Wednesday, December 14, 2011

Accident

Kereta merajuk?!

Pernah ke korang dengar istilah macam nih bila korang ada plan nak tukar sesuatu benda yang lama kepada yang baru? contoh macam kereta ker, motor ke, handphone ker..bila korang ada plan nak tukar benda baru, benda yang lama tu mesti tiba2 buat perangai. Dan-dan tuh la nak rosak la, nak hilang laaa..alahaiiiii...

Sejak bulan lepas aku & Lokman memang ada plan nak tukar kereta. Since ada anak ramai nih, nak la tukar kereta yang lebih besar & selesa. Lagi pulak stroller si kembar kan gedabak besar, so space kenala jugak besar..tu belum masuk lagi barang2 lain..

Jadinya, kiteorang pun usha2 la keta yang sesuai & harga berpatutan mengikut kemampuan diri. Masa nak uruskan hal kereta nih memang memacam dugaan terjadi. Used car nak amik harga Wira nih rendah sgt, byk sangat nak kena top up bila nak let go. Pastu bila lokman dah settle benda tuh, Car Dealer dia pulak buat perangai. Lambat submit application kat bank. Kiteorang nak la pakai keta baru untuk bawak g Kedah nanti. selesa la kan? tapi sehari sebelum nak pegi tuh, baru la orang bank call..itupun lepas lokman g tanyer car dealer tuh pasal application dia. Hampeh btul!. Terus Lokman cancel deal tuh, sebab dah malas. Lokman cakap tunggu aje la tahun depan, plan balik beli keta..sebab mungkin tahun depan ekonomi kiteorang naik ke, hehe..dapat la keta yang menjadi idaman hati.
ok fine, aku pun ok ajela, sebab aku pikir pun sekarang si kembar kecik lagi, tak melasak..Tia aje dah melasak, kejap2 ke depan, kejap2 panjat belakang..naik rimas aku! so boleh lagi pakai keta sekarang nih.
Dah hold pasal beli kereta nih, kiteorang pun pergi la Kedah naik Wira nih.. seriyess sardin! haha..stroller kembar pun angkut skali. Dengan 2 beg besar, beg susu, comforter kembar dll..sumbat!
 
On the way nak ke Kedah, baru masuk NKVE kiteorang accident. Berdentum kereta g sondol kereta amoi (Hyundai)..Seriyess aku trauma kejap sebab first time aku accident macam nih. Tetiba kereta depan g slow, Lokman pulak terleka kejap..dummmmm!!! aku terpelanting skit ke depan. Nasib baik aku sempat tahan dengan tangan, tapi ifon di tangan tercampak ke depan. huhu..Anak2 tiga2 menangis serentak!
Si Tia belah kiri aku, Aariz belah kanan dan Hafiy kat depan. Nasib baik carrier dia mengadap ke belakang. Seriyess aku panik masa tuh. Dah tak tau nak pegang yang mana satu.
Memula aku tengok Aariz, dai baru lepas susu sebelum gerak tadi, dan baru nak lena. Aku tengok2 dia macam ok, aku sumbat puting..terus dia diam dan sambung tidur. Alhamdulillah..legaaa.
Then terus aku peluk Tia, dia terpelanting ke depan gak, dan nasib baik aku letak bag sandang kat depan seat dia, so takder la dia terjatuh ke bawah. Tangan kiri peluk dia, tangan kanan aku usap2 si Hafiy kat depan. Bila Tia dah ok skit, terus aku angkat Hafiy..aku risau kat dia sebab dia duduk depan kan..sure impact dia lagi kuat pulak tuh dia jerit paling kuat.. aku check satu badan dia. Alhamdulillah takder pape..Aku dukung & dodoi dia baru dia diam. Aku kasik bantal peluk kat Tia and suruh dia baring kat peha aku. Nampak macam trauma skit si kakak. Aduhaiiii...Aku pun trauma gak..
 
Lokman terus keluar g slow talk dgn amoi tu. Amoi tu nampak blur2..nasib takder gaduh2..
 
Lokman terus buat call sini sana. 10 minit lepas tuh family aku sampai. Kiteorang memang deal nak jumpa kat stesen minyak kat depan tuh..sebab dorang semua gerak dari Kemuning. Bapak aku cakap taknyah la g Kedah sebab dah accident. Sedih hati aku tak dapat nak pegi..huhu, benda dah plan lama dah..
Tapi Lokman cakap boleh pegi lepas settle semua nih. dalam trauma2 tuh hati masih lagi "yeayyy!", leh pegi berjalan..haha
 
Lokman bawak semua ke McD depan. 500m dari tempat kemalangan. sementara menunggu towing car & kakak dia. Minta bantuan bawak anak2 aku balik Kondo dulu sementara aku & Lokman g balai polis. Nasib baik jugak kakak Lokman datang kondo pagi2 tuh, sebab dia nak g interview keje. sebabkan kiteorang accident nih, sanggup dia cancel kan interview dia, then tolong kiteorang.
Kakak aku bawak Hafiy dulu ke Kedah. So aku tak serabut nak handle semua. Manakala Aariz & Tia, MIL bawak balik kondo.
 
tak sampai sejam, laporan polis settle. dan nasib baik orang tow tu kawan Lokman yang rekemen, senang deal terus. Mintak tlg dia angkut keta ke workshop & dia handlekan dgn insurance nnti. Amoi tuh pulak dia handle sendiri keta & towing keta dia..dia cuma claim dengan insurance Lokman aje nanti.
 
Orang bengkel cakap makan masa sebulan baru keta tu siap...adehhh...
Dah settle kat balai polis, kiteorang balik umah..Lokman terus g tempat keje adik dia, switch keta aku dengan keta adik dia. Keta aku kecik sgt, tak sesuai nak buat jalan jauh..
 
Pukul 4 ptg gerak ke Kedah, pukul 11 malam sampai sana. Alhamdulillah..Sepanjang perjalanan ok, Tia aje nakal skit..dah ilang trauma dia lepas tuh..
 
pemandangan dari dalam kereta. Lokan & abah aku kat luar

parahhhh! keta merajuk terus tak ensem dah

keta yang di sondol..cian amoi tuh..

budak trauma..cian

pemandangan belakang kereta. Boleh nampak lagi kondo aku..huhu

si kembar lepas accident. dekat McD

Di balai polis PJ

Si kakak kembali ceria otw ke Kedah
 
nanti aku story pasal kedah pulak ek. til then..bubyee!


3 idea?!:

aTy _faRed~ said...

biase macam tu.. kereta merajuk tu paling biase..;p kalau cakap nak tukau baru jer..dan dan tu die merajuk buat perangai..sedangkan elok jer sebelom tu..huhu..macam ade soul jer kan..:)

Bonda Adam said...

pernah..pernah...

nurulizzahz said...

betui2.. bila cakap bnda baru je.. yg lama mula majuk! alhmdulillah sume org ok..

 
Blog Template by Delicious Design Studio