Fraser' town. Since 1919
Dah 20 tahun aku tak pergi sana, jadinyer setuju la bila abah cadang ke sana lagi. Plan sebenar my dad nak g sana cos nak pegi Golf Course dia. My dad nak bawak Lokman & adik2 laki aku main golf.
Golfers negara..hehe.
From left: Iwan, Abah, Lokman & Ibnu.oh si kecik baju hijau tu, tukang kutip bola..hehe, anak buah aku- Iman
Bertolak hari Jumaat pagi (17/9), turun kl hari Ahad ptg. Yang tak sanggupnyer, masa naik & turun Fraser Hill aku 2 kali muntah…huhuhu, tak pernah2 mabuk kereta, tetiba leh plak..dulu masa naik Genting takder la penyakit mabuk nih, naik Fraser Hill aku surrender, haha, dengan adik aku skali kiteorang bantai muntah tepi jalan..kihkih..jenuh aku kena ‘mintak izin’ nak ‘membuang’, cos tepi2 tu semua hutan..scary gak la..Alhamdulillah takder ape2..
Kat atas tu boleh tahan gak la sejuknya..nak nak plak skrg musim hujan, biler malam aje hujan turun, tido memang nyenyak la, sampai aku tak sedar nak buat susu Tia,hehe, dia pun bantai pengsan, takder bunyi langsung nak susu..sedar2 dah pukul 5.30 pagi..syiookkkk!!
Aktiviti kat sana tak berapa menarikss, cos kebanyakkan tempat dah tutup..actually kesian gak la dengan Fraser Hill nih, sebab macam tak terbela dah..Majlis Daerah Raub /Negeri Pahang takder budget ke nak naikkan tempat pelancongan nih ek? Mini Bike, Woodball Games, Taman Bunga, semua tutup dah. Yang ada cuma Horse Riding - yang satu pusing kecik RM4 (khas utk kanak2 kottt), archery - RM8 utk 10 arrows,gayuh boat- RM6 for 15 min, Air Terjun (yang aku rasa macam berendam dalam ais batu aje..hehe, so aku tak mandi la, since aku baru 4 bulan abis pantang, avoid la benda2 sejuk ni jugak (alasan kukuh tak??hehe)..adik beradik aku aje yang mandi macam tak pernah jumpa air terjun aje..haha..then Jungle Tracking. Abis kaki kakak aku kena gigit lintah gara2 pakai kasut Crocs masuk hutan..padan muka!..hehe..
Boating @Allan' Water
Aktiviti indoor dengan family, kiteorang dok main Scrabble & Uno time malam. Kiteorang stay kat Banglo Tioman, ada 4 bilik siap dgn bilik air, 1 dapur, 1 dining hall. Abah aku cakap Banglo nih baru renovate kot, cos dulu memang teruk, rumah lama ala British kan, biler renovate mmg cantekk, suka giler interior design dia yang English Style..sangat selesa! RM600 utk semalam. Ok kan?? Sangat recommend sape yang nak g sini nanti yerr..Rumah nih jugak betul2 depan Masjid & Kedai makan orang Islam..sangat convenient. Kiteorang bawak stok makanan siap2, for breakfast, lunch, hi tea, dinner & supper tak payah makan luar, Complete! Jimattt duitt..hehe..Masing2 ada bahagian yang kena bawak – Meggi, Sardin, Roti, Spaghetti, Frozen foods paling banyakk, telur, susu, cereals etc. Sharing is caringgg~~
aktiviti bergambar la yang banyak. Memang kat mane aje leh posing. Yang paling best, aku & adik beradik membuat pengambaran semula gambar masa kecik2 bersama arwah ibu & arwah abang aku 20 tahun lepas. The last trip together with my arwah Ibu. So this time, tak cukup korum la bergambar, but still sangat kelakar buat adegan semula masa kecik2..tak senonoh perangai! Just have fun between us..
Sweet memories with my family..muah muah!
Overall, Fraser Hill bukan tempat untuk bershopping, so aku memang tak keluar duit langsung. Hehe..Ibu aku aje semangat nak beli T-shirt cop Fraser Hill, cos dia g mane2 suka cari T-shirt cenggitu, leh buat muzium T-shirtt ek..sebabkan minat Ibu aku tu sangat pelik bagi kiteorang, jadila bahan ketawa Abah & anak2..hahahaha..comellllsss..
Apepun, still the best family trip for this year..next year tak sure plak ke mana. Maybe Sarawak..InsyaAllah, doakan semua umur panjang, sihat tubuh badan..Amin...
0 idea?!:
Post a Comment