasa aje, ada 2 time masuk keje. Tapi bagi aku yang duduk dekat dgn opis takder makna tuh semua. Dah 3 tahun aku dgn company nih, 3 tahun la aku tak penah merasa balik awal, alasannya rumah aku dekat, tak gaduh nak balik awal2..so kenala kasik can pada mereka2 yang rumah jauh2..cesssss...apa2 aje laaa..tapi btul jugakk, hehe, ape la sgt beza setgh jam tuh dgn aku. setakat balik umah 10 kurang dari 10 minit takde impact pun kat aku. Orang lain dok lagi dalam kereta, aku dah leh siap mandi, tgk tv sambil main dgn Tia lagi. Alhamdulillah atas kurniaan Ilahi. ;)

Semalam aku dapat tidur lena sgt..buat pertama kali selepas seminggu kot..mungkin sebab aku terlalu penat, sbb dah beberapa hari takleh lena btul. setiap 2 jam aku terjaga sebab tak selesaa. So semalam aku tido pukul 12 mlm, terjaga pukul 5pg. terus kejutkan Lokman & buatkan susu utk Tia. Dia dah merengek2 nak susu..hehe..kelaparan anak aku sebab mak dia tido mati. Bangun pagi tadi sgt la rasa fresh & mood nak g keje berkobar2..hahah poyo!

Tiada lagi tanda2 nak bersalin. Sampai Lokman leh tanyer aku ok ke tak, pagi lepas sahur tadi. Soklan yang pelik bagi aku..hehe..Dia nih dah tak sabar2 suruh aku beranak lagaknya..tak sabar nak jumpa anak2 dia la tu..aku pun tak sabar, tapi dalam masa sama aku rasa sgt cuak & nerves ok..twins masih lagi aktif dalam rahim nih..semalam diaorg behave, tak kaco aku tidur..hehe..

korang yang baca blog aku nih mesti dah bosan nak menunggu aku beranak ek? hahahah

tolong la doa aku dapat bersalin dengan mudah & berjalan lancar. orang dah berpuasa selama 11 hari dah, aku sah2 la tak puasa selama nih jugak..huhu..kawan aku nasihat, " apa kata fira ko puasa esok, sure kembar ko nih keluar punyer, sebab diaorg kelaparan! haha"

haha, idea bijak gak tuh..tapi aku pulak iman tak kuat..kesian kat budak2 nih..(ke kesian kat aku sebenarnyaa..hehe).. aku salute la ibu2 yang mengandung boleh berpuasa..tabikk springgg!! :) aku nih tak penah cuba untuk berpuasa sepjg mengandung. penakut sungguh! huhu..takper la, bagi aku aku taknak memudaratkan sesapa..baik aku, baik anak2 aku. Puasa tuh InsyaAllah aku akan ganti balik, Allah dah kasik jalan penyelesaian kan, jadi InsyaAllah..umur panjang akan aku ganti tahun depan. Lokman cakap bulan 5 tahun depan aje aku dah kena start berpuasa ganti..wahhhhhh!! :P

Aku dah terasa perut nih ke bawah skit. Harap2 next week aku dah beranak. Genap 37 minggu..takmo la 38, boleh gitu??

ok la, lagi 10 minit nak balik..ntah ape la lokman beli utk juadah berbuka aka dinner kiteorang..aku teringin makan nasi berlauk. semalam tak makan nasik langsung (dah dpt sandwich subway, pastu tgh mlm aku lapar, aku bantai meggi cup, huhu). nak makan nasikkk dgn lauk kampunggg... :)

selamat  berbuka korang!! :) dan selamat berterawihhhh..rindunyaaa nak terawih kat Masjid bersama adik beradikkk & abahku..huhu

1 idea?!:

nurulizzahz said...

cepat beranak akk! x sabar gak nie.. smlm makan megi gak.. teringin punya pasal.. suruh hubby beli kt speedmart zenith n masak, bawak naik bilik.. mkn dlm bilik xnk dgr leter.. haha..

 
Blog Template by Delicious Design Studio