Tuesday, December 6, 2011

Duduk Diam

Aku dah berjaya habiskan novel Ombak Rindu semalam, hehe, gigih tak aku?? dalam busy2 menguruskan askar2 kecik dgn hal ehwal rumah, sempat lagi tuh baca novel (itupun sanggup tido lewat, kul 1.00 pagi (normal kul 10 mlm, hiks!). dah settle khatam novel OR, aku bajet nak baca la pulak yang siri 2 tu..cousin aku bagitau nama novelnya adalah "Cinta Tiada Akhirnya" dan siri ketiga "Rindu Cintaku". Kesinambungan novel OR ye kawan2..(haha, aku yang lambat tau sebenarnyer..org lain dah abis baca dah) hehe..
Lunchtime tadi aku pegi la Giant KJ nih haaa, ada satu bookstore dalam tu, bajet konon ada la novel2 tu..tapi kecewaaa!! takdoooo..
Aku pun terus belek2 buku utk anak dara aku..dah lama teringin belikan dia buku, yang kekonon dulu aku penah cakap nak belikan buku bed time stories tuh, nak bacakan tia cerita2 sebelum tidur kan? hehe..
Sejak dia tengok aku rajin baca novel nih, tengah2 aku syok layan feeling baca novel, dia sibuk2 nak amik novel aku tu..huishhhh..emo pulak aku, sebab menganggu konsentrasi btul. Dia pun nak baca jugakkk..bila aku tanyer, "Tia nak baca buku ker?", terus dia menganggukk, sambil cakap "nak, nak"..hehe..
Ada majalah2 lama aku tuh aku kasik la dia belek2..memula tuh rajin la, pastu dah boring main campak aje la..biasalakan budak kecik.
Tadi dalam bookstore tuh aku jumpa la beberapa buku utk dia. Untuk permulaan ni belikan buku yang murah je dulu..tengok samada dia pandai jaga ke idak..kang beli mahal2, abis dia koyakkan, ralat aku.

aku main belasah beli aje tadi, tak tgk content dia pun..sekali buka..
haiiyaaa, panjang jugakla..
Tia tgk gambar aje la nanti..hihii

Hard cover tau
RM19.90 aje
ada 2 jenis..leh kot buat collection utk dia

si kakak nak pandai bercakap..
tapi still ada bunyi2 alien dia..

actually tujuan aku beli buku utk tia sebab Jumaat nih kiteorang nak g Kedah, adik aku bertunang dgn orang sana. Dah lama rasanya tak buat long distance perjalanan, last g Genting Highland, tapi masa tu masih mengandungkan kembar. Sekarang nih surelah kena bawak kembar. Dan aku nak Tia behave masa dalam kereta. kereta sure penuh..if dia lasak, aku naik rimas pulak nanti. mau aku emo..aku tak suka rimas2 nih. Since ada kembar ddk kat belakang, si Tia ni suka panjat2, kejap2 g depan, pastu boring dia g belakang kacau adik2 dia pulak.Angin aku! dah potong mood nak jalan2 kan? Dah la g Kedah tu 5 -6 jam..aiseyyy..risau gak laaa..
so kena la ada something yang leh buat Tia terleka & duduk diam. Aku bajet ada buku nih nanti, hope membantula.

korang sure ada pengalaman bawak anak2 g jalan2 jauhkan? apa nak buat utk dorang nih ddk diam2 dalam kereta?? hheehe..ada tips tak?

nota kaki: buku nih aku kasik sorok dulu, hari nak gerak nanti baru aku kasik dia baca. Benda baru mesti la dia excited kan nak belek lama2..harap-harap laaaaa~ :) 

nota kaki lagi: aku dah google semua bookstore, novel2 tu semua dah sold out..huhuhu..gamaknya aku pinjam ajela kat bakal adik ipar aku..leh baca otw g kedah nanti..hehe

2 idea?!:

Cerita bonda said...

babe..waaa dah habih dah buku OR ye.. buku aku tak sampai2 lagi.. hehehe

budak2 skrg ni nak suh dok dlm keter kena sogok dgn toy, buku or ipad baru diam. bagus Tia dah start tunjuk minat membaca. follow mak dia la tu.

FiEd said...

Babe, carik buku bbdak kt bookxcess @amcorpmall, buku murah2 & cite pendek2.. (mcm buku2 dlm blog aku tuh...) hehe

 
Blog Template by Delicious Design Studio